29.11.12

Perfume Murah

Holah, sebenaqnya aku tak tau nak letak tajuk apa aku rasa tajuk ni kira habis ok lah tu. Sekarang aku nak jadi businesswoman kira aku ni ala-ala multitasking gitu, siang kerja kilang malam kerja kat kelab ehh bukan, malam kerja sendiri.

Jadi aku decide nak jual perfume sebab sejak dua menjak ni aku macam suka sangat kumpul botol perfume. Sampai ada satu perfume tu aku beli kena tunggu 2 bulan. Apejadah tah nak beli perfume sekor je pon kena tunggu berbulan-bulan. Minat punya pasal aku nak buat bisnes kecik-kecik dalam blog buruk tapi wangi ni.  perghhhhh

Macam ni la senang cakap aku jual perfume gred AAA, korang tak tau gred AAA tu pebenda?

Ok begini gred AAA adalah perfume yang :

-Diimport dari Dubai.
-Kotak, botol dan cara pembungkusan luar dan dalam adalah sama 100%
-Kualitinya 90% sama dengan original perfume itu sebab dia murah.
-Bau tetap sama.


Kadang-kadang orang claim perfume tu original tapi reject la apalah tu sebab murah, tapi macam mana korang tau itu adalah perfume original??sedangkan korang beli kualiti triple A tapi harga lagi mahal dari sepatutnya. So aku bersikap jujur disini sebab aku nak jual murah, kalau nak lagi best aku ada promotion sebab aku baru bukak kedai. mihmihmih


beli 2 botol perfume dapat 10% diskaun
beli 3 botol perfume dapat 15% diskaun

dan lagi berganda-ganda bestnya bila mana *penghantaran adalah PERCUMA*
 
Perfume yang aku display ni sikit ja sebab jenuh nak letak segaban penuh 1 entry kan. So kalau korang ada perfume yang dah set dalam mind nak beli jangan malu jangan segan nak tanya aku atau request untuk aku letak dekat dalam entry seterusnya. Korang boleh guna talian hayat dibawah :

PM aku kat fesbuk : https://www.facebook.com/sakurarobins
DM aku kat twitter : https://twitter.com/AyueRobin
Email aku kat         : sakurarobins@gmail.com


gitu kau.. macam ada plak org nak mengorat aku..haha
 
Okey tak mau buang masa mari kita menjamu mata dan poket.

*note: display kali ni jual perfume untuk gadis-gadis dan para wanita diluar sana kalau cik abang nak request boleh juge. tanya ja k.


Britney Spears Collection.



Circus Fantasy-Britney-Spears
EDP-100ML




Fantasy-Britney-Spears
EDP-100ML



Bvlgari Collection

Blv-Pour-Woman-Bvlgari
EDT-100ML


Jasmin-Noir-Satin-Pouch-Bvlgari
EDP-100ML


Omnia-Crystalline-Bvlgari
EDT-65ML


Omnia-Green-Jade-Bvlgari
EDP-100ML


DKNY collection



DKNY Delicious Candy Apples Juicy Berry
EDP-50ML

DKNY Delicious Candy Apples Ripe Raspberry
EDP-50ML


DKNY Delicious Candy Apples Sweet Caramel
EDP-50ML

 Burberry Collection


 Weekend-For-Women-Burberry
EDP-100ML


 Burberry-Summer-For-Women-2011-Burberry
EDT-100ML


Burberry-Brit-Burberry-For-Women
EDT-100ML

Jadi tunggu apa lagi mari mewangikan diri!!!

Nantikan Malam ini..

Wangian yang akan menerjah ke seluruh badan anda!


Nantikan malam ini..

10.11.12

Istanbul Aku Datang (Review)

"Hang nk tengok cerita apa petang ni? Istanbul aku pulang?Aku nak join sekali"


Amboi rasa nak pang2 ja pija beriya nak tengok wayang dengan aku tapi nama movie pon salah sebut.haha Aku dah lama dah tak tengok wayang sebenarnya, last aku tengok cerita Step Up 4 kot, punya la malas nak pi tengok wayang. Tapi kali ni aku beriya sikit nak pi tengok sebab beberapa bulan yang lepas kat pages Lisa kot ada post gambaq-gambaq masa depa buat penggambaran kat istanbul. Perghh tak macam cantik plak kan gambaq Lisa waktu tu..



Ok berbalik kepada review,cerita ni sangat tak islamik walaupon nama dia Istanbul iaitu satu negara yang kita semua ketahui adalah negara islam. Plot utama dia pon kita dah tau,whatdehell duduk serumah dengan jantan ni?gitu hah emo.. So jangan expect yang islamik-islamik dekat movie ni sebab ia memang akan buat korang kerut dahi.wohah

Aku boleh jamin kat korang yang movie ni sangat ringan,santai,dan romantik jugak. Kebanyakan lawak dia memang korang takkan rasa macam ehh lawak ke ni?kena gelak ke macam mana? haaa tak ok tak. Lawak dia sangat santai dan nak gelak pon rasa ikhlas, tak macam kau tengok cerita komedi yang kau terpaksa gelak sebab kau dah bayar RM12 untuk movie sampah.

Cerita ni pasai seorang gadis comel aktif manja nak pegi jumpa boyfriend dia (Azad lakonan Tomok) kat Istanbul sambil dah plan baik punya untuk Azad dia propose kahwin..homaiii sanggup kau tapi boyfriend dia macam nak kena dapat terajang. Serius rasa "wei takdak boyfriend macam kau pon aku boleh hidup lah!"

Dan  Dian (lakonan Lisa) dah tunjukkan bahawa perempuan tanpa lelaki pon boleh berdikari, boleh angkat beg sendiri(eyh??) dan yang paling awesome bagi aku dia boleh lari kejaq penjahat pakai kasut tumit tinggi kau..OMG!OMG! kasut brand apalah agaknya? 


Dan cerita ni jadi kelakar sebab Dian terpaksa duduk satu rumah dengan Harris (lakonan Beto) paham-paham ja lah kalau dah lelaki dok satu rumah dengan pompuan mesti konflik ja memanjang.

Bagi aku sapa-sapa yang minat hasil karya Bernard Chauly patut tengok sebab cerita ni ala-ala comel dan gedik macam cerita Pisau Cukur, memang Diva uolls. Bernard dan lakon layar Rafidah Abdullah jugak sangat kreatif sebab dia masukkan ikon-ikon yang comel dan ayat-ayat cliche yang buat kita geli hati. Bagitau kat aku cerita melayu mana yang ada ikon awan-awan atas kepala ni?cerita jepun bersepah la kot.

Berlatar belakangkan bumi Istanbul yang cantik,plot cerita yang menarik dan efek kamera yang awesome membuatkan movie ni ada kelas dia tersendiri. Serius beb, lorong-lorong sempit pon nampak cantik kat dalam movie ni ditambah pulak dengan fesyen Lisa yang colourful membuatkan movie ni tampak ceria dan unik. amboi amboi puji macam boleh dapat tiket wayang free pulak.

rumah yang diorang duduk, nampak class sangatkan tapi kalau tengok betol-betol katil dengan dinding rumah tu buruk ja.

Lakonan Tomok pon ok la sebab dia pon baru ja masuk dunia lakonan kan.(ehh ye ke??) tapi dia hensem ok dalam cerita ni!!, Lisa Surihani dengan watak manja memang sangat win. Dan finally lakonan Beto yang cool dan OMG!OMG! saya suka dia uolss tapi sayang dah kawin rupanya...sobssss

Scene yang aku rasa tak payah ada pon tak apa. Ni aku nak bagitau kelemahan la ni.

Scene Azad pujuk Dian kat kedai makan, part tu Azad nyanyi lagu dekat Dian sambil pegang-pegang muka Dian. Masa tu macam ada sound efek bunyi cengkerik kat belakang(aku sorang ja dengaq kot). Apakah?dan scene tu berakhir dengan Dian tersengih-sengih, dah kenapa?horny ka macam mana ni?ka aku yang horny?ehh. Scene tu tak yah ada pon takpa, aku tak tau kenapa nak buat scene tu. mungkin nak tunjuk bahawa cerita ni romantik gileeeerrr la kot.

Tu je kot scene yang aku rasa annoying.

Overall cerita ni bestlah, ada part kelakar sedih dan romantik. saya tau ramai yang tak tengok cerita melayu tapi saya tengok..=D sebab saya pandai pilih movie yang saya nak tengok. kan kan kan. 


Jom Istanbul Aku Datang!!!!


5.11.12

Makin tua makin pelupa

Siang tadi masa aku nak balik kerja, aku terlupa aku letak badge aku kat mana, dah menggagau aku cari satu ofis. surau,toilet,meja orang semua aku cari tapi tak jumpa jugak badge aku tu. menangis la aku kalau tak jumpa jugak sebab kena bayaq RM50..huhu benci tau..

Ni tadi buncit call, masa tu aku tengah sedap tengok drama Dalam Hati Ada Taman kat astro prima. Dah line celcom pon macam haram jadah jugak dari semalam sampai ke hari ni buat perangai tak boleh send mesej dengan call. Buncit call aku tak dengaq, aku mula la nak naik angin, dah line terok pon nak telepon lagi buat apa?buat habih kredit ja telefon letak telefon letak. dah tu kacau pulak aku tengah tengok randy pangalila jejaka idaman indonesia tu memang hangin ler satu badan.

Lepas tu Buncit send mesej..

"Sori ingat nak tanya satu benda"

"Nak tanya apa??"

"Semalam berapa haribulan??"

Semalam berapa haribulan ya kawan-kawan?

Pebenda tetiba tanya aku tarikh ni??


5 saat kemudian....

shoot!!semalam 4 haribulan 11, annivesary aku dengan dia yang ke-7

dan aku boleh lupa, serius tak ingat langsung..=_=

padan la semalam aku rasa macam something wrong.

Lepas tu buncit hantar mesej lagi.

"Hehe..macam mana ni yang?tarikh penting buat awak pon awak boleh lupa?"

"tarikh penting I?bukan tarikh penting kita ka??"

"Ya la tarikh penting kita la, tapi U tak ingat ka yang tahun lepas U merajuk bagai nak rak lagi sebab I lupa..hehe"

"Itu sebab U lupa birthday I ok!!birthday I!!memang la I mengamuk!!"

Sampai hati dia lupa birthday aku, dah tu siap boleh pi main snooker dengan kawan-kawan dia malam tu dah tu sampai esok tu pon dah petang aku ingatkan dia baru dia teringat nak wish..heii membara ja aku..

Buncit patut bersyukur masa annivesary ni dia terlupa aku pon terlupa tapi aku terlupa bukan sebab main snooker tapi sebab kerja kt ofis belambak-lambak sampai tak sempat nak pikir mana satu.

Amacam boleh terima tak alasan tu?rasional la sket takdak rasa nak mengamuk lupa sebab pi main snooker ye dak?

 Zaman muda mudi..gitewww doakan kami ke jinjang pelamin..
7 tahun dah bercinta sampai terlupa..tu belom kahwin lagi tu..=_=



p/s: Macam mana la aku boleh lupa,rasa nak marah sangat kat diri sendiri. selalunya aku ingat tau, aku ni dah makin pelupa la sekarang sampai kekadang tu henfon pon aku lupa letak mana..=(

boyfriend