26.6.11

Sesame Street - katon #2

sebenarnya aku baru menyedari ada lalat telah berak diatas bahu aku lalu bertambahlah koleksi tahi lalat di anggota badanku. Memang aku pon tak paham dengan diri aku sendiri sampai tahi lalat sendiri pon nak dibincangkan di dalam blog. Itu belom masuk lagi part tahi lalat aku di situ dan di sinun. amboi macam nak hampir ke dalam-dalam pulak perkara ini dibahaskan. *kecikkan mata

Kalau orang tanya sesame street tu katon ka? ya bagi aku ia adalah sejenis katon sebab bagi aku benda-benda yang comel dan ditonton oleh masyarakat kanak-kanak ni semuanya katon tak kira la ia berbentuk manusia ataupon bebe (teddybear).



Aku tak pasti katon ni masih wujud lagi tak dikaca televisyen sebab kat rumah anak sedara aku dok layan "baby tv" dekat channel astro. Agak tertekan tahu? bila gadis remaja dewasa seperti aku kena layan baby tv. Nasib mata aku tak lekang dari laptop so takde la rasa sengsara sangat, cuma terpaksa la dengar baby tv tu dok menyanyi-nyanyi. fyi, takde la annoying sangat baby tv ni tapi jadi annoying bila dia nyanyi berulang-ulang kali. hoii tak bernanah telinga aku nak dengar.

comel sebenarnya baby tv ni. hik hik hik

so aku rasa sesame street lagi better dari baby tv sebab aku sanggup bangun pagi semata-mata nak tengok sesame street ni awal-awal pagi *zaman aku hingusan dulu la. kalau tak silap aku katon ni bersiaran pukul 8 atau 9 pagi macam tu. aku pon dah tak berapa ingat dah dan masa tu aku rasa MHI tu adalah rancangan orang dewasa paling annoying sekali. menyibuk je kan orang nak tengok katon tetiba muncul muka depa. tapi bagi aku sesame street adalah salah satu katon berinfomasi yang aku penah tengok.

Kalau korang tengok la kan, sesame street ni banyak mengajar budak-budak pasal nombor, pasal ABC dan perkataan-perkataan english yang simple dimana budak-budak akan terikut-ikut apa yang diorang cakap (dalam bahasa Inggeris) pulak tu diorang bagi ilustrasi dalam bentuk gambar so budak-budak melayu pure macam aku ni paham le jugak sikit-sikit dan sedikit sebanyak mengajar budak-budak banyak vocab baru. kan ke elok cenggitu. Ini tak,cukup aku tak paham kenapa katon-katon seperti spongebob, dora the explorer dan etc kat tv9 tu di ubahsuara jadi bahasa melayu.

Agak-agak la wei nak memartabatkan bahasa melayu pon ada cara jugak. cukup la katon boboboi, upin ipin, keluang man tu dah dalam bahasa melayu, kenapa katon amerika pon nak ditranslatekan dalam bahasa melayu??tak berkembang langsung minda budak-budak tu. At least kita tanam minat budak tu untuk bercakap dan belajar untuk memahami bahasa inggeris. ini tidak, bila budak-budak tu bengap tak tau bahasa inggeris mula la nak marah-marah, fail paper sains dengan matematik mula la nak komplen itu ini sedangkan hakikatnya kita sendiri yang tak memupuk dari rumah. Ce bagitau aku mana aku nak mengadu pasal benda ni????*marah betol aku ni. haha

comel betol bebe dia, aku paling suka si elmo dengan gajah yang besar gedabak tu. elmo sebab suara dia kiut padan la dengan badan dia tu. yang gajah tu aku suka sebab bulu mata dia perghhhhh idaman kalbu tu...haha






25.6.11

Wordless Sabtu

Pedulik apa aku kan aku dah tak sabar nak post menantang ni kang aku tunggu hari rabu benda ni dah jadi lapok pulak. lalala~



feeling sepah menang semalam macam feeling bola sepak malaysia menang lawan dengan indon dulu perghh berdebar-debar kot (walhal aku satu sen pon tak penah undi). mungkin sebab saingan yang diberikan oleh Jozan amat hebat, ye la diorang punya undian sangat kuat kot dari minggu pertama tapi lawak yang diorang sampaikan biasa-biasa ja. Apa-apa pon sepah memang layak dapat title maharaja lawak sebab performance diorang yang agak konsisten setiap minggu. Jozan lawak bila aksi spontan tapi bila dalam program diorang agak berusaha keras sampai benda tu jadi tak berapa nak in dengan jiwa penonton. (tak tau la klu korang gelak jugak pasal benda yang tak lawak kan). apa-apapon Jozan dengan Sepah tetap dihati hanya Amir saja dikaki.

Dalam banyak-banyak peserta paling untung adalah Nabil sebab duit dia paling banyak. Kalau aku jadi dia memang dah hepi habis dah duit tak yah kongsi dengan sesapa haha..

Ok akhir kata baik punyerrrr~~

23.6.11

We speak different language


Korang penah tengok tak ceramah ustazah masyitah dengan dr. fazilah kamsah pasal mencari pasangan tu? kalau tak pernah tengok lagi pegi search dekat youtube sekarang sebab aku dah tengok lebih 10 kali memang best bagi aku. Dalam tu dr. masyitah ada cakap lelaki dan perempuan ni "speak in different languange", aku rasa betol la tu kot sebab ia selalu terjadi kat aku dan buncit. selalunya dalam bab-bab makan la.

Situasi pertama

B: "U nak makan apa hari ni?"

A: "ikut U la, I tak kisah." 

B: "Alaa I belanja ni, ikut U je la"

A: "Alaa I tak tau la U nak makan apa?"

B: "oke kita makan KFC"

A: alaaa I nak makan Kenny Rogers..(*dalam hati)


Situasi Kedua

B: "Kita nak tengok wayang apa hari ni?"

A: "Ermm Ikut U la, I tak kisah."

B: "Alaa U decide la, U yang belanja kan."

A: " Alaa I tak tau nak tengok cerita apa"

B: " Ok la kita tengok Senario"

A: alaaa I nak tengok Iron Man..(*menangis dalam hati)




Mengikut kajian wanita-wanita yang bercinta ni selalu inginkan pasangan untuk memahami mereka atau dalam bahasa mudahnya pandai membaca hati wanita. Ya nampak macam apakejadahnya kau ingat aku ni tukang tilik, ahli nujum, tukang mandrem nak baca hati kau?

Tapi itu la sebetolnya, wanita yang bercinta ni nampak macam tidak mahu mengawal situasi, tidak mahu membuat keputusan sendiri tapi hakikatnya dalam hati mereka sangat-sangat inginkan supaya pasangan mereka memahami kehendak mereka tanpa perlu mereka bersuara.


Ini pendapat aku la kan selalunya aku tak mau bagitahu sebab aku malu (bercinta dah 6 tahun tapi malu tu masih ada sweet tak? alolo rasa nak bagi penyepak), aku pon tak mau rasa macam membeban kan dia, tak mau rasa asyik aku yang buat keputusan. macam tu la aku rasa.

Akan tetapi lelaki pulak tak paham, mereka lebih suka kalau kita berterus terang. Ye la mana la diorang paham kan kita nak apa, nak makan apa, nak tengok cerita apa. kalau nak marah pon kena direct! kalau dok berkias-kias memang sampai ke sudah la diorang buat tak reti je. berterus-terang adalah sesuatu yang perlu dititik beratkan dalam sesuatu perhubungan. *OMG Dr. Ayue Surihanyot

Tapi buncit selalu marah aku tau kalau aku berterus-terang.



A: "U...I rasa macam nak terkentut la"

B: "Ya Allah..U boleh jadi perempuan senonoh sikit tak?tak romantik langsung cakap macam tu depan I"


alah U jangan nak romantik sangatlah, nanti dah kawin bangun pagi-pagi duduk atas katil U kentut gak kan? takkan U nak lari pergi kentut kat tandas? tipu lah!!

22.6.11

Wordless Wednesday #1 singa pemalas

First time aku join menatang ni, godek punya godek jumpa gambar ni.

groaaarrrrrrrrr...






20.6.11

Filem KL Gangster

Wa tahu wa lembab sikit nak review filem ni, orang dah berzaman tengok siap dah pungut 10 juta ringgit malaysia wa baru nak review-review tapi apedehal gua nak up gak entry nih.



Pertama sekali wa nak ucap tahniah bergulung-gulung dekat sol sebab sol berjaya buat wa tak tidur dalam wayang macam farid kamil buat wa tidur tengok kongsi. zzzzzzzz wa pikir pat lima nam kali tau nak tengok cerita lu sol sebab wa tak nak cicak beranak 2 kali (serius shit banyak gila cicak kat bilik aku, siap senggama depan aku lagi lepas buat adegan 18sx boleh pulak main lari-lari kat dinding macam filem hindustan eii aku cukup bersabar betol dengan cicak ni kalau tak memang aku buat kari masak cicak dah.) dah wa tengah ikat perut ni erk tak, wa ganti puasa minggu ni so wa boleh la spent  RM10 semata nak tengok filem lu. Nasib wa rasa berbaloi tahu..

abang long dil nampak ganas tapi hati tikus sikit

Bagi wa cerita ni hidup sebab ada zizan jugak sebab dia macam lawak gila babi kat dalam tu ok takde la gila babi sangat tapi ok la at least wa gelak ikhlas. Jalan cerita pon menarik, sebab wa menyampah dengan watak si Shark tu tak habis-habis nak cari pasal dengan boifren wa. ya si Malek tu boifren wa dulu tapi sebab wa tinggal dia lepas tu dia kecewa kaw-kaw punya so dia pon masuk gangster. cukup wa tak paham kenapa watak wa tetiba masuk dalam ni der rasa nak hentak kepala sendiri pon ada.

amacam boifren wa. hensem kan? Malek taiko besar tuuu..

Ok dah tu dalam cerita kl gangster ni wa cukup tak boleh belah dengan watak si Jai (adiputra) tu. saiko habis apekebangang sangat sampai abang sendiri pon nak dibunuh? Malek tu abang Jai, Shark tu tak puas hati dengan si Malek, Malek tak cari hal pon Shark nak kecoh-kecoh, kira takde Shark ni memang cerita ni takkan terjadi la (watak penting der walaupon bukan hero). Jai kerja bawah Shark so dia rela hati nak pancung abang sendiri sebab shark bagi dia duit. ha korang paham tak apa yang wa cuba explain nih? tak paham korang pergi tengok sendiri la. tak pon download je nanti, wa tau lu bukan sapot filem malaysia pon. lalalala~



Masa awal cerita tu wa cukup tak berkenan kameraman shoot (betol ke eje camni aku belasah je la kan) part si Jai tengah gaduh dengan mamat(tak dikenali) . Entah gempa bumi berapa skala ritcher pon wa tak pasti masa dia dok shoot part tu? bergoyang sana bergoyang sini sampai wa pon naik penin. grrr cuba bagi efek slow motion ke masa dia tengah hentak tu baru la orang tengok akan cakap fuuuuuuuuuuu..Nasib tang boifren wa lawan lu shoot cantik punya bro. wa sayang lu lebih k sol.

tapi kan wa tak paham betol la sol, lu dalam cerita tu orang apa? muka melayu tapi cakap sleng nak ke cina baku jawa pon ada. Ke memang orang gangster cakap macam tu? cakap macam nak ke siam sikit ekk? tak paham ahh wa. cakap lek lok tak boleh ke? kalau jawa biar jawa kalau cina biar cina. tengok macam wa pulak director kan? wa memang suka jadi direktor tak bertauliah ni.

wa pelik betol ke ada orang larik-larik bawak pistol cenggini kat petaling street? gila cool habis dowh!

Ending lu sol, ending lu macam tak berapa best tau tapi wa paham kita duduk di Malaysia so ending kena buat kasik moral of the story sikit kan. wa paham perasaan lu takkan nak buat Malek berjaya merampas title ayahanda di KL. memang mampos semua budak-budak kat Malaysia ni nak jadi taiko gengster ye dak. so sampai sini je la wa nak bebel. cerita lu best bro. wa bagi 8 dari 10.









19.6.11

Semudah 123!

Hujung minggu aku kalau aku tak lepak atas katil aku akan lepak kat meja study (meja study kau jangan memain), jadi aku banyak menghabiskan masa dengan tengok cerita, online, bukak email. 3 benda ni wajib! tapi selalunya time bukak email tu perasaan kecewa akan muncul membuak-buak. sigh!


Ok biarkan saja perasaan kecewa itu sekarang ni aku nak mintak tolong korang sikit yang setia membaca blog aku yang tah pape ni kan. alololo korang la follower paling suwit tahu? rasa nak pelok cium gomoi-gomoi pon ada. keh keh keh aku nak mintak korang tolong like gambar kawan aku ni. alaahh kalau korang selalu baca konfem kenal dengan Hanak ni dah berapa banyak entry aku asyik mention nama dia ja. Dia ada masuk pertandingan untuk bakal-bakal pengantin ni. Dulu aku penah buat entry masa dia bertunang. So nak mintak korang tolong like je pic dia k. Senang je semudah 123 tau. Korang boleh ikut step kat bawah ni.


Step 1

pastikan korang memang tengah login facebook.

Step 2

klik link ini dan like page tersebut.
https://www.facebook.com/pameranpengantin

Step 3

then pegi ke link ini untuk like photo kawan aku ni.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=232493656778490&set=a.227905127237343.68704.186380094723180&type=1&ref=nf

done..see semudah 123 kan. ok aku sayang korang lebih muuaahh muuaaahh


*berharap kalau aku dah promote kat belog ni untung-untung ada orang tu belanja kenny rogers ke, nandos ke dan ape-ape je la kan janji bukan mc D ngan Kepsi. haha demand!

kawin cepat lepas tu dapat anak 2 orang boleh la datang kenduri aku pulak. haha

18.6.11

Playboy buruk

Memang la bila muka orang tu buruk kita tak boleh nak salahkan dia, sebab buruk-buruk muka dia tu pon tetap ciptaan tuhan yang maha esa tapi kekadang tu la kan, aku sangat tak boleh terima bila lelaki bermuka buruk tapi boleh lagi nak buat perangai macam setan. kau tahu perangai macam mana? ha macam ni.


1) ada awek cun (fine kau tu buruk ok buruk), boleh pulak kau nak tangan-tangankan awek kau. hello bro kalau lu hensem sekalipon wa memang panas dengan lu tau sebab suka-suka hati lu ja kan nak pukul-pukul anak dara orang. Mak bapak dia pon tak pernah terajang dia, lu pulak nak buat diktator lebih pehal.

2) ada awek yang baik gila,setia nak mampos tapi dah sampai 4  tahun bercinta lu curang keluar dengan minah lain siap bertepuk tampar lagi haa. perghh berasap wa dengar beb. dalam facebook bukan main berhadis bagai tapi lu pon kaki pompuan jugak kan, berbulu tahu mata wa baca status lu. alasan lu keluar dengan pompuan lain. "ala dia temankan i beli sepender je" hotak lu beli sepender. wa sumbat mulut lu dengan sepender lu mau?

3) lagi satu dah la muka buruk, mulut pulak bau longkang najis. sesedap hati lu je kan nak maki-maki anak dara orang. belom kawin lagi dah pandai nak maki-maki lepas kawin nanti nak jadi apa plak? ohh tangan pon dah berani nak naik inikan pulak mulut kan.


Mak ayah lu tak ajar ke macam mana nak respek orang beb? wa kalau muka lu hensem macam Aaron Aziz ka Fahrin Ahmad ka wa tak kesah sangat beb lu nak playboy tapi ishh wa malas la nak cakap lebih-lebih kan, better lu ubah la perangai setan lu sebab wa nampak muka dengan perangai pon dah lebih kurang dah..


yang perempuan jangan nak jadi hamba cinta sangatlah. korang ingat lelaki macam ni boleh buat suami ke? belom kawin dah berani maki-maki, nak naik tangan bagai. cinta kepala hotak apa macam tu. cinta tahi jimbit. Once lelaki ni dah tinggal kita, dah pijak maruah kita jangan sesekali nak biarkan dia menyeksa kita untuk kali kedua. Yes maybe dia dah berubah, dan insaf. so what? cukuplah kita maafkan segala perbuatan dia tapi untuk menerima balik cinta dia, say sorry to him. Beb, you deserve much more better than that. Kita pon masih ada maruah, sedangkan adinda evans pon tahu maksud maruah tak kan kita tak tahu? so benda yang lepas tu biarkan lepas bak kata jep sepah barang yang lepas usah dikenang. kalau dia nak playboy ka play the shit ka lantak dia lah. kita  ni teruskan dengan kehidupan kita k.

********************************

"baik muka hensem perangai sial sama ja dengan muka huduh perangai lagi nak macam sial. dua-dua aku menyampah. senang cakap playboy is saks!"

sekian entry emosi dari insan bernama aku..


14.6.11

Shopping Online

sekarang ni mood aku tengok barang shopping online. jangan tak tau sekarang ni bercambah dah orang berniaga pakai online ja kain baju ni. bukan apa senang sikit nak menipu harga, customer pon takdak nak mintak diskaun-diskaun dalam fesbuk ni. kalau tak mesti kau pernah nampak komen-komen macam ni kat fesbuk

"kak takde diskaun ke tudung ni? saya tengok macam dah koyak rabak dah kain dia"

"itu fesyen dik, jangan jadi bengap sangat tak tau fesyen, cuba bergaya macam hana ilyani ehh hana tajima sikit" 

"jangan nak hana tajima sangatlah kak. dia bukan nak tolong akak dalam kubur nanti"

ok ni macam dialog nak terkena muka sendiri so kita berbalik kepada shoppink online tadi. dari ekseseri kepala sampai la ke kaki, fully set boleh beli online cuma aku tak nampak lagi la orang jual bra dengan sepender kat fesbuk. kalau ada aku menangis dulu kot.


sekadar gambar hiasan. padahal memang saje nak letak. 


So saja la aku tengok-tengok, ermm tengok je la kan nak sedapkan hati sebab tak boleh beli. nak dijadikan cerita  aku tengok la jugak shawl dan tudung masa kini. hmmm menarik. tudung hana tajima saja dah cecah rm30 hengget. tudung rumpai laut rm28, tudung ikan duyung (hamagad takde nama lain ke nak bagi?) pon rm20 ++ jugak. Dah tudung pon herga macam tu baik aku beli tudung biasa rm10 ja. ohh ya aku memang kedekut pon, tipikal lah kalau tak kedekut bila kau nak kaya raya?

Dan lagi satu ada tudung nama Rozita Che Wan. pelik aku rozita che wan pakai tudung ke? tapi logik lagi la sebab dia pompuan cuba kau bayang Mawi pakai tudung?

Nauzubillah....


ye la aku jeles sebenarnya sebab takdak tudung nama Ayue Surihanyot. dem it!

***********************

dah tido esok kerja!


13.6.11

Power Rangers - Katon#1

Kali ni aku nak buat satu siri pulak untuk entry aku iaitu siri katon yang aku gemari dan meluat untuk di tonton sejak dari zaman aku kanak-kanak sampai la sekarang. Memang la tak terkira katon yang aku suka tengok dari katon amereka, jepon sampai la ke melayu pon aku suka jugak.

ok lets begin with this awesome cartoon. hamagad speaking kau tak tahan.

Go go power rangers. sapa yang tak tengok katon power rangers waktu kecik memang lembik habis. aku yang gegirl main anak patung kertas ni pon tengok power rangers tahu! Bagi aku katon power rangers wajib tengok masa zaman aku muda-muda dulu, ingat lagi katon ni selalu tayang kat TV2. Memang "in" betol cerita power rangers dengan jiwa aku.

budak-budak kan suka kaler-kaler bijak betol amereka ni tarik perhatian budak-budak..

Kalau orang tanya aku power rangers kaler apa yang aku suka? dengan yakinnya aku jawab WARNA MERAH cikgu! masa tu mula la nak mengaku yang aku suka warna merah padahal hakikinya sebab aku suka tommy yang hensem serta gagah perkasa itu. hohoho tipu. masa tu coli pon aku tak kenal lagi, jadah apa nak ada perasaan tengok muka si tommy nih. masa tu dalam kepala otak aku hanya.......

Ohh rangers merah kan ketua so merah mesti kuat!

Merah itu lambang keberanian..

Merah menyala pon boleh buat orang takut jugak, macam bila kau nampak mak, kakak atau adik pompuan kau pakai lipstick merah menyala. tak ke kau rasa ngeri menengoknya. ke rasa nak bagi makan penampar pakai terang-terang macam tu?



Merahmu bara semangat jawa ehh waja..


Rumah sukan aku masa sekolah rendah pon rumah merah tahu, berebut aku tarik-tarik rambut dengan member siapa yang angkat tangan dulu semata nak dok rumah sukan merah. Kemain lagi tengok-tengok rumah merah dapat nombor last, baru padan dengan muka aku tapi hati wa tetap merah masa tu beb.

Sampai naik sekolah menengah aku nak sangat dapat rumah merah, tapi malangnya aku dapat rumah kuning. perghhh aku dah la tak suka kaler kuning looser gila dok rumah kuning. Dan macam biasa rumah kuning jugak yang selalu dapat no last. setiap tahun kot dari aku form 1 sampai form 5 dok nombor last sampai kesudah. babi betol.

Dah kelaut cerita pasal rumah sukan ni kejadahnya pulak. Ok lepas tu aku suka jugak power rangers Pink. jiwa pink jugak aku ni cuma tak mau mengaku je. Rangers pink macam cantik-cantik sikit lepas tu sangat suka bila dia kaple dengan power rangers merah. haha bongok kan aku? ya sangat bongok. -_-"



Aku paling tak suka ketua dia si Zordon yang botak pastu duduk dalam balang kaca apakejadah tah dok dalam balang tu meluat aku! macam sangat tidak membantu. nasib ada robot yang paling comel si Alpha robot kepala UFO tu. aiyayaiii selalu sangat menggelabah mak enon tampaq dai baru tau.


Lepas tu kan part yang aku paling suka masa power rangers ni bertukar jadi robot kaler-kaler tu, dari kecik sampai la kereta/binatang diorang tu jadi Megazord (robot yang gilababi punya besar tu). punya la lama kan nak tunggu sekor-sekor bertukar aku rasa raksasa tu pon annoying nak lawan dengan diorang.  tapi apa-apa pon power rangers adalah salah satu katon paling cool penah aku tengok masa zaman kanak-kanak ribena aku. teheee =D

Siri pertama Power Rangers adalah Mighty Morphin Power Rangers (MMRP) dimana ini adalah siri paling panjang ditayangkan dalam sejarah power rangers iaitu dari tahun 1993 sampai 1995 (discovery channel betol ayat aku) , dalam siri ni saja dah ada 3 season. hambik kau punya la banyak padahal katon je pon. 

Kat bawah ni adalah senarai series power rangers yang penah wujud dalam production diorang selepas MMRP. aku tau benda ni pon kat wiki, aku perasan ada jugak series yang aku tak tengok. ye la dah gila banyak macam ni memang tak belajar la aku kan mengadap power rangers je sampai ke tua.

Mighty Morphin Alien Rangers
Power Rangers Zeo
Power Rangers Turbo
Power Rangers in Space
Power Rangers Lost Galaxy
Power Rangers Lightspeed Rescue
Power Rangers Time Force
Power Rangers Wild Force
Power Rangers Ninja Storm 
Power Rangers Dino Thunder
Power Rangers SPD
Power Rangers Mistic Force
Power Rangers Operation Overdrive
Power Rangers Jungle Fury
Power Rangers RPM

dan the latest Power Rangers ada kat TV masa bulan febuari 2011 hari tu dengan nama Power Rangers Samurai. Aku pon tak tau cerita ni wujud kat tv. punya la tak tengok tv2 kan. 


Aku penah jugak bercita-cita nak jadi power rangers,ye la masa tu aku kecik lagi, jangan la gelak-gelak aku hempuk jugak karang. Suami pon aku nak cari power rangers yang hebat gila saing-saing tommy jugak lepas tu aku dapat anak super hebat dan duper genius tapi bila macam hidup aku ditakdirkan untuk jadi pekerja yang berdedikasi dan bercinta dengan encik buncit yang takdak talent langsung jadi katon ni, aku terus lupakan niat untuk jadi power rangers. so aku buat la gambar ni untuk kenang-kenangan. sumpah bab edit gambar ni memang fail tapi ok la tu usaha tangga kejayaan kan. motif?



ok cancel la jadi power rangers. ukuran dada dan perut tu macam tak berapa nak ngam dengan aku. 
kecik sangat dowh tak best ahh kecik. 
cancel! cancel!






Boleh Join Contest disini.


11.6.11

Nak Menang RM100 dengan Mudah?

Okeh sapa tak mau duit kan? dari korang dok melangut ja depan laptop tu baiklah join contest ni. bukan susah mana pon beb. kita hidup ni kena ada sifat usaha sikit baru kejayaan tu datang dengan bergolek-golek. 



join la weh join la join la nanti aku belanja jajan ke cekelat angin ke. join la join la.


teheeee...=D


8.6.11

Kerja pertama

Rasa macam dah lama sungguh tidak update blog tahu. Rasa rindu mahu update blog semalam tapi bukak dashboard rasa macam bodohnya aku. Ya menatang dashboard ni dah tukar version pula. Selalunya manusia ni bila jumpa benda baru jadi jakun, teruja, terkinja-kinja atau lebih tepat lagi rasa nak maki sebab kena godek balik dashboard ni sampai aku nak approve komen pon tak tau tang mana. akhirnya malu sendiri sebab memang tiada manusia komen pon.

Minggu ni aku dah start kerja sebagai personal assistant, betol ke macam tu? betol la kan? Bagi aku ok la sebab masuk kerja pukul 9 pagi habis kerja pukul 5.30 petang. duduk bilik dalam aircond. kira boleh la tara nak hidup dalam 2 3 bulan sementara nak dapat kerja tetap. Bukan buat kerja apa sangat pon. tengok sekarang ni aku boleh update blog lagi guna modem bos pulak tu. memang la nampak tak berdedikasi tapi ni semua keperluan aku untuk tidak stress, tatkala kita stress kerja kita jadi tak produktif so bila aku update blog stress aku menurun. tapi aku pon tak pasti jadah apa aku nak stress buat kerja pon tidak.

Ohh aku tak boleh sangat nak update pasal kerja sebab bos aku baca blog aku. sori la bos saya bosan dok dalam bilik sorang-sorang ni. bila bos nak masuk bilik. ramai tahu orang cari bos. =P

*********





5.6.11

Maksu

Tengah kemas-kemas barang, lipat-lipat baju masuk dalam beg tetiba anak sedara aku Syifa yang berumur 4 tahun berkata..


"Maksu ni memunggah nombor 1 la, meh Syifa lipat baju maksu"


perghh mek ni boleh tahan jugak berleter dia.

apa tengok-tengok? ayam ni syifa punya oke!

4.6.11

I love U Gambit

Hamagad Gambit, I love U tau kenapa u nak angkat jari tengah kat I pulak? u ni kan buat video klip romantik pandai (romantik ke???) tapi nak romantik-romantik dengan blogger tarak kena pulak kan. Oh baidewei I tak kenal sangat pon U ni tapi lepas blogger-blogger banyak cerita pasal u. terus meletop tau. Hamagad orang dah bagi u pemes letop-letop pon u nak maki orang lagi. ishh u jangan jadi kacang lupakan kulit kang orang campak kulit kacang kat muka u baru u tau.




Oh I dah tengok tau video klip media prima ehh prima yin ke ape nama dia, tak kisah la yang I tau Shah Jaszle I ada jugak la dalam tu, agak berapi jugak hati I ni sebenarnya bila dia berlakon dalam video klip u tu. apa u bukan tak tau I ni peminat setia cerita Asmara walaupun I tak follow sangat cerita Asmara tu tapi I tau gak la dia berlakon. U ni sumpah I tak tau U berlakon cerita apa. pstt I dengar u berlakon cerita X-Men betol ke?? Hamagad macam mana I boleh terlepas tah?

I taknak komen la kan apa yang u post dekat twitter u tu tapi kan u tau tak u sebenarnya memperbodohkan diri sendiri. dan u cari pasal dengan blogger? wadahel? u tak tau sekarang ni orang lagi banyak baca blog dari baca newspaper tau. Hamagad silap besar la u ni.


tapi I tetap love U tau Gambit...serius I love U.




I love U sebab bagi I tengok ketiak hitam prema yin. serius I terpaksa tengok dua kali video klip U semata-mata nak tengok ketiak hitam dia.

first time I tengok versi English, sepatah haram I tak paham tau. ye la I dok fokus kat video suami isteri u ni. hamagad..suami isteri la sangat kan.

*******************************************

Macam mana la orang boleh perasan ketiak hitam dia tu. jenuh jugak aku mencari. dem dem habis ilmu aku tapi aku pon bengong jugak nak tengok ketiak hitam tu ja boleh rewind banyak kali. kah kah kah nampak macam sengaja pon ada jugak. rosak rosak.

2.6.11

Cara meningkatkan follower dan trafik blog anda

First time kot aku bagi tips pasal blogging ni, bukan senang tahu blogger cun femes macam aku ni bagi tips macam ni. Bukan tak nak share tapi aku takut la kang orang cakap aku riak pulak, tapi bila aku tak nak share orang cakap aku ni kedekut tahi hidung masin la, haji bakhil la, taknak tolong bangsa sendiri la. fine lepas ni aku buat segmen bersama ayue surihanyot pulak okeh. eyh~ macam pernah dengar pulak kan.


So macam mana nak naikkan follower anda yang seciput itu.


update entry letop-letop seperti "i'm not a virgin anymore", "ada aku kesah takde dara", "aku nak masuk neraka suka hati aku la kau sibuk apasal?" dan sewaktu dengannya.

ha kalau lelaki jangan bengap sangat buat entry dara memang aku caci tahi la macam tu. ni ada seorang contoh penggila trafik update entry baru "Kesah apa aku bukan teruna" kau tengok lah follower dia ada berapa? dasar perut boroi tapi dalam hati ada taman memang tak nak kalah.


itu je tips aku tapi jangan lah bodoh sangat pergi ikut, kang aku suruh makan tahi kau nak makan jugak la? pikir la kalau taknak orang maki takyah buat,  kalau kau dok jilat bontot blogger femes pon orang maki jugak. kalau kau kutuk orang pakai tudung tapi kau tu lagi teruk sebab tak pakai tudung pon orang maki jugak. alah biasa la tu manusia mana pernah senang tengok orang senang. asyik nak maki saja, agak-agak maki tu buat sup pon boleh rasanya. bayangkan orang maki "ayam" boleh jadi "sup ayam", kalau orang maki "babi" jadi "sup babi" ye dak. kalau orang maki "pungkoq"? erm pandai-pandai kau lah.


tapikan babi apakah lagi ramai orang follow blog adinda dari follow blog aku. baby baby

boyfriend