15.4.13

ESCAPE Penang

Hari Sabtu bulan lepas aku berusaha untuk membuat aktiviti luar, bukan terperuk aja kat opis dengan rumah mengadap laptop,mata pon dah berpinar aku rasa. So we are heading to Teluk Bahang Pulau Pinang yihaaa bersama 6 orang kawan yang baru dan lama kenal. Janji nya pergi 8 orang tapi sorang tercirit birit pulak makan nasi beriani. dan-dan la time nak tercirit pon kan..ehem

So pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke penang dan breakfast dekat seberang jaya, sampai kat Escape tu dalam pukul 10 lebih jugak,pung pang pung pang nak jual tiket kawan aku yang tercirit tu setengah jam jugak cari orang tak jumpa, geram pulak aku time kami dok beratur nak amik tiket tu ramai plak orang kan sekali bila kami dah amik tiket terus hilang manusia..=_= ohh tiket kami dah bayar awal-awal sebab kami beli dekat Groupon, murah uolss kalau pakai my card kena bayar RM48 tapi kalau beli kat Groupon cuma RM39, murah kan?murah kan?

Dah cari manusia tak jumpa jugak pukul 11 tu kami terus masuk. First pi simpan beg/henfon dulu mana yang patut.

tempat simpan beg dia best sebab sekali bayaq ja hang boleh bukak berapa banyak kali pon takdak masalah, tak macam setengah tempat bayaq lepas tu sekali bukak dah tak leh pakai. hampeh.



Ok game pertama kami main adalah ni.


Tubby Racer

Dia ala-ala hang naik pelampung atas gelongsor macam kat taman tema ayaq jugak cuma beza kat sini hang main atas bukit/tanah. Nak naik tu Ya Rabbi dah kena panjat bukit satu hal kena heret pulak pelampung besaq tu, koser ahh aku, naik sekali cukup.


Kontaktor sementara


Lepas tu kami gerak ke wall climbing, macam best dan memang best sebab dia punya wall tu siap ada ada tingkap, ada tayar,ada jaring ada tangga dan paling rare ada air conditioner. perghh kreatif la bagi aku.





bang selamat tak ni bang??saya dah la berat..


Lepas tu timenaik tu ada ayaq sembuq muka la, tetiba ada patung bergerak kt tingkap la.haha menjerit jugak la time tu sebab terkejut.

ni nama dia atan pebenda tah.haha aku tak ingat tapi ni macam bungee jump cuma dia ikat kt pingang dengan badan bukan dekat kaki lepas tu tak tinggi sangat..tak tinggi pon aku bukan nak naik pon..haha takot.


Ok kat atas ni la main game dia, panjat-panjat atas tali, ada 3 level setiap level ada 3 route. haa nak bagitau main satu route pon dah rasa macam penat gilaaaaa..=_=
Bagi aku best la sebab benda ni mengajar kita untuk :

a) tak takot pada tinggi, aku ni dah la gayat, memang takot la masa nak naik tu tapi once hang dah ada kat atas tu hang jadi macam tak gayat, mungkin sebab hang fokus untuk merentasi tali tu dari satu pokok ke satu pokok.

b) percaya pada tali tu, bila hang dah start percaya kat tali tu hang takkan rasa takot sebab tali yang ikat kat pinggang tu la yang akan sokong kita kalau kita jatuh.

c) survival, macam mana hang nak habiskan satu route tu sebab bila hang dah enter satu route there is no turning back. haa gitu. hang kena habiskan jugak kalau tak hang tak boleh balik. bergayut la situ sampai malam. haha

Aku main sampai level 2 tu pon sebab aku main 1 route ja untuk setiap level sebab tak sempat, ramai gila orang kami buang masa time nak beratuq tu ja.duhhh

Penat dia tu tak yah cakap la tapi sangat best sebab ada flying fox aku suka tang benda tu ja. hehe ye la dulu kemain susah lagi nak main benda tu.

kedai makan dia pon cantik tapi mahal tak yah cakap ahh..

ni gambor time menunggu.

ni macam nak sabotaj engineering student pon ada.hihi


kawan-kawan i yang semuanya single. ehh ye ke??

Menariknya kat sini kebanyakan pokok-pokok hiasannya boleh dimakan, seriusss macam ni ubi kayu, ada pokok pisang, serai.

pokok pandan

dan paling awesome time kita dok main tu ada ayam-ayam katik dok berkeliaran. OMG serius macam suasana kampung ala urban gitu. comel gila konsep dia.



paip ayaq yang unik.

last sekali camwhore kat kedai cenderahati.hihi

So sape-sape yang datang penang boleh la try pi escape ni tambah-tambah kat sapa yang suka bergayut dengan aktiviti lasak. Kalau yang bukan tahan lasak, penakut, tak garang, lemah lembut dan cantik macam aku baik toksah pi..hihi

Ok sampai disini saje, moge-moge ade yang menunggu next entry saye. ecewahh macam kelas sangat kau. haha

boyfriend