30.7.10

BANTURA!aku datang ni...sila sambut dengan karpet merah

Sekarang pukul 5.30 pagi dan aku tak tidur lagi...aku bukan sengaja tapi terpaksa sebab esok aku akan ke Pahang bersama ahli-ahli kelab dangdut yang lain untuk program fasilitator di Sekolah Menengah Bandar Tun Razak(BANTURA)...

Waktu ni jugak la aku nak jahit vest bagi kecik (memandangkan berat dah turun 3 kilo), nak jahit seluar trek yang terkoyak kat ehem-ehem, nak packing barang, nak kemas bilik yang cam tongkang pecah! Hadoii banyak tol kerja kena buat..

Aku pergi sana 3 hari, berjimba-jimba dengan budak sekolah pon best juge, boleh menambahkan anak ikan kenalan..

Yang pastinya aku cuak nak mampos sebab aku kena jadi ketua fasi..aku dah la mengarut je banyak kang tak pasal-pasal terpesong akidah budak-budak tu..pufffff(-_-")

Doa-doalah aku berjaya menyampaikan ilmu yang berguna dan bukan meninggalkan tahi di sana...

Yang baik semuanya datang dari Allah S.W.T dan yang buruk datangnya dari aku...


P/S:: doakan gua tak buat lawak bodoh depan bebudak tu sebab aku tak nak kelihatan sangat bengap...tolonglah...

28.7.10

Busy mengalahkan Perdana Menteri Malaysia Ke-5

Busy sungguh aku ni..ke hulu hilir mengalahkan perdana menteri..bezanya cuma beliau ke hulu hilir naik kapal terbang kelas pertama, aku pula hanya menumpang ihsan bas UTM yang selalunya penuh mengalahkan tin sardin..tak pon berjalan kaki sambil melihat anak-anak ikan berkeliaran di sekitar kolej..seronok betol sebab boleh mencuci mata, untung-untung boleh dengar mereka memberi salam kepada aku sambil tersenyum manja, tak pon hanya ungkapan...


"Hai Kak Ayue, mahu tandatangan boleh, syantek sungguh akak hari ni"


Lihat tu..dah rasa macam artis taw...Lisa Surihani pon tak sehebat aku..dalam telahan aku la..mungkin suatu hari nanti aku bakal jadi lebih busy malah lebih femes dari Lisa dan Maria Ozawa...Ahh bagi aku Maria Ozawa tu tak hebat mana pon sebab Zam Enol Arip langsung tak kenal beliau...suci betol hati Zam, tu yang buatkan aku sayang kat dia...

"Zam cepat update blog kau, akak tengok berabuk terok dah tu"

Janganlah asyik main dalam jamban je..luahkan sama perasaan tu di blog kau..


Ahh..Sudahlah Ayu kata busy tapi boleh pulak update blog....

Salam sayang dari AYUE SURIHANYOT dan nantikan kemunculannya...(bakal menggegarkan Bandar Tun Razak hujung minggu ini)

 Haa...lagi satu nak bukti yang aku sangat busy...
BERAT AKU DAH TURUN 3 KILO....care tak??lepas ni memang slim macam Lisa Surihani la...lalalala

25.7.10

Kau hilang disaat ku membutuhkan mu

Gua tengah bengang gila habis ni...bongok betol la..time-time genting macam ni la nak hilang pon, taw la bilik gua cam tongkang pecah tapi agak-agak la kalau nak menghilangkan diri pon..japgi gua dah nak pegi meeting kang lambat, ada pulak nak laser-laser dengan gua(tu sebab gua selalu laser dengan orang)






Mana pencabut bulu ketiak gua ni haaa?????hangin betol....gua rimas taw tak??rimas!!









rimas tengok uban kat kepala gua ni..gua nak cabut!!!



update: gua dah jumpa pencabut bulu ketiak tu..kat tepi katil gua rupanya..gua pon tak sedar bila gua cabut dalam tidur..

ego seorang kawan

Bila dah jadi manusia ni..banyak hati kena jaga taw..hati mak ayah, hati boyfriend, hati suami, hati kawan, hati family sekali dengan hati kucing pon kena jaga...

Tapi bila hati aku dipijak lumat-lumat..perasaan aku kau buat macam sampah...memang agak kurang ajar la namanya tu..ya aku taw kau tu kawan aku tapi kadang-kadang setiap patah perkataan kau tu menyakitkan hati aku taw..kau sedar tak semua tu??dem memang la tak sedar sebab kau ikut sedap mulut je cakap...


Tak nak cakap dengan aku...ahhh aku lagi suka..sebab tak de la menyakitkan hati aku sangat...sori la weii aku memang ada kutuk ko belakang-belakang..tapi at least aku pernah mintak maaf dengan kau kan..maafkan aku kalau aku bersalah..dan aku berharap ko baca blog aku...bukan aku seorang ja dah terluka..tapi ramai lagi...

Aku terlalu ego untuk menegur atau kembali berbual dengan kau...sebab aku dah muak dengan kata-kata kau yang menyakitkan hati aku...maafkan aku sekali lagi...kerana aku terlampau ego...


EGO AKU MEMBATASKAN SEGALANYA...


ahhh gua emo lagi ini malam..harap maaf dengan entry yang agak celaka ni...

24.7.10

Pesanan untuk suami yang sepi

Andai kamu seorang suami,
Setialah pada isterimu,
Kasihkanlah anak-anakmu,
Sesungguhnya mereka amat memerlukanmu,
Memang benar adakalanya,
Wanita boleh hidup tanpa lelaki,
Bisa tegar memilih jalan sendiri tanpa kamu disisi,
Akan tetapi,
Jauh disudut hati seorang isteri,
 Beliau masih memerlukan seorang suami yang setia..
Yang bisa menghangatkan tubuh si isteri tatkala beliau memerlukan..

 

 Wahai suami..
Aku pelik dengan dirimu..
Mengapa mesti melampiaskan nafsu diluar??
kononnya bekerja...
Tapi hakikatnya kamu tegar mencari perempuan lain,
Untuk apa??
Hanya untuk melampiaskan nafsu binatangmu...
kononnya puas dilayani isteri..
tapi kenapa masih "makan luar"?
Sungguh aku tak mengerti..
Beginikah lelaki yang dipanggil sebagai pelindung wanita??
Satu sahaja yang aku mampu katakan..
Berubahlah...
masih ada waktu untuk kamu bertaubat...
Renunglah mata isterimu,
Tataplah wajah anakmu..
Kasihani mereka...




aku rasa susah betol nak berkias-kias ni..macam mana la orang boleh tulis puisi kejadah tu..cakap direct kan senang...







"Jaga la anak bini hang kat rumah, kejadah apa nak melucah dengan aku pulak?dem betol! Selamba bengong ja mesej lucah dengan aku,sepak dahi baru taw"



P/S:: jangan drop komen yang korang tak paham..gua sekeh kepala sorang-sorang kang..
gua tengah hangin ni....

23.7.10

Pillow Talk

Semalam buat pillow talk dengan member-member aku..entah kejadah apa la pillow talk sebenarnya pon aku tak taw..main taram je aku cakap...biasa la bila gadis bertemu gadis pasti ada saja benda yang ingin dibualkan..

Tambah-tambah bila malam semakin larut..kalau aku ahli sastera mesti aku dah buat pepatah "semakin larut malam semakin lucah lah perbualan"

Ok tak de yang lucah pon tentang perbualan kami semalam..(ayat cover balik)..tapi ada la topik-topik hangat yang dibincangkan..ya la bila usia telah menginjak dewasa, banyak perkara yang ingin dipelajari bersama..banyak perkara yang harus dikongsi..

Masa tu banyak la tips-tips yang dikongsi, contohnya.....


"Tips meredakan hati pasangan yang tengah marah"


huh..berebut member-member aku tanya..ya la benda free kan wajib la nak tahu..bila pasangan kita tengah marah-marah, berleter macam mak orang..padahal lelaki tu..sungguh aku tak paham lelaki kuat bebel..


ada yang jawab bagi penampaq ja la susah apa...hohoho ibarat "tanganku dibibirmu" la ni...berani pulak nak tampaq sepak terajang semua kan..kita sebagai perempuan kena lemah lembut..sekalipon kalau kita cakap nak tendang kaum lelaki..wajiblah mereka cakap..


"Huh..kaki panjang sejengkal..perut yang besar ingin diduga"


nampak tak??perut mereka sudah la besar kalau nak dibandingkan kaki kita yang comel ini..kita tak layak untuk memukul mereka..kita hanya perlukan saikologi...


macam mana saikologi tu??


kena la amik kelas dengan aku..bayaran boleh bincang..jangan risau aku tak amik riba...ramai member-member aku nak daftar ni...tak lambat lagi jadi pakar la aku...


Pakar Kebahagiaan Rumah Tangga

Khas untuk yang ingin berkahwin pada masa terdekat...

jangan tanya kenapa aku upload gambar ni..
nadey..wajiblah aku rasa nak lempang muka hang..
muka nak comel habis..grrrrr

sila update blog anda cik nadey..
jangan bajet anda artis,anda busy sangat..
dah tak banyak show dah pon..

21.7.10

Aku sayang Pengetua Kolej

Tadi aku nak cuci muka sebelom tido (jaga muka syial aku..haha)...sebelom masok toilet nampak la notis yang tertampal sebelah pintu toilet..



tak pa la..aku rilek lagi, lepas tu aku nak masok jamban..
tutup ja pintu aku nampak poster tu tertampal juga kat situ...
waklu* nak melepas pon terbayang muka pengetua la macam ni...
terus terbantut niat nak melepas, aku balik bilik capai henset pas tu snap pic...
sampai dalam jamban pon nak tampal poster??memang nak suruh aku pegi jugak la ni..
(dengar macam aku ni orang penting sangat la pulak.)


aku terpikir gak macam mana nak sumbat budak tahun satu sampai tahun 4 msuk dalam dewan yang sekangkang kera tu..sila bayangkan kangkangan kera dan saiz tapak dewan tu...sangat tidak muat tahu??
so kesimpulannya aku nak pegi ke tak??sanggup pulak dia nak amik kedatangan budak-budak nih(kalau ramai yang turun le), kalau black list nama budak-budak ni...sapa plak nak join program kolej yang hebat extra vaganza tu??

Tidak mengapa la ..aku kan skema, sayang pengetua pulak tu..serius sayang, yang skema tu jangan percaya!! aku duduk kolej ni dari first year sampai aku forth year..kalau tak nampak gak jasa aku kat sini aku tak taw la nak cakap apa..berjasa la dah aku bayar yuran mahal-mahal..duit yuran pulak buat program pegi luar negara..perghh berjasa kan aku???


aku kena susun jadual balik nih..malam jumaat kan..study,buat assignment..tak masuk lagi update blog,update status kat facebook,twitter,friendster,tagged(aku ada tagged ni tapi rasa cam haremjades ja bila aku buat menatang tuh)...



mana nak baca yasin lagi...(serius macam nak menunjuk, semoga aku tak kena panah petir dengan sifat riak dan takbur ini,amin)...tu belom kawin lagi tu..bayangkan lah aku kawin nanti..malam jumaat adalah malam paling busy...haishh...


apa-apa pon...

saya tetap sayang pengetua...

P/S: dikarang sewaktu penulis tengah mengantuk

20.7.10

Lelaki...........umpama tiada nafsu..

Kadang-kadang mulut aku ni macam puaka...bukan macam tapi memang puaka aku rasa...boleh pulak aku terlepas cakap kat budak-budak kelab dangdut semalam...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Lelaki yang tak pandai buat LAWAK umpama Lelaki yang tiada nafsu"




ok dah terlepas pulak...nak-nak ada 2 orang jantan kat situ...terbeliak bijik mata diorang...hehe sori-sori tapi betol ape..kalau perempuan tak pandai buat lawak tu perkara biasa la tapi kalau lelaki la kan..patut ada sikit sense of humor tu...baru la lengkap pakej kau sebagai seorang lelaki yang kacak...senang sikit kau nak petik awek..kalau tak pehhh giler bosan hidup awek ko...


Aku akui bukan senang untuk buat lawak..tambah-tambah kalau dalam blog...sumpah susah nak buat jokes ok..sebab kadang-kadang kita rasa benda tu lawak tapi orang lain tak rasa nak gelak pon..nak-nak kalau ada pulak drop komen...


"Lu buat lawak ke ni??gua tak gelak pon"



Hoh..tak ke rasa nak makan kaki sendiri tu...


Bila korang buat lawak depan aku dan aku sikit pon tak gelak itu bermakna lawak korang tak jadi ataupon benda yang korang cerita tu tak dak unsur lawak langsung ataupon cerita tu sebenarnya lawak tapi intonasi suara serta gaya korang bercerita tu tak hidup ataupon korang banyak gelak dari bercerita.. (haram betol berapa banyak ataupon ni ayu)...


tapi kekadang tu nak amik hati gak aku gelak je la sikit...tu pon nampak sangat tak ikhlas...serius aku mintak maaf kalau aku gelak tak ikhlas, bukan apa kalau dalam situasi aku buat lawak lepas tu orang tak gelak aku rasa nak lempang je muka aku ni laju-laju sebab malu...so untuk mengelakkan tuan punya badan malu...




"Gelak je la woi!!bukan susah pon"


takdak gambaq comel nak letak, yang ni pon jadi la..


***********************************************************************

Berbalik kepada cerita aku dengan budak-budak kelab dangdut...

Pasal statement aku tu kan..Dah aku cakap macam tu ada pulak yang menggatal buat hipotesis gila macam ni...







"Kau selalu buat lawak kan, nafsu kau lagi kuat la ayue"...



haha...cilake..aku kata laki la bangang!!!lagipon bukan betol pon apa yang aku cakap tu...
ni la orang kata sebab mulut badan binasa...kena kat muka aku balik...padan muka aku!!




P/S: hipotesis ini tidak benar sama sekali...jangan gunakan dikhalayak ramai terutama depan mak-mak serta bapak-bapak...kerana mereka bukan remaja..silap-silap boleh dapat pelempang sedas...harap makloman...

19.7.10

Kadang-kadang aku terfikir...

Kadang-kadang aku terfikir...


















Kenapa Remy Ishak tak jadi boifren aku haa??


tu je yang aku pikir buat masa ni...(>______________<)..

haa bilik aku dah siap kemas...dem seminggu dah masuk utm baru siap semua...duit pon banyak habis beli tu beli ini...macam air je duit aku keluar, alaa macam air kencing tuuu, laju je kan...









Tadaaa...meja aku nak belajar selama 2 semester..
sila abaikan buku yang belambak tu..
Buku yang pakai cuma 2 bijik je sem ni..yang lain buat perhiasan..


Hidup Kedah!!



ok tak de kaitan..bai!

17.7.10

Masalah gadis-gadis remaja

Ok dengan ini di umumkan JPA dah masuk..tepat dengan hari Jusco buat sale..kadang-kadang aku kagum dengan jusco kerana boleh detect bila budak-budak biasiswa dapat duit..hebat betol, rasa nak kerja kat jusco ja...jadi engineer jusco boleh???


Kalau aku jadi engineer jusco kan...kalau ada la jawatan tu...korang taw perkara pertama yang aku akan buat apa???


 Aku nak ubah tempat jual bra dan spender kat bahagian paling tersorok sekali..Aku tak paham kenapa perlu jual dekat kawasan terbuka macam tu, depan kaunter buat jcard...masuk jusco ja dah nampak dah warna-warni kat situ...kalau aku ni budak kecik yang tak matang sah-sah aku la aku tertarik dengan kemeriahan tempat tu,kalau aku lelaki lagi la aku tertarik dowh!!kaler-kaler cam tu..mesti dalam kepala dah set mind bini aku nak pakai kaler ape masa malam pertama nanti...indah bukan???


Yang aku hangin sangat tu, boleh pulak pakcik-pakcik dan abang-abang nak lepak kat depan tu tunggu bini-bini diorang belek pakaian dalam...rasa nak menyumpah tahu????


Saya tahu anda ada bini dan anda rasa benda tu biasa jika lihat bini sendiri beli pakaian dalam...dem memang la bini anda tak kisah...ni anak-anak gadis yang tak kawin lagi ni masih kisah ok..perhh brader-brader ni macam tak penah bujang pulak..tak kan tak taw kot perempuan ni diciptakan dengan sifat pemalu...ala macam aku la pemalu...(sila terima kenyataan) mesti la rasa ralat sikit bila nak pilih-pilih tu tetiba ada laki kat depan mata...nak pulak kalau ada course mate yang lalu....malu syial mana nak letak muka ni??





"Kau yang tak open minded weh"


hoh...kepala hotak anda...xdak masa nak open-open pasal benda nih, bagi aku benda tu boleh letak kat bahagian belakang kot...dah nama pon pakaian dalam tak payah la nak buat promosi bagai...pempuan akan beli jugak aihh sebab tu keperluan!lagi satu pempuan ni jenis yang berjalan betol?so dia akan berjalan sampai satu shopping complex tu untuk cari barang yang dia nak beli so tak payah susah-susah tayang coli warna-warni kat situ...

yang aku pelik sangat kan...







Apasal lelaki punya spender dia tak jual secara terbuka macam tu??

susah benor aku nak cari semalam...Dem betol....



 para lelaki jangan stim pulak..

14.7.10

Sila kesian kat aku sekarang...

Perhh....dah lama rasanya tak hupdate belog...kalau dulu tiap-tiap hari boleh hupdate...sampai masok jamban hupdate, korek taik idung hupdate, pi dating hupdate, jumpa mamat hensem tepi jalan pon hupdate padahal tu mat bangla je pon, teruja macam jumpa remy ishak pulak aku ni sampai tu pon nak hupdate...kejadah apa aku meraban ni...padahal baru 3 hari tak jumpa tenet dah macam jakun dok zaman batu...


Bila dah masok semester baru ni macam-macam nak kena kemas...tension kot!!aku ada 6 kotak nak kena kemas...ni ada satu kotak lagi nak kemas, 3 hari dah dok utm tapi tak abis-abis gak...dem betol gile banyak barang aku!!!nak jual confem-confem la tak laku...cina besi buruk pon tak maw kot...


Aku terpaksa pura-pura busy sem ni...duduk bilik je...tak maw lepak bilik orang dah..nak dok bilik study sampai rabun...waklu giler bosan hidup aku...hah korang tak yah percaya pulak sebab sekarang ni pon tengah lepak bilik orang kot..ye la bilik orang ada berok band bilik aku tak de...dem bosan dok bilik sendiri, tak abis-abis layan movie cintan-cintun tak pon aksi-aksi...bukan aksi ranjang ye...aku terajang seko-seko kang ingat aku layan movie tak senonoh...


ok dah ler...yang datang sila klik nuff aku...aku tengah sengkek nak mampos ni..jpa tak masok lagi, makan pon nasi setengah pinggan je, kadang-kadang makan roti kering sem lepas..dah expired pon buat-buat tak nampak je..alah bukan nak mati pon ye dak...sila percaya ya sebab berat aku tak naik-naik...(bangga jap..)..encik buncit tak gaji lagi tak leh nak pow suruh bayar berokband...huh nak update belog pon kena merempat kan, kesian kat aku...wifi utm??tak yah cakap la...zaman bila pulak nak sampai gelombang tu kat bilik aku...(-_-")...sila kesian kat aku sekarang!!!!


P/S:: tak dapat nak jalan-jalan baca blog yang dah update..huhu nanti-nanti aku curik masa baca blog korang eekk...

11.7.10

Wakenabeb!!versi Universiti part 2

Yang tak baca part 1 sila baca dulu untuk amik feel...klik LINK ni..


Ok dewan dah gelap...K.O panggil nama yang tercatit dalam kertas yang dia pegang...tak taw kenapa hati aku meronta mengatakan yang nama aku ada dalam tu...hoh dup dap dup dap kamu tahu perasaan aku masa tu...punya cuak sampai henfon pon aku gigit...Aku dulu jahat a.k.a nakal...selalu sangat kena panggil dengan senior asrama..tocher-tocher ni memang aku dah lali dah, kena marah pon memang takde effect..paling tak boleh belah aku kena kirim salam maut dengan senior aspura...macam babi je aku rasa dok kirim salam maut kejadah sial ape tah kat aku...huh emo jap..


Dan ternyata jangkaan aku tepat nama aku telah dipanggil, menggelabah???tak yah cakap la kan aku dah kecut perut dah ni..muka kalau toreh pon tak keluar darah, kaki tangan sejuk membeku...


Aku kena pegi depan...perhh korang tak taw betapa pemesnya aku waktu tu..semua orang pandang..mamat hensem suma dah memandang aku dengan penuh perasaan...

"perghh minah ni gila rock, buat salah pon muka masih kental" kata-kata yang aku jangkakan keluar dari mulut jejaka kacak...

kalau gadis-gadis hot pulak mesti cakap macam ni..


"huh padan muka ko...lepas ni mesti tak de laki nak kat ko dah"...kata mereka sambil memandang jengkel kearahku...entah ape yang diorang dengkikan sangat aku pon tak taw...aku tahu la muka aku ada iras Lisa Surihani...ok sudah la berkhayal ayu oii sila sambung cerita..


     Lepas tu sesi membantai marah aku dengan beberapa makhluk senasib dengan aku bermula..Fasi-fasi tu cakap kami ada buat kesalahan besar, lepas tu suruh kami mengaku...kepala otak aku berpusing memikirkan apa salah aku...apa yang aku buat sampai diorang ni marah gila??yang budak pompuan sebelah aku dah nangis-nangis dah, budak baik dah tu lembut pulak, kena jerkah macam tu memang meleleh la air mata...

Yang buat aku paling cuak tu sebab pengetua, felo dengan pembantu felo(hensem) semua ada bai...tak ke kes besar tu, aku baru masok U tak sampai seminggu takkan nak kena gantung dah kot...kesian mak aku...


Budak-budak laki stok kena teruk kaw-kaw siap ada sentuhan badan lagi...diorang tak pukul cuma touch sikit-sikit je..tapi agak tegang la suasana kat situ sebab budak tu mengaku hisap rokok dalam bilik...cet kantoi busuk je...


Sorang-sorang kena tanya, part aku paling teruk aku rasa, K.O tu tenung aku, rendah je dia dari aku ibarat hidung mu didagu ku..ngeh,ngeh,ngeh sempat lagi aku kutuk dalam hati..tapi aku syak dia dengar la pas tu dia  mintak henfon nak call bapak aku...waklu!! mampos aku, takkan besar benar salah aku...aku bagi je la sambil tu fasi lain dok marah-marah tanya kesalahan kami....


yang aku pulak bangang sangat, aku jawab...



"Saya tek kemas beg lagi, beg saya ada bawah katil" lol mana sempat aku nak kemas, aku ni dah la terhegeh-hegeh kemas lambat...tak pepasal aku kena cop pemalas! siot tol..


Diorang tak puas hati dengan jawapan aku...dan tanya lagi sambil buat muka kerek nak mampos..


masa tu aku pakai tudung kaler kuning...orang lain pakai tudung kaler putih...alah aku nak bagi matching dengan baju batik yang aku pakai tu, tudung putih aku pulak masa tu tengah basuh...aku pon dengan lantang...



"Saya pakai tudung kaler kuning hari ni bang"


Bila ingat-ingat balik sumpah bodoh jawapan aku...takkan la pakai tudung kaler kuning tu pon jadi salah besar...dalam hati aku dah tepok dahi..


yang budak-budak lain duduk pandang lantai je, semua muka cam blur tambah gelabah...ada sorang tu kena marah dengan abang fasi sebab main kad matrik..adoii main kad matrik pon kena marah ke bang??(-_-")


Ada lagi kesalahan yang aku cakap masa tu...aku tak turun solat subuh kat surau pehh bila aku cakap je cam tu semua fasi nak pumpang-pumpang kat aku, ceramah bagai...adoi aku bukan tak solat cuma tak turun pi surau je pon, tu pon sehari je sebab terbangun lewat...hah lagi satu masa aku tak turun surau tu bersepah je budak-budak aras aku tak turun gak..nak je aku petik nama sorang-sorang yang tak pi...huh tapi aku takde la keji sangat biar je la aku kena sorang-sorang...


Dah siap diorang marah-marah, bagi nasihat bagai, diorang suruh aku dengan saspek yang lain naik atas pentas pas tu pandang belakang...diorang siap-siap nak umumkan kesalahan besar kami...


berdebar je hati aku nak taw apa salah aku sampai kena teruk cam tu...






"kamu semua buat kesalahan besar sebab tak bagi tahu yang birthday kamu minggu ni"




hah!!!tu ke salah aku!!terus aku menangis, menderu je air mata aku keluar...bukan nangis sebab kena marah tapi nangis sebab terharu...lagi satu nangis sebab aku tak kena gantung U..fuhhh selamat...siap ada kek haa semua sebab nak sambut birthday kami...kami kena prank la ni...wakenabeb...


dah tu fasi-fasi mintak maaf...pujuk aku yang menangis macam pengguin..(kawan aku cakap aku menangis macam pengguin...takde menantang lain ke nak bagi??) tapi aku tak amik hati...kenangan beb...sampai sekarang aku ingat detik-detik kena prank tu...

 cuba cari mana satu aku..lol cam ape je...(-_-")




Sekarang aku dah last year...aku bersyukur, sampai jugak aku ke tahap ini..kenangan wakenabeb ni aku simpan kemas dalam ingatan aku...=) tahun last aku kat UTM ni...InsyaAllah aku nak grad on time..=)


P/S: dua-dua entry ni aku taip 3 jam...hoh lama bebenor...panjang satu hal..haha confem orang datang pas tu blah...

10.7.10

Wakenabeb!!versi Universiti

Gua nak pesan sesiap ni entry panjang punya...nak baca silalah kalau tak maw baca pon sila baca juga...hehe apa punya samdol ayat gua nih....


      Wakenabeb punya story...agak cilake sebenarnya tapi berjaya buat aku terharu gila khinzir...Kejadian berlaku pada tahun 2007 masa tu aku masih lagi adik-adik tapi sudah pandai tengok cita american pie...ohh tidak aku baru tengok je cita tu sebenarnya, masa cuti minggu lepas dan rasa nak maki laju-laju sebab tak best pon, aku banyak skip je.. dah nama pon cita porn, gatal nak tengok gak pehal!!...



     Masa tu minggu orientasi, ya bagi pelajar tahun satu memang benda ni la yang akan dilalui walaupon perit, macam budak sekolah jalan terkedek-kedek beratur nak masok dewan...agak menyampah sebenarnya...dah masok U pon masih kena pakai uniform dah tu kena berjalan dari KTDI(kolej aku) sampai ke dewan sri iskandar...huh kalau naik motor memang seminit pon dah boleh tercangak depan pintu dewan tapi kalau dah jalan macam mak anak ayam pulang ke reban dengan kasut tumit tinggi tak hengat memang mencarut-carut jugak la dalam hati kan...masok dewan pulak ada ceramah bagai!!


      90% dari ceramah kat dalam dewan tu aku tido je, 10% tu aku jaga untuk mengadap taklimat PTPTN...ye la aku ni orang susah kena buat cara susah la...biar pakai baju rabak sikit pon xpe janji dapat pinjaman sebab nak belajar punya pasal...nak sara mak bila dah keja nanti...amin.....

ni pic view dari tempat duduk kolej aku kat dalam dewan..
kami dok tingkat atas memang sedap tidor ler..
pic ihsan dari cik google..



      Ok bukan semua part dalam orientasi tu tak best taw..bagi aku ada gak part-part yang best...Satu boleh usha mamat-mamat hensem, tak kira la yang sebaya ka ataupon abang-abang fasi, aku macam biasalah mencari yang tegap-tegap untuk mencuci mata...Yang tak dak calon mula la pasang umpan, tak kurang jugak yang dok menggedik dengan abang fasi (hoh paling annoying sekali, serius gua menyampah giler)..


    Abang-abang fasi yang hensem selalunya cool je, yang otak sengal ni yang selalu menarik perhatian...haaa ni tips untuk jejaka diluar sana, anda kenalah ada sense of humor baru senang nak cari awek...sebab awek-awek ni suka lelaki yang boleh mengembirakan,menghiburkan dan menceriakan hati mereka...macam encik buncit...(>_____<)..ok aku dah kelaut...sambung balik..



     Lain part yang best adalah bilamana kami ada lawan sorak antara kolej...Kalau masa ceramah tu budak-budak tido ja, muka pon selenga mintak lempang tapi bila dah sampai waktu nak balik, semua muka macam baru kena simbah dengan air, segar bugar..bukan segar sebab nak balik bilik tapi sebab nak menyorak...heh best weh!! sorak dengan kata-kata semangat kolej tapi yang banyaknya sorakan menjatuhkan kolej lain(motif sebenar kolej aku)...


      Fasi-fasi kolej aku tu pulak rare..tambah dengan kepala otak biul macam aku jugak memang seronok la nak cari bahan kenakan budak kolej lain...perang besar kot kat dewan tu sampai ada fasi yang nangis sebab tak tahan kolej sendiri kena bahan...kolej aku la paling setan sekali, punya jahat sampai kolej tu nak kawan pon kami boleh tayang bontot kat diorang...hahaha tu pon hasil pakatan dengan kolej yang boleh tahan gah nya, Kolej Tuanku Canselor(KTC)..budak-budak elektrik banyak situ, kepala otak budak elektrik kan banyak putus memang stok nakal tak hengat ler..(maksud aku idea diorang ni bernas untuk mencari bahan mengenakan orang)..

tapi sekarang dah takde dah macam tu..pihak U dah tak maw buat, diorang nak buat satu malaysia, tak maw gaduh-gaduh..lorhh aku malas nak cakap ape tapi dem memang bosan giler orientasi selepas batch aku...(padan muka korang)



       Haaa...dah seronok berjimba-jimba dekat dewan besar...balik tu kena dok kat dewan kolej aku pulak, biasa lah setiap malam akan diberi taklimat sedikit dari encik ketua operasi..tapi malam tu agak berlainan suasananya,agak suram dan kelam..muka ketua operasi pon ketat macam jimbek(pinjam word hamzah,aku tak taw pon maksud dia...nggeeee)..

      
      Fasi-fasi lain pon sama muka masing-masing tegang...dewan masa tu yang bising jadi sunyi bila K.O(ketua operasi) jerkah suruh diam.Lepas tu akak fasi tutup lampu kasi gelap...dalam hati aku dah cuak nak mati, kejadah apa pulak la makhluk-makhluk ni nak buat?? masa tu fikiran nak negatif je, rogol,culik,liwat,sumbang mahram...semua yang keji je keluar dari kepala otak aku...lol





ohh panjang sangat la wehh...gua sambung next entry k...ni betol-betol gua sambung punya, tak tipu...gua dah siap taip dah...tinggal nak publish je...(>______<)


P/S:Malam ni gua nak balik Johor dah..huhu serius gua tak puas cuti...tak puas lagi nak bermesra dengan pesbuk dan blog...hoh dah la tenet sane lembab...ok bai gua nak sambung kemas beg...

Iklan yang aku tak paham!!

Tadi aku tak tengok berita tapi layan facebook jap, member aku cakap Cut Tari tu dah mengaku...Dem aku tak donlod lagi kot video dia ngan Ariel Peterporn...huh ekceli aku baru taw sebenaqnya ada video dengan Cut Tari pulak..ye aku taw aku ni memang lembab sikit pasal hal-hal ni...ye la dah mengadap video ceramah je tetiap malam mana la ada masa nak layan video-video tak bermoral nih...sila percaya ye kawan-kawan...


Ok berbalik kepada tajuk entry...korang penah tengok tak iklan nih???aku baru tengok ja semalam dengan abang-abang aku serta kak-kak ipar dan anak-anak sedara...

video

iklan cadburry nih...
aku tak paham sebenarnya mesej apa yang ingin disampaikan oleh dua orang budak skema ni..bila aku tanya tak pepasal kena marah dengan abang-abang aku...diorang cakap aku ni lambat!!!!


lorhhh betol ape...dah aku tak paham...siot tol iklan ni, tak pepasal aku kena pikir rasional angkat kening tu...cuba la ko upah aku jadi model iklan tu...tak pon amik je luna maya dengan cut tari tu...confem-confem dah pemes...tapi cam iklan filem porn lak jadinye...(-_-")

nasib la comel gak bebudak tu...lawak pon ada...hehehe

tak sabar lak aku nak makan coklat tu...sambil taip entry ni aku dok try buat kening cam tu...hahaha cam syial je tak jadi pon...=p


ok dah la...nak prektis lagi buat kening cam tu...


P/S:: sila tinggalkan link anda...ehhh bukan-bukan gua nak link donlod video tu je...sekian

9.7.10

kalau demam tak boleh balik U kan??

Asal nak balik UTM je badan dah rasa lemah-lemah, konon sakit tak boleh balik kampus...huh tapi ni betol punya, aku dah dapat rasa aura kedatangan penyakit demam aku...aku ni jenis yang susah demam tapi bila sekali demam memang merana la zahir aku, ok la sekali ngan batin aku pon merana jugak...


Tanda-tanda awal yang aku akan demam teruk hah macam sekarang ni la...aku dah setat selsema, ni bukan selsema hingus yang likat tu tapi ni stok cair punya tak pekat, adoii seksa mak aii nak tahan dari meleleh....hingus stail ni kalau duduk dalam ekon memang dia akan mengeras tapi bila pi tempat panas balik confem-confem cair, dah tu meleleh tak ingat dunia...arghhh sangat tension kamu tahu???muka memang selebet habis la dah tahi hidung merata...


Lepas hidung berhingus satu hal...ni kepala otak aku ni pulak setat pening-pening, pening tahap bilamana aku tengok duit kertas not 1 ringgit aku nampak macam 50 ringgit...tak ke buat aku gembira berjimba-jimba tu, pi bayar duit minyak kereta rasa bangga ja hulur pas tu sah-sah kena maki ngan cashier...ehh jap jap penah pulak aku pi isi minyak kereta?bukan takat kereta, lesen pon takdak lagi pompuan ni...


Ok tu kisah sebelom aku nak dapat demam...kalau aku sudah demam lain pulak ceritanya...tadi aku dah cakap kan aku ni susah demam kira sakit tu memang jarang sangat la, last sekali aku demam 2 tahun yang lepas kot...kalau sakit datang bulan tu memang tetiap bulan la sakit...tetiap bulan ada mc, kalau aku ponteng kelas tu jangan tanya la kenapa, kalau tak sebab aku tidoq tak ingat dunia ataupon aku senggugut...lagi satu kalau assignment tak siap...:p

Tahun lepas aku batuk teruk, maw dekat 1 sem aku batuk, kawan aku yang dok bilik atas pon dah risau dengar aku batuk teruk sangat, lagak macam dah kena tibi pon ada...nak kata aku tak makan ubat segala ubat swasta dengan gomen aku dah tibai tapi tak baik-baik gak...try pi check dokter, uurrrmmm alaaaa macam korang tak taw stended dokter la...cek sikit-sikit suruh nganga mulut luas-luas pas tu cakap"saya bagi ubat batuk ni nanti awak telan lepas makan ye"..
aloloh dokter kalau cenggitu je cakapnye baik anak sedare aku umur 3 tahun tu pon reti cakap...(-_-") jahanam 46 ringgit aku...(hoh aku ingat lagi harga ubat tu...punya la dendam..)


Alahai aku melalut pulak dah..haa kalau aku demam kan, memang aku jadi takut gila, masa tu la ingat mak abah kat kampung, ingat dosa-dosa lampau, ingat nak mati, ingat kat tuhan...hoh aku takut tak sempat tobat la weh...masa tu mula la aku rasa insaf, berdoa lepas solat memang panjang gila, jumpa makcik tepi jalan pon berebut aku nak tolong angkatkan barang, jumpa sampah tepi jalan pon aku kutip...semua gara-gara nak kumpul pahala-pahala kecik...sampaikan bila terjaga tengah malam pon aku berzikir untuk tido balik, apa orang kata tu??haaa  "terlelap dalam iman"...padahal sebelom ni kalau terjaga memang pasang niat nak sambung mimpi ja..nak-nak pulak mimpi pelok remy ishak huh laju je aku sambung tido...


hoh...dah la melalut..kepala aku pon dok berpusing-pusing lagi nih...doakan aku sembuh cepat atau lagi cun doa aku tak demam minggu nih..penat weh aku dah beli tiket balik johor kot..kalau aku demam sapa nak tolong angkat beg aku yang berat nak mati tu...aduyaiiii...

8.7.10

German menang ke Spain kalah ni??

Hoh!!gua syak sebab gua tak tengok game pagi tadi tu sebab german boleh kalah!!siot tol spain-der boleh menang lak!!arrgghhhhhhhhhhh J.Love gua pon tumpang sedih gak sama lu...nasib ler gua tak naik entry yang riak lagi takbur bahawasanya german akan belasah spain...hoh kalau tak confem kena bahan!

Final belanda lawan spain-der...hah confem la gua sokong belanda...tapi gua taw, team mana yang gua sokong mesti kalah punya...grrrrrr

Apa-apa pon final nanti wajib tonton...tapi game pukul berapa ekk??jangan la pukul 2.30 pagi lagi, gua tengah sangap tido kot!!

P/S: apasal gua rasa macam gua sorang je sokong netherland nih???????????


update:: gua baru taw PAUL tu sotong...memang nak kena buat lauk ni...rebus buat sotong kangkung tak pon cincang buat sotong goreng tepong...huh

7.7.10

remy ishak, lady gago dan cristiano ronaldo...persamaan yang nyata!

kalau korang dah usha blog aku lama mesti korang taw kenapa aku tengok cita Arjuna kat Tv3 tu...




ramai yang kata mamat ni tak hensem asal aku minat sangat...


perghhh ko nampak tak ketol-ketol kat badan dia tu????huuuuuuuuuuu mantap,sedap dan blablabla....
aku baru tengok cerita arjuna minggu ni...nice gak la TU PUN SEBAB REMY ISHAK PUNYA BODY kalau tak aku tak tengok gak.. wadafak giler aku punya pengakuan...(0_o)





tapi aku ada gambar untuk tatapan ZamEnolArip.....







sedap kan???
coli merah untuk frodo dan rakan-rakan (berebut la korang)...yang lain zam punya...



berubah la zam ke jalan yang benar....(0_o)


sumber gambar dari encik google...
aku taip lady gago, 
tetiba minah ni muncul hah jangan salahkan aku tak sensored kan mata dia lak..
salahkan ketiak hitam ok...



Ok ni cita pasal bola pulak...tapi still pasal lelaki...(annoying punya pompuan asyik cita pasal jantan)





Aku baru kenal Cristiano Ronaldo..kalau aku tak tengok ulangan portugal lawan korea tadi mesti aku tak kenal dia...tu jangan dok sedap mengata aku pulak.(perempuan kalau tengok bola mesti tengok player hensem bukan tengok game sangat pon, sapa punya statement ni ha??? kepala hotak anda,marah betol aku dengan statement nih), dah kameraman tu asyik-asyik dok tayang muka dia ja, dia jatuh tayang, dia tak leh sumbat gol tayang, dia tarik seluar dalam lekat celah bontot pon tayang...kira muka dia ja la sepanjang game tu..pas tu yang pakcik bagi ulasan pon dok sebut nama dia ja..mesti la aku kenal ye dak??

huh...nak jugak upload gambar tak pakai baju...nak buat cam na dah aku rambang mata tengok banyak sangat gambar hot dia...tak percaya pi google...maw setengah jam pilih gambar dia saja..(-_-")


haa tu yang pompuan sahih pi google laju-laju kan, yang laki mesti la lambat...kejadah apa laki google gambar laki separa bogel..gay ke hapa..


persamaan yang nyata antara mereka...badan ketak-ketak...gambar second tu ketak jugak apa..ketak dua bijik kira ok la tu...waklu!!

4.7.10

Kot iya pon nak sembang lebat cari port elok sikit

Ok entry sempena BIRTHDAY aku hari ni..(nak jugak cakap) sudah-sudah nanti orang meluat nak baca..


Korang penah jumpa orang sembang letop-letop??eceh mesti la penah ye dak, tambah-tambah kat blog ni, sembang macam dia perfect habis..Tu belom geng makcik-makcik sembang pasal barang kemas, hari ni makcik joyah tunjuk gelang besaq, esok makcik senah tunjuk rantai leher labuh sampai ke tetet..tak masok dengan buah loket yang besaq penumbuk lagi tu..dalam hati masing-masing kata "LAKI AKU LAGI KAYA"..

Kalau geng-geng budak sekolah pulak mesti nak sembang kuat-kuat bagi semua yang ada kat sekeliling dia taw yang dia tu hebat..wadafak giler kan..
ahh tak yah nak carut lebih-lebih korang pon macam la tak penah jadi budak sekolah, mesti penah sembang letop-letop punya..contoh terbaik...

"Semalam aku makan nasik ayam pak chin.."

"Eleh semalam bapak aku bawak pegi makan Kenny Rogers, lagi sedap...bapak ko mampu tak?" ayat kalau boleh nak kurang ajar lagi..

nampak tak sifat tak nak kalah dalam diri budak-budak tu??sifat juah tu ternyata tersemat di sanubari..(juah tu maksud dia cakap besar, ni perkataan yang digunakan masa aku sekolah dulu-dulu)

Ok berbalik kepada story aku...etceli bukan story aku tapi encik buncit..

masa tu Encik Buncit dalam perjalanan nak dating dengan aku, dia naik mercedes bendz besar yang ada loceng tu..(sila paham)

Dia duduk kat seat 4 dari belakang, katanya kalau boleh memang nak dok belakang sekali boleh layan tidoq..Tapi tetiba ada 3 orang minah hingusan pulak kat situ,dressing tak yah cakap la..aku malas sikit nak sembang pasai dressing ni sebab aku punya dressing pon sama jugak macam haram..


Bila dah duduk 3 orang tu mesti la sembang dia lagi hangat daripada biasa, bla..bla...bla...bla..





"Aku benci betol la si polan tu dah sedap rasa aku atas bawah lepas tu senang-senang ja tinggal aku"

cakap-cakap yang selebihnya terpaksa ditapis..


Hoh...tak boleh lagi kuat ke cik adik, macam nak bagitaw kat semua orang yang hang tu dah kena batang(dem lucah pulak)...tahu ler dalam bas tu cuma ada korang dengan encik buncit saja tambah pulak yang brader bas yang dah pertengahan umur...tapi mereka jugak jantan kamu tahu..kalau nak cerita pasai benda-benda tu cari port yang elok sikit..tak payah nak tunjuk kat dunia yang kamu sudah tiada dara, ingat jantan-jantan dalam bas tu nak tunjuk muka kesian????


waklu...aku pulak over marah..habis mka aku berkedut..siot betol dah la makin tua, makin gojes pulak tu...
kepada rakan-rakan blogger yang wish happy birthday kat aku tapi tak bagi hadiah pon...terima kasih la ye sekurang-kurangnya tak la aku rasa sunyi dok rumah sorang-sorang ni..sobsobsob...


P/S: aku sebenarnya nak cita pasai wakenabeb bezday masa aku kena tahun satu dulu tapi dah tertaip entry ni korang layan je la..

3.7.10

Cakap seorang diri...entry sedih

Pegi amik tisu cepat sebelom baca...kang segala air keluar aku tak tanggung...

First sekali aku nak mengucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab
Dengan rasminya aku dah habis praktikal...(apasal ayat pon nak skema ni pompuan)


Saja la nak tunjuk hadiah-hadiah yang aku dapat...

terharu sebenarnya...aku tak keluar duit sesen pon beli hadiah...huhu bukan kedekut tapi jimat...lol




Tapikan...............................................




Kalau diorang bagi duit je pon ok...Aku nak buat tambang balik Johor ni....sungguh keji bukan aku ni...



apa-apa pon ESOK BIRTHDAY AKU TAW....alamak tercapslock pulak...
Jangan lupa wish...sebab aku dok rumah sorang-sorang ni..


Esok...aku nak beli kek sepotong, letak lilin 22 batang, cucuh lilin sendiri, letak atas meja..sebelum tu aku tiup belon sebijik pas tu gantung kat siling bagi nampak meriah kalau ikutkan hati nak pasang lampu liplapliplap hari raya tu tapi macam tak masok pulak hari raya dengan hari lahir, dah tu kejadah pulak siang-siang hari nak pasang lampu..macam bingai pon ada...

Ok dah siap aku keluar rumah kejap, kunci pintu...selang 5 saat aku bukak kunci balik, masok dalam rumah...pas tu buat-buat terkejut..



"Ya Allah...terharunya ada orang buat parti terkejut kat I .."


Tetiba lagu "hepi bezday to you" bergema padahal aku sendiri yang pasang guna henpon, nyanyi lagu bezday sorang-sorang,  dah abis nyanyi tiup lilin, pas tu aku tepok tangan laju-laju..ehh lupa nak buat hajat, omputih kata "make a wish"...



ok dah.....


pas tu makan kek sorang-sorang sambil tengok Melodi...


apasal aku rasa nak nangis ni....='( 

korang jangan nak mengade wish hari ni ekk...BIRTHDAY AKU ESOK..4 July...nak pos hadiah boleh mintak alamat kat aku...


P/S: korang rasa nak nangis ke nak maki aku laju-laju?sila maki di ruangan komen bukan shout-box...sekian..

2.7.10

Kalau anda sudah tidak cantik jangan bajet anda cantik

Entry ini mungkin akan buat anda terasa sehingga kelubuk jantung...

sila tarik nafas panjang-panjang dan tahan kentut...

yang ada buasir tidak digalakkan baca...


Kadang-kadang aku pelik bila aku pegi blog orang yang pemes giler maksud aku follower juta-ria,ribu-riban, rempah-ratus..


Bila aku baca entry...hurmmm boleh la....tak lawak...tak menarik...tak stim..

Bila aku scroll lagi...

Ohh budak ni cun...

Ohh budak ni kacak...


Blog tu penuh gambar dia yang kacak lagi cun tu saja-saja...mesti la orang nak follow ye dak...

dah follow mesti letak ayat COMEL ni kat shout-box...


"I follow U, U follow me back yahh"...(KENAPA MESTI ADA YAHH KAT BELAKANG TU??)

Aku ada gak follow belog gadis-gadis yang aku rasa cantik...entry pon mesti la seiring dengan muka diorang jugak...ayat-ayat comel je...nice

Tapi kalau dah laki tulis entry pon ayat nak comel, kelakar takde langsung, muka jambu tempek banyak-banyak kat blog dan paling tidak boleh belah bila tanya kat formspring blogger lelaki lain dengan ayat-ayat leleh tak hengat...

"Semalam saya tak boleh tido...apa saya nak buat ekk??"


"Awak free tak malam ni...kita skype buleh??"

wadafak!!

tak ke gay namanya tu!!

ok sila terasa....




Aku penah gak try letak gambar aku kat side bar blog...alah gambar aku yang comel lagi bergetah..ada la dua tiga keping gambar yang aku syak ada iras lisa surihani...

*nak tunjuk kat sini aku malu...sila maki laju-laju


selang 2 hari...















ramai gak ler yang UNFOLLOW aku...

terus aku buang gambar paling cun aku tu...(-_-")

paham ler kan maksud diorang tu...

"Kalau anda sudah tidak cantik jangan bajet anda cantik" monolog dalaman manusia yang hadir di sini...



Lepas ni aku nak letak gambar ni la..





mesti ramai yang teruja nak masok belog I kankankan?sebab dia lagi cantik dari I...


Entry ni ada kaitan dengan manusia yang terasa...terasa sila simpan dalam hati....tak suka aku.. boleh suruh hellioz rage...makhluk segitiga tu pon dah lama tak rage orang...

1.7.10

Panggilan Misteri dari Jejaka Hensem

Tajuk entry tak nak kalah...(-_-")


Kejadian ni berlaku masa semester lepas....Hari rabu tak silap aku ehh bukan hari khamis kot ahhh entah ler aku tak ingat dah..Masa tu aku tak de kelas pagi so paham-paham je la kan, dah tak de kelas kejadah apa nak bangun awal-awal?tak bujang la bangun awal...


Tiba-tiba ada manusia call aku...pukul 8 setengah bai...lu tak taw ke tu masa tido gua...nak je aku buat bodoh masa tu, tapi mengenangkan nombor yang tak dikenali telepon aku gagahkan jugak angkat..ye la mana taw kot aku menang peraduan ratu cantik yang aku masok bulan lepas tu ke..


"Hello..."...wahhh lelaki yang tepon...

aku cuba cover suara bagi tak nampak sangat macam bangun tido...bukan ape aku takot stim pulak mamat tu dengar suara aku....

"Hello..."...sahut aku dengan nada sedikit manja...


"Ermm cik ni saya dari bla..bla...bla...bla...Adik nak buat pinjaman tak??"...sedapnya suara dia..hmmmmm tetiba aku pulak yang stim pehal...ok tipu, aku tak stim pon..



"Ehhh saya student lagi..." jawab aku sopan...kalau nak taw aku ni kalau cakap dengan manusia yang tak dikenali memang lembut habis!


"Ohh student mana ekk?Ambik kos ape??" ehh mamat ni interview lebih-lebih pulak dah la aku tengah mamai..mengacau aku tido pulak satu hal...nasib suara sedap...


"Saya student bla..bla..bla...amik kos chemical...hehe" sempat lagi aku gelak comel, macam haramjadas pon ada..

Tetiba aku tersedar...









"Bengong ko Ijud ko takde keje lain ke??...."


Tak tahu kuasa saka apa yang merasuk aku sampai aku menjerit gila kuat, kiranya kalau manusia kat aras aku tu tak bangun tido lagi, dia pon boleh maki aku...


"Bodoh kau Ayu, suara macam Ella syial"...ini pujian dalam carutan orang enggeris kata..


aku syak member aku yang penah buat panggilan bangang kat aku...makhluk halus nama Ijud ni memang suka buat panggilan hangit entah ape-ape...


Tup...aku terus letak telefon tanpa mendengar member aku tu explain pasaipa dia call aku...


Aku tunggu gak dia call balik...kot dia nak roger aku pasal aktiviti kelab dangdut tu ke..

Pas tu aku dah tak sedap hati...aku try check balik no tu...




Alamak ni memang brader pinjaman tu yang call la...baru aku ingat mamat tu dah dua kali call!patot la macam kenal ja suara..Cis apa aku nak buat ni?? ARrggggHHHH...sesedap aku je maki...kesian pulak aku kat dia...


Terus aku tak de mood nak tido..capai baldi terus mandi wajib...ehh mandi  saja..


Tapi ada hikmah jugak sejak kejadian ni...mamat tu dah tak call aku dah..Ye la nak kena maki lagi call aku pepagi buta...
 

**********************************************************


Kot mana nya aku kata jejaka tu hensem??

Ahh mana la aku taw ehh...

Aku agak je sebab suara dia sedap...

Lelaki kalau suara sedap kan gay...

Orang gay kan selalu hensem...

Betoltakbetoltak?????



Gambar tiada kena mengena dengan entry..
hensem itu mungkin

boyfriend