20.5.14

Lamanya tak update

Rasa macam lama sangat tak update blog buruk ni, tiba-tiba rasa macam rindu menjengah nak update mungkin sebab life asyik mendatar ja jadi takdak apa yang boleh dijadikan bahan cerita.Lagi satu sebab kekangan masa, padahal takdak la busy mana pon kerja ni, balik kerja main Clash of Clan tak pon tengok Running Man lepas tu pukul 10 dah mengeroh dah. Bila pikir-pikir balik nak ja balik zaman universiti dulu, penat study tapi enjoy.

Sekarang aku masih lagi makan gaji kat kilang first job aku dapat, tak rasa nak move on pon, kot nak keja kat KL ka singapore ka langsung tak dak. Kulim ni walaupon tempat manusia kena buang negeri tapi aku rasa selesa dekat sini. Tak tau pasaipa, mungkin sebab family pon banyak kat sini, kang kalau aku keluaq dari negeri ni leceh plak nak balik beraya bagai ye dak.

Mungkin aku kena cari benda yang boleh bagi excitement dalam life aku, travel contohnya tapi tu la duit takdak pon tak excite jugak bro, merana jugak kang hujung bulan. kah kah kah

Akhir kata, tujuan aku update ni adalah nak menunjukkan aku ada lagi dimuka bumi ini cuma nak update benda-benda merapu macam dulu dah tak boleh dah. Ye la umur dah 26 tahun dah, cuba untuk post benda-benda yang berfaedah sikit. K sayang babai uolls.


boyfriend