30.4.11

Mulut Masin

Petang tadi aku exam, membrane gas separation paper first aku semester ini. jangan tanya aku subjek ni macam mana sebab aku rasa macam nak makan ja selipar asadi aku tu. jangan memain selipar jamban tu dah 4 tahun hidup dengan aku, fizikal masih boleh di kenal pasti. itu pon buncit kata aku pakai selipar ulu. eleh at least selipar ni masuk radio tau. selipar awak ada?? huh.

exam tadi rasa macam suam-suam bangang. ada 5 soalan tapi 2 soalan ja yang aku yakin boleh jawab sambil nyanyi lagu memori daun pisang. lagi 3 soalan aku jawab berdasarkan pengalaman dan ilmu didada . aku dah agak dah CO2 removal tu masuk tapi gatai sangat pi dengaq cakap noranizan mohamad gadis tercantik SKK tu kata Fuel Cell yang masuk.

"Mulut aku masin la ayu" kata beliau

"Ya ka? pandai-pandai ja hang kata masuk.."

"Betol la hari tu aku tanya soalan kat bebudak ni tup tup memang masuk soalan tu dalam test, tak caya ko tanya bebudak ni..betol mulut aku masin"

"ceh..orang kalau cakap mulut dia masin. konfem terus tak masuk exam tau apa yang dia cakap tu" bantah aku..

tapi memandangkan aku lagi percaya kat mulut noranizan yang masin itu lalu aku abaikan gerak hati aku.

last-last tengok soalan CO2 removal yang keluar..ha tengok mulut siapa yang masin sekarang? sabaq ja aku jawab soalan dengan hampa tadi. aku siap 90 minit awal kot, lagi setengah jam nak habis masa, aku berlagak hantar awal. muka riak tu takyah cakap wajib ada. lepas tu pandang sinis je kat member-member sebelah. tambah-tambah dekat noranizan yang buat exam sebelah aku tadi. tapi aku tau dia tak perasan punya. ye la sibuk jawab soalan fuel cell dia tu ehh CO2 removal. nak je aku tanya kat dia

"tak siap lagi ke nizan?"

tapi takpe la aku taknak la saiko lebih-lebih. dalam tu ada 11 orang lagi candidate tengah amik exam so aku diam terus balik jalan kaki..

Aku rasa salah aku jugak sebab percaya cakap noranizan..


patutnya aku rasa dulu mulut dia masin ke tak.

kan kan kan?

28.4.11

Sebab musabab malas study

Orang dah habis study week aku baru nak start study. nice kan? memang la dah banyak kerja kot, 2 hari satu malam tak tidoq tau oke nampak sangat menipu. sampai tak sempat nak study tapi selamat la dah final semester. Ha jangan tak tau, final sem ni la perangai syaiton tu naik kepala. tanduk syaiton tu ada la satu depa punya panjang.


Malas nak study tu perkara nombor 1 dalam hati ni, kedua nuu katil empuk aku dok melambai-lambai macam GRO pondan dok melambai kat lelaki-lelaki sejati belakang lorong kedai-kedai kat JB nuu. perghh cerita pasai GRO pondan ni kawan aku penah nampak depa keluaq dari semak gelap-gelap sambil betol-betol sepender. haa jangan tanya aku la macam mana kawan aku nampak dalam gelap gelita tu. mungkin dia suluh torchlight kot kasi clear. mungkin oke mungkin.


Itu baru katil punya hal belom lagi bila dah duduk atas kerusi meja study. Mood study tu datang 5 minit ja sebelum baca bismillah lepas tu hilang lesap entah kemana, masa tu la facebook main peranan. Walaupun takdak sapa nak layan tapi tetap jugak nak tengok facebook tu kan Ana Talib kan. haha Kalau aku pulak facebook dengan blog memang jadi sasaran la, 5 minit mata ke arah nota lagi 1 jam mata aku kearah laptop. hebat tak aku boleh kira nisbah baca nota dengan online?


Itu kalau wifi tak macam siput sedut dan tidak menaikkan kemarahan yang nyata kat dalam diri aku la. kalau dah internet punya lems (baca: lembab) aku prefer tengok cerita sambil study. Sebab utama aku buat macam tu nak hilangkan mengantuk (kononnya). Oleh sebab tu jugak kot aku punya result macam suam-suam kuku gitu tak tinggi tak rendah. Orang kata macam mana nak berkat kalau baca buku ilmiah sambil tengok cerita orang dok comolot bagai..erk itu baru comolot yang com benda lain tu macam mana? ehh aku mana tengok cerita-cerita loqlaq tu haishh aku selalu tengok Nur Kasih ja. erhem



Lagi satu gangguan syaiton ni dia hantaq dalam bentuk manusia. So nak taknak kita kena layan. Eceh takkan tak paham pulak tu maksudnya kawan-kawan datang bilik ajak sembang. aku kalau orang ajak sembang memang nombor 1 tau. kadang-kadang tu tak sedaq ehh dah subuh rupanya. Sembang pulak kalau perkara-perkara yang masuk exam takpa la jugak. Ini dok mengumpat orang nuu mengumpat orang ni kadang-kadang tu mengumpat pasal orang yang sama. ha kome ce cite ke awok macam mane nak berkat ilmu masuk dalam kepale?

Tapi ada jugak la ilmu yang berguna kami dok sembang-sembang. Ilmu kamasutra. memang berguna sangat la. amboi kemain lagi nanti nak komen tanya aku kamasutra tu apa.. pi google la weh. maklumat dihujung jari kan.


Tengok kemain lagi aku post entry, padahal nota kuliah dah ada depan mata haram tak start lagi. Hampeh! sesapa meh tolong azan kat telinga aku ni.

27.4.11

Siri Bercakap dengan bakal mertua

Macam biasa lah, kalau dah berpasangan ni mesti potensi untuk serius dalam perhubungan itu sangat tinggi. Begitu jugak aku dengan encik buncit, dah 5 tahun kaple takkan tak serius lagi kot. Macam kurang ajar pulak bawak anak dara orang ke hulu ke hilir tapi hubungan tu rasa nak geli-geli je. Memang rasa nak sepak testis la kalau aku jumpa laki playboy macam tu kan.

Jadi oleh kerana encik buncit ni sangat manja dengan mak dia, haruslah dia cerita pasal aku kat mak dia yang merangkap mak mertua aku tu ehh bakal oke bakal. Nak dijadikan cerita kalau aku tepon buncit mesti dia gatal-gatal bulu nak bagi fon tu kat mak dia. bukannya dia tak tau yang aku ni pemalu habis dan tak reti sangat nak sembang dengan orang tua ni. mak dia pon lebih kurang pemalu macam aku. paham je la kalau pemalu jumpa dengan pemalu jadi apa? ya betol tu mesti la pemalu-pemalu.

Dah taknak kecikkan hati si buncit so cakap je la. banyak kali jugak la aku cakap dan dialog selalunya sama ja la "Makcik sihat?" "Ayu sihat ka?" dialog ni wajib ada. konfem 14 kali call 14 kali tanya benda ni. ahh apa ada hal dialog untuk merapatkan sillaturahim kot. tapi ada satu kali tu dialog aku lain macam sikit.

"Makcik sihat?"

"Sihat..ayu dok buat apa tu? dok cuti ka la ni?"

"Aha..tengah cuti fikri buat apa cuti dok kat rumah makcik?"

mak mertua aku gelak-gelak. dia memang suka gelak sambil cakap telefon sebab buncit dok buat lawak bangang kat belakang dia.

"ermm fikri buat apa dia dok tidoq ja la"

aku pon apa lagi mula nak kutuk buncit

"tah fikri tu cuti-cuti bukannya nak tolong mak.............cik"

erkk aku tak tau pasaipa perkataan 'cik' tu lambat beberapa saat, intonasi aku lebih kepada menyebut perkataan MAK rather than MAKCIK. lidah aku ni pon kemain lagi nak tersasul time-time cenggini

bakal mertua aku pon cakap dengan lajunya.

"Mak pon mak la" sambil gelak-gelak lagi..

adoii boleh pulak aku terpnggil mak.. sengal betol malu-malu. bukan konfem jadi menantu lagi dah nak panggil mak. sabaq ja la no.

23.4.11

Katakan tidak kepada STRESS

kalau nak perhatikan, ramai dah kawan-kawan aku post status stress, tekanan bagai. memang la stress weh kos aku ni lagi sikit level je nak capai tahap gila. bengong betol aku rasa dah la buat kerja GILA banyak, susah pulak satu hal, stress tak yah cakap la kemain lagi sampai nak hantuk-hantuk kepala kat atas bantal. padahal input tak berapa nak ada.. ehh ye ke? ke aku yang bengap sangat tak dapat input? haha

nampak tak? ni rupa rambut aku kat dalam bilik. comel dowh

So bila kawan-kawan aku post status stress maka aku pon sekali jugak stress sebab supervisor aku suruh tukar balik segala plant kitorang yang ya rabbi punya serabut tu kepada yang paling simple. perghh kau bayangkan selama berbulan-bulan kitorang buat ni dia takmau nak ubah, sekali hari ni kena ubah pulak. present hari isnin ni tau isnin ni. oke fine sebab supervisor aku yang kacak tu yang bagi markah dan dia jugak lah penentu aku nak dapat dean list semester ni.. haruslah aku ubah dengan hati yang girang.


So kepada teammate dan coursemate dan sesiapa sajalah yang bakal present hari isnin ni. Anda semua tidak boleh stress oke! kita kena happy sebab stress boleh mendatangkan banyak penyakit. stress jugak sebenarnya macam kimak. stress juga boleh membuatkan muka kita yang cun ni maksud aku bila kita tangkap gambar depan kamera boleh buat muncung itik dan masih lagi nampak cantik. ehh ye ke?

apa yang aku mencarut ni? arghhhhhhh stress!!!!!

20.4.11

Happy Birthday Buncit

Birthday buncit dah lepas banyak hari dah tapi saja jugak nak post kat sini. ala-ala kenangan gitu gamak dia nak tinggal aku buat la drama sikit "sampai hati u nak tinggalkan i..u tak ingat ke i sambut birthday u yang ke 22 tahun tu u tak ingat ke? u memang kejam tau." oke nampak macam melampau pulak aku nak merayu macam tu kan..hello wanita tak selemah itu oke. kalau dah laki tu tinggal kita jangan hadap sangat ya nak pi merayu meraban kat jantan lagu tu..semua ini bullsit tau.

Kemain lagi aku emo, fine semua orang nak bahagia tapi kalau lelaki tu sendiri yang curang tak kan kita sanggup nak jadi hamba cinta dia ohh pelis lah tak kuasa oke. banyak lagi lelaki yang baik kat luar sana. ehh ke banyak buaya?biawak hidup?oke kelaut..back to the title please miss hanyut.

Aku konon-kononnya nak buat surprise kat encik buncit sempena birthday dia tapi awal-awal lagi encik buncit dah suruh aku ngan geng-geng aku sambut birthday dia. dasar tidak tahu malu memang la macam tu kan so baik aku bagitau ja la yang aku nak buat BBQ masa birthday dia tu. kutip sorang 10 hengget aku jadi pengarah program buat meeting sekali pastu tempah tempat kat hutan rekreasi UTM. notes kalau sesapa yang dok kat UTM lagi kalau nak buat BBQ boleh la buat kat situ, sangat best oke dari kau buat kat balai cerap yang penuh foreigner dok buat event tu, baik buat kat sini.

So agak tidak menjadi masalah bagi kami untuk menyediakan makanan sebab geng-geng aku ni terer masak. haha segalanya kami buat sendiri. termasuklah perap ayam bagai..

tak tau betapa seksanya nak kupas bawang kecik tu..menangis bagai nak rak tau..

ni namanya ayam madu tapi terlebih rempah, resipi cakap letak rempah 3 sudu teh, kitorang hentam letak 3 sudu besaq..nice

oke masa untuk bakaq ayam..ni semua budak laki punya kerja. keh keh keh

nyam2 bilo tah nak masak ni woi..

sayang tutup sikit mulut tu..u tu dah la takdak gigi kang meleleh air liur masuk dalam ayam.

budak-budak pompuan kerja dok karoke...keh keh keh

bekap singer..dari awal sampai habis tak penah lekang dengan mike. sabaq ja la aku.

ni namanya bihun goreng. walaupon nampak macam ni tapi sedap dap dap tak hengat tau.
ketua chef adalah Aini mata besaq

mengumpat apa la budak dua orang ni..rancak betoi nampaknya..

hangus-hangus pon aku tibai sampai 3 ketol. sapa suruh encik buncit tak mau makan.heh

sebok dah sebok dah

yang lelaki tu sangat gila mike. aku tau dia dok tertahan-tahan nak nyanyi tapi dah ayam tak siap lagi terpaksa la dia pasrah. tu yang waktu makan pon dia tak makan..hangin ja aku tau..aku bayaq RM20 kot!!

agak-agaknya dia ni pakwe sapa..dah la aku yang tangkap gambar.. dalam hati nak je aku hempuk kek tu..haha

kemain lagi depan orang cakap haram tak mau pegang..sepak kang padahal sebelom ni pegang je.
kalau ikutkan hati aku nak beli satu slice je kek kat secret resipi tu sebab aku hanya makan kek secret resipi selain tu memang aku reject tapi mahal nak mampos malas la pulak nak beli kek..dah bebudak ni sound aku "mana ada orang sambut birthday takdak kek" grrrrr...marah betol aku..aku ngn buncit bukan makan sangat kek. membazir je tau. ni pon buncit tak mau potong, siot tol penat-penat aku buat suprise, dia lagi nak pi karok dari potong kek. mau tak bukak silat gayung aku kat situ.

aku ngan bapex kongsi satu slice kecik..itu pon azab nak abiskan..

aloloh rasa nak bagi makan penampar pon ada.

nadey aku rasa baik hang kunci pintu bilik kalau dok sesorang..mana tau aku nak datang malam-malam bunuh hang ka..

ni sorang lagi taknak kalah..mentang-mentang la aku ada chemistry dengan boifren dia..haha

Malam tu berakhir dengan adegan lucah ermm gamak nak mampos kena panah petir buat la aksi tak senonoh tu. dah pukul 12 kami kemas-kemas pastu balik bilik tidoq..penat ahh dari pagi buat kerja tak berhenti..eceh di kesempatan ini aku nak mengucapkan terima kasih kat kawan-kawan aku sebab sudi layan encik buncit yang datang dari gombak jauh-jauh sebab nak sambut birthday sendiri..oke first time aku dengar kot. mintak maaf jugak la kalau tak cukup masa nak melalak melolong.. susah jugak kalau dah semua memang gila mike asyik nak menyanyi ja memang tak cukup masa la kan. apa-apa pon hope kita dapat abadikan kenangan final sem kita kat sini. 

lepas ni kita ramai-ramai serbu kenduri kawin hanak pulak ekk..owh lupa nak bagitau hanak takdak sebab dia kena chicken pox. kesian kat dia.. tiap-tiap hari post kat fb kata kurang keyakinan diri..alah takdaknya encik tunang nak tinggai hang kalau muka macam beast pom.hehe cepat sembuh tau hanak. hang takdak aku kebosanan kat utm ni tau..
flawless nye muke u...hehe

19.4.11

Lecterur saya yang hot

Assalamualaikum...


oke first bagi salam dalam blog, gamak dah bertaubat kot ayue hanyut ni. Entah apa mimpi semalam aku rasa nak update blog hari ni. dah berzaman dah aku tak update, bukan takat tak update tengok dashboard pon jarang. jenguk blog pon semata nak tengok bloglist aku yang update. kalau ada baca kalau tak dak aku tekan pangkah..tak pon tengok sapa follow aku. ye la kot remy ishak ke, sam shaheizy ke, shah jaszle ke.. oh ya memang aku mengharap mereka masuk blog aku, untung-untung boleh jadi artis. woha statement macam nak bagi makan selipar.

Dah rasa ada masa free-free sikit ni boleh la aku nak update cerita pasal blog lecterur aku. "Ermm jangan nak mbongak ayue banyok kojo kau tak siap laie tu haa do ekau nak buat kojo lain lak" oke story sikit la, amacam berani mati betol story pasal lecterur dalam blog. ekekek aku tak sangka pulak ada lecterur yang baca blog cacian aku ni. Ye la kalau korang follow aku mesti korang tau entry-entry aku ni macam mana longkangnya bahasa aku.. nasib jugak la aku tak dak ngutuk-ngutuk lecterur dalam ni kalau idak memang lokap la tempat senggama ehh tempat tidoq aku..

Oke ni lecterur aku paling hot dalam fakulti aku. hot disini maksud aku bukan badan macam fasha sendat tu. aku terajang kau kang asal hot je badan lentik asal hot je badan lentik. hot disini maksudnya sporting gila, baik, lawak, cantik, menarik kau memang debom gitu. Ala-ala jiwa remaja jugak la lecterur aku ni walaupon dah ada dua orang anak. sukacita nya disini aku nak bagitau yang kelas aku dengan dia dua semester lepas so takde jadahnya aku nak bodek bagi dapat markah tinggi, lagipon aku bukan dapat A pon ritu.. so segala yang aku tulis ni lahir dari hati yang ikhlas.

Lecterur aku ni berjiwa sentimental sikit (aku bukan tau sangat maksud sentimental ni tapi dah sedap aku guna ja la kan). Subjek yang aku amik dengan dia boleh tahan core nya sebab kitorang belajar berdasarkan PBL..(nak tau macam mana kimaknya belajar stail PBL boleh la refer sini Process Control). tension dia tu ya rabbi hanya tuhan saja yang tau. banyaknya kerja dia tu hanya kami saja yang tau. Setiap batch yang amik subjek process control ni mesti rasa macam hell. tapi oleh sebab kami ada lecterur macam dia ni kami jadi happy. mungkin sebab dia banyak bagi motivasi. dalam kelas dia memang best gila. dia suka bersembang, cerita pasal life dia kat oversea, cerita pasal anak-anak dia yang super comel tu, dalam masa yang sama dia boleh buat kami ketawa dan bagi semangat kat kami untuk mengharungi semester yang horror tu.

tolonglah jangan cari dimana aku..

Tapi bila keluar ja dari kelas tu, masing-masing jadi macam zombi..tension punya pasal ye la macam mana pon kena siapkan jugak case study tu. hahha Bukan takat tu ja lecterur aku ni pon boleh tahan jugak kuat gosip. haha alaa dia just nak tau perkembangan student dia..aku rasa tak salah kot. lagi pon kami enjoy.

Lecterur aku ni minat sangat bidang motivasi, oleh sebab minat dia tu la dia tubuhkan satu blog supaya orang boleh baca dan faham apa yang dia nak sampaikan. kalau korang jumpa face to face dengan lecterur aku ni mesti korang lagi suka sebab dia seorang yang ceria dan peramah. So kat sini aku nak promote la sikit lecterur aku punya blog. mana tau kalau korang ada masalah korang boleh la emailkan kat dia masalah korang dan mungkin dia boleh tolong naikkan semangat ataupon bagi pandangan kat korang. Blog dia pon dah macam memberi inspirasi tau. aku rasa blog tu baru seminggu ditubuhkan follower dia dah berpuluh-puluh dah..blog aku dulu setahun nak dapat 50 follower pon seksa.


Lagi satu lecterur aku pon banyak bagi ceramah-ceramah motivasi tau. mana tau kot-kot tempat kerja korang atau tempat korang study tu nak buat program apa-apa ka boleh la rujuk kat blog lecterur aku ni..contoh program yang dia kendalikan "How to Manage Stress and Keep Your Motivation High". apa-apa pertanyaan boleh contact melalui email dia okeh..

kalau dr. baca post saya ni saya mintak maaf sesiap la, saya letak gambaq ni sebab dr. nampak comel.ngeeee 


Ohh lupa nak bagitau lecterur aku yang cantik ni nama dia Dr. Siti Hamidah. hehe bengong jugak aku ni letak nama last sekali..

Apa lagi pegi la follow cepat. yang penting baca entry gelora cinta dan air mata final exam tu. kemain tau dr. sentap saya dibuatnya. keh keh keh

boyfriend