30.11.11

"Sesuatu"

Indahnya "sesuatu" itu bergantung kepada diri kita sendiri,
Kita yang mencorakkan sesuatu itu,
Hingga ia cantik dan menarik dimata,
Dan kadangkala kita rasa sesuatu itu amat sempurna,

Tapi itu kan hanya perasaan semata,
Tak semestinya ia adalah yang terbaik untuk kita,
Mungkin "sesuatu" itu sudah tertulis ia bukan hak kita,
Hingga kita akhirnya tertanya-tanya dimana silap kita.

Jadi redha lah dengan ketentuan-Nya,
Bahawa "sesuatu" itu tidak mungkin menjadi milik kita,
Mencintai "sesuatu" tidak semestinya kita harus memilikinya,
Mungkin ia hanyalah satu realiti yang sukar dicipta.
Terima Kasih "sesuatu" kerana kau hadir tanpa dipinta.


p/s : agak-agak aku boleh jadi macam Yuna tak?

ok aku tengah sewel tetiba nak jadi artis plak ni apahal pompuan?

7 comments:

Gua yang gila komen...sila komen lebat-lebat