29.4.10

Apabila hati sekeji-keji, Mulut jua sedap memaki.

Suka lak aku nak buat hentry kali ni..bukan niat nak mengaibkan tapi bila hati sudah panas mulut juga akan keluar asap..hokeh ada paham??

jangan men2 ngan aku taw, aku senang je org xcari pasal ngn aku, aku akan hokeh je ngn orang tu...
jangan kaki orang tu dah naik kat kepala aku, confem kaki aku lekat kat mulut orang tu..Tengok aku dah EMO, dem betol!

hokeh mesti korang tak paham, korang taw x apa tu ketam????ketam tu tak taw nak jalan lurus taw tapi dia sibuk nak suh anak dia godek-godek jalan lurus gak, anak ketam tu lak anak yg baik ikut je la cakap mak dia, tak ikut kang kata durhaka plak...haishhh xpasal kena panah petir..so complicated la..ni aku tunjuk apa yang berlaku hokeh!!

dan aku menjadi panas apabila....

korang akan kata "hek eleh tu je?xde la panas pon" ok korang baca hentry aku yang lepas nih..

baru korang paham..

ni aku bahagian yang aku carot...

 boleh melawak ngn aku, member2 laki aku yang len rilex je carot,kutuk, mengate aku tapi ko kena paham diorang kat luar ngan aku dah mcm adik-beradik dah..jumpa bertegor, ko tu jumpa kat luar pon buat mcm tak kenal orang pe kes??tengok ni bru 2 3 org kawan2 aku xsuka attitude ko yang selebihnya ko tak tahu...cakap jgn lebih kurang je beb orang meluat!!


komen kat status aku ni dah cecah seratus...tak kan lah aku nak print screen sume kan..so paham2 je la..
senang nak nasihat orang tapi diri sendiri tu kita tengok tak???muhasabah diri dulu baru nak nasihat orang, tu sebab aku tak suka nak tulis blog nasihat2 orang ni..kalau orang xkenal baca blog kita xpe kalau yang kenal pas tu kena lak yang perangai lebih kurang je??
confem kena cop...

"Cakap tak serupa bikin, cermin muka sendirik tak maw!sebok nak carik jerawat orang jugak!"

be yourself hokeh don't be a bullshit...

lepas nih aku mesti kena band ngn mamat nih!!confem!!dia ada post kat pesbuk berbunyik begini selepas incident di atas berlaku....
Sabda Rasulullah saw :" Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." 
aku tak nafikan..aku dah malas nak amik port,aku dah luahkan depan-depan lepas ni xde la kutuk-kutuk belakang lagi(confem je aku nih)

p/s: sangat tidak RAWK kan aku gaduh ngan laki...DEM nak wat camne dah pms, wrong time la bro lu carik pasal ngn gua..len kali timing tu bg kena seket..







zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...........................

28.4.10

Senang je nak jadi ENGINEER, semudah 1,2,3

Hari ketiga praktikal..waahh tiap-tiap hari nak update pasal praktikal bapak bosan dowhh tak kisah la korang tak taw aku kat tempat keja tadi dah meraban sebab tak jumpa tenet.Balik ja rumah tros bukak pesbuk update apa yang patut.

Sekarang ni baru aku taw sebenarnya tak susah nak jd chemical engineer nih, tak payah nak perah-perah otak,study bagai rak pinggan, malam-malam buta menjerit sebab meroyan study tak paham...skill yang perlu aku ada untuk menjadi seorang chemical engineer adalah:
  1. pandai mengira dari satu sampai seribu
  2. bijak menggunakan gunting
  3. berdedikasi dalam menggunakan mesin fotostat


3 benda ni yang aku belajar kat tempat praktikal tadi, kalau aku tahu senang mcm tu xde la aku masok U kan..haishh
aku rasa esok mesti aku belajar buat air kopi..waaahhhh terbaik laa mcm ni, sangat syiok okeh jadi "engineer"..tapi kalau buat air kopi ada la kena mengena jugak dgn KIMIA...

 dah bosan memotong aku snap dulu apa yang patut..


macam big boss dah ha menggunting..
gambar ni snap sendirik jugak, tu tengah control2 la tuh..


p/s: OHmaiGOD apa aku nak sembang dlm buku log ni haa???tak kan nak cakap belajar menggunting  dengan berhati-hati kot? oohh sangat la tadika..


zzzzzzzz....

27.4.10

Kawan umpama Bulu


Entry kali ni nak touching2 sikit, ye la xabis2 coretanku asyik nak mencarot ja apalah kiranya aku kalau aku tulis sikit pasal member2 aku kat UTM nih.. Mereka ni di ibaratkan seperti bulu ketiak dimana kalau nak cabut sakit nak gunting sayang..(edit dari fatul) pehal korang tak sayang ke ngan bulu ketiak korang??tu la korang tak rOck!!!orang rOck selalu bulu ketiak dia panjang2. yuckss!!
 tengok minah ni rOck habis la gua cakap lu..yeaahhh
Sebenarnya banyak lagi kawan-kawan aku kat sini tapi aku nak sembang mana yang aku rasa best.
ok aku start dari member  yang aku baik dari first year lagi iaitu Gadis Perawan Bermata berkepala Besar, Nurul aini bt amran
Of course mata beliau sangat besar, boleh buat spotlight ok. First time aku jumpa dia masa orientasi dan ayat yang lahir dari hati aku yang murni ni adalah “Kerek seyhh budak ni” serius aku nyampah gila ngn minah ni, sombong tak beragak tapi last2 jadi member baik aku gak..haha my advise don’t judge a book by its price.Beliau sangat  pandai tak berhengat, kalau nak tanya soklan subject yang lepas2 just ask her, she will answer it with pleasure(ok sila terajang aku sebab speaking penjajah)..

Beliau juga pernah mempunyai seorang roommate yang sangat  jelita pada tahun 2 di UTM(hot ok rumet budak ni). Orangnya simple but nice. Beliau jenis yang tak amik kisah sangat pasal orang so tak payah nak touching2 ngn beliau sebab aku taw beliau akan menyampah punya. Status: wajib Kawin dah..
besarnya spotlight!!
Next, Hafizah abdul halim yun a.k.a Deng. Beliau juga sangat cantik, comel, gebu, lembut dan whatsoever tapi jangan terpedaya dengan kelembutan beliau sebab kalau beliau gelak anda akan rasa senak(tak paham xpe,abaikan). Budak putih melepak ni asal dari Sarawak jauh nun di seberang, bila dia speaking ngn mak dia sepatah haram pon aku tak paham.Aku tak pernah lagi jumpa spesis baik macam dia ni. Trademark ayat dia adalah “badan berkecuali” dimana beliau akan menggunakan ayat itu apabila setan-setan lain tengah mengumpat tu sebab aku kata dia baik, dia ni jenis tak kutuk orang. Selama 3 tahun aku mengenali dia pernah sekali ja aku nampak dia marah..lol penyabar kot budak kecik lagi pendek ni. Lagi satu minah ni tak hadap laman2 lucah social ni ya! Beliau xde pesbuk so lupakan saja niat korang nak mengorat beliau..status mesti la single.

 deng yang cun yang tak brapa cun tu eg..haks-haks


Ok ni pasangan gay Deng, kat mana ada deng pasti ada beliau. Izyan Zafirah atau nama artis beliau EG TOSHI (ceh nama tak glemer langsung). Aku selalu bergaduh ngn beliau,bergaduh ala geli2 gitu. Beliau seorang yang aktif bersukan dan bercita-cita mempunyai  6 pax dibadannya, apa tak cukup lagi ka dah ada dua pax didadanya itu????walaupon beliau seperti jantan tomboy tapi beliau masih lagi mengamalkan ciri2 wanita melayu terakhir(pegi dinner nak pakai skirt, adeh rosak jugak budak ni).

Beliau sangat berbangga tinggal di bukit antarabangsa, entah apa yang best pon xtaw la. Berkawan ngn beliau banyak buat aku bergelak ketawa  berbanding study. Status: complicated sangat tapi masih mencari sang marijuana arjuna..

Eg dan deng member yang selalu jadi tempat meluahkan perasaan aku..selalu jadi tukang lap air mata aku..hehe thanks korang.. sejak korang xde aku dah tak luahkan kat sape2 pon korang gak yg terbaik terutama deng…eg taw gelak je..

Noranizan mohammad, gadis sopan ni selalu ja buat aku nak gigit kaki  sebab tersangatlah sengal. Kalau aku boleh bagi award aku nak kasik title Queen of S&S (Sopan dan Sengal). Beliau ni tersangat lah fake, kalau orang yang tak kenal betul-betul dgn beliau akan kata beliau sgt la baik, sopan, dan lemah lembut..mak aihh bunuh diri la aku hai. Selalunya aku tak boleh nak masok sket ngan orang yang sopan sgt ni, tapi minah ni lain sket sebab dia ada kromosom  kesengalan.

Kalau aku makan dengan dia korang akan nampak betapa manisnya aku sebab aku akan terikut stail dia yang makan slow(serius sopan), orang dah makan 3 round dia 1 round pon xabis lagi. Aku suka kawan dengan dia sebab boleh sharing the moment gitu(malam-malam tengok bintang sesame, Oh sungguh geli bukan) Status: berpunya dan sgt setia so lelaki tak boleh nak geli2 dgn beliau.
 gambar minah ni paling susah nak carik..heiii
next!!
This dua orang minah aku baru kenal betul2 masa tahun 3. Goshh mereka ni sangat la sengal ubi kayu, bilik diorang dah macam bilik kedua aku sebab bilik mereka ada tenet percuma.
Nor fahana talib a.k.a Anna Talib @ ana rafali(nama artis beliau), yeahhh gadis ni aku nak kata buta IT pon tak jugak tapi kalau men internet ada dua page ja dia selalu bukak fisrt sekali confem la facebook dan second youtube(suka layan stim sorang2 la tu, bertobat la ana oii..haha). Mata beliau lagi besar dari aini, beliau juga sangat baik(dushhh terpaksa puji ni). Aku suka dengar beliau bercerita, kalau dia ada blog mesti best(aku sering memaksa beliau membuat blog mana tahu satu hari nanti aku boleh menumpang popularity beliau, oh aku yang gila glemer).

Beliau juga seorang yang bijak dan banyak juga stok geli-geli dikalangan artis. Kelebihan beliau terletak di tahi lalatnya dimana tahi lalatnya tu muncul setelah beliau naik sekolah menengah, sungguh ajaib aku rasa boleh masok discovery channel. Dikalangan kawan2 kos aku mereka banyak kata yang anna ni baik gila based on my survey la,”Anna tu baik la”..”Anna tu baik kot”…”ishhh baiknya Anna” kira semua perkataan baik tu dia sapu. Yang buruk2 jahat2 semua tinggal kat aku.  Status; bakal mak bapak mertua dah kenal so paham2 je la..
 perasan tak anna punya tudung ni macam topi perisai cita omputih dulu2
Nadiah Fatihah a.k.a Nadey, yup ni pasangan rempit gua, gua ngan dia selalu speaking rempit punya. Hobi beliau adalah memuji orang walaupon orang tu x de la cantik mana pon beliau akan tetap memuji untuk mengambil hati. Beliau juga suka puji aku ni cantik, jelita, cun habis (ya aku taw nadey xyah ulang2 depan aku)walaupon aku tak hadap sangat dgn kata2 carotan pujian beliau. Beliau juga seorang cantik, hot dan seksi (mengharap bila beliau baca entry ni beliau akan bagi aku guna berokband beliau).

Tujuan aku tulis pasal dia ni pon bukan apa, sebab bila aku berkawan dengan beliau aku rasa aku lagi hot dari dia, serius!! List out jantan  lelaki dalam senarai menunggu beliau sangat banyak tapi aku xpaham kenapa sekor pon xde yang melekat kt beliau. Nak kata beliau tak jiwang, tengok cita Hindustan pon dah menangis bagai macam orang mati laki ja gamaknya. Lalu aku membuat kesimpulan bahawa laki-laki tu mungkin seorang laki yang taksedap  gay ataupon boifren/tunang/suami orang(ye la cari mampos kang kena simbah acid sapa nak jawab??). Status: masih mencari jejaka yang sanggup merempit dengan beliau.
 buat muka comey la tu..haha
Kesimpulannya, mereka ini sangat baik dan hot so my prens jangan marah ekk pasal aku tulis entry mcm ni. Ada banyak auta jugak sebenarnya pada entry ini so pandai2 la korang tapis k yang buruk2 tu suma aku, diorang ni baik ja..ok next sem korang kena belanja aku Pizza Hot ok..daaa

Nak Jadi Lebih Kaya

Aku bercita-cita untuk jadi lebih kaya
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tanpa berusaha!!!

Waklu sampai bila pon tak kan kaya, ko nak mengorat Dato' pon kena ada usaha taw..badan kena solid molid,muka putih melepak,baju seksi2 haa lagi satu aset tu penting..kalau tak Dato' tu jeling pon tak nak kat ko..huh

Baru aku rasa penatnya kerja, sebelom ni bukan tak penah keja tapi kali ni kerja aku macam nak menghampiri kredibiliti aku sebagai seorang engineer suatu hari nanti..ceh! ayat macam bagus..

Before ni masa study(terutama process control) rasa cepat-cepat ja nak grad nak hilang kan bahana belajar!!tapi hakikatnya, better study dr kerja!!

ni pendapat orang yang penat baru balik dari praktikal training...so paham2 je la...

p/s: ehhh hari ni xde carot2...hmmm satu peningkatan bagi gua..

26.4.10

Hari Pertama di Tempat Praktikal

Ok paham!tengok tajuk pon rasa mcm nak makan kaki. One word utk describe tempat praktikal aku
"Bohsan giler siOt...ramai budak pempuan je...tak boleh nak cuci mata"...
mungkin aku patut tukar one word tu jd one sentence, aku tak tahu kenapa aku asyik nak merapu ja hari ni, mungkin sebab faktor aku dah bekerja, dapat gaji ciput, kena makan sarapan dengan orang-orang dah berumur...Ini semua hny kemungkinan ya, kebarangkalian tu amat rendah.

Kerja aku hari ini dimulakan dengan sarapan...sangat masyuk apabila nasi lemak dengan teh O ais hanya RM1.10....Ohhh aku sangat suka tggal di KEDAH, tak macam negeri selatan(tidak boleh dinyatakan namanya takut jd isu kenegerian) makan nasi dengan teloq goreng pon dah RM2.00 tu xmasok air sirap lg, maw singgit pulak darab2 tak ke dah 3 hengget dia sapu...cisss

Lepas makan buat medikal check up, hah yang ni sumpah lawak! kitorang kena timbang berat, ukur tinggi, pinggang, ukur dada semasa tarik nafas dan hembus nafas...korang kenal afza x?? ok ni afza rakan seperjuangan aku kat company nih..
comel kan minah ni..boipren aku panggil dia budak sekolah..hehe sebab kecik sangat..

First kitorang ukur pinggang...pinggang aku bila di ukur dapat 34inch (jangan gelak la bodo taw la besar gila)..pas tu aku ukur afza pny pinggang dapat 39 inch...WAKLU apasal pinggang aku lg kecik dr Afza???haha dalam hati dah senyum simpul konon aku kurus!!Afza masih tak puas hati dia ukur lagi..sama jugak!!aku pon pelik tak kan aku kecik kot???kitorang dah gelak-gelak...

pas tu afza perasan rupanya kitorang salah guna pita ukur, kitorang ukur dari nilai yang besar(bukan dr nilai 1)...confem la pinggang aku lg kecik dr Afza...BONGEK punah imiginasi aku telah jadi kurus...

Pas tu aku masok bilik seminar, ada taklimat dengan KAK LIA, HR bahagian training...sempoi gila kak long ni, kira tak bosan sgt la masa dia bg ceramah asyik buat lawak ja pas tu dok cerita pasai kisah hidup dia, walaupon aku sebenarnya tak berminat pon nak taw tapi aku layan ja sbb cara penyampaian dia best. tak dak la ko sangap sgt nak blah dr situ..

Sampai pukul satu suku kitorang rehat..waktu rehat ingat boleh cuci mata tengok mamat hensem ke mamat badan sedap ke tapi hampa yang ada hanyalah bapak orang..xkan aku nak usha bapak orang kot ohh aku tak segatal itu sampai laki org pon nk kebas...nak buat stok geli2 pon aku tak maw..(cakap macam diorang hadap sgt dgn muka aku!!)

ku pandang kiri perempuan ku pandang kanan gadis ku pandang depan makcik...adeehhh suma pempuan, batang hidung engineer lagi la tak nampak lgsung..memang suci la otak aku dok situ kira dok mengadap keja aku ja...

Dah selesai makan nasik dengan lahapnya, xyah control2 sebab xde jantan nak tgk pon..aku pon gi surau menunaikan kewajipan ku...(tanda gadis idaman)

pas tu masok lagi dalam bilik seminar tu..haaa kali ni lepas rehat mmg liat la kan,taklimat yg best pon rasa lama ja..bohsan kot bla....bla....bla...bla....bla...bla.....buat test sikit tros balik..ahhh baru kini ku tahu nikmat bekerja adalah pada waktu rehat dan waktu balik......sekian

p/s: agak-agak boleh tak aku copy paste entry ni masok dalam buku log praktikal baru care sikit supervisor aku baca...

25.4.10

Bila Lelaki Mengorat

situasi 1: 

Cik Awek sedang berjalan seorang diri, muka control cun, mekap nipis ala-ala Lisa Surihani wow hot habis la tu...

Kat depan dari arah bertentangan berjalan segerombolan lelaki-lelaki idaman Malaya, muka hensem habis, ada parut sikit-sikit tanda rawk!!baju pakai ala budak-budak rempit tapi still kacak.. masing2 berjalan ala Gu Jun Pyo(geli)..



lelaki: Assalamualaikum, haaiii jalan sorang-sorang ka cik awek?

Cik awek dengan muka tersengih-sengih,sambil menggedik gile menjawab salam lelaki tersebut.

lelaki-lelaki tersebut meneruskan perjalanan sambil.....

"Gatal nak mampos pempuan tu, bajet cun sangat la tu..haha", lalu bergelak tawa...

Situasi 2:

Cik Awek sedang jalan sorang-sorang, muka control cun, muka mekap nipis ala-ala Lisa Surihani wow hot habis la tu...

Kat depan dari arah bertentangan berjalan segerombolan lelaki-lelaki idaman Malaya, muka hensem habis, ada parut sikit-sikit tanda rawk!!baju pakai ala budak-budak rempit tapi still kacak masing2 berjalan ala Gu Jun Pyo(geli)..(macam sama ja????)


lelaki: Assalamualaikum, haaiii jalan sorang-sorang ka cik awek?

Cik Awek dengan muka xde perasaan hanya menjawab salam itu didalam hati lalu blah buat xtahu kat lelaki itu..

lelaki-lelaki tersebut meneruskan perjalanan sambil.....

"hek eleh pempuan tu kerek syial, bajet dia jelita sangat la tu, bulu hidung terkeluar, bulu ketiak berserabut ingat gua hadap sangat nak kat dia.."

lalu mereka bergelak ketawa lagi...

so cam ne ni???layan salah tak layan salah adoi la..

hubungan aku dengan Lisa surihani

Tajuk entry macam bagus kan? ya aku tak nafikan..tapi aku menidakkan yang aku ni gay, aku hanya mengagumi ciptaan tuhan yang satu tu..Sepertimana entry aku yang lepas niiiii menunjukan yang aku kipas angin susah mati terhadap beliau.


Aku xde la secantik Lisa tapi kurang sikit la kot dari Lisa, Lisa tu tempat pertama aku jatuh tempat kedua,ye betol aku cantik sikit, korang tak percaya??bagus sila lempang aku sebab aku dalam keadaan xsedar semasa menulis entry ni.

Berbalik kepada tajuk kita tadi, apakah hubungan aku dengan Lisa Surihani?nak kata berkongsi boipren yang sama, ada pulak pempuan lain nak kat boipren aku tu. Jangan risau dia tak baca blog aku so dia tak kan maki-maki punye.

Tadi aku ada godek-godek sikit blog mummy ni sedikit teruja sebab dia hot walaupon bergelar mummy. Dia ada post entry pasal lagenda budak setan, aku tak penah baca pon novel tu apatah lg mengetahui watak utama crita itu so aku google cari sinopsis dan aku search trailer filem tu kat youtube lalu aku mendalami serta menjiwai cerita tersebut dan mataku tiba-tiba terkaku+terkedu(mata boleh terkedu ok) melihat watak Lisa Surihani adalah sebagai AYU atau lebih dikenali sebagai AKU......................................................................................

Hati berbunga-bunga jiwa berdaun-daun sampai aku rasa nak msj Nadiah Fatihah(rakan artisku) bahawa "Betol aku dengan Lisa Surihani memang tidak boleh dipisahkan, bagai isi dengan kuku juga bagai bulu dengan shaver...janganlah ko maki bila baca entry aku ni nanti"..

Tamat sesi perasan...

p/s: huh lega rasanya dah luahkan apa yang terbuku di hati...ahaksssss

24.4.10

Aku Bukan Tak Suka AF tapi.....

Tadi tengah tengok Akedemi Polis ohhh bukan aku tengah tengok Akedemi Fantasia. Ya aku tahu ramai yang meluat tapi ramai juga suka tengok mereka menggedik dan kadang-kadang cengeng itu. Bukan niat aku untuk mengata tapi ini kenyataan!! bak kata abang aku "Pi keja kat luar tak balik rumah berbulan-bulan, tak nangis pon, tiba2 masok AF tak jumpa mak ayah seminggu dah nangis macam orang mati bini"...ok yang mati bini tu aku tambah..haha beriya sangat diorang menangis kalau pempuan tu xpe la kononnya berhati lembut ni yang laki pon nak meraung jugak pe kes??? bukan xboleh nangis tapi agak-agak la deer..dimana letaknya egomu?? macam ko dah keluar nnt xleh jumpa, buat reunion lepak kedai mamak minum sirap sesama pon boleh lagi kot heeii tak paham aku..eehh aku terkutuk lebih-lebih pulak.sori kalau mulut aku macam puaka sikit hari nih.Part yang paling best dan aku suka tgk dalam AF ni bila Adlin komen, JUJUR dan HONEST, kalau tak sedap memang dia hentam betol-betol.. No wonder girl la dah bertahun dia jadi pengkritik tetap, best kot!!
 tengok muka pon dah taw betapa "machonya" beliau bila memberi komen

Aku nak kata benci pon tak jugak kat AF ni, cuma mengambil tahu hal semasa ja kalau orang tanya xde la macam katak bawah payung kan..Pukul 9 tadi berebut jugak la dengan abang aku, dia nak tengok bola yang bergolek, entah apa yang best pon xtaw la. Man U lawan TOTTENTAM saja aku caps lock disitu, kakak ipar aku yang sebut hahaha sori kak nurul.Nasib Man U menang!! kalau tak aku nak bocorkan saja bola itu..sia-sia you know kejar bola tu tanpa tujuan...aaahhh lantak la ayat aku pon dah tunggang terbalik nih..

Hari Isnin ni dah start praktikal. Malas syial, bukan apa aku rasa mungkin aku akan kurus setelah 2 bulan aku praktikal, pagi kena jalan kaki mendaki bukit sebab tempat keja aku atas bukit,tengahhari confem tak makan nasik sebab nak save duit(bagi gaji aku rm100 je mana cukup nak beli susu anak, duit taska, pampers lagi.. lol banyak pakai duit tu..*tanda-tanda isteri bertanggungjawab*) keja start pukul 8 pagi habis pukul 5 petang, balik solat asar pas tu mengadap tenet sambil tggu jam menunjukkan pukul 6.30 sebab nak tengok cita ADAMAYA(aku dah atur masa aku sebelom masok praktikal betapa berdedikasinya aku). Malam confem tak lalu makan sebab sangap nak hupdate blog..haa begitulah susur galur SEBELOM aku jadik kurus.

Doakan kejayaan aku menggoda BOS supaya bg gaji lebih...

Aku Rasa Aku Dah Tak Boleh Buat Lawak!!!

Salam persinggahan..

kenapa salam persinggahan??

sebab aku tahu korang nak singgah je sambil cakap "jalan2 sini, nice blog best bace" (Oh sangat cute bila dibaca dengan manje)

ok ni ayat aku untuk letak dalam shout box orang "sila jangan cOpy" ..

aku bosan sebenarnya ni, korang bosan tak??

dan aku tak tahu nak tulis entry apa???
semalam aku berazam nak tulis entry berilmiah, tapi tak boleh bai, kepala gua kosong giler ni!!
nak buat lawak pon aku rasa xde orang dah nak gelak,

adakah nikmat tuhan itu telah ditarik balik???
dan WHY(kenapa dlm bahasa inggeris) aku rasa panas gila ni????BAHANG!!!
serius panas gile padahal kat luar hujan ekon pasang lima(aku tipu rumah aku manada ekon)
baju aku nipis je...arrghhhhhh

oohhhh aku dah teringat aku tak solat ZOHOR lagi derrr, tak abis2 mengadap benda ni patot la xdak idea tulis entry, hilang nikmat untuk buat lawak dan rasa panas membahang.. tu yang x solat lagi tu pe lagi PI AMIK WUDUK CEPAT!!!!!

bercinta zaman dulu..

entry post aku kali ni bermula dengan ayat  geli-geli dulu ok....
sila jangan muntah ayat ni sweet ok, petikan dari drama keabadian cinta.

"cinta tak perlukan mata, tak perlukan telinga, cinta hanya perlukan hati"

 sweet kejadahnya????
sweet la kata-kata ni dari seorang bisu+pekak kepada seorang buta..
pikir la cam na diorang nak bercinta..


Masa sekolah menengah dulu korang penah bercinta tak?kalau penah syabas aku ucapkan kalau xpenah sori la xleh balik ke zaman dulu daa...tapi bila pikir-pikir balik tak rugi pon korang tak bercinta zaman sekolah.

aku bukan apa, cuma bila ingat-ingat balik masa sekolah dulu sumpah bodoh!!! apasal la aku boleh couple, padahal mak tak bagi ni(dah nampak dah durhaka). Ye la form 2 boleh couple OH sangat TAK BLEH BLAH, mak cakap jangan dok menggatal belajar dulu esok-esok boleh sara mak....tapi entah apa yang sangap sangat pon tak taw la masa sekolah menengah dulu...haissshhh

masa zaman aku bercinta dulu(zaman aku ok) main surat-surat pas tu kat surat tu mesti letak bedak (aku tak ingat aku ada letak ke x tapi kawan2 aku penah la dapat surat cm tu). Dulu pakai surat je, budak dulu mana la taw tekan butang henpon budak sekarang henpon tu mcm game je boleh men campak-campak(siap ada video lucah lg dlm phone, itu memang shit ler). 

Nak glemer sikit ada POSMEN KARAT...tugas dia senang ja menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan contohnya SALAM, SURAT, dan jugak HADIAH. posmen ni pulak mesti la satu kelas dengan pasangan kita tu waahhh terbaik tapi keja ni xde gaji cuma belas ehsan si majikan kalau dia nak belanja. Tapi ni kes untuk budak dok hostel je kot, budak dok luar senang ada tepon rumah bleh calling bila2 masa, tu pon kalau tak kena cekup ngan mak.

Nama panggilan!!
ahhaa ni aku tak taw nak komen sangat, aku cuma panggil nama ja kira kalau cakap tu mcam ni la..

"ayue dah makan dah. Si Polan dah makan??"

adeeehhh la cenggitu pon dah geli..ni kan pulak panggil sayang abang, ok cammon la umur pon xcukup lg dah pandai nak panggil macam2 lain la kalau ko dah besar, dah masok U at least, kira dah layak kawin dapat anak xpe la jugak ko nak geli-geli. ini umur ko ngan jagung pon tak sama lagi taw, dah menggatal..

Dating!!
ini perkara paling melanggar undang-undang kat sekolah aku dulu allaaa bukan takat kat sekolah je kat Matrik pon sama...siap ada "zon larangan dating lagi" haha..no komen kang tak pepasal kena ben!!

masa sekolah dulu mesti la susah nak dating, kawan-kawan aku hentam dating dalam kelas dalam hati aku "apa hang nak mampos, terkantoi busuk ja nnt" 

tapi aku lagi jahat kot, masa bulan puasa lepas semayang tarawih orang pi sapu makan more aku hentam pi dating kat sekolah...ishh besa la budak-budak lagi masa tu betapa jahilnya aku!! Masa tu ramai je couple yang dating tapi kat tempat cerah la lagipon, dulu mana la budak-budak ni taw istilah RINGAN-RINGAN budak sekarang je yang advance siap rogol-rogol lagi. Macam benda tu dah biasa plak bg diorang Oh sangat la xde NILAI MORAL bak kata aku:

"DEM betol budak2 nih" 

gambar hiasan je..
ok sambung cita aku tadi...
last-last kami kantoi ngan warden, warden aku siap perli dalam surau, masa tazkirah maghrib yang tak tahan tu.Boipren aku terpaksa la tahan malu sebab warden tu kenal dia..hehe pas tu tobat tak buat dah....eeehhh apasal aku macam membuka pekung di dada nih????haha jadikan pengajaran ok!!jangan la bercinta waktu sekolah, nanti bila korang ingat-ingat balik buat malu jek...belajar sungguh-sungguh dulu.

p/s: entry lepas nih nak buat yang berilmiah sikit la asyik merapu ja..tapi boleh ke aku post entry ilmiah??rosak jugak aku rasa nnt...haisshhh

23.4.10

skin itu kulit??

Blog aku bertukar wajah tapi cuma skin blakang je, header tetap sama sebab buat masa ni xde gambar yg bajet cun mcm tu. Ingat senang ke nak amik gambar tu dah la aku yang snap sendiri, punya la sangap nak amik gambar masa tu sampai letak atas batu je pas tu set timing...2 3 kali gak la xjadi, maklum la kamera henpon je pon. Orang kat tepi-tepi tu dah pandang SENGET je kat aku, pedulik hapa aku.. Dalam hati aku dah menjerit baik ler korang kacau merpati dua secoli kat belakang aku nih..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok harap maaf gambar tidak dapat diupload
rasa nak maki???
haaa perasaan aku ni korang xtaw entry yg sepatutnya sejam td dah siap xpepasal kena tunggu berejam sebab gambar xleh nak upload..
mcm HAREM la jgk kan..
len kali je la aku tunjuk..

Berkenaan dengan template blog aku ni, rasa mcm serabut pon ada...semak kepala otak aku, xpe la len kali update lain aku dah malas nak godek-godek.

dah tu je, komen sikit ok tak template aku ni kalau ramai yang menyumpah aku nak tukar je yang lama..

luahan hati aku: DEM berkecai mood aku nak update blog malam nih, sampai tajuk entry pon dah macam GOOD-GOOD je...

Aku jumpa awek Cun sehhhhh!!!

Wahh bau penang memang best walaupon hakikat sebenar nya  aku sedang menyedut asap terus ke paru-paru ku yang bersih dari noda asap rokok. Baru ja sampai rumah wei dah terpikir nak buat entry baru, bagus betol (dalam hati tertanya-tanya bila la earning nuff aku nak meningkat, dok singgit lebih dari hari tu lagi)..


arghh abaikan.. aku berblog bukan kerna duit tetapi kerna detik hatiku kuat mengatakan yang blogging ni BEST!!

Ok ni aku nak story pasal semalam, masa aku tunggu bas KKKL nak terpacak depan aku, aku gi la jalan2 jap pusing sri putri walaupon aku taw sri putri tu bukanlah seindah namanya tapi aku nak gak jalan. Nak dijadikan cerita……

Sedang aku berjalan-jalan sambil nyanyi lagu “geylang si paku geylang”.Aku ternampak ada sorang awek nih…cun, cantik, segak , bergaya dan lain-lain lagi lah... Nak kata artis bukan tapi serius aku familiar sangat dengan muka budak nih..


OK aku kenal la Lisa Surihani tapi bukan la maybe ada iras sikit kot, Siti Nurhaliza pon bukan, Aaron Aziz lagi la bukan(pe bodoh sangat aku boleh terpikir jantan nih)…aku dah confius! nak pegi tegur aku malu, ye la kena dia tak kenal aku, dituduhnya aku nak rogol dia ka(pempuan boleh rogol pempuan ke??), curik beg dia ka…tak ke kes naya, dari aku seorang mahasiswa yang berkaliber yang juga bakal menjadi bisneswOman yang Berjaya.. tak pepasal aku merempat dalam lokap tido dalam jail..huisshh selisih malaikat 44…


(ok dah ayue sila sambung balik penceritaan anda)

comel...


 cun okeh...


Lalu aku menghampiri beliau, dalam kepala otak aku ni dah reka ayat nak tanya apa kat minah tu..aku jalan lagi dekat, dekat lagi, dan lagi…pabila sampai je kat budak tu..Hatiku dah menjerit…

“LAAA MUKA AKU RUPANYA PATUT LA FAMILIAR SANGAT”
Aku pandang cermin la deerrr …patut la gua rasa cun habis..haks,haks…awek cun la sangat!!!
Muka aku masa tu elok sikit je dari belacan sebab penat angkat beg berat+banyak nak mampos..haha


p/s: Aku paham perasaan korang bila jumpa blogger yang perasan, rasa nak bagi cermin ja kan..haha so nasihat aku JANGAN MAKI-MAKI, KITA HIDUP KENA HEPI..yeahh RAWK ok!!!

22.4.10

anda ada Kawan Dan BoiprEn yang sengal??

Tetengah sangap syok dok online tadi aku selak la kejap pesbuk(facebook) boipren aku nih, konon nak melepaskan rindu, ye la nak calling2 kredit tak de..almaklum la akhir sem ni al fulus pon makin al kering..

Nak jadi al kisahnya, birthday boipren gua baru je lepas so adalah saki-baki carotan ucapan member2 serta cikaro2 beliau di pesbuk..skroll punya skroll jumpa la komen2 yang bernas lagi mantap sehingga terkesima aku membacanya...

klik utk pembesaran berganda..

dan komen itu berlarutan lagi..
ayat masing2 tak boleh belah..
nak komen hari jadi ja pon melalut ntah hapa2...haishhh xpaham aku.. 
aku rasa aku kena amik kelas tutorial bahasa dengan budak dua orang nih..
fakta bukan main lagi haa, elok sangat la dua2 masok politik.. 

yang ni pon best untuk dicarot oleh aku...
adeeehh...bisa kot, gua taw der gua x ade bg hadiah kat lu...
nanti kawin gua bg hadiah manyak2 k, sebelom tu duit hantaran untuk gua lu kena up dolu..

aku punya wall post kat dia cam na???
tak dak la wehhh aku tak suka geli-geli dalam pesbuk ni nanti orang meluat..
cuma ada la entry pasal mamat tak dak **** ni..haha
tu pon bila aku baca balik dah naik meremang semua bulu...

p/s: kepada yang terasa dok geli2 dlm pesbuk tu harap maaf..tapi betol wehh orang meluat nak baca tapi tak taw la kot ada orang lain suka..

21.4.10

entry tak dak tajuk!

Yes dah abis exam boleh berpoya-poya tapi tak lama minggu depan dah kena masok praktikal...Adehh kemalasan melanda kot nak kemas barang kat bilik ni kalau sikit xpe ni dah berkotak-kotak, macam nak pindah rumah dah gayanya.Balik pon cam tak best je sebab tak boleh nak berpoya-poya online dengan rakusnya, kalau boleh aku nak main balik farmville ngan cafe world aku yang tergendala tu. Satu sem aku tutup kedai kot kesian jiran-jiran aku yang bg hadiah tapi aku tak balas balik...nanti balik rumah aku qada balik k sesapa yang tak add aku jadi jiran aku boleh la add nak add pesbuk pon ok tapi mat2 foreigner aku tak maw. Serik tgk kawan aku kena ngorat dalam pesbuk, ajak kawin la, i lap u, u lap me la..euww sumpah geli, yang kawan aku pon tak beragak nak approve member tu tgk la sikit dari negara mana asalnya ini main sangap je tekan ok haha aku gelak je.


Lagi satu perkara yang aku nak buat kat umah adalah tengok tv...waaaa banyak siri tv yang dah terlepas kot, cita melayu kat tv pon dah masyuk dah sekarang ni...ADAMAYA cita tu yang first aku akan download dr episod satu sampai sekarang.terbaik la cita tu..haha yang pempuan kalau tengok mesti nak berangan punya kan, jangan tipu la kalau tak berbunga-bunga hati tengok cita tu...hehe apa-apa pon aku kena kemas barang dah esok nak balik dah..Rumah kalau dekat xpe ni dari Johor ke Penang, sangap jugak la aku dok dalam bas tuh..haissshhhhh

20.4.10

Mengigau apa minah ni???

Esok nak exam sempat lagi nak hupdate blog ntah apa2 ni..esok apa japgi la mangkok dah pukul berapa dah ni, aku boleh dok buat rilex lagi. ada lagi dua bab lagi tak study nih, ralit sangat tidoq tu dia la..Tadi aku tidoq dalam area pukul 9.30 bajet nak tidoq setengah jam ja...last-last 3 jam kot!!!!!hangin aku ni pon ada rasa nak tidoq lagi, "KENAPA?" itulah jeritan ku semasa bangun tidoq tadi padahal mata masih lagi tertutup, nasib la mulut aku ni tak terkeluar WATDAFAK, Ana dah terkejut, dalam hati beliau dah berkata "Minah ni meroyan ke ape tiba-tiba nak menjerit" (dalam firasat aku la Ana kata begitu). Nasib aku tidoq bilik Ana kalau tidoq bilik sendiri confem pukul 6 pagi japgi baru aku bangun pas tu mula la nak mencarot-carot dengan kecerdikan diri sendiri... okey malas nak ngomel banyak2 kang tak pepasal esok menangis mintak lempang sebab tak boleh jawab exam...kengkawan sila doakan kejayaan aku...last paper nih esok langkah ja kaki aku keluar dari dewan exam tu aku akan menjerit.."YEAH MALAM NI BOLEH TIDOR TANPA MENCAROT"....
korang rasa muka aku macam ni tak masa kecik2 dulu????
ok sori-sori aku taw aku lagi comel, jangan la marah...

18.4.10

Betis Ayam sangat tak best you know???

Setiap hari aku akan tengok almari blog aku, berkira-kira mahu melihat hencik zack atau mr fatul menghupdate blog mereka, tapi hampa dan kecewa. Tahukah mereka yang aku sangat rindu nak baca blog mereka. Sungguh tidak romantik mereka ini, nasib baik ada tuan razman dan cik geli yang tak lupa hupdate blog mereka dan membuatkan aku tidak lagi sangap nak ketawa hak-hak-hak.

Tahukah anda yang aku sangat tidak suka makan betis ayam????anda tahu dengan betis?? Masa kecik-kecik dulu aku selalu confius (keliru) antara betis dengan peha. Yang atas betis ka yang bawah betis, yang atas peha ka yang bawah peha. Lama aku memikirkan benda tu, ye la cuba korang sebut betis betol2 “BETIS” dan cuba korang sebut “PEHA” kan ke lain tu. Dari sebutan tu pon aku dah keliru, BETIS tu dengar macam anggota badan yang besar, PEHA tu sebutan nya macam anggota badan yang kecik(sila masok kelas carotan sebutan bersama CIK AYUE).kadang-kadang aku terfikir jugak kenapa orang tua2 selalu cakap, “Orang bagi betis dia nak peha” kenapa tak cakap “Orang bagi peha dia nak betis”, aku penah gak tanya member aku dan hasilnya “Awat la bodoh sangat hang ni ha”, lalu aku terdiam sambil dalam hatiku memaki beliau yang tidak  menjawab soalan aku. Sekian lama aku terconfius lalu aku amik keputusan untuk panggil drumstick je, xde la nampak sangat kebodohan aku ni masa tu.  Tapi sekarang bila aku dah taw nak bezakan antara peha dan betis aku tetap jugak nak panggil peha tu betis. Bukan sebab aku bodoh tapi sahaja-sahaja aku panggil begitu untuk menunjukkan yang aku tak suka makan peha.

Masa kecik-kecik dulu aku selalu makan ayam(sekarang pon selalu makan sampai muka pon dah macam ayam suntik dah). Aku suka makan bahagian kepak, nyam-nyam sebab bahagian tu terletaknya kenikmatan seekor ayam. Bila orang bagi aku betis ja aku dah tak dak selera nak makan sebab apa??sebab masa aku kecik-kecik dulu bila aku selak ja isi ayam kat betis tu aku nampak satu urat pas tu ada DARAH-DARAH yuckkss geli ok nak makan, tak taw la kot kat maklong kat dewan makan tu tak basuh ayam tu betol-betol kan tapi kalau aku makan kat kedai pon mesti ada gak darah tu. Kalau nak basuh pon agak-agak la, kan darah tu ada kat dalam isi…so aku tak jadi nak marah maklong tu.Bila aku dah geli-geli jadi tekak pon tak boleh nak terima betis itu. Sebab kedua aku tak makan betis ayam adalah bahagian tu banyak isi, lepas tu tulang dia tak sedap maksud aku tulang ada seketul ja, tulang banyak baru ada cabaran nak makan beb. Dan sebab ketiga ni aku baru declare bulan lepas, member aku cakap ayam telor ni diorang suntik ubat kat peha. Aku xtaw la gossip ni betol ka tak, yang aku taw aku tak suka makan betis.

Lagi satu part ayam yang aku tak makan adalah bontot ayam. Ada bahasa sopan sikit tak?ok punggung ayam, cam tak best je…nak cakap bontot gak. Mak aku sangat suka beli bontot ayam ni masa aku kecik-kecik, keluarga aku tak mampu nak makan betis ayam kira dapat makan bontot ayam pon ok la nak hilangkan kempunan. Mak aku selalu dapat free tak pon sekilo 2 ringgit dah boleh dapat dah, balik dia goreng macam buat KENTAKI tu. Masa aku nak makan aku selalu picit-picit, haha aku suka tengok dia toing-toing(bahasa mudah adalah kenyal). Kat bontot tu banyak lemak, isi dia seciput je tulang apatah lagi boleh dikatakan xdak lah..tu yang aku tak suka, bila mak aku beli mak aku goreng dan mak aku makan,lalu mak aku tanya aku “tak maw makan ka ayu??” dan aku menjawab dengan bangganya “Tak maw la nanti bontot ayu jadi TOING-TOING jugak”. Sudahnya sampai sekarang aku tak jumpa lagi bontot ayam.

17.4.10

indahnya tek-tek

aku suka main tek-tek,
rasa puas bila kena tek lagi.
bila penat study lagi lah nak tek.
apatah lagi bila stim tension,
tu la korang tak penah kena tek,
ataupon korang xpenah rasa indahnya tek........
.
.
.
.
apasal aku dengar tatabahasa aku macam lucah sangat nih??
ok stop makian-makian aku ya,
aku tak berdosa..
bahasa melayu aku dapat B masa sekolah dolu,
ingin menyalahkan guru ku tapi tak sampai hati.
takot diriku kena sumpah jadi sekeping roti,
boleh dimakan bersama capati,
ehh macam syair pulak..
ok da-da meh baca apa aku nak jawab tek ni..



 
1. Apakah hubungan anda dengan dia?
kawan baik mungkin dalam mimpi

2. 5 impression terhadap dia.
  • cantik dowh minah ni
  • muka dia ada iras aku la
  • tetiba rasa macam aku lagi hot dari dia
  • apa?nak terajang aku?silakan
  • aku ulang cantik dowh minah ni

3. Perkara paling memorable dia lakukan pada awak?
jumpa pon tak penah kejadah apanya nak memorable

4. Perkara yang paling memorable yang dia katakan pada awak?
saya peminat awak(akan dikatakan oleh beliau setelah aku glemer)

5. Kalau dia kekasih awak?
aku bukan gay

6. Kalau dia jadi musuh awak?
tak boleh jadi musuh sebab dia yang akan glemerkan aku

7. Kalau dia kekasih awak, awak akan?
Waklu!!aku dah cakap kan aku bukan gay.

8. Kalau dia jadi musuh awak mungkin kerana
aku rampas boipren dia..hahaha

9. Overall impression tentang dia
Anda sangat-sangat comel ok..

10. The most desirable thing to do to him/her
bagi tandatangan aku kat dia mungkin..

11. Apakah awak rasa pandangan orang terhadap awak?
Keji dan perasan

12. Apakah sebenar perangai anda?
Baik sangat pijak semut pon xmati..

13. Perangai anda yang anda benci?
ehhh aku suka perangai aku

14. Orang yang anda ingin bersama
bapex (terpaksa taip nih)

15. Katakan sesuatu untuk orang-orang yang suka anda.
tak sangkanya ada orang suka aku

16. Tag 5 orang. (tek ni wajib dijawab oleh orang pertama yg di tek yg len nak jawab xpa xmaw pon ok?)
  • Nadiah Fatihah(apasal aku rasa nak terbakar ja taip nama minah ni, dosa banyak kot)
  • Zana
  • Hidayah isa
  • Hasrol
  • Zul

17. No 2 ada hubungan dengan siapa?
entah

18. no 3 laki ke perempuan? ada hubungan dengan siapa?
perempuan..erkk xtaw

19. NO 1 single kah?
single tapi minah ni layan mat rempit ja

20. NO 4 belajar apa?
chemical engineering

21. No 5 buat ape?
Study lagi kot..huhu 
 
p/s: kalau korang kawan baik, mak sedare, anak sedare,sedare mare,boipren no 2,  adik angkat, kakak angkat, abang angkat, farid kamil, aoron aziz, kawan-kawan kepada LISA SURIHANI tolong sampaikan aminat ini kepada beliau....

"ADA BUDAK BAJET HOT MINAT KAT LU LA LISA"
 
ingat taw sampaikan aminat ni...gua minat giler ok kat dia..

15.4.10

coretan untuk "DIA"

15 APRIL 2010, KHAMIS


Saya ada kawan 
Dia sangat sangat baik,
Dia selalu temankan saya,
Teman saya makan,
Teman saya shopping,
Teman saya tengok wayang,
Dia selalu berada disamping saya,


Saya suka makan ayam Mc D,
tapi dia lebih suka makan ayam KFC,
dia selalu ikutkan ja apa yang saya nak,
sebab nanti dia kena tengok mulut saya muncung.


Saya selalu buat dia marah,
Tapi dia tak pernah tengking-tengking saya,
Kalau dia marah dia diam ja,
Bila saya tanya kenapa diam?
Dia jawab tak sanggup nak marah orang yang dia sayang.


Dia pandai main gitar,
Drum pon dia pandai main,
Tapi suara dia tak sedap sangat.
Tak pe yang penting dia selalu nyanyi untuk saya.


Dia suka tolong kawan,
Lagi-lagi kalau saya yang mintak tolong,
Satu hari tu saya xde duit,
Dia sanggup bagi saya duit padahal dia pon dah 3 hari tak makan.


Dia jenis tak kisah,
Ye la dia tak kisah pon saya ni gemok ke tak lawa ke.
Saya ja yang lebih-lebih nak diet la,
pegi London weight management la.
Dia cakap dia suka ja saya gemok sebab sedap pelok(ok tu tipu)
Dia cakap dia tak kisah pon,
Dia kawan ngn saya bukan sebab paras rupa tapi sebab hati saya ni baik.
(hehe malunya)



Saya jahat,
Bila saya tension,
Saya selalu lepas geram kat dia,
marah-marah dia,
Keji kan saya?
Dia rilex ja kadang-kadang boleh lagi buat lawak,
Semata-mata nak  hiburkan hati saya.


bila saya nangis,
dia orang pertama yang akan pujuk saya,
bila saya xde semangat,
dia akan bagi kata-kata perangsang untuk saya,
bila saya putus harapan,
dialah orang pertama yang akan memberi harapan baru untuk saya.
pendek kata dia sentiasa disamping saya,
walaupun hakikatnya dia sangat jauh.



Satu hari tu saya mimpi,
Saya mimpi dia dah xde disisi saya lagi,
Dia dah pegi mengadap Illahi,
Bila saya terjaga saya terus nangis
Sedihnya kalau dia dah xde,
tak dapat nak bayangkan.

Pagi tu saya tepon dia cerita pasal mimpi tu,
Dia gelak pas tu cakap,
“Awak macam nak saya mati cepat ja?.”
sampai hati dia, saya terus nangis lagi,
dia dah menggelabah.

Dia cakap dia akan setia disisi saya,
sebagai seorang rakan dan kekasih sampai keakhir hayat saya.
Walaupun kami tak tahu apa jadi pada masa akan datang
Tapi kami sentiasa berdoa yang terbaik untuk masa depan kami.

Terima kasih awak,
Sebab awak dah jadi kawan yang paling baik merangkap kekasih hati saya,
Semoga awak panjang umur dan dimurahkan rezeki..
Selamat Hari Lahir yang ke-21..
Sayang awak sangat.
MUHAMMAD FIKRI BIN RAHIM
a.k.a 
BAPEX


p/s: hari ni entry geli-geli sebab birthday bapex the hottest guy. Dedikasi Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran juga buat anak sedara ku yang tersayang Nur Syifa bt Syaiful Nizwan. Nak buat entry pasal anak saudara aku macam dia paham plak kan baru 3 tahun. Xpa nanti maksu beli hadiah kat syifa no,tapi tunggu JPA sem depan masuk dulu la..=p
sYifa and sYafiQ



 
me with him(budak boroi)

boyfriend