30.5.11

Episod Akhir Cinta Melody

Fine! aku tengok cerita indon tapi macam aku cakap la aku takkan follow lama-lama walaupon dalam entry ni aku beriya sangat kata cerita ni best kan. Cerita dia kat tv sekarang ni dah mula nak meleret-leret, Elang tetiba jatuh sungai sebab kena tolak dengan Ajeng iaitu seorang perempuan di ulangi kena tolak dengan perempuan. hadoih lembik punya lelaki. So Melody tak boleh nak kawin sebab ingat Elang tu dah mati..teeeeetttt


Selamat la Elang tu tak hilang ingatan bagai kalau tak memang aku maki lagi pengarah tu. eceh berani pulak.

Bila aku dengar ada rumors mengatakan nanti Elang takkan bersama dengan Melody terus aku macam nak cari episod akhir cerita ni.

So here we are


Oke meh la aku singkatkan kalau korang malas nak tengok kan. Ending dia macam haram, ni pendapat aku la sebab Hero (Elang) orang lain tetiba last sekali Melody tu kawin dan cinta dekat orang lain (Raffi). Memang what the bangang la kat aku sebab aku follow cerita ni. padan muka hang ayu padan muka. dem yu!

Dah la si Raffi tu tak hensem takde badan ketak-ketak takde hidung kembang eyh. grrr lagi la tak semangat aku nak tengok dowh. Bongok ja cerita ni nyesal betol. Pengarah pon bangang, apa la salahnya ending dia Melody akan tetap dengan Elang! tak pun bagi la watak Raffi tu hat muka elok sikit tak dak la aku ralat sangat. haishhh


"Jap jap sekarang ni siapa pengarah? aku ke kau?"

Abah kau la! kau buat cerita nak bagi orang tengok ka tak?




Sekian entry amarah aku sebab layan cerita indon.

27.5.11

Nora Elena

Cerita ni aku syak bakal tip top saing-saing dengan Adamaya jugak nih, sapa yang tak tengok cerita ni sangat rugi oke! (padahal aku dok menganggur ni tengok cerita Kau dan Aku pon rasa best oke tipu sangat, aku fak cerita kau dan aku)

hero dia Aaron Aziz, tak meleleh pulak tengok badan dia yang taf tu, oke tak yah tengok badan la nampak macam aku ni gila seks pulak kan. tengok muka dah la muka. kau tak rasa hensem ka mamat ni? fuuuuuuuu bagi aku cukup hensem dah ni. kulit tak putih sangat tak gelap sangat memang taste aku la ni. hahah 



tapi sayangnya dah jadi suami orang. -_-
so tak boleh nak lebih-lebih menggedik macam aku menggedik dengan remy ishak. woha


Heroin dia, kalau aku cakap tak cantik macam menipu pulak sebab bagi aku dia ni tak mekap pon nampak cantik. tak mau komen lebih-lebih aku jeles kang, tak memasal saka anjasmoro tu datang hasut aku suruh guna-guna kan pompuan ni. peh

ehh aku dapat tau update dari twitter yang minah ni adik Sam Bunkface rupanya. oke fine aku tak suka Sam..-_-

**********

Cerita ni dari novel Kasih yang Suci dan aku rasa aku penah baca novel ni sebab aku kalau beli atau baca novel mesti nak pilih novel cerita lepas kawin punya. kebanyakan novel aku pon memang cerita stok lepas kawin macam Bicara Hati, Pergilah Sepi, Kau yang Satu dan banyak lagi la dan paling latest aku beli dan tak abis baca lagi novel Terlanjur Mencintaimu. Nanti la aku tulis entry pasal novel ni.

Bagi aku cerita cinta lepas kawin lagi best dan lagi romantik sebab kalau cerita sebelum kawin ni aksi dia tak boleh lebih-lebih, eceh menatam apa yang lebih? haha lu pikir la sendiri lol. tapi kalau baca blog akak geli rasa macam ohh realiti sangat berbeza dengan novel. (- -!) baik baca ja novel tu buat sedapkan hati ye dak. kawin tu nanti-nanti la pikir macam mana nak sedapkan dia. haha

*********

Tadi masa aku tengok nora elena, aku dah dapat idea dah. Nanti lepas kawin, aku nak buat-buat tido atas sofa. lepas tu mesti laki aku kendong masuk bilik kan kan kan, kalau dia kejut pon buat-buat tak reti je tak yah bangun. takkan dia nak biaq aku tidoq sorang-sorang kat depan kan. mesti dia angkut aku masuk bilik jugak keh keh keh

tapi agak-agaknya dengan kondisi badan aku yang dua kali ganda lagi besar dari encik buncit ni boleh ke dia kendong aku?? hmmmm konfius jap



p/s: apa gelak-gelak kau ingat muka aku ganas aku tak romantik ke? muka legend tapi hati ni kiut tau.

25.5.11

aku ingat aku dah cukup bijak

Sesetengah awek amat berharap sangat lelaki idaman mereka bukan dikalangan perokok tegar, tapi kadang-kadang tu terbabas la jugak kan sebab celah mana hang nak interview sorang-sorang lelaki yang mengorat hang tanya hisap rokok ka tak. Memang mapuh kena maki la lagu tu. So nak tak nak kita terima beliau dan kononnya cinta kita ni cinta sejati jadi kita akan berusaha untuk mengubah beliau. Ayat "terima seadanya" disini sangat tak sesuai oke kalau muka tak hensem, gigi rongak, perut buncit tu tak pa la nak terima seadanya ini soal hidup dan mati tau!

Jadi kita yang gegirl ni akan menyuruh pakwe boboy kita berhenti merokok dengan membebel setiap hari. same goes with me. sementara tak kawin lagi ni baik membebel sesiap, baru dia tau kita orang pompuan ni memang suka membebel. Kot-kot dia nak pasang lagi satu bila dah kawin nanti kita bagi la warning sesiap.

" Satu pon U tak larat kena bebel nak tambah lagi satu. haa try la tambah try try!"

kemain garang lagi aku, selalunya orang kita ni kalau larang lagi dia nak buat. lain kali toksah dok larang, bukan dia nak dengaq pon so baik kita suruh dia buat. ye dak?


Kalau aku membebel pasal rokok ni memang tak larat dowh, penat, letih semua cukup lepas tu mesti gaduh pumpang pumpang, pantang aku cakap pasal rokok konfem gaduh lepas tu. dulik hapa aku, aku tak mau bakal laki aku mati cepat, kalau dia ja mati cepat tak pa ni macam nak heret aku sekali. oh pelis jangan, ibadah aku tak berapa nak cukup lagi ni sayang.

Hari tu dating aku sembang-sembang la dengan encik buncit dekat KFC, atas kepala aku ada satu sign board menatang ni.


buncit kata jenuh la kalau aku letak sign ni kat rumah kami nanti. lepas tu aku terfikir ermm bagus jugak idea tu, aku rasa aku nak gantung sign ni kat ruang tamu, dalam bilik, dapur hatta didalam jamban sekalipon. apa ingat aku tak tau ka sambil berak pon nak hisap rokok. aiyoo renti kan ler perangai tak senonoh tu!

Lagipon aku pikir balik kurang-kurang takyah la aku bubuh hiasan merepek-repek kat dinding rumah aku ye dak, cantik ape sign board ni kaler merah gitu.

Jadi dalam rumah aku tu memang kawasan dilarang merokok!

Bila aku menyuarakan pendapat bernas aku kepada encik buncit lalu beliau menyantas percakapan aku.

"Susah apa, U letak sign board tu I letak la sign board "Kawasan merokok" pulak"


lalalala rasa nak sepak boifren sendiri. I tahu U memang taknak kalah dengan I kan. tak pa tak pa.

24.5.11

Perbezaan couple dengan adik-abang

Memanglah banyak tak terkira kan dan aku rasa semua orang tau kot. awek dengan adik mana sama. awek tempat bermanja adik tempat untuk mengerah buat kerja. betol dak?

cuma fikirkan situasi ini,

Kalau la seorang pakwe bagi gula-gula dua kupang kat cik awek mesti cik awek hepi tak terhingga.

Awek: alolo comelnye awak bagi saya gula-gula. romantis sangat tau. (padahal cekelat dua kupang ja pon)

cuba kalau abang bagi kat adik perempuannya tanda ucapan tahniah sebab dapat no 1 dalam kelas..

Adik: hang ni apadia bagi cekelat dua kupang wei. aku pon bole beli sendiri..

siapa materealistik sekarang ni?

eleh tapi kalau aku la kan aku cakap cenggini kat encik buncit.

"cukuplah u sorang ja gigi rongak, u jangan nak babitkan i pulak..i ni gigi jagung"

20.5.11

Penganggur berjaya

Seminggu jadi penganggur dah menyesakkan hidup aku, korang tengok tu baru seminggu menganggur aku dah merungut gila babi, nampak sangat aku ni seorang yang bercita-cita tinggi. kepada majikan diluar sana ambillah saya sebagai pekerjamu, saya jamin syarikat tuan nanti kalau tak maju mungkin akan mundur. *serius tak kelakar kan, lawak yang tak kelakar dipanggil lawak amir atau kira cincai lawak rasa nak maki

Jadi penganggur ni best memang la best dok rumah tengok tv makan nganga segala tapi tetap rasa macam wadafak hidup macam takdak arah tujuan. so aku amik keputusan kalau tak dapat jugak kerja dalam seminggu ni konfem aku calu pegi balik UTM. at least dapat gak income seribu lebih dari duduk melapok, ini jangan kan keluaq dating. duit topup pon encik buncit sara tau. perghhh loosernya aku rasa sekarang ni.

doa-doa la mak aku sihat cepat. dah tak larat nak dok rumah ni. makan tidoq ja kerja aku, exercise memang jauh sekali la. nak harap aku mencangkul rumput kat tanah tepi rumah yang sekangkang kera nih..hmmm takdan nak terbakaq lemak aku dia dah berkumpul balik dah.

dem dem..takkan nak pegi interview dengan muka debab, majikan pon rasa konfius nak interview jadi engineer ka jadi duta slim world ni.

18.5.11

goyang goyang goyang kepala

tahu tak ringtone lagu anset zizan masa maharaja lawak episod satu tu? ha korang kena nyanyi macam tu bila baca tajuk entry aku. goyang goyang goyang kepala goyang goyang goyang kepala~

duduk rumah ni memang best beb, boleh tengok tv, boleh tengok movie-movie lama yang berkepuk dalam harddisk, boleh online sampai muntah, boleh tengok AF, boleh tengok Diari AF, boleh tengok orang menangis melalak terlolong macam haram dalam AF tu. jangan ditanya mengapa aku tengok jugak AF walaupun aku dok kutuk-kutuk. alah macam orang lelaki dok kutuk-kutuk perempuan dalam blog tu la. nanti-nanti sok diorang buat bini jugak. menyampah.

bukan itu saja, makan pon tak tentu masa, kalau kat kolej dulu susah beno nak makan. kalau orang tak ajak makan memang puasa la kau (tapi jarang sangat-sangat manusia nama Ayue Surihanyot ni puasa). Bila ada kat rumah ni feel dia lain macam, kau bayangkan setiap 5 minit kau nak sumbat haiwan atau tumbuhan dalam mulut. memang rare kalau aku nak try puasa kat rumah. dugaan dia bukan main lagi.

Sekarang ni feel cari kerja dekat dengan area rumah aku, rumah kat kulim jadi wajib la nak kerja kat kulim sebab kulim ada Kulim Hi Tech yang gila banyak kilang! kalau nak di ikutkan aku dah dapat kerja dah dari dr. siti untuk jadi PA dia. tapi dekat johor nuu jauh bai, mak aku pun tengah tak sihat so abang aku suruh hold dulu sebab nak jaga mak.

haigoo masalahnya kalau aku dok dok rumah persamaan dia jadi macam ni..

mass in = mass out  <---- persamaan budak chem engine

duduk rumah = duit tak masuk

duduk rumah = duit tak keluar

duit tak masuk = duit tak keluar

tapi

duduk rumah = makan banyak gila

makan banyak gila = gemok la kau

so

duduk rumah = gemok la kau.


goyang goyang goyang kepala~ goyang goyang goyang kepala dem dem dem perut dah berlapis-lapis dah ni.

14.5.11

Pertemuan yang bernama Sahabat

Dalam tak sedar 4 tahun masa berlalu, detik-detik yang saat bermakna dalam hidup. Pertama kali aku jejakkan kaki ke UTM aku mengenali Mira Nasib sebagai roommate aku. Seorang yang tegas dan agak garang, semakin lama kau dah berubah ke arah kebaikan sekarang ni dan kadangkala ayat-ayat hang membuat aku terfikir sejenak dan banyak menginsafkan. Sorry mira kalau aku bukan roommate yang baik suatu masa dahulu.=)

Kemudian aku berjumpa dengan Aini, kemana sahaja dengan hang, pegi kuliah,ponteng kuliah, pegi jusco sama-sama sampai tahun kedua pon aku roommate dengan hang. Sebelum kita kenal aku pernah kata hang ni kerek, sombong serius aku tak suka kat hang masa MHS..haha tapi rupa-rupanya hang baik ja tak sombong pon maybe sebab masa tu kita tak kenal kan. Hang seorang yang tak kisah, seronok duduk satu bilik dengan hang,hang tak penah sakitkan hati aku sepanjang kita sebilik thanks aini ohh kirim salam kat abeng k nanti dah dapat anak letak la sorang nama ayu..hehe . Dan Ety, mungkin kita dah tak bercakap sekarang tapi kita pernah menjadi kawan dulu, terima kasih kerana sudi berkawan dengan aku.

pasangan paling hot yang takkan aku lupakan..



Untuk Deng dan EG, tahun pertama dengan kedua asyik lepak dengan korang ja, terima kasih sudi dengar luahan hati aku kat bilik korang. ingat tak aku penah nangis time balik exam sebab tak dapat jawab soalan. korang yang banyak naikkan semangat aku. thanks korang. Deng selalu bawak kek sarawak yang superb sedap dan tak penah kisah pon aku habiskan kek belacan dengan kek lumut dia. Lepas ni susah dah la ayu nak rasa kek sarawak yang deng buat kan? huhu EG ngokngek yang selalu panggil aku petir, hehe tapi aku tak penah kisah sebab aku tau hang melawak jangan lupa bila balik perlis, lambai-lambai la aku kat kedah. 28 haribulan April memang aku takkan lupa tarikh tu..28!28!28!



Tak lupa jugak kepada Menaka, dah lama dah tak lepak-lepak dengan menaka. Awak tahu tak kalau kita sangat suka bersembang dengan menaka sebab menaka selalu bercakap tentang benda-benda yang ada berilmiah dan kelakar. Banyak benda-benda baru yang kita belajar dari awak walaupon tak lama tapi berkawan dengan awak adalah sesuatu yang tak dapat kita lupakan. Dan yang membuatkan kita sayang awak sebab awak selalu hormat kami sebagai muslim, i adore u menaka. nanti ayu kawin jangan lupa datang bawak boifren muka macam Shah Rukh Khan oke..=)



Ana Talib dan Nadey..kita mula rapat masa third year sebab aku selalu lepak bilik korang. Masa mula-mula aku datang bilik korang aku malu-malu ayam. nak mintak sikit makanan pon lembut ja aku cakap kan kan kan? haha Ana tau tak aku boleh sembang dengan hang berjam-jam tanpa jemu, walaupon hang cerita benda yang sama banyak kali tapi aku tetap suka dengar hang bercerita. thats why kot hang sesuai jadi lecturer. hehe hang jugak banyak bagi semangat kat aku, kita banyak cerita pasal boifren masing-masing, pasal malam pertama, ehem-ehem haha baidewei hang adalah kawan aku yang memang memahami. Nadey, hang pulak selalu layan buncit kan masa aku tengah mengantuk nak tidoq, hang ja yang dok layan dia. Mula-mula aku ingat hang ni sombong tapi rupanya tak hang baik ja sama macam ana, selalu layan kan aja kami-kami ni. Weh bila kita nak show artis kita ni??berbulu dah depa dok dengaq kita nak buat show..hehe



Kepada Nizan gadis tercantik SKK. aku memuji hang dengan hati yang ikhlas, aku perasan hang cantik masa hang masuk kelas lambat tahun berapa tah. hehe Aku suka kawan dengan hang sebab hang sangat sengal. aku tak penah terfikir pon aku akan rapat dengan hang tapi sebab kita jadi ejen masa MHS aku mula mengenali hati budi hang. Banyak jugak aku luahkan masalah aku kat hang, hang memang pendengar yang setia beb..

Tak lupa jugak dekat Farah dengan Mas yang sangat cool, cakap pon rilek je. korang memang terbaik lah.Nanti kita main pool lagi k waktu tu memang aku takkan kasi can kat korang..haha Kepada Naimah yang aku kenal dari first year, penah tolong aku masa aku kesempitan duit. aku tak kan lupa tu na..thanks a lot.



Hanna Ilyani yang gojes. ingat tak masa MHS first year dulu, aku ada tertepis tangan hang masa riadah petang, lompat bintang punya pasal habis jatuh berkecai kau punya henfon. nasib henfon hang murah waktu tu..hehe maybe hang tak ingat tapi benda tu sentiasa berada dalam ingatan aku sebab aku pernah mengagumi hang sebagai seorang gadis urban yang hot tapi yang hanya dok terperuk dalam bilik study. hehe

Aina seorang gadis yang lembut tapi lantang bila bersuara, terima kasih sebab selalu tolong ayu, selalu lepak kat karisma sama-sama. Aina jangan lupa ayu tau bila dah ada boifen ni.hehe seronok kawan dengan aina. Kepada Zana yang sangat sensitive, good luck dear amik phd. Tabahkan hati hang dah sambung belajar ni jangan asyik tengok movie ja.:p

Kepada Hajar, Nora dan Nad. thanks for being my friends, ingat la korang penah lepak bilik aku sembang sama-sama, mengutuk sama-sama. hehe lepas ni tak tau la bila boleh sembang macam tu kan?



Yuni cantik aku tak lupakan hang kali ni. nanti jangan lupa update blog k, aku nak baca blog hang. kalau perlukan penasihat cinta boleh datang terus kat aku. free of charge je aku kasi kaunseling..hehe

And last but not least to my beloved friend, Hanak Asaari terima kasih sebab sudi berkawan dengan aku yang biasa-biasa ni, selalu dengar celoteh aku, selalu gelakkan aku bila aku marah, selalu hantar aku bila nak balik rumah, selalu ajak aku makan bila aku lapar, selalu dengar aku sembang pasal buncit, selalu tangkap gambar aku cantik-cantik, selalu karoke dengan aku, selalu dengar masalah aku bila aku susah, selalu berusaha untuk tolong aku bila aku ada masalah. thanks Hanak i love u so much. aku tak penah lagi jumpa kawan yang sebaik hang, aku rasa aku takkan jumpa dah kawan yang blur macam hang, mana lagi aku nak jumpa kawan yang tak berkira macam hang. tak penah lagi wei aku jumpa. Kita mula rapat masa group Process Control kan? satu-satunya perkara aku suka process control sebab ia menemukan aku dengan hang.



Betul la kata encik Buncit kawan untuk kita bergembira memang senang nak dapat tapi kawan masa kita susah masa kita berduka sangat susah nak jumpa tapi aku rasa aku dah jumpa kawan sejati. Itulah korang kawan yang sentiasa menyokong dan bukan untuk menjatuhkan.

Serius aku sedih nak tinggalkan korang semua yang banyak support aku yang banyak tolong aku, aku menangis sepanjang malam semalam dan selama menulis entry ini, aku gembira berkawan dengan korang walaupon mungkin aku ada menyakitkan hati korang. aku mintak maaf banyak-banyak sebab mulut aku ni kadang-kadang terlepas cakap, niat aku selalunya untuk melawak tapi kalau ada yang terasa hati please forgive me. sesungguhnya aku ingin menceriakan hidup korang sebab korang adalah kawan aku yang paling best sepanjang aku berada di UTM. 4 tahun dah berlalu tapi tak bermakna persahabatan kita berakhir disini, anggaplah ia sebagai satu permulaan yang baru untuk kita menempuh dunia luar. Thank you guys semoga kita berjumpa lagi nanti. Insyallah bila dah kerja dah bergaji, pegang duit sendiri, dah habis bayar PTPTpu aku akan arrange kan gathering untuk kita lepak sama-sama k. kepada yang aku tak sebutkan nama korang dalam entry ni aku mintak maaf sangat-sangat, tak semestinya aku tak mention korang bukan kawan aku. terima kasih lagi sekali sebab sudi berkawan dengan aku yang biasa-biasa ni. Aku takdak duit nak bagi sebagai hadiah, mungkin entry ini boleh menggantikan hadiah kepada persahabatan kita.



with love,
Ayue Surihanyot

p/s:: kalau korang tengok LISA SURIHANI kat dalam tv tu haa ingat-ingat la kat aku..haha

12.5.11

Filem Kongsi dan Fast Five

Tidak susah untuk aku sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa seni ini untuk menyokong saranan kerajaan Malaysia untuk menonton video seks aihh silap untuk menyokong industri perfileman Malaysia lantas menghapuskan gejala cd cetak rompak yang seperti ulat-ulat sampah terjual dipasar malam mahupun kedai-kedai cd. Tambahan pula di bukit mertajam, ada satu kedai yang tidak pernah erti serik walaupon dah 3 4 kali kena ambush dengan pihak polis. setau gua la kedai tu siap masuk rancangan 999 lagi kot tapi tokey tu memang businessman paling true penah gua jumpa. Masih berdiri teguh kedai itu walaupun hanya separuh pintu sahaja yang dibuka untuk berurus niaga.


Jadi oleh kerana jiwa remaja tua yang bakal grad bulan 9 ni sangat mencanak, lalu aku kononnya marathon dua movie semalam. First aku tengok cerita Kongsi..Lu langsi Lu mati second aku tengok Fast 5. Entry ni bukan la entry nak bagitau sinopsis dia macam mana ka apa tau. kang tak memasal aku kena maki, entry ni nak menyatakan perasaan aku terhadap dua filem ini. maklum la aku suka makan belacan korang suka makan cheese. citarasa kan lain-lain..




Masa aku tengok Kongsi ni aku punya sit depan sekali dan tepi, so masa aku tengok tu kepala dah terteleng-teleng macam ayam patah tengkok (ni memang aku nak salahkan kerusi). Padan dengan muka aku sapa suruh tak sabar sangat nak tengok awal-awal. memang padan muka kau, padan sangat-sangat. Oleh kerana posisi yang macam naharam tu maka aku tengok pon jadi so so je la. Bagi aku jalan cerita dia kureng menarik, lawak pon biasa-biasa saja, part azad ja aku boleh nak gelak dengan ikhlas, yang lain punya lawak aku jadi macam.

"kenapa diorang gelak? apasal aku tak gelak?" itu aku tanya dalam hati ja la sebab memang satu wayang tu gelak gila-gila macam lawak gila-gila padahal bagi aku takdak la gila-gila lawak. ataupon aku yang gila tu aku tak tau la kan. bila satu wayang gelak so aku pon gelak jugak la tapi dengan nada tidak berapa ikhlas. Orang kata macam bagi kat pengemis 5 ringgit mintak balik baki 4 ringgit. agak barua sebenarnya perangai macam tu..


Ending dia memang aku tak dapat nak bagitahu korang sebab waktu tu aku dah tidoq dalam keadaan sejuk gila babi. sedar-sedar je dengar orang tepuk tangan, terkejut jugak la aku, ingatkan Jefri Din datang buat persembahan ke.

rating boleh la bagi 3 bintang la kot dari 5. boleh la kan. 



Dah habis cerita Kongsi kena tunggu cerita Fast Five pulak, waktu ni kalau ikutkan mata aku memang aku dah chow balik dah tapi mengenangkan tiket 8 hengget aku akan burn begitu saja maka aku gigih jugak tengok. dah la tadi tengok Kongsi 10 hengget aku boleh lena. marah betol aku dengan diri sendiri.


Tapi 8 hengget aku memang tidak sia-sia, fast five ni memang best gila-gila, aksi dia gila-gila punya, pompuan dia pon hot gila-gila mana tak gila tayang bontot awek macam tayang muka baby punya licin,  gangster dengan polis pon gila-gila punya badan ketak sampai aku pon konfius ni gangster ke polis? apasal polis Malaysia lain beno badannya dengan polis Amerika..teeeeetttttt

Jalan cerita dia sangat menarik, aku yakin bila korang tengok wayang cerita ni mulut korang akan mengeluarkan bunyi...

"Fuuuuuu.."

"Perghhhhh..."

"Hamagaaaaad...."

Sebab memang best dan sudah semestinya aku tak tido sebab bila ada tang cakap-cakap tu aku nak terlelap tetiba plot cerita berubah jadi aksi-aksi so memang aku tak sempat nak lelap la. Aku bagi 5 bintang untuk cerita ni.

Jadi aku sarankan pegi la tengok.kalau tak mau tengok pon tunggu download je la. download kira cetak rompak ke? tak la kot selagi kau tak burn dalam cd kan kan kan? say no to CD Cetak Rompak


11.5.11

Senibong

Semalam officially aku tamat belajar sebab last paper aku wastewater yang ada sikit macam haram. ada 6 soalan 3 soalan sahaja aku boleh jawab sebab aku totally depend sangat pada past year. -__-" tapi lantak la janji aku dah habis dowh!!!!!!!!!!!!wakakaka


So malam tu pegi la jenjalan kejap pegi Jusco Tebrau semata-mata beli blusher hanak, semata-mata oke. nasib blusher dia lagi mahal dari baju aku, consider la beli jauh-jauh kan tapi tak pa lah kereta dia, dia yang drive aku dok tepi melalak nyanyi lagu kat radio ja. hahah


Dah budak-budak yang dok sit belakang ni lapar tak sangga-sangga so kami pon bertolak la pegi senibong. mula-mula tu aku dengar macam santubong la, sombong, sanabong tah macam-macam la. rupa-rupanya senibong. tempat makan ala-ala seafood la kononnya. memang jauh gila! dengan UTM tapi sebab dah meniti hari-hari terakhir di bumi UTM ni kitorang gagahkan diri jugak menuju ke destinasi ini.

macam ni la rupanya sikit-sikit waktu aku datang tu ya rabbi punya cerah benderang dia punya lampu.

apa yang menariknya tempat ni adalah bila kita tengah makan-makan, layan siakap senohong gelama ikan duri  kita boleh menyaksikan singapura dilanda todak. memang sangat menipu bunyinya kan. kita tengok singapura la mana mai ikan todak pulak.

sejujurnya cakap takdak la cantik sangat view singapore tu, view sawah padi dengan kembang(kerbau dalam cerita CUN) dekat kedah tu lagi cantik oke. 

so apa yang kami makan?

Meja penuh walaupon sebenarnya kami beli ala carte

aku makan sup cendawan, nasi putih dengan ayam sambal, air cikong..sup cendawan dia memang terbaik oke sedap gila..nyam nyam nyam


yang paling bestnya kami dapat siakap 3 rasa FREE. nak ulang lagi FREE weh FREE
kau ada ka pegi makan kat kedai makan tetiba orang kedai makan tu bagi lauk mahal yang FREE. 
paling cikai pon mak ayah yang bawak keluar duit kan ataupon kawan-kawan kau datang makan dengan kau lepas tu dia belanja kan kan kan..
tapi kami dapat makan FREE dowh

annoying jugak cakap free banyak-banyak kali nih, kitorang dapat siakap free sebab sepupu masura kerja dekat sini kira tu pakcik sepupu dia punya kedai so dapat la kami merasa ikan siakap FREEEEE...lalalala *lempang

ni masura, mula-mula masa sepupu dia tanya nak ikan tu dia dok malu-malu, perghh aku cakap bedal je la mas oii dah orang nak bagi tu. haha aku pulak yang tak malu. nasib la sepupu dia tak macam lelaki lain, sebab hanak cakap lelaki ni kalau orang pompuan kata taknak kira dia takkan bagi la..ye ke hanak??pandai-pandai je kau kan..

ternyata sepupu mas bukan calang-calang lelaki tiba-tiba ada orang mai hantaq sepinggan siakap. kami pon apa lagi, semua memanjatkan kesyukuran la rasa nak pegi cium abang sepupu mas tu pon ada. muaah muuaahh

kusyuk beno farah makan. hehe sedap sangat lewteww

kami datang-datang ja ada orang hidang kacang rebus dengan jelly kelapa, wahh free lagi! tapi kami menyedari yang bukan semua benda kat dunia ni senang-senang nak dapat free. ceh

Makanan kat sini sedap pas tu orang-orang kat kedai ni semua orang kedah wohaa first time aku tengok kedai makan orang kedah dekat johor selalu aku tengok kelantan balik balik kelantan meluat ahh aku. Sebelah kedai ni pulak ada jual nasi lemak femes kat JB. memang sedap weh aku rasa nasi lemak nadey sebab dia beli bungkus. memang tak rugi beli kat sini.

Banyak kedai makan kat sini, so boleh la pilih nak makan kat mana dan harga pon boleh tahan la. at least takdak gomen dengan service charge. hehe

Tempat ni dekat Kampung Senibong, jalan nak masuk sini pon ala-ala kampung sikit. Dekat area Permas Jaya. kalau korang nak pergi lepak boleh la google map. masa ni la nak guna GPS wei, "we calculating 200 meters turn right"

oke merapu bai..aku nak kemas barang..

10.5.11

baby makan sambil tidur

apa ingat baby luar negara sahaja boleh makan sambil tido pastu semua orang nak cakap alolo comelnya baby tu..yang ni aku bawa khas dari dalam kereta. nak makan nak makan nak tido pon nak tido jugak last-last baju aku jugak jadi mangsa.perghh nasib la kau comel kan. budak-budak kalau tak comel memang mintak makan penampar ja.

video

oke berlemoihnya anak sedara aku ni..video ni aku tak tau nak rotate macam mana.pandai-pandai la korang tengok.

aku rasa bila beliau besaq nanti beliau mesti sangat hensem sebab beliau sangat comel sekarang. ya sangat comel. bila nak marah dia pon tak jadi marah sebab dia akan buat senyum mintak cubit..


hik hik hik nampak tak? tak rasa nak cubit ke pipi dia nih..

maksu nanti syafiq nak PS3,xbox,psp..

 
nak kereta jugak

apa tengok-tengok?

Sekarang ni dah pandai buat perangai dah, tak dapat apa sikit nangis takdapat sikit nangis..tapi herannya tu nangis tak keluaq ayaq mata pulak..amboi kecik-kecik dah pandai berlakon kan. lepas tu kalau orang marah senyum ja memanjang..haishh sabaq ja la aku..

7.5.11

Afif pelajar tersingkir minggu ini

kemain lagi aku update pasal AF...

aku cuma nak cakap yang afif ni hensem..

tu je..


k bai...




oke pecah hati aku bila tengok gambaq ni..sob sob sob

6.5.11

Cinta Melody

Bila balik rumah ada mak aku wajib tonton sinetron indonesia ya, wajib gitu..so hari ni episod first cerita cinta melody ganti cerita kejora dan bintang. benda-benda tipikal yang aku cakap dulu dalam entry ni wajib ada jugak bila aku tengok cerita ni. Orang kaya bercinta dengan miskin, tetiba jadi imsomnia dan bla bla bla. benda basic oke basic. watak jahat? konfem jahat nak mampos.

Tapi aku nak tengok lagi cerita ni sebab


1) hero hensem, bagi aku la hensem jugak mamat ni..ka sebab putih ja dia hensem? ye la putih kan cantik. ehh putih kan hensem..

sekali aku tengok tak hensem sebab hidung kembang tapi dah pat lima nam kali tengok hensem jugak mamat ni.

2) Heroin cantik. cantik tang rambut dia. maybe aku suka sebab rambut dia pendek kot. ye la kalau pelakon pompuan ja mesti nak rambut panjang. cet bajet hot sangat ke rambut panjang wei? eceh asal tetiba emo nih. sengal.

sumpah gua cakap dia rambut pendek lagi cantik, ye gua tau la skirt pendek dia pon cantik. kawal sikit nafsu serakah tu.


3) Lagu tema cerita ni best dowh. tajuk Aishiteru (aku cinta kamu).. aku rasa ni sebab utama aku tengok cerita ni. eceh padahal baru tengok satu episod. haha rentak lagu ni best, lirik pon best, suara pon so so la best jugak.


Masa ending episod satu ni heroin pelok hero..perghh tak macam laju pulak episod 1 dah pelok-pelok kan..semangat la aku nak tengok episod 2..haha

oke fine dah nama tengok cerita cinta-cinta tipu la korang kalau tak mau tengok adegan romantik-romantik. tipu tipu tipu tipu.....haha

1.5.11

saya kipas susah mati (die hard fan) 24:7 dan Gula-gula

Eh aku pon mengambil tahu jugak hal-hal berkaitan dengan artis-artis Korea ni. mungkin la aku tak minat sangat dengan K-Pop, tak tau pasaipa aku kureng sikit tengok K-Pop dok menari-menari sambil nyanyi lagu bahasa yang aku tak paham. Cerita korea pon aku jarang tengok, cerita yang betol-betol best dan menjadi bualan ramai tu aku akan tengok la. itu pon memang azab la nak abiskan episod dia. (-_-") ye la cerita cinta semata-mata larat ka nak habiskan 18 episod tanpa henti? tak kuasa aku hai.. baik tengok fringe ada gak pekdah.

Tapi hari ni aku ngan member-member feeling korea sebab kami pergi makan dekat SeOul Garden. apa jadah kimchi ka apa yang orang korea dok makan tu. ha tu pon aku telan gak tadi. alah rasa sayuq ja pon. mak sendiri masak jugak yang best. Lepas tu kononnya nak sambut birthday EG la. sebab dia dapat makan free kot!! grrr marah betol aku tau sebab dia tak payah bayar..nanti masa birthday korang pegi la seoul garden tapi kena bawak 6 orang member la baru birthday girl/boy tu dapat makan FREE..

ok ini adalah kondisi selepas..sebelum dan semasa tak berapa sempat amik gambar. masing-masing sibuk melantak! 

Kalau kat area Johor ni aku tau ada kat CS JB ni ja..turun dari wayang korang akan nampak kedai ni. Mamat-mamat waiter pon boleh tahan hensem. Boleh la takat nak cuci-cuci mata. Nak kata muka macam korea tu jauh sekali la...

yang tak pakai tudung tu nama dia EG birthday girl. saja ja aku highlight tang tak pakai tudung..haha  dia punya cerita memang banyak la kalau aku nak story dalam blog tapi yang tu nanti-nanti la ekk..

cuba kira ada berapa bijik pinggan diatas meja ini..ni baru separuh meja kami duduk, haa dah kira darab dengan dua pulak..

satu-satunya gambar noranizan mohamad ala yang mulut masin semalam tu.


Makan kat sini boleh melantak sampai kau muntah balik sebab dia takdak limit. Harga boleh runding dengan tokey kedai ehh bukan harga dia agak berpatutan kalau pegi makan pada hari weekdays. Kalau anda masih bergetah maksud aku masih student anda diminta untuk bawak kad matrik sebab ada student price di sini.

Best tau dah la bole feeling-feeling korea, tak percaya tengok ni..

haa yang tengah tu vokalis kumpulan gula-gula yang pertama, tapi dah kena buang atas sebab-sebab tertentu

amacam sama tak sama tak?


Alolo comel betol kan? rasa nak bagi makan penampar pon ada..

nampak kan kami sangat suka group ini sampai buat lep-lep (baca: love)

badan taf gitu..solekan tu ala-ala pontianak sundal malam, memang sengaja solek macam tu kan kasik efek daring sikit. posing diorang ni memang mahal. motif?


sebab aku pon ada potensi untuk buat posing macam tu tau!
perghh aku rasa aku boleh masuk dowh group ni..kah kah kah

sebenarnya aku dok tercari-cari lagi ada ka laki-laki dalam gambaq tu posing macam hanak?


Oke serius macam kimak..tak larat kami dok pung-pang mengutuk M-Pop nih. Masa first time aku tengok poster diorang ni memang "Wadafak!" meniti dibibir, senggama apakah mereka ini menayang dada yang tidak mantap? badan penoh daki? kaki pendek macam ayam serama? anda ingat anda hot? anda ingat anda orang korea pakai seluar pendek nak mampos? dan mengapa mesti lelaki buat muka comel begitu? macam pondan baru keluar dari belukar tahu tak?


memang la lantak korang nak posing macam haram sekali pon. tapi tahukah anda tanpa kami, anda tidak akan kemana ? berapa kerat sangat la die hard fan korang tu (kecuali Hanak Asaari dia memang minat gila kat hampa sampai like fan page kat facebook. kemain betol)

serius shit ubah la personaliti anda dari feeling korea itu ke feeling malaysia balik sebab aku nak muntah oke nak muntah..

akhir kata..kalau ramai orang like entry ni memang aku nak buat profile picture la gambar posing 24:7 tu..haha

boyfriend