30.12.11

Babai 2011

Semakin hari kita semakin tua, normal lah tu kalau kita semakin hari semakin muda itu bermakna kita dah jauh dari norma kehidupan. Aku tak suka sebenarnya bila tahu kita nak sambut tahun baru sebab bila kita melangkah ke tahun 2012 ni umur aku dah jadi 24 tahun. aduhh dah tak remaja dah la.

Ok lupakan sebentar perasaan tua tu. mari kita imbau balik apa yang berlaku pada aku sepanjang tahun 2011 ni. Tahun 2011 adalah tahun/semester terakhir aku kat UTM, hoi aku ni sayang sangat kat utm tau walaupon pelbagai onar yang berlaku tapi tetap rasa UTM dihati. Alhamdulillah aku grad on time.

Lepas tu paling tak boleh lupa my best friend bertunang. happening betol, dia yang nak bertunang kami pulak yang rasa busy. heheh ni lagi sebulan beliau nak kahwin dah!! Tahniah Hanak. =D

Tak boleh lupa jugak yang aku jadi penganggur untuk beberapa bulan. ehh sebulan ja kot lepas tu aku lari balik UTM kerja dengan Dr. Siti. haish rindu pulak kat boss lama. Ohh baidewei bekas boss aku pregnant anak ketiga sekarang. Tahniah Dr. semoga liku-liku morning sickness tu dapat dihadapi dengan tabah.

Hampir 4 bulan jugak la kerja dengan Dr. Siti, aku dapat tawaran untuk kerja kat Kulim. Bukan sebagai chemical engineer lah. macam tak layak ja aku jadi chem engine. hew hew hew berhijrah la aku dr Johor ke Perlis untuk training kat sana. Minggu pertama ja stress lepas tu heaven gila honeymoon. haha siap melancong ke Langkawi lagi. Amboi "melancong" kau macam jauh pulak kan.

Tu ja kot secara ringkas dan kasar rentetan hidup aku 2011, nak tau lebih-lebih sila tekan older post. tak best mana pon tapi semakin kita meningkat dewasa ni kita semakin cuba untuk mematangkan diri sendiri dan pemikiran kita, ya itu yang aku cuba lakukan.*ecewah matang tak ayat aku? sila angguk lelaju.

Semoga 2012 ni akan menjadikan aku lebih baik dari sebelum ni. InsyaAllah.

16.12.11

Makcik Attitude

Peristiwa ni berlaku kelmarin.

Sebenarnya aku tak cadang pon nak update blog tapi bila pikirkan peristiwa ni aku terasa nak update pulak. Ni kira macam mengata jugak la, ke macam memberi nasihat atau ikhtibar ke macam mana? ahh lantak la kita bukan boleh halang apa yang orang nak pikir ye dak? semua orang boleh bagi pendapat cuma kita sendiri yang akan menilai baik buruknya sesuatu itu. ecewahhh macam dokter falsafah dah aku rasa.*sila angguk lelaju

Kelmarin aku pi cari rumah sewa dengan rakan-rakan sekerja aku, sebab diorang akan start sewa rumah bulan 1 ni. aku pon sesaja la ikut dari dok rumah bosan tengok cerita indon kan.

Ok bla bla bla bla..dipendekkan cerita kami nampak ada makcik ni tengah dok basuh halaman rumah dia so kami pi la tegur dia, mana tau kot-kot dia tau ada rumah sewa ka tak kat kawasan perumahan dia tu. Lalu perbualan pon bermula.

Kami : "Assalamualaikum kak." aku panggil dia kak sebab dia bukan la tua mana pon anak dia baya anak sedara aku ja.

Makcik : "Walaikumsalam"

Kami : "Akak tau tak kot-kot ada rumah sewa dekat area-area ni"

Makcik : "Selalunya kalau kita tengok rumah tu ada letak iklan untuk disewa, memang dia nak sewa la. kalau takdak tu kita paham la dia taknak bagi sewa. selalunya kita paham macam tu la kan"

Kami : "Tu la kami nampak banyak rumah kosong tapi takdak iklan. mana tau kot tuan rumah tu ada tinggal pesan atau no fon untuk orang nak sewa ka."

Makcik : "Takdak pon tapi kat sini-sini ni ada la orang nak cari budak untuk sewa bilik itu pon kalau awak tahan la, kalau awak jenis tak kisah berkawan dengan orang-orang yang attitude nya balik rumah sampai pukul 2 pagi"

waktu ni aku dah rasa lain macam dah aihh makcik ni tetiba masuk bab attitude ni pasaipa?

Kami : "Owh tak kami kalau boleh nak duduk rumah dengan colleague kami ja sebab kami pon dah 4 orang"

Makcik : "Ha macam tu xpa la. ni yang sebelah rumah ni pon ada nak cari orang utk sewa bilik, tapi tu lah kalau awak boleh masuk dengan orang yang attitude macam tu ok la. yang sebelah ni ok lagi tapi lebih kurang sama jugak la. yang belah sana tu lagi teruk"

Perghhh..mulut makcik ni bole tahan

Makcik : " Awak ni student ka?"

Kami : "Ehh tak kami dah kerja, nanti bulan 1 kami start keja kat sini tu yang cari awai ni"

Makcik : " Ohh kerja kat mana?"

Kami : "Kat ********"

Makcik : "U all keja apa engineer??"

Kami : "InsyaAllah harapnya begitulah"

Makcik : "So i agak u all takdak la masalah macam ni la sebab orang yang berpelajaran ni attitude mesti bagus lagi"

terus guna I U tak tahan tu..=.=

Makcik : "Nanti I tanya kawan-kawan I mana tahu kalau diorang ada contact rumah sewa. Amik no I ni 01*******"

lepas tu dia masih lagi membebel pasal attitude.

Kami : "Akak nama apa ekk"

Makcik : "ohh sorry, nama I kak midah (bukan nama dalam IC)..U boleh save kak midah tessel."


Aku dalam hati what the h makcik??perlu ka bagitau tessel tu? sebenarnya aku nak tanya makcik tu eja tessel macam mana tapi kang nampak tak berpelajaran pulak so aku diamkan aje. LOL

Makcik : "Nanti U mesej ja tak payah call pon takpa sebab takut waktu tu I busy ka, lagi satu before U mesej tu, U should introduce yourself la U ni sapa, dari mana,tujuan U mesej sebab I jenis tak entertain orang yang I tak kenal ni"

Aku dengan kawan aku pon mengangguk je la. dalam hati ni hanya tuhan ja tau betapa annoying nya aku dengan makcik ni.

Kami : "ok xpa la kak kami beransur dulu, terima kasih banyak-banyak ehh"


Makcik tu serius sinis, cara dia cakap nampak macam memang meluat betol dengan jiran dia tu. Aku tak kisah pon dia nak meluat ka apa ka, lantak pi kat dia la tapi dia tu sebenarnya tengah mengaibkan orang. aku kalau makcik tu biasa-biasa kekampungan pakai tudung itik ja tak pa, ini dia membawa imej seorang muslimah yang pada mulanya aku ingat beliau adalah seorang ustazah, siap tulis lagi kat belakang kereta dia Akademi Al-quran ka As-sunnah apa tah tetiba dia nak mengutuk jiran dia yang kami langsung tak kenal tu. paham tak perasaan aku masa tu??rasa nak bnuh diri tahu??


Fine kita fikir positif la kan mungkin dia nak menasihati atau memberi amaran kat kami-kami yang pada mulanya dia ingat student ni tapi tak perlu la dengan gaya yang sinis, muka meluat dan cara percakapan macam tu. serius makcik, sebenarnya attitude makcik pon bukanlah bagus sangat. Apa makcik tau ka budak-budak tu balik lambat sebab apa? mana tau dia kerja shift ka? ataupon kerja overtime sebab nak cari duit untuk tampung duit belajar ka. Lagipon apa point makcik nak bagitau kami? lebih eloklah sekiranya makcik pi tegur sendiri budak-budak tu jika makcik rasa budak-budak tu salah dan bukannya mengata belakang macam ni. Kemon la makcik kata orang terpelajar???

Dan aku rasa makcik tu tak baca pon blog aku ni sebab dia kan orang terpelajar. gila kau orang terpelajar baca blog aku, aku ni eja "tessel" pon tak reti. Inikan pulak nak post benda ilmiah. kita dah besar kan pandai menilai baik buruknya. mungkin makcik tu sekadar menasihati aku tapi aku yang tersalah tafsir siapa tahu kan?


Tapi dalam kepala otak aku memang dah set "serius kerek makcik tu"..


dan untuk penyewa rumah bujang(anak dara). kita sebenarnya jadi perhatian orang disekeliling, kita balik lewat malam, cakap kuat-kuat, rumah bising gila, halaman rumah bersepah. semua tu memang jadi bahan umpatan. kalau anak bujang lelaki takpa tapi kalau perempuan, hoi kau jangan la buat silap sikit pon memang habis la satu kampung tau kau tu pengotor, teruk gila, not virgin anymore dan macam-macam lagi lah. Memang tak sesuai langsung buat menantu kau nyah. So pengajaran untuk diri sendiri jugak pandai-pandai lah jaga attitude diri. ya attitude.

k lah bai dah nak muntah dah aku taip word attitude ni. =.=

12.12.11

like i care?

please don't act like you know me.
the thing is you don't!!

7.12.11

Akhirnya P dalam genggaman

Kalau ikutkan cerita aku nak amik lesen ni sikit punya payah. orang lain sat ja pon amik lesen tapi aku ni sampai berbulan-bulan, dah tu duit yang aku laburkan macam aku amik lesen kereta dengan motor padahal aku amik lesen kereta ja pon. punya binawe la dia punya lama. pfttt.

Bermula dari Institut bangang kat johor tu sampai la aku kena amik test JPJ dua kali kat sini. hoi serius lah test 3 penjuru tu berhantu. First test punya terer aku naik bukit dengan jayanya, masuk side parking dengan gahnya tapi tetiba 3 penjuru macam haram pulak tiang tu boleh jatuh. bongok apa wei angin tolak kot!  perghh kuat tak kuat la kan angin tolak sampai tiang tu jatuh padahal aku yang pi sondol. damn! waktu belajaq aku terer gila kot tapi tulah bila dah riak ni tuhan nak tunjuk la sikit yang kita ni tak selalunya berada diatas. #insafmode

Aku punya test jalan raya pulak boleh sengal aku tak ingat jalan. nasib la abang JPJ tu baik, tanya aku nak pi mana sebab aku sepatutnya ikut jalan B tapi aku macam nak pi jalan C. haa menggelabah mak enon kau terus tutup signal, mata mencerlung tajam kearah jalan, peluh jantan dah memercik walaupun duduk dalam ekon. cuak takot fail. lepas tu sampai trafik light lagi sekali aku gelabah, hampir mati enjin jugak la sampai abang JPJ tu cakap. "rilek-rilek start enjin tu balik"..aku pon jerit "Ehh enjin tak mati la" saja aku kuatkan sikit suara bagi dia pasti yang enjin tu tak mati sebenarnya. fuhh nasib dia dengar suara aku. memang lah dengar sebab aku menjerit kuat gila. lantak la! yang penting aku kena lulus test ni sebab test 1 tadi dah fail. Habis ja test aku macam nak meloncat cium abang tu sebab markah aku "eat enough" (baca: cukup makan) 17/20 ahh janji lulus sudah.

Minggu depan tu pulak aku pi second test untuk bukit,parking dengan 3 penjuru. Dan nak jadi cerita aku calon last sekali lepas tu enjin aku mati dekat 3 penjuru jugak. badigol sungguh, aku pulak selamber ja start enjin balik pastu keluaq buat tak tau. Dan aku lulus. keh keh keh ada jugak la dialog-dialog dengan abang JPJ kat situ tapi terpaksa dirahsiakan. kang tak memasal aku punya lesen kena tarik balik.  hohoho ohh tidak! aku tidak akan biarkan ianya berlaku.



Tadaaaa dah setel aku punya lesen. baru amik tadi. Sila ucap bergunung tahniah kepada aku. Excited kemain sampai update blog ni. 


Ok nak pi packing barang, esok nak pi Putrajaya ada company dinner kat sana. fully sponsor duduk kat Hotel Pullman Putrajaya. hamagadddd sila google sekarang!!

bai

3.12.11

Filem Ombak Rindu

semalam pegi tengok filem ombak rindu. hoii ramai gila kot makwe-makwe pi tgk sampai beratur nak masuk wayang tahu. Tu tak campur dengan golongan pakwe-pakwe yang terpaksa mengikut kehendak awek, termasuk jgk la dengan encik buncit. redha ja aku nak tgk filem tu.haha 

Aku sebenarnya dari minggu lepas lagi nak tgk puss in boots tapi disebabkan Ombak Rindu keluar so gedik-gedik pulak nak tgk filem adaptasi dari novel fevret aku tu. macam biasalah kalau dah nama tengok cerita cinta dengan encik buncit ia takkan jadi cerita cinta tapi cerita lawak. memang tak boleh nak feelinglah!

Apa-apa pon bagi aku Ok la cerita tu cuma bagi aku macam apasal sikit-sikit nak cut-shot, baru nak feeling-feeling tetiba masuk scene lain dah. lepas tu kan si izzah tu, awat pakai tudung macam tu? budak kampung sekarang freehair tahu? pon tahu bergaya apa at least kemas sikit. tapi orang kalau dah cantik pakai apa pon cantik ye dak?

Lepas tu kan awat tah aku rasa nak gelak dengan dialog si izzah tu. ke aku ja yang perasan yang dialog dia sangat ................*bunyik cengkerik! yang si Dato' Sufiah tu pulak amboi tak boleh nak pelat lagi bahasa kau, rasa nak lempang pon ada dok cakap BM sleng BI. cakap elok-elok sikit tak boleh ka??Lagi satu si Mila tu ya rabbi marah dia lebih pada singa dok terjerit-jerit macam orang gila. sumpah annoying!

Ok aku pon annoying jugak dok komplen-komplen. banyak sangat cekadak hang pi jadi direktor lah ayu oii!!!

apa-apa pon baca novel lagi best dari tengok filem. hoho mungkin aku rasa diorang patut buat drama siri untuk cerita ni baru plot dia berkembang dengan baik kot, takdak la rasa macam cepat sangat. durasi masa 2 jam tu tak cukuplah untuk cover satu novel yang meletop ni.

sekian dari pengkritik filem tak bertauliah masa kini. 

k bai.

boyfriend