Penulis Blog Hitam Itu Bukan Putih

My Photo
gadis yang ingin kelihatan seksi dimata suami

15.4.13

ESCAPE Penang

Hari Sabtu bulan lepas aku berusaha untuk membuat aktiviti luar, bukan terperuk aja kat opis dengan rumah mengadap laptop,mata pon dah berpinar aku rasa. So we are heading to Teluk Bahang Pulau Pinang yihaaa bersama 6 orang kawan yang baru dan lama kenal. Janji nya pergi 8 orang tapi sorang tercirit birit pulak makan nasi beriani. dan-dan la time nak tercirit pon kan..ehem

So pagi-pagi lagi kami dah bertolak ke penang dan breakfast dekat seberang jaya, sampai kat Escape tu dalam pukul 10 lebih jugak,pung pang pung pang nak jual tiket kawan aku yang tercirit tu setengah jam jugak cari orang tak jumpa, geram pulak aku time kami dok beratur nak amik tiket tu ramai plak orang kan sekali bila kami dah amik tiket terus hilang manusia..=_= ohh tiket kami dah bayar awal-awal sebab kami beli dekat Groupon, murah uolss kalau pakai my card kena bayar RM48 tapi kalau beli kat Groupon cuma RM39, murah kan?murah kan?

Dah cari manusia tak jumpa jugak pukul 11 tu kami terus masuk. First pi simpan beg/henfon dulu mana yang patut.

tempat simpan beg dia best sebab sekali bayaq ja hang boleh bukak berapa banyak kali pon takdak masalah, tak macam setengah tempat bayaq lepas tu sekali bukak dah tak leh pakai. hampeh.



Ok game pertama kami main adalah ni.


Tubby Racer

Dia ala-ala hang naik pelampung atas gelongsor macam kat taman tema ayaq jugak cuma beza kat sini hang main atas bukit/tanah. Nak naik tu Ya Rabbi dah kena panjat bukit satu hal kena heret pulak pelampung besaq tu, koser ahh aku, naik sekali cukup.


Kontaktor sementara


Lepas tu kami gerak ke wall climbing, macam best dan memang best sebab dia punya wall tu siap ada ada tingkap, ada tayar,ada jaring ada tangga dan paling rare ada air conditioner. perghh kreatif la bagi aku.





bang selamat tak ni bang??saya dah la berat..


Lepas tu timenaik tu ada ayaq sembuq muka la, tetiba ada patung bergerak kt tingkap la.haha menjerit jugak la time tu sebab terkejut.

ni nama dia atan pebenda tah.haha aku tak ingat tapi ni macam bungee jump cuma dia ikat kt pingang dengan badan bukan dekat kaki lepas tu tak tinggi sangat..tak tinggi pon aku bukan nak naik pon..haha takot.


Ok kat atas ni la main game dia, panjat-panjat atas tali, ada 3 level setiap level ada 3 route. haa nak bagitau main satu route pon dah rasa macam penat gilaaaaa..=_=
Bagi aku best la sebab benda ni mengajar kita untuk :

a) tak takot pada tinggi, aku ni dah la gayat, memang takot la masa nak naik tu tapi once hang dah ada kat atas tu hang jadi macam tak gayat, mungkin sebab hang fokus untuk merentasi tali tu dari satu pokok ke satu pokok.

b) percaya pada tali tu, bila hang dah start percaya kat tali tu hang takkan rasa takot sebab tali yang ikat kat pinggang tu la yang akan sokong kita kalau kita jatuh.

c) survival, macam mana hang nak habiskan satu route tu sebab bila hang dah enter satu route there is no turning back. haa gitu. hang kena habiskan jugak kalau tak hang tak boleh balik. bergayut la situ sampai malam. haha

Aku main sampai level 2 tu pon sebab aku main 1 route ja untuk setiap level sebab tak sempat, ramai gila orang kami buang masa time nak beratuq tu ja.duhhh

Penat dia tu tak yah cakap la tapi sangat best sebab ada flying fox aku suka tang benda tu ja. hehe ye la dulu kemain susah lagi nak main benda tu.

kedai makan dia pon cantik tapi mahal tak yah cakap ahh..

ni gambor time menunggu.

ni macam nak sabotaj engineering student pon ada.hihi


kawan-kawan i yang semuanya single. ehh ye ke??

Menariknya kat sini kebanyakan pokok-pokok hiasannya boleh dimakan, seriusss macam ni ubi kayu, ada pokok pisang, serai.

pokok pandan

dan paling awesome time kita dok main tu ada ayam-ayam katik dok berkeliaran. OMG serius macam suasana kampung ala urban gitu. comel gila konsep dia.



paip ayaq yang unik.

last sekali camwhore kat kedai cenderahati.hihi

So sape-sape yang datang penang boleh la try pi escape ni tambah-tambah kat sapa yang suka bergayut dengan aktiviti lasak. Kalau yang bukan tahan lasak, penakut, tak garang, lemah lembut dan cantik macam aku baik toksah pi..hihi

Ok sampai disini saje, moge-moge ade yang menunggu next entry saye. ecewahh macam kelas sangat kau. haha

26.2.13

Nusajaya Johor Wedding

Bukak-bukak blog ni rasa macam nak ucap Hello world!!how are u today? ha gitu kekdahnya sebab apa nak ucap macam tu sebab blog ni macam duduk bawah tempurung, hidup segan mati tak mahu dah aku tengok.

Beberapa minggu yang lepas, I pegi Johor uols tahulah betapa aku merindui Johor and super duper like kalau pegi sana sebab dapat jumpa BFF.wihuuuuu Aku pi sana pon sebab ada kenduri kahwin Wanie. Wanie ni jiran bilik aku masa tahun 4 a.k.a my coursemate jugak cuma lain geng (kemain kau ada geng) kira rajin jugak la melepak bilik dia, aku ni muka tak tau malu bilik entah sapa-sapa pon aku bedal ja melepak lepas tu bersembang pakat lawan mengutuk sambil minum teh O buatan Hajar dengan Nora, memang heaven lah time degree. hahahah

Ok nak dijadikan cerita tetengah nak update entry ni gambar-gambar yang kami amik semua dalam pendrive bapex. Ya Allah marahnya aku kat diri sendiri so terpaksa cilok gambar yang dah di upload oleh bebudak ni kat facebook. haishhh la ayu.


Wanie dan Yun semoga berbahagia sampai syurga..ewaaahhh

Haa yang time adegan nak baling bunga rampai dengan jirus air mawar, amboi dah macam makcik-makcik dah aku rasa. Sebenarnya ni first time aku menepung tawar ni sebab kalau kat Kedah memang jarang buat sanding, jarang sesangat sampai ni first time aku buat sepanjang aku hidup 21 tahun ni ehh 24 tahun. haha

 wajib amik gambar sesama coursemate, ni hanya 1/5 kot dari batch aku, punya ramai kalau nak sumbat sekali pon tak nampak rupa.


Keesokan paginya kami pi Nusajaya/Legoland yewhuuuu kemain la padahal tak masuk main pon, pi tangkap gambar depan gate masuk ja..haha

 Oleh sebab hari hujan maka amik gambar pon dari jauh, haram tak cantik langsung gambaq amik time hujan, dah tu muka aku macam nak bagi penumbuk.

 Ni dekat nusajaya, ada satu kedai hello kitty, semua barang nak hello kitty.
Paling tak munasabah harga hanger hello kitty sampai RM79. hanger ja kot balut dengan kain gambaq hello kitty. gila apa harga lebih kurang sama dengan baju kurung. pftttt

bawah ni ada cafe hello kitty.

Ingat tak katon Lat?? haa kat sini ada macam kedai makan yang bilamana kita dok sedap menjamu selera ada watak-watak dalam cerita Lat ni akan entertain kita,suasana pon dia buat macam dalam cerita tu kira macam makan sambil tengok teater gitu. sound nice kan tapi harga dia.ermm tak payah cakap lah.

pintu masuk

Kanak-kanak yang teruja

makcik-makcik yang meneman terima kasih sebab sapot duit minyak. hehe


Ada lagi gambar kat nusajaya ala-ala model gitu tangkap gambar berlatar belakangkan bot-bot mewah. haha tapi scene macam tu kat penang boleh dapat dah. Sebijik macam street quay dah aku tengok. 

Lepas ni nak pi lagi sana sebab time aku pi ni macam tak dak apa sangat, banyak yang tak siap lagi. Alang-alang boleh pi legoland (kalau berduit). Ok next week nak pi Escape Penang pulak, tengok ler kalau rajin update la aku kat blog ni. Btw tiket beli kat Groupon. Murah uolss apa lagi pergi serbu cepat. =P





25.1.13

Kekasihku di Menara Gading

Banyak sangat benda nak cerita ni tapi tu lah masa tak mengizinkan..Kalau diizinkan pon sebok ja layan twitter dgn instag. Apa?Facebook? It's like so yesterday la beb. haha kemain kau kan apa-apa update terbaru pon kau tengok facebook jugak.

Dah kerja ni malas pulak aku nak update sentiasa, life tak macam dulu dah berjalan ja memanjang. Sekarang dah masa untuk melangkah ke alam yang lebih dewasa. ececehh macam tahi.

Tunggu lah lepas ni ada la update dari aku kot. Benda nak update tu banyak tapi malas dengan mood nak update tu takdak. Ni pom tumpang online kat opis sebab orang dah balik, kalau aku balik kat rumah kena update pakai data phone. Kedakut aku ni nak online pon pakai tenet opis je sekarang.haha


Amacam colour baru blog aku? ada macam nak mintak penampar tak? haha



Akhir kata jangan lupa beli perfume saya. muahahahaha



16.12.12

Perfume for Men

Amboi lama bebeno gap nak update antara perfume for women dgn for men. Busy la katakan..kemain!

So hari ni nak update perfume just for Men. Kalau ada kakak2 adik2 yang nak beli untuk cik abang pon boleh jugak sebagai hadiah tanda tulus ingatan..gitewwww

Harga sangat berpatutan hokehhh..


Tommy Tommy Hilfiger
 EDT

50ML = RM50
100ML = RM70 

Aqva Pour Homme Bvlgari  
EDT

50ML = RM50
100ML = RM70

Bvlgari Man Bvlgari 
EDT


50ML = RM50
100ML = RM70

 1 Million Paco Rabanne
EDT


50ML = RM50
100ML = RM70


212 Men Carolina Herrera 
EDT

50ML = RM50
100ML = RM70

 212 Sexy Men Carolina Herrera 
EDT

50ML = RM50
100ML = RM70

 Adidas 3 Man Adidas

50ML = RM50
100ML = RM70

 Allure Homme Edition Blanche Chanel
EDT


50ML = RM50
100ML = RM70

 Aramis Cool Blend Aramis
 EDT

50ML = RM50
100ML = RM70

 Armani Attitude Giorgio Armani
EDT 

75ML = RM70

Burberry Brit For Men 
EDT

50ML = RM50
100ML = RM70

 Burberry Summer 
EDT

50ML = RM50
100ML = RM70


Jika ada perfume lain yang korang nak tapi takdak kt entry blog ini, tanya saja InsyaAllah perfume yang korang nak tu ada cuma aku tak display sebab nak up sekali gus memang tak larat.

PM aku kat fesbuk : https://www.facebook.com/sakurarobins
DM aku kat twitter : https://twitter.com/AyueRobin
Email aku kat : sakurarobins@gmail.com

Sekian terima kasih..jemput membeli..=D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Pewangi Mulut

Menjual perfume gred AAA

-Diimport dari Dubai.
-Kotak, botol dan cara pembungkusan luar dan dalam adalah sama 100%
-Kualitinya 90% sama dengan original perfume itu sebab dia murah.
-Bau tetap sama dengan original.

Kadang-kadang orang claim perfume tu original tapi reject la apalah tu sebab murah, tapi macam mana korang tau itu adalah perfume original??sedangkan korang beli kualiti triple A tapi harga lagi mahal dari sepatutnya. So aku bersikap jujur disini sebab aku nak jual murah, kalau nak lagi best aku ada promotion sebab aku baru bukak kedai. mihmihmih

beli 2 botol perfume dapat 10% diskaun
beli 3 botol perfume dapat 15% diskaun

*penghantaran adalah PERCUMA*

PM aku kat fesbuk : https://www.facebook.com/sakurarobins
DM aku kat twitter : https://twitter.com/AyueRobin
Email aku kat : ayuerobin@yahoo.com

Kalau perfume yang anda inginkan takdak dalam display blog ini hanya pm/dm aku.. InsyaAllah ada stok..=D