31.12.10

Saya berazam untuk ehem-ehem

Bila masuk tahun baru mesti ada azam baru, tak kira la tahun baru dalam kalendar islam ke cina ke omputih ke. Memang tipikallah tanam azam baru ni. tipu la kalau kamu kata tak pernah nak berazam. paling tidak mesti berazam tidak mahu main sabun lagi. Ya aku tuju kepada kamu. takkan la aku pulak yang main sabun. logik la sikit oke.

Masuk saja 1 haribulan mesti ramai yang mahu tanya aku,

"Apa azam baru kau tahun ni?"

"Apa azam tahun baru hang?"

"Apakah azam tahun baru anda?"

Macam penat pulak nak menjawabkan, bayangkan kalau aku ada kawan seramai 10 orang (looser betol ada kawan seramai 10 orang ja). kalau sorang tak paham bahasa tanya 4 5 6 kali soalan yang sama, tak ke rasa nak lempang tu?

Jadi disinilah perlunya sebuah blog. Kalau ada orang tanya jawab ja.

"Pergi baca blog aku sekarang dan jangan lupa klik nuffnang aku"

Nuffnang tu untuk masa hadapan jangan salah sangka yang aku hadap sangat dengan duit nuff tu. Itu tabung sikit-sikit buat kenduri kawin kot. Encik buncit mana ada blog kalau dia ada blog pon aku sorang ja baca so aku sorang ja yang klik nuff dia, ohh tidak kaya la kalau tunggu duit nuff ja kan.

Oke mesti ramai yang view blog aku sekarang sebab nak tahu azam aku kan. Ye la aku mana ada boifren macam Khairul Fahmi Che Mat yang boleh buat orang view blog aku tetiap hari.

Berbalik kepada azam aku tadi. Aku berazam untuk kurus pada tahun ini, ya kurus. tolong la doakan jangan tolong gelak saja. Ingat aku tak tahu masing-masing dok senyum sinis depan laptop. Jangan terkejut la menjelang 31 Disember 2011 gambar aku jadi begini

Lisa Surihani = Ayue Surihanyot

Apa-apa??ingat tak boleh ka??Mimpi pon kadang-kadang boleh jadi kenyataan tahu?

29.12.10

takde laser pon menang jugak

amboi,amboi,amboi. seronot takyah cakaplah. Malaysia menang oii. Laser mana laser? nasib gak kita bagi bolos 2 bijik kalau tak konfem ibuk-ibuk bapak-bapak mau buat kontroversi malaysia pakai dukun. aku rasa dukun,pawang,bomoh segala pon tak larat dah nak ubah tiang gol tu. haha matilamak! lepas ni indon nak maki apa pulak tak taw la kat twitter nuh. baik kau maki gonalez tu la. dia kan raja offside malam ni. yang aku tak paham apasal tv dok tayang muka monaharam dengan luna mayat tu tak abis-abis? macam la penonton hadap sangat dengan muka depa ni. perghh panas hati betol aku. ini game bola sepak tahu?bukan sinetron tv.

oke lantak kau la indon moga kau senyap, balik pikir balik agak-agak kenapa la Malaysia lagi maju dari Indonesia. setakat video ariel masok cnn tu tak payah la nak kecoh-kecoh ye dak. 

*********************************************

Masa safee sayang bagi gol (terus panggil sayang kau), abih satu rumah bergegaq, dari tidoq terlentang depan tv terus bangun meloncat-loncat. holamak scene tu memang takleh lupa la bak kata status member aku.


Serius rasa macam dapat 4flat. walaupon aku tak penah capai pon angka tu. (-_-") 

balik je rumah aku (tadi tengok tv kat rumah abang kak ipar aku sebab tv depa clear dan besaq kira jelas la aku nak tengok peluh-peluh jantan player kita) terus bukak fesbuk cari ni..


sayang apek ketat-ketat taw. keh keh keh

nasib sangat la ada dia yang banyak selamatkan gawang gol kita tadi. kesian gak aku dok tengok dia marah-marah defend tadi..

ermm sabar ye bang jangan marah-marah I tahu U tertekan nanti balik I tolong relaxkan U yea..walamak nak bagi relax macam mana ni???cepat google!!

Sekalung tahniah jugak buat rajagopal (macam dia baca blog aku pulak) yang gila cool masa malaysia dapat gol. kalau aku konfem berjoget-joget dah tepi padang tu. ala joget aserehe tu. 



Omaigod!


dah-dah la tu menggedik sama-sama lah kita panjatkan kesyukuran kepada Dia ye. Usaha dan doa kita kepadaNya yang membuatkan kita sebagai juara.

amin..

Yang dok bising prum prang prum prang tak puas hati tu cukup-cukup la yea. Dunia tahu siapa yang menang. Peace!

Siapakah Ayuerobin?artis terkenalkah?

Kenal tak ayuerobin?kalau kenal memang betollah dia sudah femes sekarang, kalau belom kenal tak mengapa sebab dia bukan macam hanis zalikha yang ada belog best sebab penulisannya dan belog dia best pon bukan sebab gambar-gambar cantik semata.

Ayuerobin tu nama I punya link address la kalau U all nak tahu sangat. ala pemilik blog hitam itu bukan putih tu. nama samaran I Ayue Surihanyot. meletopkan nama I? takpe jangan puji lebih-lebih nanti I kembang habis sepender I berlubang dah la sepender pon mahal sekarang 3 helai rm10. mahalkan?

Oke macam tak sedap pulak guna kata ganti nama I. sila tukar kepada aku. bertukar!

Ramai yang tanya aku (ke aku yang perasan sendiri?). Kenapa ayuerobin?kenapa robin?sapa robin? femes ke robin ni? masa tu aku rasa macam nak ketuk kepala sendiri haramjadah ape tah aku letak nama ayuerobin ni? grrrrrr....

Idea ayuerobin ni datang sebab aku sangat suka pada robinhood. ala cita pencuri omputih dulu-dulu tu.ingat tak?ingat tak? kalau sebut pasal robinhood je mesti aku ingat kata-kata ustad sekolah rendah aku dulu. "Matlamat tidak menghalalkan cara". comel kan aku boleh ingat apa yang ustad aku kata. Ustad aku suka sangat bagi contoh robinhood. geram betol tau tengok ustad tu comel ehh bukan! geram betol dengan ustad sebab cakap macam tu kat robinhood aku. tapi bila tatap muka ustad lama-lama baru la boleh terima kenyataan sikit. (sebab masa tu baru taw ustad tu cikgu agama. lol)

Sebelum tu aku letak ceritasipenglipurlara.blogspot.com tetiba kawan aku si che ton ni menganjing aku letak nama nak jiwang-jiwang. celah mana yang jiwang aku pon tak taw. nama blog aku masa tu pon ada sipi-sipi nak penglipurlara jugop. Nasib jugak la che ton tegur kalau tak, mau aku kena bahan dengan budak-budak kos aku. nak lagi celaka bila boifren sendiri yang menganjing. perghh pedih je rasa. nak maki balik tak boleh kang kecik ati pulak. hah sabar je la.

Maka terjadilah ayuerobin.blogspot.com....ni pon nak macam celaka jugak bila hellioz panggil aku ayuerobintang. ^%#$!#@!(&!6$

Sekarang ni aku rasa nak tukar lagi. agak-agak boleh dak aku nak tukar nama link aku. aku nak letak

ayueyangcantik.blogspot.com

boleh tak agak-agak?

agak-agak orang nak puji ke nak maki?

28.12.10

Sejauh mana hubungan suami isteri anda?

Aku nampak sepasang suami isteri berjalan berpimpin tangan. 
sweetkan? 
lepas tu si suami menyuruh isterinya duduk dibangku rehat. 
Si suami tetiba hilang, 
ohh rupanya dia pegi amik kereta, parking kasi dekat sikit dengan bini dia. 
Sweetkan? 
Isteri pon bangun la menuju ke kereta, tak semena-mena si suami keluar dari kereta lalu memimpin tangan isteri berjalan. 
Sweetkan? 
lepas tu si suami pon membuka pintu kereta untuk si isteri.
nak lagi sweet. 
sepasang suami isteri ni umurnya dalam lingkungan 60-an. 
cukup untuk menggambarkan kasih sayang si suami kepada si isteri walaupon usia makin menginjak senja. 
nampak simple tapi kadang-kadang kasih sayang bukan hanya luahan I love U semata.



tapi sweet sangat pon tak elok jugak kang kena kencing manis kan ke susah.

ok tak lawak. jom tido sambil mimpi basah.
motif sangat.

kalau kak geli baca entry ni, 
cerita la kat abam geli,
 mana tahu lepas ni abam geli outstesen beli kondom perisa durian pulak ka.
kira hadiah jugak la tu kan. ehem


p/s: ya aku tahu tajuk entry macam best, tapi entry macam kimak cerita pasal benda lain. haha lantak!

26.12.10

Pernah jumpa buluh perindu??Mai nak tunjuk.

Orang sibuk cakap pasal bola aku sibuk nak cakap pasal buluh perindu. konfem berderet-deret entry tajuk bola kat dashboard korang kan kan kan? lantak ler sekarang aku nak story pasal buluh perindu. miahahaha...

Dulu aku ingatkan mitos je buluh perindu ni. Masa aku pergi rumah abah dengan mak angkat aku kat batu pahat hari tu tetiba abah angkat aku tunjukkan buluh perindu. Mula-mula aku macam sangsi sikit, betol ke ada buluh perindu ni. hoho

benda ni meliang lintuk tau, maybe boleh buat terjun tiruk juga.

Berdasarkan apa yang aku baca dekat google, merata aihh aku baca tak larat nak cited link satu-satu. keh keh keh boleh tak tara tu?

video
AMARAN: SILA TEKAN BUTANG MUTE SEWAKTU MENONTON VIDEO INI.
Tekan MUTE tau!!!aku tak reti nak edit la..haha


Buluh perindu ni banyak kegunaannya sebagai contoh ia digunakan untuk memancing sebab bila buluh ni terkena air ia akan bergerak, macam menari-nari dalam air untuk menarik perhatian ikan. Selain itu jugak buluh ni digunakan sebagai minyak senyonyong a.k.a minyak pengasih. Kalau korang berkenan kat david beckham ke johny depp ke haa try ler guna buluh perindu mana taw dapat. ehem Macam mana nak kasi pengasih tu idak ler aku tahu ye. Jangan nak buat bijak terlebih pm aku semata-mata nak buat minyak pengasih, maw kena sekehan padu dari aku.

Ada jugak aku terbaca satu forum ni,katanya buluh perindu ni dari tempat tinggal kuntilanak. jap apa beza kuntilanak dengan pontianak haa??aku try search tetiba keluar gambar hantu, terus aku tekan pangkah. hoh takut la nyah kang malam ni terbayang-bayang nyah nak pelok sapa? aku mana ada laki lagi. (amboi asal pelok je nak laki kan?pelok la mak ke kakak ipar ke, gatai betoi) ok berbalik kepada buluh tadi. Abah angkat aku cakap buluh perindu jugak boleh digunakan sebagai pelaris perniagaan. ermm tak tahu la sejauh mana kebenarannya.

Dan macam semua orang tahu buluh perindu ni, orang kaitkan untuk bagi suara jadi sedap, lunak, merdu. walawesss

Lepas ni jangan terkejut la kalau aku jadi penyanyi popular. Omaigodek-godek jadi artis nyah, boleh saing-saing Siti Nurhaliza, Yuna, Ella, Amalina ahh ahh...Ermm kena pilih nama komersial siap-siap ni. *pengsan

25.12.10

saya gay saya ok saya seksi saya juga ok

Baru lepas tengok anugerah skrin dan macam biasa anugerah skrin takde la best sangat melainkan artis-artis panas pakai baju tak cukup benang, tukang jahit tak siapkan dress on time tu sebab dia punya kain terbelah sampai ke bontot, semua tu sebab tak sempat ok bukan sebab fesyen dan ada jugak tukang jahit tersilap ukur badan maybe masa amik ukuran tu, badan kurus melidi tapi tetiba hari yang dinanti termakan banyak apam terus badan jadi gebu, justeru bila pakai baju dah nampak macam apam kepam.

ahh dulik ape kan? aku janji ada baju nak pakai, janji ada orang sponsor. ni baru la orang panggil daring. kamu tahu daring tu ape?

tak tahu tanya la azwan ismail mana tahu dia boleh jawab, dia kan engineer bertauliah yang dah 32 tahun hidup tapi baru kenal diri sendiri. saya gay saya ok, saya seksi saya ok, saya mati saya tanggung dosa, saya masih juga ok. 

mungkin disini kita rasa ok tapi disana????

fikir-fikirkan lah dan selamat beramal.

Link for today

23.12.10

sudah pindah rumah, line streamyx baru masuk, astro tak pasang lagi

kalau korang-korang perasan aku tak berapa nak online dalam 2 minggu ni. tu pon kalau korang perasan la aku tak update belog pasal kisah cinta antara benua aku, tak update status pasal selipar jamban aku putus atau hari ni masak lauk apa kat facebook. Hanya 2 golongan manusia saja yang akan perasan iaitu orang yang memang menyampah habis kat aku ataupun orang yang sayang gila kat aku. oke masing-masing nak cakap sayang kat aku la kan. takpe aku dah tahu.

Hakikatnya  4 5 hari tak online kira oke lagi tapi kalau sampai hari ke-6, aku mula tahu eja BOSAN ataupon nak lagi penjajah eja BORING. duduk rumah kalau ada syifa dengan syafiq (anak-anak sedara) boleh jugak nak ajak bertumbuk. ini mereka kena duduk dekat rumah pengasuh, takkan aku mahu ikut sama? macam pelik pulak kan. lepas tu diorang balik sampai rumah dah malam, mengantuk nak tido sebab penat main, aku kat rumah ni tertunggu-tunggu nak ajak bergaduh habis kuat pon syifa akan mintak "basyu,basyu nak syusyu" translation "maksu,maksu nak susu" maksudnya nak suruh aku buatkan susu untuk dia la. aku mana ada susu lagi nak bagi . grrrr dah diorang tido aku nak bergaduh dengan sapa??

Line streamix pon boleh tahan biadapnya, pasang hari jumaat hari rabu baru boleh online itu pon jenuh merayu-rayu dekat abang operator yang bersuara hensem tu ahh aku bukan tahu pon jantina nya sebab abang aku yang cakap. aku hanya menyumpah seranah dalam hati sebab line lembab sangat nak masok. nasib masok hari rabu taw kalau idak seminggu lagi baru boleh online. heii

Aku bukan apa kalau kurang-kurang tak boleh online at least ada astro (siaran general) pon jadi la. ini aku dok mengadap tv3 ja la tiap-tiap hari, tengok cerita indon tiap-tiap petang sampai muntah. sekali kalau nak ubah siaran kena edjas-edjas areal tu. korang paham tak kalau edjas areal bagi nampak hidung dengan mulut pelakon tu tak herot ada la dalam sejam bermakna cerita tu dah habis. apa jadahnya aku nak edjas lagi. perghh semua tu nak bagi aku marah tau.

Streamyx takdak,astro takdak,anak sedara macam chipsmore sekejap ada sekejap takdak, ni encik buncit pon boleh lesap tetiba haii aku dah la tengah boring, dia pulak sibuk dengan tugas-tugas untuk mengumpul duit kawin. sabor je la aku. siang keja sampai ke maghrib lepas tu main futsal sampai tetengah malam. ha elok la. kalau aku tertido hantar mesej kemain lagi kan? "dah tidoq ka?" lepas tu diammmmmmmm sampai ke pagi kan. dulu sebelum geli-geli couple kemain lagi mesej good night muuaaah muuaaahhh sekarang haram sepatah pon tarak. tu belom kawin dah kawin nanti?? haa U jawab la sendiri I tak nak jawab....

Sudahnya aku khatam balik novel-novel motivasi yang aku beli dulu. dah baca pat lima nam kali pon dok menangis meraung lagi. ye la aku nangis baca novel-novel tu. amik feeling baca novel sorang-sorang sebab nak hilangkan bosan. ok pe. dem

13.12.10

I rasa diri I cantik, U ada apa hal?

Amboi mak tajuk memang stok perahsan habis kan mak. Ok semalam i pegi dating dengan encik buncit tersayang, memang aku saje nak bagitaw. agenda sebenar nak pegi kenduri kat jitra, agak jauh sebenarnya nak menjengah bumi jitra tu dari seberang jaya ni melainkan kalau boipren I ada kereta honda city ke, toyota vios ke ataupon paling lekeh kancil buatan Malaysia tapi amat mendukacitakan bila encik buncit hanya ada BMW besor giler plus driver tukar-tukar (baca Bas tambang la jangan jadi bengap sangat percaya boipren aku ada BMW). Bila perjalanan yang agak jauh kena naik bas so better tak payah pegi kang balik lewat malam tak memasal kena pelangkong dengan abang tersayang?

Jadi kita ke destinasi seterusnya iaitu Sunway Carnival Mall, tengok wayang ler apa lagi. I tengok 2 wayang sekaligus semalam, dah alang-alang encik buncit sudah gaji apalah kiranya berhabis kat awek 3 4 puloh ye dak? Tiba-tiba tertengok Rapunzel dengan Hantu Kak Limah Balik Rumah, dua-dua movie ni aku rated 7/10 sebab musababnya biaq aku sorang ja lah yang taw. 


Oke bila masuk dalam wayang tu wajiblah ada adegan-adegan yang sedap bakal dilakukan kan kan kan? Maksud sedap disini adalah MAKAN ye, otak tu kasi jernih sikit jangan asyik pikir yang bukan-bukan. Oleh kerana aku suka makan so dalam wayang kena la beli snack yang ringan-ringan iaitu chicago beef, mashed potato, dan jugak fish and chip (gila banyak makan padahal sebelom tu masing-masing dah bantai kfc sorang sepinggan). Ada nya pulak encik buncit ni makannya selebet nak mampos sampai tertumpah dekat celah peha I, matilamak celah peha yang tak tahan tu. dah gelap kan comolot pon memang tak nampak dah apatah lagi sos yang lazat berkrim tu singgah kat seluaq jeans aku. binawe sungguh. just lap guna tisu basah je la.

Selesai bergelak ketawa menonton cerita kak limah tu kami pon keluar la jap jalan-jalan kat shopping mall tu. Waktu tu la encik buncit dok perasan yang mamat-mamat hensem dok usha awek dia yang bajet cun tak hengat ni. Mula la tu nak tarbiah I kan. "lain kali keluar tak payah pakai cantik-cantik, lepas kawin nanti depan i je pakai cantik-cantik, selalunya I tengok awek orang ni orang tengok awek I hai hangin satu badan" kantoi sudah dok tengok pompuan lain kan sayang. "Haish U je yang dok perasan diorang tengok I, drama je lebih U ni taw" kata aku nak menyedapkan hati encik buncit. gojes sangat ke aku hari ni sampai orang dok tengok-tengok. babi perasan nak mampos minah ni. haha wajib la perasan sebab selalunya aku akan tengok mamat-mamat hensem (lumrah dunia oke takkan aku nak cuci mata tengok pompuan kot!gila). dah tu mata diorang pon tengok aku, itu baru yang aku perasan orang tengok aku, yang encik buncit perasan orang lain tengok aku tak calculate lagi. perghh terasa gojes habis la semalam. jalan pon terkepit-kepit, cakap dengan encik buncit pon tersipu-sipu macam haram. ok yang terkepit dengan tersipu tu aku tipu.


Dah habis perasan berjalan kami terus shoot pegi beli roti kat bread history sambil duduk makan-makan (makan lagi) kat luar mall tu. Sedang aku duduk-duduk tu baru la aku perasan seluar aku yang kena sos tadi. Ku ingatkan sos tu kaler merah rupanya sos tu kaler coklat kekuningan tahu? dah nampak macam tahi cirit kering dah. 

Patotlah mamat-mamat tu usha aku semacam, bukan usha muka aku tapi usha seluar aku. babi babi! kenapa la aku boleh tak perasan!!! punah harapan I nak perasan gojes taw. 


p/s : malu dowh, serius nampak cam terberak dlm seluar. encik buncit taw gelak je. %@4*$#>@&

12.12.10

Kisah pasangan kekasih menaiki bas

Bas berhenti nak amik penumpang, ada sepasang kekasih masuk dan ingin membayar tambang. Ikuti perbualan pakcik driver bas, pasangan kekasih(lelaki) dan diri aku sendiri(aku cakap dalam hati ja).

Driver : Nak pi mana?

Lelaki : seberang jaya

D : berapa orang?

L : sorang...(sambil memandang ke arah cik awek beliau)

aku : (ooo bayar asing-asing kot)

D : haa singgit setengah.

L : (bukak dompet,pandang cik awek, cakap-cakap dengan cik awek, bayar tambang sambil pandang-pandang cik awek lagi)

D : Lain kali bagi kawan U naik sorang ja la, U nak naik sekali buat apa? kawan U tak kan tak boleh bayar sendiri?? lambat taw tak!

L : (tersengih-sengih sambil turun bas)

aku : ( fak! macam ni punya perangai pon ada ka? )


kalau itu bini anda yang tengah sarat mengandung atau tengah bawak baby atau bawak banyak barang saya boleh consider lagi nak naik bas tolong bayar tambang. Tapi itu adalah awek anda yang hanya lenggang mak minah tak bawak apa-apa, takkan duit syiling singgit setengah tak boleh nak pegang sendiri?? Ohh saya tahu itu mesti dinamakan romantik ataupon gentlemen kan? kepalahotak anda, harap anda romantiklah sampai ke tua ye.. jangan nanti "sayangkan awek manja-manjakan sayangkan bini lempang-lempangkan" 


7.12.10

Gaya-gaya gadis bila bergayut telefon

Bosan rupanya duduk rumah sorang-sorang ni, masak sorang, makan sorang, tidoq sorang, layan movie tip top pon sorang-sorang. Orang kata kalau lama-lama macam ni boleh jadi gila taw? kalau gila tak boleh kawin kan kan kan? hilang satu nikmat tak kawin.ehem jadi untuk mengurangkan kebarangkalian aku menjadi gila haruslah post entry yang entah-apa-apa. haruslah, haruslah,haruslah...lol

jangan tiru aksi ini dirumah anda

Oke tengok tajuk pon sudah tahu aku nak post pasal apa kan. Ini semua gara-gara buat pillow talk masa kat kolej la ni, orang suruh study! pi sembang pasal teknik kamasutra pulak huh bahaya betol. jadi untuk tidak dianggap sebagai blog lucah gila vavi, kita story la pasal gaya-gaya gadis gayut telefon. apa korang ingat pompuan cakap telefon dengan pakwe kena baring telentang ja ka? mana ada feel beb. feeeeeeeeeeeeeeeeeel tu penting. (cakap dengan nada sedap)




1.Pekup muka pakai bantal

Ini benda common yang para gadis selalu buat dan salah sorangnya aku la, aku ni cakap telefon kuat nak mampus kalau bergayut dengan encik buncit wajib la cakap macam nak suruh orang lain dengar jugak. Bila dah nak gayut tengah malam tu takkan la nak cakap kuat-kuat? nak kena penyepak padu dengan jiran sebelah? so caranya pekup la muka dengan bantal cukup sejam ko gayut muka ko dah naik biru sebab sesak nafas.


2.Bergayut tepi tingkap blok/bilik

Teknik ni selalunya dibuat bila si gadis ada roomate ataupon housemate dimana si gadis tak nak la kacau roomate dia tengah study macam potong stim je.So better dia gayut tepi tingkap walaupon tiada privasi tapi sekurang-kurangnya masing-masing boleh tengok bulan yang sama. ecewahhh

gambar tiada kena mengena

3.Cakap telefon sambil tangan mencabut rumput

Yang ni selalu berlaku kat rumah la, sambil cakap telefon tangan ligat dok cabut rumput depan rumah, cukup 5 jam hang gayut konfem rumput rumah hang dah pendek-pendek. Sambil menyelam minum air, tapi jangan la  hang pi cabut pokok bunga mak hang. memang dapat cop penampaq dari emak tersayang la.


4. Pintal-pintal rambut

Teknik ni aku yakin hanya gadis yang gedik stok manja-manja dengan balak, jumpa kat aku maw kena lempang sedas tapi sapa aku nak lempang anak dara orang kan lantak dia la nak buat macam tu pon kau ape de hal?

"awak ada pompuan lain..." -blur-

5. Pintal wayar telefon

Ini kalau si gadis tu cakap pakai telefon rumah, telefon rumah kan ada wayar yang gulung-gulung tu, cukup aku tak faham kenapa kena pintal-pintal wayar telefon tu.


6. Gentel-gentel hujung bantal atau selimut

Haha..dah macam anak sedara aku yang 3 tahun tu pulak aku rasa. Beliau kalau nak tidoq wajib gentel hujung bantal pas  tu gesel-gesel kat hidung kasik lena. Tu tak pe la budak kecik yang hang tua bangka pon nak gentel jugak?jadahnya aku dah fikir benda alah lain dah ni. keh keh keh


7. Duduk atas tangga

Si Gadis akan duduk atas tangga bila dia tak larat nak berdiri tepi tingkap. 5 jam cakap telefon mampu pulak nak bertenggek tepi tingkap je ye dak. Bagi aku sangat la tak best dok kat tangga sebab selalunya bila kita bercakap akan bergema, bila dah bergema tu maw satu blog dengaq. hoh kejadahnya benda dalam kelambu habih semua orang taw ni.



Banyak lagi sebenarnya tapi cukup-cukup lah ni. Dulu aku ada member yang cakap telefon dengan pakwe dia gila babi punya slow sampai aku dok kat sebelah dia pon tak dengaq langsung apa yang dia cakap. huh kalau aku dengan encik buncit cakap slow-slow macam tu boleh buat gadoh ooo sebab kami masing-masing pekak.


"Tadi I tengok mata budak tu bulat macam guli"

"Hah U tengok coli?"


tak ke boleh buat gaduh tu??????hehe

p/s:: lelaki kalau gayut telefon dengan cik awek macam mana pulak gayanya haa??

4.12.10

Jom ke Zoo Johor

Baiklah adik-adik sempena cuti sekolah ni akak tak nak lah adik-adik asyik mengadap tv dengan desktop je kan. Otak kena bagi kembang sikit, mana tahu bila dah besar nanti boleh jadi pemimpin yang berjiwa rakyat takde la nak naikkan harga minyak je ye dak?. ehem 

So, akak nak ajak adik-adik ke zoo johor. Sesape yang tinggal area johor bharu dan sewaktu dengannya boleh la ajak mak,abah,maksu serta sepupu adik-adik melawat binatang-binatang kat zoo nanti. tak de la bila orang tanya lembu korang jawab kuda pulak. paham?

Masuk zoo johor ni murah sahaja, hanya RM2. murahkan murahkan? cakap kat parent, "bayar berokband puluh-puluh hengget boleh, takkan bayar 2 hengget masuk zoo pon berkira?" Oke ini biadap namanya, boleh cakap macam ni kalau mak bapak adik-adik sporting kalau tak, akak nasihatkan dok diam je kalau taknak kena penampar sulung.




Disini akak akan tunjukkan gambar-gambar gedik kawan-kawan akak dan jugak akak sebagai bukti yang zoo johor ni pun best jugak berbanding duduk rumah tengok cerita indon yang tak masuk akal tu.

lets cikedout..

Cak
  yang tengah buat muka berkerut tu kak aina ye, yang pakai tudung tu bukan yang ada jambul, harap maklum.

haa ni la akibatnya kalau mak bapak tak bawak pegi zoo masa kecik,
nampak sangat jakun! 
adik-adik tak nak jadi jakun kan?


 
ini namanya KELDAI kot


singa ni memang makan gaji buta, 
keja goyang teloq ja, kami jenuh la main acucak acucak sua tangan haram dia buat dek jugak.
 hampes


apa tengok-tengok maw comolot ka??


hoi-hoi baik sikit pi tangkap gambaq bontot aku pesal?



kalau badan adik-adik kecil molek je boleh la naik kuda padi ni, 
kalau badan macam akak jangan coba-coba ya, mampos jugak kuda ni kang.



nama saya MERU, MErah+biRU


kandang unta paling busuk ya amat


wewiit, secoli taw ehh sejoli taw. macam ai dengan encik buncit. *muntah


sapa tangkap gambaq ni hoi! tak center!



awas pergerakan anda diperhatikan!


cepat mengaku kawan sapa yang tengah korek taik hidung ni?



jadi cam-whore jap. hik hik hik

ok jom balik, binatang pon dah naik meluat tengok muka kita. 

Apa yang adik-adik tunggu lagi, ayuhlah mesej mak ayah kalau takut nak cakap face-to-face. keh keh keh banyak lagi binatang kat sini tapi macam kena buat 2 entry la pulak. Selain menatang-menatang yang kiut miut sampai rasa nak cubit-cubit ni, ada jugak kolam atau orang panggil tasik kot untuk rehat-rehat seisi keluarga.

*****************************************************************

Best jugak rupanya pegi zoo dengan member-member nih. Cuma hanak kempunan nak tengok BABI tapi takdak, meraung-raung beliau tak dapat tengok babi. kah kah kah. Ahh kat utm pon bersepah derr, lu buat bunyik babi konfem dia datang jenguk hang. betol der, betol.......

3.12.10

Tipikal cerita/sinetron indon


Cerita indon pon adalah salah satu tipikal drama yang kita boleh lihat sedang berleluasa di negara kita ini. Kalau orang kata tak suka tengok cerita melayu, aku lagi tak suka tengok cerita indon. aku masih boleh menerima cerita melayu walaupon ending dia dah boleh agak. Berbanding dengan cerita indon, mampos hidup balik pon aku tak sanggup nak follow cerita sinetron tu sampai habis. time cuti sekolah ja mesti bersepah cerita indon kat tv. fak betol la. 

Maybe la ada sesetengah cerita indon yang boleh diterima pakai tapi yang taboleblah tu agak banyak sebenarnya. Yang tengah hits sekarang ni cerita Cinta Kirana, anak-anak sedara belah kakak ipar aku cukup minat cerita ni sampai ramai-ramai melangut depan tv tunggu sampai cerita tu habis. Aku??terpaksa la mengadap jugak. binawe sungguh.

Oke mari kita lihat ciri-ciri cerita indon yang boleh kita lihat di kaca tv sekarang ni.

a) Watak heroin baik sangat
bukan baik sangat dah. baik melampau-lampau. bagi aku tu bukan watak baik tau tu watak lembik tahu lembik? kejadah orang tolak badan sikit nak jatuh, orang tengking sikit mata nak berair. pergh meluat betol la aku. boleh pikir kot takkan la takde langsung tindakan reflect nak protect diri sendiri. kalau aku la kan dah lama dah kena ganyang pompuan jahat tu.


penah tengok ada la satu episod


b) Watak jahat pulak terlampau jahat
lebih kurang la mcm watak baik tadi. jahat terlampau lebih dari penyangak lagi dah. ending watak jahat ni dah tau dah apa. mati! kalau nak bagi panjang lagi cerita tu konon-kononnya penjahat tu tak mati lagi. hei hangin betol la aku kalau dah mati tu mati je la.


mula-mula tengok, tengah tak tengok, ending tengok tapi macam haram


c) Jalan cerita yang hampir sama
first sekali konfem pasal cinta antara dua darjat, kalau hero kaya raya heroin mesti papa kedana, lepas tu konflik dalam percintaan mesti ada orang ketiga yang watak dia jahat nak mampos tu, lepas tu mesti ada adegan tertukar anak la, tiba-tiba jumpa anak tepi jalan la, mak bapak tak tahu pon tu anak angkat la. hoi letih la macam ni punya jalan cerita.


tengok kejap sebab pompuan ni cantik. apa nama pompuan ni ha??


d) Cerita meleret-leret
aku ingatkan cerita tu dah nak happy ending la tapi tak semena-mena muncul pulak masalah baru. macam aku cakap tadi la, tetiba ja orang yang dah mati hidup balik, tetiba ja tahu yang hero tu anak pungut. nak lagi best tetiba ja muncul watak hero kedua,ketiga ataupun keempat dalam episod 147. satu hal pulak nak tengok cerita pasal hero kedua,ketiga atau keempat nih. (0_o)



ni cerita apa?tak penah tengok!



e) Ada part merapu yang tak masuk akal
ni macam cerita bawang putih bawang merah tu la. elok-elok start cerita zaman moden tetiba boleh ada pari-pari muncul kat tengah-tengah tu. oke fine ni cerita adaptasi rakyat kan so mesti la ada pari-pari.lol tu baru part pari-pari, bab orang mati hidup semula tu sapa nak jawab?



f) Effect slow motion
Part paling menyampah sekali, saja la tu nak bagi saspen. sentap-hati-mak-nak. Sesapa yang fan berani mati sinetron indon boleh bagitau aku tak cerita mana yang takde effect ni? konfem ada punya. kadang-kadang setiap episod tu mesti ada satu scene yang nak kasi slow. aduh

agak best, tu pon sebab adaptasi dari cerita korea, aku tengok sekerat jalan jugak


Bukan nak kondem, kalau ikutkan mak,makcik sedara,bakal mak mertua, kak-kak ipar, semua ni layan cerita indon. Aku Tapi agak-agak la nak buh cerita indon pon tak payah la sampai semua channel nak tayang. aku cuti ni nak gak la tengok cerita yang best-best sikit takkan nak mengadap laptop je 24/7 bosan tahu bosan?

Carutan hari ini, 

"tak semua orang boleh terima pendapat kita dan tak semua orang boleh suka penulisan kita"

2.12.10

Nak mati mari buang sampah disini!!

Dah sampai rumah ni rasa macam bahagia pula. ohh tidak la bahagia sangat sebab kena packing barang nak pindah rumah. pindah kulim pulak tu, damn tahu la kulim ada famous amos, entah macam mana eja jenama biskut ni pon aku tak pasti. oke tak nak cerita pasal hari ni aku nak cerita pasal semalam.

Semalam aku pegi teman hanak pegi basuh vivas dia yang berhabuk tahap cipan sampai daun-daun kering terselit-selit kat bonet kereta dah tu semut pulak buat sarang kat celah pintu, perghh boleh bayang tak keadaan kereta dia?kalau aku jadi kereta dia dah lama dah aku lari dari rumah. tu kalau aku jadi kereta la masalahnya aku ni manusia. 

Sedang menunggu vivas dia dibasuh, aku pon selak la magazines apa jenis bahasa entah. aku tengok gambar je. sedang mata aku kejap-kejap kat magazine kejap-kejap kat owner kereta yang hensem-hensem oke taknak la menipu sangat, hensem tu makna kata kereta besar maka terotomatik la muka pecah pon nampak hensem ye dak? atau mungkin juga kereta besar itu kepunyaan bos atau company mereka macam orang selalu kata dah la muka buruk pakai kereta company pula huh dasar manusia tiada kemajuan. hurmm siapa tahu?  hidup ni kan tak adil.

Nak dijadikan cerita, aku ternampak statement(amaran) nih kat belakang kedai emas. kedai ni belakang kedai cuci kereta tu. hah berebut mak nak cari lokasi kedai nih.

keh keh keh..haa berani mai la buang sampah kat sini.




dah aku tergelak-gelak kat situ jugak. hahaha
tak boleh buang sampah kat sini, kita buang la sampah kat situ.
tak pe at least jauh sikit la dari kedai dia.lol



Lepas ni aku rasa papan tanda amaran kena tukar "Hukuman RM500 atau satu keluarga akan mati atau kedua-duanya sekali" barulah rare. manusia kan antara makhluk yang ada akal tapi tak paham bahasa. walawess.

Carutan hari ini, 

"Jika membaca sesebuah blog, bacalah entry yang ditulis bukan melihat berapa banyak follower yang dicapai"(Ayue Surihanyot,2010)

boyfriend