29.9.10

what women want

oke susulan entry joyah love..

aku suka lelaki yang blablablabla...oke dah dapat dah walaupon tak berapa nak perfect..dah dapat yang memahami aku kira oke la tu..korang ada pakwe yang tak kisah aku tulis blog carut-carut cam ni??korang ada pakwe yang bila mana korang ada masalah dia akan sentiasa ada di samping korang walaupon hanya untuk mendengar???Korang ada pakwe yang bila aku kutuk dalam blog tapi dia still boley gelak-gelak manja lagi depan korang??ngeh3...sori sayang...tak sengaja pulak nak kutuk rambut u...lalalala~~

whatever it is...i still love u damn much!!

dah-dah la tu sayang jangan cover sangat perot tu..u ingat i tak nampak ke u tahan nafas..

apasal gua tunjuk sayang gua kat encik buncit ni???ohh semalam dia merajuk hari ni nak pujuk la...susah betol nak pujuk kalau dah kawin senang sikit...ajak masok bilik je dah setle...kankankankan????

oke-oke sambung entry..perempuan sekarang ni terlampau memilih sangat..nak yang hensem macam shahz jasle la yang alim ulamak macam orang alim la(tak taw nak bagi contoh sape) yang open minded whatsoever la..

lelaki yang dok ada sekarang ni pon banyak dah jadi nyah..hensem2 pulak tu yang jadi nyah...so wadafak oke!tu belom lagi yang gay... Dah la lelaki semakin pupus..oke ulang lagi sekali...laki makin pupus bukan monopos...

ingat senang ke nak dapat laki yang baik zaman sekarang ni???susah taw...so jangan memilih sangat...cermin diri sendiri dulu baik ke tak baru nak demand lebih-lebih...mana yang jadi perogol penyagak bapak ayam anak ayam gigolo...hoh!!macam-macam job ada..so dah ada yang sudi tak hensem pon tak pe la at least sedap mata memandang ye dak...janji hati baik...

lagi satu cuba tanya kat diri sendiri...

"aku nak yang hensem...aku ni cantik sangat ke??"

"aku nak yang hafal Al-quran...aku ni khatam quran ke tak lagi??"

"aku nak yang open minded..tapi boleh ke aku jadi open minded??"

Dem..apa yang aku membebel ni..hahah 

"lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik..."

itu janji Allah kepada kita dan jika kita tak dapat apa yang kita hajati, ketahuilah yang Allah sedang menguji hambaNya...

alamak!!dah macam ustazah dah kan???oke lepas ni sila panggil Ustazah Ayu...

aku tak sabar nak kawin...motif??? (-_-")

28.9.10

"DiGi iPhone 4 Real"

Ohh yeahh..terlewat sikit nak update pasal benda ni..maklum la hidup student yang tunggang langgang sikit..

oke sebelom digi anjur contest ni lagi aku dah memang sayang digi ketat-ketat...aku pakai nombor digi tapi prepaid la bukan postpaid..gila best wehh aku mesej dengan encik boncit free(dia pon pakai digi jugak) kalau nak call lepas RM2 dah boleh gayut telefon satu ringgit...walawesss satu hari gayut RM2 kira berbaloi la tu kan...mesej pon free..waahh saya memang sukak gilak la samak itu digi...ngeh3...

tapi bila tengok iklan postpaid ni pon macam menarik..kalau aku la kan sebagai student selebet ni aku lebih berminat nak pakai plan iDigi 88..bayar bulanan 58 lepas tu siap dapat free2 lagi kira oke ler tu nak-nak pulak kalau encik boncit pakai line jugak..hah memang gayut setiap malam la jawabnya...internet pon free 1 gig..hoh dok dalam jamban pon boleh update blog guna henfon la macam tu kan...waahh semangat jiwa bangsa betol...

oke jom tukar ke plan digi...ohh yaa gua boley jadi model digi tak???

kronologi study aku sempena test plant design

26/09/2010 Ahad


8.00 malam : study sambil tengok the vampire diaries episod 3..ohh sambil makan malam juga..

9.00 malam ++ : bukak cerita pirana....ada adegan 2 orang gadis seksi berenang-renang dalam laut dalam keadaan bogel..tak dak baju tak dak swimming suit...dem dah la ilmu didada pon cetek..bertambah kering la bila aku tengok cerita tu..terus stop tengok...bukak lagu pulak, karoke sebab nak hilangkan tekanan kononnya...

10.00 malam ++ : encik buncit call..so gayut telefon sambil buat aksi ngada-ngada sikit walaupun beliau tak nampak..pintal-pintal hujung bantal..merengek-rengek mcam nak mintak lempang..haa lebih kurang macam tu la..

11.00 malam : mengantuk la pulak, tido jap la...15 minit kononnya..amik berkat nak study...

27/09/2010 Isnin

4.00 pagi : ohh dem sekejapnya aku tido sesi memaki hamun diri bermula...baru sedar tak solat isya lagi, pegi toilet ohh period pulak..balik bilik terus makan ubat sebab taw senggugut akan menyerang..lepas tu baru study..

5.30 pagi : selesai satu bab..ada lagi 2 bab nak kena cover..ahh tido dulu satgi sambung lain..

7.00 pagi : bangun..ahh ngantuk lagi sambung tido..

9.00 pagi : Nad ketok pintu bilik...ahaa dia bagi nasi lemak..bagus betol bangun pagi je rezeki datang bergolek...start makan sambil tengok supernatural season 6..

10.00 pagi ++ : study-study...tengah study rasa bosan pulak dah..baru teringat supernatural season 5 baru tengok sampai episod 16..kena sambung tengok ni...oke tengok sambil study..macam biasa la study pasti kelaot punya...aku tengok cerita tu sampai episod 20..hehehehe

1.00 tengahhari : mandi pagi ehh mandi tengahhari

2.00 petang: pegi Lab PC..mampos dah aku tak abis study lagi...ada 1 bab nak kena cover...dem dem...

5.00 petang : balik bilik sambung study tanpa bukak laptop..

5.45 petang : mengantuk..tak tahan sangat dah..set jam pukul 6 nak bangun...

6.00 petang : sedar jam berbunyi tapi malas nak bangun tido balik...

6.15 petang : kelam kabut pi kat meja sambung study tapi bukak laptop nak update status fesbuk.."malam ni kalau tak boleh jawab sila lempang muka sendiri ye ayu...main banyak sgt kn dush!dush!"

8.00 malam : start test PLANT DESIGN...

Hebatkan cara aku study..main-main sungguh... 

hebat tak hebat aku jawab test tadi macam tahi oke!!!

26.9.10

Retak seribu

Tadi aku pegi jusco makan mc donald..bajet orang kaya sangat padahal duit dalam bank dah kata "hei pompuan kau asyik bawak keluar duit je kan masoknya tak pon" tu kalau mesin tboleh berkata-kata la..macam mustahil je dia nak kata macam tu kan...

Then naik jusco beli barang nak masak esok..so kami yang terdiri daripada aini mata bolat dan hanna ilyani yang hot pi la dekat area barang-barang basah..hajat dihati mahu beli udang tapi terlihat kerang-kerangan...

"Rasa macam nak makan lala la pulak" aini bersuara..

dalam hati aku ehh minah ni demand sungguh..duit dah nak habis woii ada hati lagi nak makan sedap-sedap..

Aku pon tengok la kerang-kerangan yang aini panggil lala tu..

lalu aku berkata...

"Ni macam retak seribu je"

KAH! KAH! KAH! kAH!....diorang gelak kat aku...kuat oke! paklong-paklong kat situ pon dah usha pelik kat kitorang...bengong sungguh diorang ni agak-agak la nak gelak kat aku pon...jatuh habis saham aku..dem dem..aku pulak dah terpinga-pinga salah ke apa yang aku cakap??

Diorang kata retak seribu tu bukan nama haiwan..diorang tak pernah dengar pon..

memang la nama dia macam tajuk lagu tapi aku yakin  betol ada kerang nama retak seribu...sampai dalam kereta diorang bantai gelak kat aku..sabar je la aku dapat member macam ni...(-_-")

Balik terus aku pos kat fesbuk tanya ada tak orang penah dengar RETAK SERIBU tu..

Dan ternyata memang ada orang panggil retak seribu..ni geng utara ja kot yang panggil retak seribu sebab corak kat permukaan kulit dia tu macam retak-retak..

YESSSSSS aku betol!!!puas hati aku....hahahahahahaha



Aini cakap kalau anak retak seribu panggil apa pulak???




PECAH BERDERAI???

bengong tak terpikir pulak aku nama anak menatang tu apa....hahaha aini aini...

nah...ni retak seribu masak cabai...sedap nih..hehe

25.9.10

“DiGi iPhone 4 Play”

Pernah dengar pepatah "tuah ayam di kakinya, tuah manusia siapa yang tahu?" oke aku pon tak taw betol ke tak pepatah aku bagi ni...biasalah bahasa melayu tak de la hebat sangat, bahasa tamil pon biasa-biasa sahaja grednya..

Hari kedua punya post pasal digi iphone ni dia nak aku sembang pasal applikasi apa yang aku rasa best dan pernah cuba dalam iphone..mulanya aku dah macam "ohyeahh jadah apenye aku dah la tak penah pakai iphone, tahu pulak aku pasal menatang comel tu"...hohoho lepas aku pegi kat website ni..dan aku tasa aku tahu apa yang menarik minat aku kat iphone ni...

Game der game...aku gila game sikit tapi aku suka game henfon atau game laptop yang bodo-bodo je yang comel-comel lagi aku suka..aku tak suka game ps2...bla bla bla susah je aku tengok abang aku main ps2 kat rumah tu..orang main game nak hilangkan tension ni aku main lagi memeningkan kepala otak aku...ahhh pegi mati..

Aku pernah main game kat henfon member aku dan ternyata ia amat best kadang-kadang boleh bawak gaduh dengan member sebab aku main sampai habis bateri lepas tu tak reti-reti nak cas...memang wajib la tuan punya henfon rasa nak terajang aku kan...lalalalala~~

comel tak comel tak???

Kalau henfon ai dah ada game yang comel macam ni tak payah la ai nak beli psp lagi..senang pulak tu nak main..hanya perlu touch-touch je tak pon goyang-goyang henfon tu...korang faham tak ni????oke tak paham tak pe abaikan...

Doakan kejayaan aku untuk test minggu depan dan jugak kontest ni..AMIN

malam ni tido mimpi iphone...krooohhh krohhh krohhh~~

roti canai speSIAL #2

Oke dah bersejuk-sejuk bajet macam dok oversea..perut lapar la pulak..alaa sinonim biasa kita dengar..

Sejuk=Lapar
Lapar=Makan
Makan=Gemuk
Gemuk=Ayue SurihanyOt

Dan GPS membawa kami ke kedai makan...order roti canai je..diet-diet!!

ya sila abaikan ketekunan aku menghiris roti canai tu...tengah lapar tu...

Before order tu tanya la akak manis kat situ ada roti apa lagi , macam biasa la ada roti telur, roti tisu, roti canai, roti murtabak dan juga roti mutiara...Ohh ada roti mutiara~~

"Roti mutiara tu macam mana kak?" tanya aku dengan perasaan ghairah

"Roti mutiara tu dia letak jagung dengan strawberi"

seperti yang anda sedia maklum...kalau dengar strawberi dekat cameron tu konfem2 la kepala otak akan ingat..

Ohh buah strawberi dalam roti canai...

memang rare la ye dak???aku dengan yakin dan padu order la roti tu.nak rasa la kononnya...So sesi menunggu pon bermula sambil aku main acucak dengan anak sedara aku syafiq tu...

"acu cak acu cak" serius aku rasa aku comel bila buat cam tu...

oke 10 minit kemudian sampai la aku punya roti mutiara tu...



OOOOOOO macam ni rupanya roti mutiara...Dia letak jem strawberi bodo je..haram tak sedap pon..manis pulak satu hal..speSIAL kepala hotak apa entah..dem betol..Terpaksa jugak aku telan roti tu dah lapar punya pasal..Bila dah abis makan so pegi bayar..


"Berapa sebijik roti ni kak nurul?" tanya daku kepada kakak ipar..

"sebijik rm10"


Cilakak...mahal kan??gila babi punya mahal la babi pon aku rasa murah lagi kot...macam bodoh je tertipu, apa dia ingat aku ni foreigner ka apa...taw la muka aku macam lisa surihani pon...oke takde kaitan...


Balik je hotel singgah kedai runcit beli megi....haramjadah betol pasal kau lah roti speSIAL aku kena makan megi je malam tu...


Ohh megi lagi sedap dari roti canai speSIAL itu...INI FAKTA

24.9.10

“DiGi iPhone 4 Me”

Dah 3 minggu henfon aku rosak, abang aku pulak tak reti-reti lagi nak pos henfon baru..walawesss melampau aku ni, maw ja kena penyepak padu dari abang tercinta..henfon aku buat perangai so aku kena pakai henfon member aku yang model dia memang takdak jual dah tapi still oke la dari henfon siggplus bilamana kalau aku ada henfon macam dia baik aku lempar gaung ja...

aku tengah pakai henfon ni...Setakat nak 3gps tu memang takde hal lah...

Henfon yang dah nak jahanam tu henfon blackberry, actually bukan jahanam tapi ada error menatang apa entah..so abang aku tengah fix kan..entah bila pulak dia nak bagi balik pon tak taw..

Sejujurnya aku tak suka sangat pakai bb, function bb tu macam tak berguna dalam hidup aku..wah-wah-wah..hahaha aku tengok member aku pakai i-phone macam best la pulak..tu yang nak try nih...mana taw lagi best dari bb boley la promote kat kawan-kawan...

"Mari teman mari saudara ini henfon banyak berguna, lemparkan pada anjing boleh mati jua, ohh jangan salah sangka..ini henfon saya banyak suka kerana kameranya 5 megapixcel wah boleh nampak liang-liang roma dengan jerawat juga..kamera depan belakang pulak tu..wahh saya mana pernah ada henfon canggih macam ni lorrrr...ditambah pulak dengan retina display boleh besarkan apa yang kecik..tulisan atau gambar tak nampak boleh besarkan..nak lagi best boleh buat HD video recording maaa.....dia punya function boleh buat multitasking jugak lorhh banyak canggih banyak cantik sungguh slim"

Amacam korang rasa macam nak beli tak bila aku promote ni???ngeh-ngehngeh dah macam apek jual sayur pon ada..ohh lagi satu aku nak gak try henfon touch skrin ni..ye la saya orang kampung mana mampu beli henfon canggih cenggini...

oke-oke ni contest dari digi tersayang dan juga nuffnang...bolehla korang lawat kat sini..

"saya suka digi kerana digi membolehkan saya bergayut bersama orang yang saya cintai setiap malam, terima kasih digi..."


ehh takde kena buat slogan pon...saja nak bagitaw aku pakai nombor digi...





aku stalker terhebat

wahai encik buncit...

amboi-amboi-amboi punya la tak maw kita kutuk dia punya rambut sampai setting dia ja boleh tengok profile picture tu...

huh...awak ingat saya budak tadika lagi ka???

saya stalker awak taw...ingat saya tak boleh amik gambar awak ni???

saya taw awak nak kelihatan hensem lagi kacak bergaya..tapi ini bukanlah satu jalan penyelesaian ye...bak kata orang tua-tua bukan senang nak jadi senang dan bukan senang nak jadi kacak kalau dah kita ni tak berapa kacak...

Sila-sila la potong rambut kamu yang macam mop lantai tu

sebelum saya bertukar menjadi hulk hogan

huarrrghhhhhh....bukak baju!!!!

Bagi saya awak dah cukup kacak dah ..awak sahaja dihati saya...(sesetengah tulisan dibesarkan untuk mengambil hati balik)..

lemparlah shahz jaszle ke zack zukhairi ke lee min ho ke saya tak nak kat diorang...saya nak kat awak je...


tapi kalau betol diorang ada depan mata nak jugak la tangkap gambar amik otograf kan...ngeh3

ohh gua sayang lu ketat-ketat encik buncit..oleh itu




ku tak mahu lemas dalam rambutmu

23.9.10

Cameron Highland # 1

Minggu lepas aku pegi tanah tinggi cameron highland..menghabiskan sisa-sisa cuti bersama keluarga amat seronok sebenarnya...sampai je sana udara sejuk tu amat terasa lalu aku pon menghantar pesanan ringkas sms kepada encik buncit...

"Awak sini sejuk la"...aku tekan butang sent..





seminit kemudian...tet tet tet tet...mesej masok...

"pakai la pashmina pakaian rasmi awak tu..alah Malaysia ja pon, dok perasan melancong luaq negara pulak"


Dem... kot la nak balas nak pelok aku bagi hilang rasa sejuk ka apa ka...hampeh hampeh!!


gambar sekadar menghiasi entry...

sudah-sudah la tu puji aku cantik..aku dah tersedak-sedak dah ni...

22.9.10

"GUA TAHU ITU SIAPA"

Gua dengan berbesar hati nak join kontest kawan lucahan gua yang gila seks ni...hamzah ian


Oke gua syak ni bapak dia tengah sengih-sengih sambil pegang pisau lipat..penat gua fikir taw hamzah,macam tak ikhlas je nak bagi hadiah..gua sekeh jugak lu karang..

nak tag...Zam Enol Arip, Farid Maupusat dan Kawai Eiffel

siap...gua nak hadiah melancong boley???

kenapa jururawat cantik-cantik belaka?

Petang tadi aku pegi hospital, kawan aku accident teruk jugak la betis patah dua, tapak kaki patah, pergelangan tangan pon patah..muka cemey, adeehh dah la hensem..habis punah harapan makwe-makwe cun nak mengorat dia..kesian-kesian...tapi aku rasa sistem peranakan dia masih oke..masih jitu orang kata..

ohh gambar-gambar...

masing-masing menyorokkan rasa sedih..
ohh pegi enam orang macam tak adil pulak kalau gambar sorang tertinggalkan..

Ok sampai-sampai je depan pesakit rasa mahu menangis oke..sadis betol kalau sape yang percaya sebab aku tipu je..masing-masing cam "Woi dok sakit kat spital pon nak bukak facebook ka????" sesedap je dia main facebook paklong-paklong yang kat katil berdekatan dah cam pandang-pandang kalau-kalau dia bukak cerita blue boleh tumpang sekaki bisik hati kecil mereka mungkin.

Kami pulak bangga datang tanpa membawa buah tangan apa-apa..kami memegang prinsip "orang sakit kena makan makanan hospital, tak boleh bawak makanan dari luar" cukup lah kami pergi membawa diri ,sudah cukup menggembirakan hati beliau aku rasa..kamitakkejikan??

ni keadaan kaki beliau..aku baru tahu yang dokter tebuk lubang ni..

ayoyo sakit syial buat dalam keadaan sedar kot..masa dia cerita tu aku dah terkinja-kinja takot sebab terbayang kesakitannya..teruk jugak keadaan dia sebab dia sepatutnya kena duduk kat ICU tapi  olehkerana dah penuh terpaksa la dok kat wad biasa...

pesakit masih mampu mengangkat peace...

Masa kitorang lawat tu ada la nurse-nurse cun tengah melepak tengok kat katil kitorang...Yang lelaki dah suka dah boleh jamu mata, balik siap pos dalam facebook lagi...hampeh!

Shah(pesakit) cakap dia panggil je nurse tu suruh shampoo kan rambut dia...aku tercengang! biar betik takkan diorang shampoo betol kot..dia kata betol la siap tolong urut-urutkan kepala lagi...wah wah wah best giler...agak-agak kalau aku jadi pesakit tu nak tak diorang tolong urutkan kepala aku?????

"Dah la muka tak siap..boleh pulak suruh urut-urut...penampar maw???" tu dalam firasat aku la diorang akan kata macam tu...(-_-")

Masa nak balik tu shah cakap akan ada announcement suruh kitorang blah..so kitorang tunggu je la sampai kena halau...Announcement dia sangat takbolehbelah oke!!macam pengumuman raya..intonasi "Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh" dia tu sama ja macam paklong ni cakap..

kitorang dah bantai gelak dah..aduyaii buat loceng ting ting tong sudeh~~

dalam banyak-banyak katil pesakit, katil kitorang la paling riuh..orang dah pandang semacam dah sebab tinggal kitorang je pelawat yang dok memekak..

Masa kitorang nak balik pintu dah tutup so kena tekan button kat tepi tu kalau nak keluar sebab dia lock terus pintu bila tutup...pintu otomatik oke..sangat bangang aku rasa apabila, kejakunan seorang rakan aku rahmat terserlah apabila beliau berusaha untuk tutup balik pintu otomatik tu semata-mata nak tekan sendiri button pintu tu...muka dah macam kanak-kanak riang baru jumpa PSP...

serius wehh patotlah hanak panggil dia orang asli...aku rasa orang asli pon boleh buat muka rilek lagi tengok pintu tu...adehh terserlah kejakunan...

Masing-masing happy je melawat orang asli ehh orang sakit..pelik la pulak kan kalau nak meratap meraung...Ohh lupa pulak nak perkenalkan pesakit..Shahrizan tu junior aku junior kelab dangdut..baik kan kami senior gi melawat adik-adik...lalalala~~

tajuk entry memang takde kaitan..

20.9.10

formspring asyik-asyik soalan sama, tukarlah genre lain pulak

Sejak akhir-akhir ni aku malas nak ber-formspring sewaktu awal kemunculannya memang perasaan berkobar-kobar ingin tahu tu memuncak..macam perasaan orang baru baligh, tertanya-tanya best ke jadi dewasa??dah baligh boleh pakai coli ke??sakit ke datang bulan??macam mana nak pakai pad??posisi apakah yang sesuai...posisi pad ye bukan posisi bersetubuh...pakai kondom macam mana??haa soalan tu agak haramjadah sekali..nak taw tanya hamzah ian si gila seks...blog beliau pasal seks je banyak..itu pon ada hati kata blog aku tempat melepaskan nafsu...gila tak gila la blogger calon gadis melayu merangkap calon bini imam muda jadi tempat melampias kan nafsu...gila-gila...


Sekarang formspring aku pon sudah jarang-jarang bukak...kalau bukak pon aku baca soalan-soalan yang dijawab oleh manusia yang aku follow...jawapan amat menyimpang dari soalan..aku pon tak paham macam mana diorang boleh pass SPM siap masok U lagi..aku pulak nak bertanya orang pon macam sudah tiada point..mengharapkan orang yang bertanyakan soalan kat aku...tapi yang tak bestnya soalan sama jugak aku dapat..soalan yang ditanya oleh razman..entah berapa ramai cilok soalan dia aku pon tak taw...soalan-soalan yang aku rasakan bernas adalah seperti..



yang paling tak best bila anon-anon tegar asyik tanya macam ni...






tolonglah wei...aku dah tak larat nak jawab soalan-soalan macam ni..aku tak nak orang kata aku riak..aku ni dah la jenis lemah lembut sopan santun..kentut tak berbau apatah lagi berbunyi...memang calon isteri imam muda..perfect oke perfect...tolong lah paham...

oke gua mengerti perasaan lu orang...apa yang gua cakap tu hanya illusi..hanya manusia kurang waras sahaja yang nak tanya soalan macam tu kat gua...ayul sila terasa...

sila sepak terajang dan maki hamun kat formspring gua jika ada ketidakpuasan terhadap entry yang berbaur perasan-tak-hengat-macam-tak-dak-cermin-kat-rumah-ni...takde la akaun formspring gua mati begitu sahaja jika korang-korang tanya soalan yang bernas..ye dak??

sepatutnya entry ni gua buat autopost semalam tapi hamsap tak jadi pulak...dem betol!!last-last kena post sendiri jugak...grrrrrrr

19.9.10

saya dah clash

Dengan ini ai umumkan ai dah clash dengan boipren ai...hah sure korang-korang hepi kan boleh masok jarum..mintak maaf ye ai clash dengan boipren no 2 ai yang no 1 masih ada..

boipren no 2 ai yang sasa..
giler ape nak kawin ngan kaki judi, lepas tu kasik bini kena makan dengan jantan lain..
huh..okey ni aura cerita airmata nursalina kat tv3 tadi..

Jangan emo-emo sangat sebab ai dah kapel pulak dengan dia ni...waahhh baru clash sudah kapel..memang mangkok ayun punya pempuan...ye la tempat sudah kosong patutnya diisi...

tadaa..wah3 tentu korang-korang teruja kan tengok ai punya boipren baru...

tengah risau ni...aii ada ajak dia gi dating..kalau dia setuju macam mana??baju apa ai nak pakai nanti?mesti nak kena pakai syantik-syantik kan??

 
macam mana ni korang-korang..ai risau kalau dia setuju...apa ai nak jawab kat boipren no 1..ish ish ish...takotnya aii...tolong la korang-korang...

hamzah...gua dah update...komen lu kalau bukan no satu gua sunat-sunat lu kali kedua..miahahahahaha

15.9.10

jiwa kacau!

keadaan yang amat tertekan!!


nak menjerit tapi takot orang ingat aku ni orang gila pulak...


Ya Allah..kuatkan lah hati hambamu ini...

14.9.10

beraya bersama rakan sehingusan

Raya ke-4 selalunya raya bersama-sama teman terchenta, tak kisah la teman-teman sekolah menengah,rendah mahupon tadika..semua pasti mahu pergi bertandang kerumah member-member serta guru..aku juga tidak ketinggalan..mahu merasa betapa indahnya beraya bersama teman-teman sehingusan..teman dimana bila kita berhingus beliau sanggup lapkan dan bila kita terkentut beliau mampu menahan bau nya..itulah teman dalam definisi aku...

mahu layan gambar atau mahu dengar aku bercerita...ok macam ramai yang mahu dengar aku bercerita jadi aku pendekkan saja cerita aku..kalau mahu cerita panjang macam mahu menulis novel pula..padahal kosakata macam haram jadah masih ada hati ingin menjadi novelis..ok aku mulakan cerita..

Bangun pagi sangat awal lepas subuh aku terpaksa tidur balik sebab mahu mengambil mood untuk berhari raya, pukul 8 bangun semula, sidai baju, mandi dan tiba-tiba hero bangun..ok inilah hero...

merangkap anak sedara aku..syafiq namanya
comel bukan??ya jangan angguk laju sangat aku tahu beliau comel macam aku..

ok beliau bangun masih buat-buat macho lagi, setelah aku siap beliau start merengek, buat suara sedih..bila aku suruh dia tidoq dia buat-buat nangis eehh bukan beliau memang nangis sungguh..jenuh la pulak aku nak memujuk...dah habis pujuk kena buat ayaq la goreng begedil la untuk abang aku...kak ipaq aku pegi kerja..taska pulak masih bercuti raya so aku pon takkan nak buat tak reti pulak kan pi keluar tanpa buat kerja rumah nampak sangat la keji..

keluar rumah pukul 10.30 pagi..naik bas SATU MALAYSIA pegi sungai petani dari butterwoth..kenapa satu malaysia??sebab bukan melayu cina india sahaja yang ada...negara malaysia kan ada warga nepal, bangla, indonesia, vietnam dan lain-lain lagi...tahukah anda bau mereka pon lain-lain..yang jadi nak maki laju-laju apabila bau anda sewaktu keluar rumah sangat la wangi dan sweet tapi bila masok dalam bas bau anda akan terus berubah jadi bau bangla...mungkin lepas ni perdana menteri kita mahu lancarkan SATU BAU pula...

Ok bila bau sudah jadi bangla, sampai sahaja dibumi sungai petani pukul 12...janji dengan rakan-rakan pukul 10 pagi...aku sudah 2 jam terlewat jangan salahkan aku ok kan ke aku dah bagi alasan seperti diatas...

Alasan aku kira boleh diterima la kan???bukan alasan orang melayu kan???

lepas ni nekad mahu ambil lesen kereta!!


kemudian beraya ke rumah rakan-rakan sambil menadah telinga kena perli...cehh bukannya lambat mana pon baru 2 jam dah nak kecoh diorang ni...

harap maaf tiada dslr..
rumah pertama beraya-rumah mila

rumah kedua-rumah wani..
tiada gambar ramai-ramai gambar tuan rumah potong daun bawang pon jadi ler..

teman ponteng semayang di asrama..dulu punya cerita sekarang mereka dah alim..
jangan tanya bila aku nak jadi alim..aku cepuk kang...


ni kat rumah syikin...sungguh gembira berjumpa beliau setelah 5 tahun tak jumpa..adik beliau pon hensem..
haii adik beliau....syikin yang pakai tudung hitam..sudah mahu kahwin tahun depan..
huhu seronotnya kawin...
 
ehhh...encik buncit a.k.a rumi juli pon ada...beliau pon mahu menyibuk datang bersama senior beliau..entah hapa2 rambut beliau kan??kalau boleh beli kereta guna rambut beliau ok la jugak..
 
 setelah bihun goreng dan bihun sup mari kita melantak laksa pula...
abaikan wajah-wajah dibelakang..
rumah cikgu jamal ni..
landskap beliau sangat cantik tapi dah malam tak sempat nak tangkap gambar..hoho
tahun depan gak ler jawabnya...

bukan couple..diulangi bukan couple..
aku ja yang ada pasangan kat situ...muahaahaa gelak tanpa motif..(-_-")

bersama cikgu jamal...
encik buncit yang snap pic ni..

sayang ai rasa u patot amik kursus tangkap gambar la...

rumah terakhir-rumah eda
last sekali baru jumpa nasi...makan nasi ayam..perut masih lagi boleh diisi..ahh nice...

Masa nak balik aku ada masalah transport ye la diorang semua dok kedah, aku sorang tercangak dok kat penang, nak balik naik bas mesti la tak dak...encik buncit pon takdak lesen...bagus betol suami isteri tiada lesen...nasib la kakak eda on the way nak balik penang..selamat la aku tumpang diorang kalau tak merempat kat stesen bas la jawabnya...


sampai rumah pukul 11 malam...kalau kat rumah habis lewat boleh keluar sampai maghrib je ok..tapi ni kan raya bagi la excuse sikit..hoho tak pa kan mak...kat U dah besa dah balik lewat-lewat ni...ngeeeeeeeeeeeeeeee

10.9.10

Entry wajib dibaca oleh rakan-rakan blogger dan facebook

Dipagi raya yang mulia ini...


Korang pegi semayang raya tak ni yang baca blog aku???hehe

nah aku bagi kad raya free..
khas untuk rakan-rakan ku yang berada di Malaysia, Jepun, Korea, Palestin dan juga Jordan...
(bajet gila minah ni)

tidak dilupakan juga rakan-rakan blogger, UTM, Matrik Changlun, Sek. Men. Keb. Ibrahim dan Sekolah-sekolah rendah aku..(banyak sangat sekolah rendah...)

dan paling aku sayang ibu dan ayah tercinta,rumijuli,sedara mara makcik-makcik, pakcik-pakcik, sepupu sepapat,abang-abang, kakak-kakak ipar,anak-anak sedara...
ahhh semua la yang mengenali diri aku ni..


ni je la yang termampu..tak pandai sangat edit-edit nih...
dan lagi satu aku benci tag orang dalam facebook tu...

so daripada ada yang tertinggal baik aku wish general je kan...

ok aku sayang korang semua...muuuuaaaaahhhhh

p/s:: ini adalah entry autopost...waktu korang baca ni mungkin aku tengah makan ketupat cicah rendang ayam disertai kuih tat nenas fevret aku ohh dengan air oren sekali...perghh sedap..=)

8.9.10

Kisah dipejabat pos

Aku pegi pejabat pos tadi, nak amik barang pos laju yang sampai semalam...

Barang tu hadiah dari encik buncit..wahh bertambah-tambah sayang la i kat u ye...muuahh..muaahhh...

Sebelom nak amik tu kena beratur..Lama jugak la nak menunggu padahal sorang je yang ada kat depan aku, maybe aku punya iman tinggi sikit itu jam so aku takde la nak marah-marah, akak kaunter tu pon comel+cantik je aku tengok...

Depan aku tu ada sorang brader, saiz gemok pendek tak macam dokter, rambut dia pulak aku syak kena ikut nasihat yun nam hair care..

Dia toleh pandang aku, aku merenung tajam kearah matanya tapi muka aku still comel, aku memandang seolah-olah ingin menyampaikan mesej "Baik lu cepat sikit, gua banyak keja lagi nak buat!", dia kalih depan pulak tanya akak tu pasal barang dia...Akak tu pon buat-buat sebok cari barang, brader tu toleh belakang lagi...entah jadah ape dia cari aku tak taw...aku tak pulak merenung untuk kali kedua, malas lah aku..aku kan pemalu...

Sedang enak melihat akak cun cari barang..Tiba-tiba aku TERnampak brade tarik seluar dia yang terlondeh tu...oke aku terima dengan hati yang redha, dia toleh pandang aku lagi, aku buat-buat tak pandang...Lepas tu dia semakin berani menarik buat kali kedua dan kali ni dengan selambe bangang dia tarik seluar dalam yang terlekat kat celah bontot dia...mata aku seakan tak percaya..lama jugak aku tergamam mata aku pon terkebil-kebil,cubit peha kanan peha kiri yang terasa..okey aku tak bermimpi..

Dem...tak batalkan puasa aku????????????????

brader tu...serius takde nilai sensitiviti terhadap wanita..aku syak dia dah ada bini tapi bercerai sebelom malam pertama...

7.9.10

perempuan memang mudah naik angin

Kalau korang perasan la kan perempuan ni sukar nak kawal emosi sikit..Lelaki???ermm yang aku kenal kebanyakannya relax-relax saja, tidak mudah melatah dalam bahasa pasarnya..Kenapa aku kata macam tu sebab dulu aku penah dapat call dari sorang mamat nih..entah malaun dari mana entah tetiba miscall pas tu mesej aku ajak geli-geli..ok geli-geli disini bukan beerti melucah ye, dia ajak berkenalan la sembang-sembang pasal masa depan(jadah!!)..


Masa tu aku dengan encik buncit masih hangat bercinta, still berbulan madu, rasa diawang-awangan..Pijak semut pon tak mati apatah lagi pijak katak..ok hell takde kena mengena..Tapi encik buncit ni cemburu dia kuat nak mampos..ya kuat sangat sampai aku pon naik menyampah..(ohh berani aku berterus-terang kat blog, mampos perang badar japgi)..ehh tu dulu, sekarang dah reduce sikit dah tahap kejelesan tu..


(ok diingatkan masa tu aku masih adik-adik ye, masih bangang lagi bab cintan-cintun nih,dan jalan cerita ni pon macam haremjadas)...Bila ada orang nak geli-geli dengan aku dengan otomatiknya aku akan teringat kat encik buncit...waaahh gila setia kan aku..tapi aku akan slow talk dulu dengan mamat yang kacau aku tu..aku cakap elok-elok yang aku dah berpunya..dah ada pakwe walaupon tak hensem mana...tapi mamat ni TAK RETI BAHASA nak jugak kacau-kacau aku(sumpah hot sangat ke aku ni?ok pegi mati la ayu oii perasan diri hot)..aku tak layan pon tapi dia still text aku, sampai satu tahap aku cakap aku ni dah bertunang...hoh tinggi angan-angan padahal baru form 5 masa tu..dan macam biasa this guy tak percaya langsung..nak kata mangkok ayon pon iya jugak aku rasa mamat ni..


Then, solution paling mudah apa lagi bagitaw encik buncit suruh dia setel tepi dengan mamat tu..waklu setel tepi macam nak ajak bergaduh je kan..haha takde la encik buncit cakap elok-elok ja dengan mamat tu, dan mamat tu terima dengan hati yang redha..aku syak mamat tu muka pecah, kalau tak hape ke desperate beno nak berkenalan dengan aku yang haram tak cun ni(ohh dia tak penah tengok muka aku kalau pernah..uwekk muntah darah)..bongok betol aku rasa bila cerita balik..dem it..


ok back to the story...kalau pompuan yang setel tepi agak-agak macam mana la ya??


"Kimak kau kacau tunang aku!takde jantan lain ke kau nak kebas lahanat!!"


ok takde tu aku saja reka-reka..gila rare kalau perempuan cakap macam tu..haha selalunya perempuan ni akan mesej macam nak cari gaduh, nak marah-marah, biasalah kan mulut macam puaka mana boleh simpan...bukan nak soal selidik dulu, kadang-kadang tu mesej silap masuk je dah angin satu badan,maki sana sini, hentak-hentak kaki bajet kiut, nak lagi best baling pinggan kasi pecah baru ada feel gadoh heh takot beno orang rampas laki kau kan..


Hoh..ni bercakap melalui pengalaman kawan aku taw, mak tiri dia sesedap rasa hantar mesej kat kak ipar dia marah-marah cakap nak rampas laki dia, merangkap bapak mertua kakak ipar tu..ape ke bodoh sangat la haii, check la dulu no telefon tu..bangang nak mampos aku rasa...punya la tak percaya kat laki sendiri...haa tu la padahnya bila dah merampas laki orang, bila orang kacau laki kau baru terasa nak menggelabahkan??hah go dai plis..aku naikkan jari tengah aku kat kau eehh bukan naikkan ibu jari la..tanda 'best'kan rasa suami sendiri nak kena rampas...


Grrrr...ni apasal gua pulak nak emosi lebih-lebih ni...tension ahh gua sembang pasal nih..Last but not least, bukan semua perempuan macam tu, ada yang cool saja paling cikai pon menangis melalak dalam bilik sambil pekup muka ke bantal..tu yang paling lekeh kot aku rasa..ok dah la bai nak sambung tengok the vampire diaries...

gambar tiada kena mengena dengan entry apatah lagi dengan encik buncit..
gua nak cakap gua suka stail rambut dia..

.
.
.
.
.
.
.
.
ye la ye la gua admit gua suka muka dia jugak..hakhakhakhak

3.9.10

"Hunt your mind and your heart is full of shame"-Maher Zain

Sebelum ni aku hanya dengar je nama dia...dalam fesbuk semua orang nak LIKE fanpage dia..so aku pon like la sekali sebab laptop dah depan mata jangan lah jadi buta informasi sangat..baru semalam jugak aku like fanpage BABI si penyanyi tu...saja aku like page dia sebab nak tengok betapa bongoknya orang malaysia caci maki orang yang takde kena mengena dengan diorang..hoh tipikal orang malaysia...tahik sendiri dibiarkan mengeras, tahik orang sebok nak dicebok...


Ohh..apa yang aku ingin katakan adalah aku terjatuh hati dengan lagu-lagu Maher Zain...alah yang razman mengaku maher zain kenal dia tu..mula-mula aku ingat sapa la maher zain tu..hebat sangat ke yang boleh kenal dengan razman blogger puaka tapi jiwang tak hengat tu...Rupa-rupanya tu hanya mainan perasaan beliau...Tak kan la Maher Zain boleh kenal dia...dungu jugak kepala otak aku pegi percaya..


Setelah beberapa minggu aku like page dia...baru semalam aku betol-betol dengar lagu nasyid beliau..muziknya sangat best, rasa tenang, lirik dia sangat indah..lagi sejuta indah dari lirik lagu lady gaga yang pelik ya amat tu...Natijahnya aku dah download lagu-lagu maher zain untuk menambah koleksi lagu-lagu nasyid aku...ya dalam laptop aku semuanya mp3 lagu nasyid, aku tak suka dengar lagu-lagu yang boleh merosakkan minda, apatah lagi mendengar muzik-muzik dari video 3gp yang boleh membatalkan puasa...alaaa yang ada sound ahh uhh aahh uhh tu la...


Korang pon jom la dengar lagu Maher Zain (sambil buat muka comel)...kepada J.Love yang tak kenal Maher Zain...ni aku letak khas untuk lu...mana taw nak cari calon suami iras-iras beliau ke...


video lagu dia aku banyak dengar kat sini Maher Zain...

ok selesai mempromote...weh Maher Zain jangan buat-buat lupa pulak royalti untuk aku...

2.9.10

Balik cuti raya

Aku dengan bangganya nak cakap aku dah sampai rumah...












Tapi aku teringatkan assignment, PSM, dan test lepas raya ni...aduyaiiiiii


tak boleh nak bagi orang senang langsung...=(


kalau aku study luar negara mesti lagi terasakan bila balik raya, aku setakat johor dengan penang je takde la jauh benor...naik bas je teros terlelap, pejam celik pejam celik sedar-sedar dah pagi...sedar-sedar je dah sampai walaupon hakikatnya aku rasa macam tengah berperang dengan maut sebab driver bas tu bawak bas macam roller coaster...serius cam best sial..best la macam nak menempah diri ke sana dengan lebih awal...

harga tiket aku pulak maw cecah ratus-ratus gak...macam haram kan, sesuka hati ja diorang nak naikkan harga tiket bas..dem it...dah la aku ni student je, tu pon nak cekik darah kaw-kaw punya...


rasa macam tak maw balik UTM dah....


sebab aku tak beli lagi tiket nak balik sana....arghhhhhhh kenapa la aku perlu pikir semua tu...grrrrrrr kan senang kalau u sebelah rumah aku je...

boyfriend