Masuk saja 1 haribulan mesti ramai yang mahu tanya aku,
"Apa azam baru kau tahun ni?"
"Apa azam tahun baru hang?"
"Apakah azam tahun baru anda?"
Macam penat pulak nak menjawabkan, bayangkan kalau aku ada kawan seramai 10 orang (looser betol ada kawan seramai 10 orang ja). kalau sorang tak paham bahasa tanya 4 5 6 kali soalan yang sama, tak ke rasa nak lempang tu?
Jadi disinilah perlunya sebuah blog. Kalau ada orang tanya jawab ja.
"Pergi baca blog aku sekarang dan jangan lupa klik nuffnang aku"
Nuffnang tu untuk masa hadapan jangan salah sangka yang aku hadap sangat dengan duit nuff tu. Itu tabung sikit-sikit buat kenduri kawin kot. Encik buncit mana ada blog kalau dia ada blog pon aku sorang ja baca so aku sorang ja yang klik nuff dia, ohh tidak kaya la kalau tunggu duit nuff ja kan.
Oke mesti ramai yang view blog aku sekarang sebab nak tahu azam aku kan. Ye la aku mana ada boifren macam Khairul Fahmi Che Mat yang boleh buat orang view blog aku tetiap hari.
Berbalik kepada azam aku tadi. Aku berazam untuk kurus pada tahun ini, ya kurus. tolong la doakan jangan tolong gelak saja. Ingat aku tak tahu masing-masing dok senyum sinis depan laptop. Jangan terkejut la menjelang 31 Disember 2011 gambar aku jadi begini
Lisa Surihani = Ayue Surihanyot
Apa-apa??ingat tak boleh ka??Mimpi pon kadang-kadang boleh jadi kenyataan tahu?