23.2.11

Perempuan ni hatinya kecik macam guli

Kalau korang tanya aku secara biologi "betol ke hati perempuan macam guli?" aku rasa baik korang cubit sikit pipi kanan korang yang comel tu. ehem mana la aku tau hati pompuan ni besar mana cuma aku andaikan saja oke sebab perempuan ni mudah/senang sangat terasa. Lecehkan perempuan ni?

Bila senang sangat terasa lepas tu akan rasa kecik hati mula la nak bergaduh. aiyoo amma appa. tu la pompuan. Kadang-kadang tu bukan apa, seorang makhluk bernama perempuan ni expect orang akan jaga hati diorang tapi dalam pada yang sama diorang ada ka jaga hati orang? ada? ada? korang sesedap laser pastu bila orang laser kat korang mula nak kecik hati bagai. ahh cam kimak tahu?

Tapi ada jugak orang yang jenis laser tetap laser tapi hati kering macam batu. baca batu yang kering la. Yang ni memang tak makan saman. selamber bangang ja dia bagi lepas tu kalau kita perli balik memang haram buat muka rilex saja. hoi mau menyumpah jugak dalam hati tu tau.

Aku rasa lelaki ni jenis tak amik hati sangat kot. aku rasa la. kecuali kalau awek dengan balak sendiri amboi kemain laju je nak merajuk kalau kita salah cakap sikitkan.nak pelok la nak cium la. pang mau pang?

tapi kalau lelaki dengan member-member sendiri tak kisah kot kena paku. asam garam member kan? baru ada kenangan.

so macam mana nak selesaikan masalah ni?

entah la aku pon tak tau. kepada yang senang sangat terasa atau berkecil hati tu bawak-bawak la bersabar ekk kepada yang hati kering tu beragak sikit bila bercakap. kita ni bukan PERFECT sangat nak kata kat orang.

ermm aku pon kekadang tu over the limit jugak, sebab tak sedar apa yang kita cakap tu dah menyakitkan hati orang. so kepada kengkawan yang baca post aku ni aku mintak maaf dari hujung rambut yang bercabang ke hujung kuku kaki yang masam. salam sayang dari ayu yang kadang-kadang bermulut laser tapi dalam hati masih ada taman bunga ros, bunga tahi ayam, bunga kekwa, bunga plastik dan bermacam jenis bunga lagi. Kadang-kadang tu aku tak sengaja, hati berniat nak berjenaka tapi tak sedar telah melukakan hati sesiapa.


***********

Doakan kesejahteraan ibu member aku yang ada kat hospital sekarang ni. semoga beliau tabah dan cepat sembuh. aminn

6 comments:

  1. bkn leceh tp perempuan ni jiwa nyer halus...

    ReplyDelete
  2. gile kecik hati macam guli je weh..ahaha..nnt aku xray tgk besaq mana hati pompuan nih..kui3..


    apsal susah weh nak polo blog aku?ada menda yg tak kena ke wei kt belog aku?ce habaq sat kt aku..nnt aku repair..

    ReplyDelete
  3. perempuan itu rumit
    LeLaki kena bersabar dan faham
    baru Lelaki tu boLeh handLe perempuan

    macam soaLan matematik yang rumit
    KaLau kita dah bersabar buat Latihan dan faham
    Kita boLeh jawab dengan cooL dan riLex je

    boLeh pakai tak anaLogi aku ni?

    haha

    ReplyDelete
  4. kenapa jiwa aku tak mcm gurl? :P

    ReplyDelete
  5. huhuhu
    complicated sebenarnye pompuan ni..

    ReplyDelete

Gua yang gila komen...sila komen lebat-lebat