29.8.11

Entry Serius Ni

Kemain letih lagi aihh hari ni, almaklumlah gadis melayu kalau hari raya tak duduk dapur tak payah panggil gadis melayu la. mungkin layak dipanggil gadis urban atau gadis bandar atau suka hati kau la nak panggil apa pon. Hari ni bersilat kat dapur dari pagi sampai ke petang tapi tetap tak siap lagi. =.= rendang,kuah kacang dengan nasi impit tak siap lagi woii. Ketupat palas ja dah selesai, itu pon jenuh nak balut, kalau korang tak tau ketupat palas punya cara balut ada "jantan" ada "betina". mak aku cakap kalau balut cara "betina" nanti ketupat tu masuk ayaq, jadi kena balut cara "jantan", cara "jantan" bukanlah bermaksud kau kena duduk terkangkangkangkang macam jantan, ada la cara dia aku nak explain pon susah. Kalau korang try sendiri tau la kot dan kalau korang first time nak belek daun palas tu konfem beb konfem korang akan balut cara betina.. heheh

Ok dah-dah la tu. Aku membebel banyak pon tak guna, disini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini, walaupun aku tak seglemer Lisa Surihani tapi aku tetap rasa aku ada iras-iras dia. dulik apa aku. 

Aku ingin memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa atau tersalah bicara terhadap kawan-kawan aku dari sekolah rendah, menengah hingga ke matrik. teman-temanku di UTM, budak-budak kos aku (SKK) mana tau kot-kot mulut aku terlaser ke, budak housemate aku yang gila-gila! sori la beb sebab aku yang start dulu hack fesbuk peah lepas tu semua pakat dok buat benda keji tu. keh keh keh lepas raya sambung hack balik k. tak lupa jugak Bos yang disayangi dan baik hati Dr. Siti Hamidah (rajin-rajin la buat rumah terbuka nanti walaupun tak pernah terlintas nak buat pon..=P), mintak maaf jugak kat drebar van yang amik aku pi buat lesen sebab aku selalu lambat, kat bibik-bibik cleaner yang kat fakulti tu sori la bik saya memang tak tahan dengan bau-bau bibik bila bibik dok melepak kat surau tu (saya serius ni bik sila take note kalau bibik baca blog saya). dan tidak dilupakan jugak kepada member-member yang bagi SMS raya kat henfon aku sebab aku memang tak bercadang nak topup (tak topup = tak balas mesej) tapi ketahuilah bahawa aku amat terharu bila baca mesej korang walaupon tu adalah SMS copy paste dan dihantar kesemua nombor dalam fonbook korang. sedu-sedan jugak la aku baca serius aku nampak keikhlasan korang dengan menghabiskan nilai 10 sen tu. =P terima kasih bebanyak na. Akhir sekali aku mintak maaf kepada semua pembaca blog Hitam itu bukan Putih dan para blogger yang lain jika penulisan aku ni ada mengguris hati korang. Peace yooo..

Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


gambar di cilok dari google

14.8.11

kebodohan yang tak boleh diterima

Aku tengah nak amik lesen sekarang ni. Semalam dah berjaya buat test undang-undang tu, nasib la aku terer sekali je dah lepas (amboi riak kemain lagi). Lepas habis test tu terus aku pegi driving school untuk buat payment yang seterusnya alang-alang tu aku booking la untuk kelas teori terus hari ni. punya semangatkan? dah la tengahhari rembang yang panas gila terpaksa la aina teman aku pegi sana. Malam tu plak aku check gambar nak bagi untuk buat lesen tetiba aina kata gambar aku tu saiz pasport so tak leh pakai aku kena pegi print balik saiz kecik. Jadi kerja pulak aku nak keluar malam-malam semata-mata nak print gambar. pftt aku ni dah la anak dara yang tak keluar malam cuba la paham sikit #sarcasm.

dan pagi ni aku bangun seawal pukul 6.30 pagi, basuh baju stok seminggu guna tangan (memang sengaja di bold kan), dengan henfon pagi-pagi buat celaka tak boleh nak charge. boleh sabar lagi waktu tu. abang driver pulak janji amik pukul 8 pukul 9 baru terpacak depan rumah aku.

sampai driving school ada la dalam pukul 9.45. masuk ja pejabat tu nak daftar. godek-godek beg duit yang dah lusuh tu tetiba IC aku tak dak. ahh jem! godek-godek lagi memang tak dak. ha tu la yang aku nak cakap sekarang ni, takde la nampak bodoh sangat cerita aku ni tapi memang aku nak maki bodoh kat diri sendiri. Aku baru teringat semalam aku scan IC pas tu tertinggal IC tu dalam printer. memang nice kan? 15 minit lagi nak masuk kelas teori mana sempat dah nak pegi amik ic kat rumah. Tension tak yah cakap la. dah la kelas teori tu boleh amik hari ahad saja bermakna minggu depan la baru aku boleh pegi kelas, dah tu lambat lagi la aku nak dapat lesen L. bila lambat aku nak amik lesen L bertambah lambat la aku nak amik lesen P. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bongok betol la!!

nak lagi best gambar aku bawak sampai 6 keping, celaka apa IC sekeping boleh tertinggal!!

rasa nak koyak pon ada.

12.8.11

Detective Conan - Katon #3

Kalau korang ingat la cerita aku pasal katon #1 dan #2 tu mungkin korang ternanti-nanti katon #3. tu pon kalau korang ternanti-nanti kalau tak ternanti-nanti pon lantak korang la. hehe

Detective Conan adalah diantara katon fevret aku, sampai abang aku pon marah, sikit-sikit conan sikit-sikit conan. Waktu aku cuti semester, tv3 suka nak tayang cerita conan tu tak masuk lagi astro ceria yang dok ulang-ulang siaran katon tu. ok bukan katon saja semua siaran dia nak ulang lebih 44 kali. ye la kami bayar astro memang sebab nak tengok cerita ulang-ulang pon kan kawan-kawan kan?

aku kalau ada 10 adik macam ni pon aku rela sebab beliau sangat kiut.


Kepada sesiapa yang tak tau, katon conan ni berasal dari Jepun (macam looser ja sapa yang tak tau weh) dan bila dia datang Malaysia automatik bahasa dia tukar kepada bahasa Melayu, dan aku pulak jenis suka tengok conan cakap bahasa melayu. Kalau diorang tak alih bahasa dan kekalkan kepada Bahasa Jepun. konfem aku tak tengok! leceh wei leceh nak kena baca subtitle English kat bawah pulak, so aku prefer dia cakap bahasa melayu. hoi mengada pompuan nih!!

Lagi satu bagi aku cerita conan ni adalah cerita penyiasatan yang paling ringan untuk ditonton. ye lah dah nama pon katon kan. Selain watak Conan Edogawa dan Shinichi Kudo aku suka jugak watak Hattori Heiji kawan si Shinichi dan mengetahui identiti sebenar Conan, aku rasa mamat ni muka nak sama ja dengan shinichi cuma bezanya kulit dia hitam sikit. Ahh janji hensem ye dak. Watak yang cool aku rasa boleh menang kat perompak pakai baju putih tu Kaitou Kid, licik betol mamat ni geram aku tau. Ok aku tak de la batak sangat nak minat kat orang hensem ja. hoho aku suka jugak watak mak si Ran tu. gila kau lawa kot makcik tu. peguam yang lagi bijak dari ex-husband dia. -__-"

hoho..


Aku punya minat kat katon ni sampai aku kumpul komik-komik dia. tak sabar betol aku nak penuhkan koleksi aku dari episod 1 sampai yang latest punya. lepas tu boleh susun ikut turutan dekat rak buku. pergh impian aku tu. Buat masa sekarang ni komik-komik tu tengah bersepah dalam kotak. -_-" sekarang pon aku tengah stop beli komik ye la fulus tak berapa nak cekang.


hmmmm sedih..bila aku nak dapat kerja ni?

update : aku ada letak gambar seksi tadi tapi bila bukak blog gambar tu tak keluar. memanglah bulan ramadhan bulan yang mulia..=P

6.8.11

Bersahur makan Ayam Nando's

Rasa nak update blog pulak pagi-pagi ni, ehem baru la rasa orang tau aku makan sahur ye dak? Tapi sahur aku tak semenggah mana la bila semalam kau tak masak nasik tetiba pagi ni kau bangun pukul 5.10 dan-dan tu la nak terkejut. mana sempat nak masak lauk pon, aku paling kurang mau la ayam masak kicap ke, kari sardin ke baru la A. kalau setakat telur goreng cicah kicap memang tak bangun sahur pon tak pe, aku rela sambung membuta atau telan air sejuk je. perghh demand tak demand la manusia bernama Ayue Robin ni.


Kalau ikutkan aku dah bangun je awal tadi tapi kepala dah set mind "Takpa satgi Ana bangun" sebab selalunya Ana yang akan bangun dulu, dia akan kejut yang lain-lain dan terus shoot ke dapur panaskan lauk bagai. memang dah macam mak-mak dah. Kalau kau kat rumah pon, kau nak bangun dulu ke kalau mak kau tak bangun lagi? haraaaaaaaammm la kau nak bangun dulu kan.


Aku tengok jam dah pukul 5.15 (ciri-ciri insan berjaya set jam awal 5 minit dari biasa) memikirkan esok aku cuti lepas tu ada pulak sorang budak rumah ni tak puasa. tak macam tengahari satgi dia buat nasi goreng tomyam la ayam goreng la. pergh tak menahan la aku, rasa nak putus kawan pon boleh kot bila baru nak cecah azan zohor kau dah bau makanan dia so aku decide meh le aku kejut si Ana ni. Masing-masing pegi dapur, aku bukak tudung saji dengan harapan lauk tiba-tiba ada disitu dimana kita sendiri tahu takkan adanya istilah lauk tiba-tiba ada dibawah tudung saji rumah sewa anak dara ni melainkan kau masak. Aku pandang Ana, Ana pandang aku. jadah nak makan apa ni? nak masak nasi memang tak sempat dah, aku dah capai jejari kentang mekdi semalam jadi santapan. Mata ana melilau lagi cari apa yang boleh dimakan. Lepas tu dia capai maggi sedap.

ya aku sahur makan megi mi sedap je hari ni. celah mana ayam nando's nya pompuan?


dalam mimpi tadi.....-_-"

4.8.11

Mahligai Baru

Selamat berpuasa kepada semua hadirin dan hadirat. maaflah dah 3 hari berpuasa tapi tak reti-reti nak buat entry wish selamat berpuasa. biasala tu kalau dah jadi blogger ni haruslah setiap kali cuti am kena up entry! baru la orang kata blogger sejati. (???????)


Alhamdulillah, aku puasa penuh lagi buat masa ni, masih tidak mengeluarkan sesuatu dengan sengaja. dengar macam biasa-biasa tapi kalau iman sudah senipis bawang....(sambung sendiri)


Sekarang balik kerja saja hidup jadi lebih bermakna sebab Aidil akan menunggu kepulangan Mami di dalam rumah keciknya. comel betol! bukak je pintu rumah Aidil dah menjerit-jerit mintak susu ehh mintak kuaci. Lalu aku pon tak sengaja memarahi Aidil.

"Aidil inikan bulan puasa, bulan puasa tak boleh makan disiang hari. kita tunggu maghrib ok"


Aidil mula menghentak-hentak kaki tanda protes. muncung mulutnya takyah cakap la sehabis panjang ditariknya.

"aa aa aa..mami kata tak boleh tak boleh ok." sambil jari telunjuku digoyangkan kekiri dan kekanan berulang kali.

kali ni Aidil nekad kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, dia mula menghentak-hentakkan punggungnya, nasib baik punggung cantik berisi padat. Geli pulak nama Aidil tapi ada punggung mantap.

Aku tak pedulikan langsung reaksi Aidil.

***************************

ok dah. malas pulak aku nak melayan imiginasi bangang aku ni.

Semalam ana pergi beli rumah baru untuk Aidil dan Baby, rumah besar sikit sebab before ni rumah diorang sangat sempit nak main #benda(apekejadah tah nama tempat yang hamster dok lari-lari tu. serius malas nak google) ok paham kan #benda apa? haa nak main benda tu pon terpaksa main dari luar. kesian bebeno aku nengoknya. dia selit bontot kat tepi sangkar tu pastu dia main dari luar. kreatif sangat!!tapi tu la kawasan dia nak main-main kecik sangat so papa alip (boifren si ana) sponsor duit untuk beli sangkar baru untuk diorang. nampak tak betapa Alip ni menyokong karier ana sebagai seorang penjaga hamster. kalau nak harapkan buncit memang haraaaaaaaammm tak kuasa dia nak melayan aku. Aku bahasakan diri aku mami dengan aidil pon dia dah meluat suruh letak telepon cepat. keh keh keh


Aksesori dalam rumah tu pon dah besar, #benda tu pon besar so diorang tak payah nak selit-selit bontot kat tepi sangkar lagi tapi masalahnya dua-dua ekor tu tak reti-reti lagi nak naik benda alah tu. adehh jangan la tak main sayang, penat tau papa alip bagi duit beli sangkar mahal-mahal tu. buat belanja dapur untuk 2 bulan pon lepas tu. -_-"


Kalau nak diikutkan antara Aidil dengan Baby, Aidil behave sikit sopan macam mami dia gitu. tapi jangan si Baby, sangkar tu dia gigit bagai nak rak, kalau dapat keluar dari sangkar amboi mencece lari laju nak mampos. nasib ana memang dah expert cara pegang hamster so senang nak tangkap. kalau aku tangkap memang tercirit la binatang tu. first time aku pegang dia berak atas tangan aku tau! heii mengenangkan nasib duit aku ja kalau tak memang ni makaaannn dieeeee.....

sabar ayu sabar..nanti ada anak lagi teruk pada ni kau kena buat..


p/s: tak boleh nak tangkap gambar Aidil dan Baby sebab henfon tersangatlah cikai. kesian kan aku. bak iphone satu weh!!

boyfriend