3.12.10

Tipikal cerita/sinetron indon


Cerita indon pon adalah salah satu tipikal drama yang kita boleh lihat sedang berleluasa di negara kita ini. Kalau orang kata tak suka tengok cerita melayu, aku lagi tak suka tengok cerita indon. aku masih boleh menerima cerita melayu walaupon ending dia dah boleh agak. Berbanding dengan cerita indon, mampos hidup balik pon aku tak sanggup nak follow cerita sinetron tu sampai habis. time cuti sekolah ja mesti bersepah cerita indon kat tv. fak betol la. 

Maybe la ada sesetengah cerita indon yang boleh diterima pakai tapi yang taboleblah tu agak banyak sebenarnya. Yang tengah hits sekarang ni cerita Cinta Kirana, anak-anak sedara belah kakak ipar aku cukup minat cerita ni sampai ramai-ramai melangut depan tv tunggu sampai cerita tu habis. Aku??terpaksa la mengadap jugak. binawe sungguh.

Oke mari kita lihat ciri-ciri cerita indon yang boleh kita lihat di kaca tv sekarang ni.

a) Watak heroin baik sangat
bukan baik sangat dah. baik melampau-lampau. bagi aku tu bukan watak baik tau tu watak lembik tahu lembik? kejadah orang tolak badan sikit nak jatuh, orang tengking sikit mata nak berair. pergh meluat betol la aku. boleh pikir kot takkan la takde langsung tindakan reflect nak protect diri sendiri. kalau aku la kan dah lama dah kena ganyang pompuan jahat tu.


penah tengok ada la satu episod


b) Watak jahat pulak terlampau jahat
lebih kurang la mcm watak baik tadi. jahat terlampau lebih dari penyangak lagi dah. ending watak jahat ni dah tau dah apa. mati! kalau nak bagi panjang lagi cerita tu konon-kononnya penjahat tu tak mati lagi. hei hangin betol la aku kalau dah mati tu mati je la.


mula-mula tengok, tengah tak tengok, ending tengok tapi macam haram


c) Jalan cerita yang hampir sama
first sekali konfem pasal cinta antara dua darjat, kalau hero kaya raya heroin mesti papa kedana, lepas tu konflik dalam percintaan mesti ada orang ketiga yang watak dia jahat nak mampos tu, lepas tu mesti ada adegan tertukar anak la, tiba-tiba jumpa anak tepi jalan la, mak bapak tak tahu pon tu anak angkat la. hoi letih la macam ni punya jalan cerita.


tengok kejap sebab pompuan ni cantik. apa nama pompuan ni ha??


d) Cerita meleret-leret
aku ingatkan cerita tu dah nak happy ending la tapi tak semena-mena muncul pulak masalah baru. macam aku cakap tadi la, tetiba ja orang yang dah mati hidup balik, tetiba ja tahu yang hero tu anak pungut. nak lagi best tetiba ja muncul watak hero kedua,ketiga ataupun keempat dalam episod 147. satu hal pulak nak tengok cerita pasal hero kedua,ketiga atau keempat nih. (0_o)



ni cerita apa?tak penah tengok!



e) Ada part merapu yang tak masuk akal
ni macam cerita bawang putih bawang merah tu la. elok-elok start cerita zaman moden tetiba boleh ada pari-pari muncul kat tengah-tengah tu. oke fine ni cerita adaptasi rakyat kan so mesti la ada pari-pari.lol tu baru part pari-pari, bab orang mati hidup semula tu sapa nak jawab?



f) Effect slow motion
Part paling menyampah sekali, saja la tu nak bagi saspen. sentap-hati-mak-nak. Sesapa yang fan berani mati sinetron indon boleh bagitau aku tak cerita mana yang takde effect ni? konfem ada punya. kadang-kadang setiap episod tu mesti ada satu scene yang nak kasi slow. aduh

agak best, tu pon sebab adaptasi dari cerita korea, aku tengok sekerat jalan jugak


Bukan nak kondem, kalau ikutkan mak,makcik sedara,bakal mak mertua, kak-kak ipar, semua ni layan cerita indon. Aku Tapi agak-agak la nak buh cerita indon pon tak payah la sampai semua channel nak tayang. aku cuti ni nak gak la tengok cerita yang best-best sikit takkan nak mengadap laptop je 24/7 bosan tahu bosan?

Carutan hari ini, 

"tak semua orang boleh terima pendapat kita dan tak semua orang boleh suka penulisan kita"

23 comments:

al said...

setuju sgt la.. hahaha..bosan la.. pusing channel ni, cite indon.. pusing channel tu, cite indon gak.. da tu siap ulang plak.. and ader marathon time weekend.. grrr..

Miss Ecah said...

haha betol2..
kadang2 bosan .. tapi kalau ramai2 layan and tiba2 jadi best .. adehhh

Anonymous said...

aku paling tak suka cerita indon ni sebab orang yang dah mati pon boleh hidup semula. mmg sengal la wei! =.=" benci ai!

Mimi Dyana said...

setuju part slow-mo tu.
ya allah, mmg perit lah nak tgk.
kejap2 slow-mo..
sampai bila pon tak abes.

aku pon bukan penggemar sinetron, tapi kalo dah 1 rumah tengok, tak ke aku pon turut terjebak?

Anonymous said...

anti cerita indon !!

yang aku plg geram cite bwg putih bwg merah ! aku penat folo ending macam haram !!

doyah said...

huaaa. setuju gila2!!! gila2 punya setuju neyhh!! dkt rumah aku sinetron dorg layan. mampoo aku nak tgk cite laen =.='' kol 1 safamarwah tu. kol 2 alisa plak. kol 6 kat tv9 pastu ada plak kt estro ria cinta kirana =.='' grr~~!

Anonymous said...

citer indon mmg xmasuk akal..tp mnat gak tgk..

Unknown said...

yup!!serius shit smua tuh gwa sokong ngan lu!!!

tuh sbb gwa xsuka layan citer indon!!
wpown adik gwa kata..plakon dorg cun2..

*ele..kacukan bole ler..cuba tgk yg pure indon tuh!!muka..lu jgn ckp ler

*eh..gwa pown ada darah indon gak :P

hamzah ian said...

babi ape ni??

adrinaqamarina said...

setuju! ag satu jenis yang anak orang kaya sebenarnya anak orang miskin. jenis tetukar anak pon berlambak.

eh tu agnes monica

:)

Duniakuabstrak said...

memang tak logik citer indon, aku pon pelik adik n mak aku suka tengok

liyanaziz said...

cliche!!

Hasrol Nizam said...

tapi cerita indon ni banyak dia bagi mesej2 positip. yg cerita adaptasi dari cerita dongeng tu la. msia mana ada nak buat. asyik buat cerita rempit je.hahaha.

Pendapat anda?
blog Serol-Nizam

Jom Masak Channel said...

setuju..huhuu...meleret2 giler cite nye..hampeh

Shahada Fauzi said...

satu lagi..suka zoom in muka pelakon sampai nampak penuh skrin muka dia saja..jap2 zoom in jap2 zoom in..aku rasa macam nak kmpuk tv kdg2..haha..

Umie Nadhirah said...

Mak Umie asyik layan channel ni je memanjang =__= arghhh!

Nurul Ayu said...

hamzah:: lu ler babi..

aTiKa aTeRkaH said...

lepas itu lepas itu.....suka sangat scene cakap sorang sorang......bosan!!

Asfan Ash said...

haha aku suke ayat lu le babi tu.
aku dlu layan cte mutiara hati pastu cte cm setan meleret2...hari2 doa kat Allah pun musibah dtg berduyun2 cm haram

pearl apple said...

huh...memang benci siot cita indon..setakat lar nih tak pernah lg lar aku mnt cita indon nih...nak tgk pun aku nyampah...bosan kot..mslh tak penah selesai maken bertambah ada lar...

MissHyde said...

aku memang benci double triple cite cite indon ni wehhh..tapi mak aku suke la plak an.


taknak jadi anak durhaka aku terpaksa tengok sekali.hoh.

nEuR0 shEwAzni said...

juga tidak suka dan jaranggg tengok tu pun sebab bosan asik on9 doplohpat jam .

Nurul Ayu said...

atika:: haha..yang tu pon banyak..

arc:: tau tak pa...dok ulang yang tu la tak abis2..

boyfriend