Tengahhari tadi kan aku lepak dengan member aku Aini..ok nah muka aini aku letak sebijik..bagi korang kenal sikit ekk..
dah macam iklan air kotak la pulak..
Biasa la kalau dah melepak tu mesti mengutuk sikit-sikit, alah stended pompuan la kalau berkumpul ja mesti bergosip..Pumpang pumpang mengutuk orang lepas tu masok la bab kahwin..
Sebenar-benarnya dia baru ja lepas pegi kursus kahwin hari sabtu lepas anjuran UTM...AKU TAK PEGI LAGI KURSUS KAHWIN OK!! capslock disitu sebab aku agak kecewa..aku cakap kat encik buncit kata nak pegi kursus kahwin tu, murah kot! RM80 ja..huh kalau kat luar sah-sah la beratus kan...hadoihh malangnya encik buncit tak bagi aku pegi lagi..dia kata tunggu la pegi dengan dia...aku pon tak paham kenapa mesti nak kena pegi sekali...bukan boleh dok menjeling-jeling tengok pasangan pon., nak berimiginasi pon kena tunggu sampai rumah jugak...pegi asing-asing la best..ustaz yang bagi ceramah lain, info lain-lain, teknik pon lain-lain...erkk teknik???
Ok sudah-sudah...berbalik kepada cerita asal..aini ni post jugak la serba sedikit tentang info-info yang diberikan oleh penceramah tu kat fesbuk diantaranya ialah...
"Kalau nak bagi suami tak hilang sayang kat kita nanti, kita kena jaga dua perkara untuk suami..PERTAMA jaga PERUT nya yakni memasak masakan yang sedap-sedap dan berkhasiat...yang KEDUA ..............." tulisan status dia yang kedua tu macam nak mintak lempang dari aku...dia boleh pulak buat malu-malu...aku ni dah la inesen, tak pegi kursus kahwin pulak tu...bagitaw je la bagi habis...kang tak memasal aku buat andaian sendiri...andaian basah pulak tu..lol
Selain dari tips-tips untuk isteri, tips untuk lelaki pon tidak dilupakan jugak...contohnya, sebagai seorang suami, kena la tolong isterinya kat rumah, tolong memasak ke, kemas rumah ke, ape-ape ke...haaa tips yang ustaz tu bagi adalah cara-cara untuk suami mengelak dari menolong isteri memasak kat dapur...
hoh jadahnye?? tak kuasa aku nak bagitaw weii..pandai-pandai la korang cari sendiri...google ke tanya bapak-bapak atau pakcik-pakcik korang ke..Lagipon apa salahnya korang tolong bini masak kat dapur, dari dok melenggak tengok tv dengan main mafia war tu..boleh jugak korang bergurau senda merapatkan apa yang jarang...ye dak??
Ustaz tu cakap lagi..seeloknya nanti suami kena la beli baju tidur untuk si isteri 7 pasang...satu hari sepasang..baju tidur untuk malam jumaat amik yang paling jarang....
Lepas tu aku terfikir...aiikk malam jumaat je ke yang jarang?????bukan seminggu 3 kali ke???
Ok kena pergi jugak kursus kahwin ni tak boleh asyik google je..