28.3.11

Menjawab segala persoalan di Facebook

Kalau anda semua addicted dengan facebook pasti anda semua tahu fenomena apakah yang terjadi sekarang ini. semacam masa mula-mula facebook diperkenalkan, fenomena game online yang sangat popular macam farm ville, ikan ville dan tak dilupakan game tukar-beli baju dan aksesori pompuan iaitu sorority life. Janganlah terasa korang ni bangang sebab main benda-benda ni sebab aku pon main jugak dulu sampai bagi password fb kat encik buncit semata-mata nak suruh kutip sayuq aku. kadang-kadang tu sampai marah-marah hentak kaki sebab encik buncit lambat kutip, ye la kalau dia tak kutip alamatnya busuk la sayuq dengan pokok bunga aku. bila busuk so rugi la aku bila rugi aku tak dapat la nak beli aksesori-aksesori perhiasan yang cantik-cantik untuk menghias dan membesarkan rumah aku.. semua ni bisnes tahu bisnes. macam mana nak maju kalau boifren ehh kalau kita ni malas nak mengutip?


Lepas tu datang pulak fenomena rahsia bulan mengambang lahir, mengapa edward cullen tak suka aku? siapakah watak kak limah yang bakal jadi perdana menteri, siapakah watak anda dalam Nur Kasih padahal berdasarkan soalan pon dah boleh agak akan dapat watak mana, ye la soalan macam "adakah anda seorang yang setia dan baik" cet mana-mana orang pon akan jawab "ya". dan macam biasa aku pon penah main menatam ni. Ada sekali tu aku jawab soklan apa tah, ciri-ciri bakal suami ka apa tah. balik-balik aku jawab dapat result Hamid Gurkha, jawab lagi Hamid Gurkha jugak. dalam hati dah menyumpah dah, pat lima nam kali aku jawab dok bagi jawapan tu jugak. langsung terus aku tak publish. rasa macam teraniaya pon ada jugak.


Nak lagi rare bila ada orang baling-baling bantal kat wall aku..aku sendiri tak dapat nak sinonimkan dengan kehidupan aku "kenapa malaun-malauan ni main menatang haramjadas ini?" kenapa dan mengapa sampai sekarang aku tak paham why baling-baling bantal tu di wujudkan. tengok punya la tak paham sampai nak taip "kenapa" pon jadi "why"..dasyat betol. ke korang paham? kalau paham tolong bagitau aku ekk..


Oke benda-benda tu semua like so yesterday, dah basi, dah muak. Tapi kalau ada yang main jugak memang what the penyapu betol la kan.


sekarang ni ada application baru iaitu application jawab-jawab soalan ataupon vote-vote. aku tak kisah sangat la sebab selagi ia tak menyemakkan notification serta email aku..aku consider ia sebagai oke. Ada satu soalan yang aku sangat suka akan jawapan dia..........

Jawapan paling atas tu adalah paling tepat.

Ada jugak la soalan kolej matrikulasi mana paling best la, lelaki dengan pompuan mana paling pandai la..adoi diskriminasi semua ni tau. masing-masing mesti la nak cakap matrik sendiri paling best, jantina sendiri paling pandai, negeri sendiri paling hebat..

Lain kali cuba buat soalan tu bagi kreatip sikit contohnya...


"Antara Lisa Surihani dengan Ayue Surihanyot. siapa lagi hot, gojes dan mantop?"

ha cuba jawab ni, cuba la cuba...

23.3.11

rasa nak update status selaluuuuuuuu

Kemain lagi dah tau busy boleh lagi nak update belog tapi dulik apa aku sebab aku rasa tangan ni gatal sangat nak update. tambah-tambah update status facebook kalau korang rasa annoying aku lagi rasa annoying tau baca status sendiri. 2 3 minit tengok sapa komen 2 3 minit tengok pulak sapa yang like. rasa nak lagi puaka hantar mesej kat chat box member suruh dia like status aku. itu memang superb annoying tau.

macam aku ni, tadi dah tulih status pasal makan kuih lapan bijik 30 minit kemudian aku rasa nak tulih status makan megi pulak tapi nasib boleh kawal tau nafsu update status tu. ni baru ja aku nak tulih status.. "oke joom buat report design sambil makan kuih karipap yang tak abis tadi" ..tak rasa bila baca status ni akan terluncur ayat "ehh babi apa minah ni cerita dalam kain pon nak update" nampak tak penyakit gila babi apa tah yang menyerang aku ni...


itu belom lagi datang nafsu nak update status pegi jamban berak tahi keras..kalau aku update macam tu sila pm aku maki laju-laju oke..

geram betol tau dengan diri sendiri..bencik tau bencik ahh..

21.3.11

Malam yang sedaya upaya untuk menyumbat makanan kedalam perut

(amaran keras entry ini terdapat gambar-gambar yang tak boleh belah dan sangat panjang diharap anda sabarlah membaca dan haraplah baca sebab aku kan dah lama tak update belog so bila boleh update terasa la nak update pat lima nam cerita sekaligus. tapi kalau dua cerita pon panjang ya rabbi ini kan pulak pat lima nam cerita so aku update 2 cerita saja) 

vavi apakah disclaimer pon panjang caharam..

oke update pasal makan malam ataupon orang panggil sebagai Dinner atau orang panggil sebagai malam melaram dan malam gojes habis sebab kalau kau bergaya dan memakai baju pelik-pelik pada malam ini memang takdak orang kisah. Orang lagi tengok kau lagi nak berkata....


"OMG..U sangat cantik la malam ni. Meletop mak!"..ini kalau golongan-golongan lupa asal jantina punya dialog

kalau manusia biasa macam hanak asaari, nadiah fatihah dan hanna ilyani mesti jadi begini...

"OMG..U sangat GOJES tau malam ni..kalah la I camni.."

Kira tipikal ayat macam tu la..perkataan gojes tu memang tak lekang sangat dari bibir 3 budak selim melim badan macam model ni. badan aku??hmmm 2 kali ganda badan depa ni la.....bagai dipam-pam

Actually aku ada 2 dinner pada tahun akhir ni..oke dinner first adalah dinner kos dimana memang budak-budak kos aku la yang bersepah.

DINNER CHEMEX

memperkenalkan dari kiri Hanna Ilyani, Aini (my ex rumet yang cantik), Hanak Asaari (kalau tak kenal gak tak tau la) dan aku

Ohh lupa nak bagitau yang tema bagi dinner chemex ni adalah wedding dress. tu yang memasing pakai baju pengantin tu. ni semua budak meja aku. semua ni kalau boleh nak tercalon dalam Queen of the Night..keh keh keh 
ada jugak yang pakai baju merewang, tok kadi, tok imam, mak datin dan macam-macam lagi la..aku tibai baju tunang kakak ipar sudahhhh...tak kuasa aii nak beli-beli baju ni..


kalau anda-anda pembaca blog yang tegar pasti anda kenal dengan dua orang blogger kat sebelah aku ni
Hidayah Isa dengan Nadia Helena
merangkap junior aku dan blogger tegar dan boleh tahan femes jugak..(femes la dari aku ni)
selendang Queen tu orang punya..kalau aku menang memang what the hell betol lah..

hoyeah..tudia Queen kita..member yang dok sebelah aku rupanya Queen of the Night.(serius aku teruja dok sebelah hang hanak..keh keh keh). takdak pulak gambar Queen sorang..hmmmm

Aku pon menang anugerah jugak. anugerah pelajar paling popular. hasil dari undian-undian dari first year sampai ke final year kos aku..entah celah mana yang popular tu aku tak tau la...haihh mungkin sebab mulut aku kot yang kepochi sikit ataupon sebab aku gojes ke pinggang raping ke bentuk badan flat ke muka macam Lisa Surihani ke..ke macam mana??

Heh tak kisah la kan tapi dinner Chemex ni memang best sebab makanan dia superb sedap!!gilo sedap dan kalau teringat balik for sure meleleh-leleh air liur ni. haa dapat bayang tak betapa sedapnya makanan malam tu. Bayar Rm49 dan makan secara bufet. 

Dah nama pon bufet kan? nak jadi kisah meja aku belakangggggg sekali dan dekat dengan meja bufet. siap ja pengacara majlis jemput orang baca doa. aku dah get ready senteng kain dah. lantak la orang nak kata apa janji lepas tukang baca doa tu sebut "amin" ja aku akan pecut dulu. dan hasilnya aku orang first dan 4 kali jugak la ulang alik amik makanan sebab banyak jenis makanan yang perlu ditibai malam tu. Budak-budak junior yang kena beratur semua pakat sound aku dah.. keh keh keh nasib la. sapa suruh dok meja depan, kena la beratur amik makanan..kah kah kah baju aku tu pon hampir nak tertetas dah sebab sumbat banyak sangat. erkkk

Gambar makanan yang superb sedap tu tak sempat nak amik sebab meja aku takdak kamera DSLR yang boleh menayang gambar makanan yang sedap-sedap..tu la yang paling tak best sebab kami tak boleh nak tangkap gambar banyak-banyak. mengharapkan belas ehsan kamera junior ja la gamaknya. sedih betol!

gambar sebahagian course mate batch aku yang pegi. ya rabbi punya ramai

Malam Pra-Graduasi (Dinner MPG)

Dinner ni baru kelmarin berlaku, masih panas dan segar bugar lagi. Ahli meja pon sama. Gambar malam ni sangat banyak sebab hanak asaari pinjam dslr kat junior dia. baik betol kan junior bagi pinjam kamera mahal. 

Yang tak bestnya dinner malam ni adalah sebab makanan bukan bufet dia serve (800 ++ punya hadirin kalau buat bufet mampos kelaparan la) so bila anda-anda duduk semeja dengan manusia pelahap+gelojoh+ piranha..haruslah anda akan rasa tak cukup dan tak kenyang..nampak ja budak meja aku tu kecik-kecik tapi nafsu diorang payah nak cerita. ishh susah la nak cerita punya kuatnya nafsu. 

tu dia tangan masing-masing. ni first dishes boleh la dok tangkap gambar pegang sudu bagai.

yang ni dish ke berapa aku tak ingat. waktu ni aku suruh kawal dulu nafsu serakah tu sebab aku nak amik gambar. ada ka patut orang tu takdan nak letak pinggan cecah meja lagi kami dah serbu..memang la kemaluan tu dah hilang.

yang ni bukan sesaja nak posing letak sudu. ini betol-betol punya.


 10 saat kemudian........terkesima ikan tu.

yang ni memang sedap. 3 kali senduk jugak la aku tibai. sup sirip ka apa tah. tapi Chinese food la tapi macam bukan sup sirip sebab sup sirip kan mahalllll...meja depan aku tu banyak betol tak abis makanan. pelik betol aku..makanan sedap-sedap boleh tak abis. kalau ikutkan hati yang tak berapa nak segan ni dah lama aku mintak..

 kau tengok kau tengok muka memasing. kau tengok meja sekali. ni meja anak dara.

aku kusyuk melantak. nampak tak gadis sopan sebelah aku tu aina. haa nampak sopan, waktu biasa-biasa ni dia la paling tak lalu makan, paling sikit makan. tapi malam tu dialah juara merebut makanan. orang lain dapat sekor udang dia boleh capai sampai 3 ekor udang!!terkejut berok aku..haha.

patutnya kami yang menang meja piranha tau tapi dah abang kamera dok serbu meja laki ja memang la meja laki yang menang..cisss tapi bagus jugak meja aku tak menang sebab kalau tak aku la yang kena tebal muka pi amik hadiah..selamaattttt~

Oke dah-dah la tu sembang pasal makan. Oleh kerana ada kamera mahal jadi gambar kandid dan buat-buat kandid tu sangat banyak. kau tau 2 album jugak la nak kena create kat fesbuk. punya la banyak. depa kata gambar aku paling banyak. keh keh keh sapa suh tangkap gambar aku.

nadiah fatihah aka nadey

aini

naimah dan hanak

afza dan ana talib

meja kami ada 11 orang..

oke yang ni bajet kandid..hehe lawak betoi la..

yang ni pon purak-purak kandid...nampak sangat la woii!!

yang ni kandid..nampak tak kegemukan aku disitu...dem!

profile picture...terima kasih hanak..hehe


letak gambar sendiri sikit-sikit dah la syialll...



richard dan abeng

kenal tak kenal tak?? FARAH AF2 datang buat show..walawess masa aku snap gambaq ni dalam hati aku "Cantiknya minah ni"..dah la suara life pon sodap..serius teruja dan terus macam minat kat dia..(*perghh baru 'macam' nak minat kan sebelum ni aku tak minat pon)..hehe tangan dia bai lembut bai..

Oke tu je la kot ek..gambaq dah bersepah sangat dah ni..nak buat macam mana dah banyak sangat sampai tak tau nak sort kan macam mana..pening pening..

Kesimpulan yang dapat dibuat..aku rasa kalau boleh nak lagi dinner sebab dinner makan sedap. dan kalau boleh jangan duduk semeja dengan lelaki macam "meja yang makan tak abis tu". ye la mana kau nak terkepit lagi, betulkan tudung lagi, pegang sudu garfu lagi.. ahh leceh la ai..lagi satu apa kau ingat pempuan ja terkepit??ahh laki pon ada gak yang terkepit..jadah apa tah makan je la woi mahal kot bayar RM30..tak nak bak sini aku habiskan!

8.3.11

Final year yang busy

cuaca diluar ala-ala sejuk manja gitu. rasa nak terjun katil pon ada, boleh la jugak mimpi pelok-pelok ngan bakal suami ka. tapi apakan daya keja belambak, projek bersepah, kuiz dengan test pon semua nak lambak minggu ni jugak kan.

awal-awal sem dulu kemain lagi tau dia punya masa lapang tu sampai tiap-tiap hari nak poco-poco (nak menurunkan berat badan la kononnya padahal badan semakin hari semakin di pam-pam adalah. binawe!), tiap-tiap hari sapu losyen sebelum tidur tau padahal sebelum ni tak penah pon nak buat memandangkan tak lama lagi nak kawin so kena la pakai losyen sebab nanti bila suami pegang tangan dia akan cakap.

 "lembutnya...".

bini pulak akan cakap: "lepaskanlahhh..." 

lepas tu kau ingat laki tu nak lepaskan ke?? haa pandai-pandai la kau reka sendiri scene-scene yang sepatutnya, masuk bilik tidoq ka, masuk bilik mandi ka. iklan tv tu tipu betol, takkan la terus nak pergi kerja?daya imiginasi tu kasi kreatif sikit. baru lah rumah tangga errr hidup harmoni nanti.. 

oke merapu..So bila dah semakin busy ni. benda yang aku sebut kat atas tadi dah jadi tunggang langgang terkangkang. tidoq pon ikut dan aku ja, losyen tu tunggu masa ja nak expired. cutting badan pon dah lari 36-36-36. punya la straight tak gaduh pakai pembaris pon dah boleh baca dah badan tu macam mana. ni ni ni baju dinner nak pakai hujung minggu ni pon silap-silap tak muat tau. risau betol aku. kang buat pasai tertetas masa aku dok control-control cun tu percuma ja dapat malu..

Bukan tu ja. kalau korang perasan aku dah lama tau nak update blog. tangan ni gatal ja nak menaip tapi apakan daya internet dah macam siput babi punya lembab. nak loading new post pon terhegeh-hegeh, tak macam menaikkan darah aku pulak kalau aku tunggu lama-lama. sebelum aku dapat sakit jantung,darah tinggi,sakit buah pinggang baik aku lupakan niat nak update cerita-cerita aku pergi old town (baca: melaka),  pergi kelas mekap, pergi main bowling, pergi berkebun kat hutan rekreasi UTM,korek tahi hidung, pergi berak, pergi makan, pergi mampos dan macam-macam lagi la..alaa kan selalu je jumpa blog personal cerita benda-benda gini buat-buat tak paham pulekkk..

oke selesai sudah melampiaskan nafsu (baca: rindu) ke atas blog ini..izinkan aku mengundur diri untuk siapkan kerja-kerja aku.. waaaaaaaaaaaaaaa~~tekanan dowhh jadi budak final year ni..sob sob sob

aku nak balik jadi budak tadika!!

boyfriend