30.7.11

KL Hamster

Bila usia makin menginjak dewasa ni rasa penyayang tu makin membuak-buak. amboi macam sebelum ni tiada sifat penyayang pula tapi tu lah macam yang aku cakap tadi "membuak-buak", dengar macam over tapi tu lah hakikatnya.

Aku dengan ana talib sekarang dah ada baby baru, bukan la bermaksud aku mak, dia bapak kang orang salah anggap kami ni lesbo pulak. bukan,bukan.. aku baru beli hamster tadi, murah saja. kemain tau aku suruh hamster aku panggil mami kat aku. buat masa ni maybe dia tak pandai cakap lagi. maklum la kecik lagi nanti dah besar sikit tahu la dia nak menjerit mintak makan. ehh hamster tahu menjerit ke?

Hamster aku nama Aidil Zafuan, amik kau taknak kalah tau nama hamster aku, kalau tak aku nak bagi nama amirul hadi tapi macam panjang sangat, kalau bagi nama kunalan kang kecik hati pulak hamster aku. tetiba tadi aku nampak mamat jaga kaunter karoke kat Giant U-Mall tu sebijik macam muka kembar Aidil dengan Zaquan.serius aku tak tipu tapi muka versi kecik sikit. perghh terus letak la nama baby aku Aidil Zafuan. comel kan aku? Ana Talib bagi nama Baby kat hamster dia, nama tak komersial langsung, kasik la nama Rita Rudaini ke best la sikit kan, kan, kan. hehe

Dah beli tu aku semangat la call Buncit cakap dah beli hamster. Reaksi dia macam ni........


"hmm ya la.."


pergh mamat ni taknak teruja sikit pon. geram betol aku. lepas tu suruh aku tengok video KL Hamster. apa jadahnya KL hamster pulak nih? Sikit pon takdak nilai kebapaan tau. cuba la rasa awesome sikit dengar awek bela hamster.


Sampai ja bilik terus bukak you tube search "KL Hamster"


okey! comel sebenarnya budak-budak ni. budak mana ni ha? kreatif betol.


Sekarang dah ada teman baru kat JB. takdak la rasa sunyi lagi, bosan-bosan boleh tengok Aidil. alololohh cumelnya. esok Aidil dengan Baby duduk dengan Mama Ana tau Mami nak pergi dengar ceramah KPP. dari pagi sampai petang, kalau ada makhluk berbulu berbadan besar datang jangan bukak pintu! tu mesti nak menyamar jadi Mami la tu.

29.7.11

Harimau Malaya tetap dihati

Syabas Harimau Malaya, walaupon kalah berjuang kami tetap berada dibelakang anda




tetapi aku akan sentiasa berada disisi Kunalan dan juga Amirul Hadi.


ok la tu sebelah kiri aku Kunalan sebelah kanan aku plak Amirul Hadi.



keh keh keh



yang dok kutuk-kutuk Malaysia tu sila tukar warganegara Singapore sekarang! tu pon kalau dia nak terima, aku rasa dia hanya terima pakcik tua ganyut yang boleh main bola sepak sambil berlakon sakit sembelit.



mood*sedang mengubat hati yang lara


header itu biarlah dahulu, walau tidak menjadi kenyataan tetapi ia tetap mimpi yang indah. :')

28.7.11

Harimau Malaya

Bangun pagi ni lagak aku persis seorang gadis metropolitan, belom berus gigi lagi dah tercangak depan lappy bukak fesbuk, memang makanan ruji aku lah ni. Balas komen artis sedas dua, then aku ternampak ARC13 update blog, so terus tekan laju-laju.


Ya kalau tengok header aku yg baru ni haruslah aku copy dari beliau. kalau nak harap aku buat header memang haaraaaaaaaaaaaaammmm. Ni sebagai tanda sokongan aku kepada skuad harimau malaya, walaupun aku tau takdenye kunalan ke amirul hadi ke safee sali nak tengok blog aku tapi at least aku menunjukkan jugak yang aku menyokong Harimau Malaya untuk terus maju malam ini. Wohaa!

 kan best kalau boleh pegi sokong kat stadium. =(


Aku punya debaran ni kalau korang nak tau dari hari Sabtu hari tu lagi aku dah rasa, punya berdebar nak menanti malam ni. aku pulak yang risau lebih, makan tak cukup,tido berdengkur, mandi tak sabun. nampak tak punya berdebar tu. haishh


Semalam pulak sikit lagi aku nak lancarkan perang saudara dengan buncit sebab dia cakap dia pegi tengok bola kat stadium. Waklu! tak macam aku hangin pulak kan, hari tu kata tak mau pi, beriya la aku nak suruh dia bawak aku tengok game malam ni dia kata tak mau. Selamat tiket dah habis so perang dingin tak dapat dilancarkan. haha jangan memain kang aku amuk apa satu pon tak dapat. Hari sabtu hari tu pon aku dah nak amuk dah sebab ikut sedap mulut dia ja nak mengata kat skuad harimau aku. heii memang ni makan diaaa. Malam ni aku tengok kat N24 ja mintak-mintak la bukak kalau tak bukak memang sekali dengan cafe tu aku telan.

Serius memang aku berharap Malaysia dapat main dengan baik malam ni. Aku tengok plat kereta singapore kat JB ni pon dah kecik besar kecik besar dah. rasa nak pancitkan tayar pon ada. punya keji. 

Berpantang ajal sebelum maut, berpantang kalah sebelum berjuang.


Go skuad harimau!

25.7.11

Mencari yang hakiki

Kugenggam bara itu
biar ia menjadi debu
yang kian menjadi lesu
dimamah angin yang menderu

bukan ingin ini terjadi 
tetapi ia seakan hakiki
yang bisa buat aku menangisi
segala yang terjadi

izinkan aku membuka hati
menjelajahi sekalian mimpi
bukan ingin menolak realiti
tetapi ingin memahami kembali
segala yang terjadi.

22.7.11

Filem Transformers 3

Ya aku tau aku dah lambat dan sepatutnya aku tak payah post pon tak apa. aku dah taip entry ni dari minggu lepas lagi tapi sebab busy (busy ke?) so tertangguh-tangguh la sampai ke minggu ini. Hoyeah. cerita ni memang awesome beb. kalau korang rasa nak tengok cerita merepek-repek yang lain tu, aku nasihatkan tengok cerita ni dulu. hehe cuma satu la yang aku tak puas hati dengan cerita ni.



NO MORE MEGAN FOX!


Bila megan fox takde aku rasa cerita ni tak complete. sepanjang cerita tu kot aku dok mengeluh where the hell is megan fox? eceh kemain speaking amarika. haha pelakon yang ganti megan fox tu. ya bibir dah seksi, badan hot, bontot cantik tapi bagi aku sangat tak boleh lawan Megan Fox yang cun habis tu. even aku yang pompuan pon boleh jatuh hati pada beliau tahu?


Kalau orang tanya aku benda apa yang aku tengok kalau aku menonton movie. kalau ikutkan aku melihat pada jalan ceritanya dan jugak aksi-aksi yang ada dalam movie tu. Macam tu jugak la aku tengok Transformer ni, kalau nak ikut logik akal. memang dah tak logik langsung dah weh. asalkan jalan cerita menarik dan jugak aksi yang superb cantik dan best gila. dah cukup dah untuk aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. 1 bintang hilang sebab heroin tak best, boooooooo..


Yang buat aku lebih teruja adalah bila mengatron pakai pashminar. pandai megatron bergaya tahu. o.O



Satu je aku nak pesan kat makcik-makcik atau pakcik-pakcik kat luar sana.

TOLONG KAWAL ANAK ANDA SEMASA FILEM SEDANG DITAYANGKAN KALAU DAH RASA TAK BOLEH NAK KAWAL ANAK ANDA BELI CD DAN TENGOK KAT RUMAH JA. NGERTIK!!

budak 1: aku cop robot yang besar.

budak 2: ahh kau amik yang kecik aku nak yang besar. (sambil ketuk-ketuk kerusi aku)

budak 1: takde-takde kau lagi kecik dari aku, aku amik yang besar kau amik yang kecik tu. (memekak sebelah telinga aku)

budak-budak ni aku nampak kecik besar kecik besar je. kang ada jugak aku sunat sekor-sekor kang.

21.7.11

Tak mau kawan sudah.t**** hang sebelah

Tengah aku sesaja baca entry contest Dr. Siti tu membuatkan aku teringat kat satu benda yang selalu aku sebut-sebut masa kecik-kecik dulu.

Ye la masa kecik-kecik dulu kan memang suka berkawan, ada kawan kat sekolah, kawan kat rumah, kawan lelaki, kawan pompuan, kawan pondan (eyh?) dan bermacam-macam lagi la. so bila suka berkawan ni konfem la ada gaduh-gaduh sikit. Selalunya akan bergaduh bila ada manusia yang tak puas hati dengan game ataupon pihak lawan tidak dapat menerima kekalahan. aku selalu menang (*muka riak sambil angkat2 kening) so orang tak puas hati. ahh apedehal?

Lepas tu gaduh-gaduh. waktu tu mula mulut masing-masing macam puaka takdak sivil.

"Apa ni hang main tipu! asyik hang ja menang"

"Hang yang tak terer."

"Tak mau ahh kawan dgn hang!"

"Ahh..Tak mau kawan sudah,
nama hang dollah.
tetek hang sebelah"

nama budak ni bukan dollah pon tapi tetap cakap nama dia dollah sebab bila nyanyi baru dengar ritma lagu dia tu sedap. ha kemain kau siap berlagu lagi

So tak kira la laki kata kat pompuan ka, pompuan kata kat laki ka. Nama dia abu ka ana ka sameon ka memang aku balun cakap tetek hang sebelah. hahaha




Bila aku pikir-pikir balik cuba kalau dah besaq gajah ni dok gaduh-gaduh dengan orang cakap macam tu.

sumpah maluuuuuuuuuuu...


aku tak pasti la kat kawasan korang ada tak cakap macam ni. ke aku dengan kawan-kawan je cakap macam ni. serius tak tau kata benda ni lucah dowh.. haha



20.7.11

Andai aku pergi dahulu

A: "Kalau saya pergi dulu sebelom awak macam mana??"

B: "Saya ikut belakang la..biasa la ladies first kan"

A: "Awak ni kan!!"

B: "Hehe..Siapa pergi dulu pon saya redha tapi dalam hati saya tetap akan rasa sedih. Andai awak pergi dulu, awak tunggu lah saya kat sana, kalau saya pergi dulu Insyallah saya akan tunggu awak kat sana sampai bila-bila"

14.7.11

Aku mahu jadi anak kecil


Aku mahu jadi anak kecil
yang punya cita-cita besar
yang punya hati yang tegar
andai jatuh dan menangis
mampu untuk bangun kembali

Aku mahu jadi anak kecil
hanya perlu bermain
hanya perlu mengetahui
andai terluka
mampu untuk melupakan isi hati



aku penat
penat dengan masalah dunia.
bila aku senyum tak bermakna aku gembira
bila aku diam tak beerti aku kalah
cuma aku penat
serius aku penat




aku mahu jadi anak kecil

8.7.11

Pisang Lembik

Hari tu entah bila aku dah lupa,keluar la kejap dengan member aku dua orang ni (nama terpaksa dirahsiakan haha). masa kami keluar tu ada la nak dekat pukul 5.00 ptg, waktu-waktu macam ni kalau kat rumah ada suami mesti wajib buat air teh dengan kuih karipap ke ketayap ke lepas tu duduk depan rumah sembang-sembang dengan suami. dalam bahasa mudahnya minum petang la. so stop la kejap kat tepi jalan nu nak beli pisang goreng.


Kawan aku yang keluar pegi beli, masa tu ada la mamat-mamat jual air lepas tu ada makcik jual benda-benda goreng ni.

Kawan : bagi pisang goreng 2 ringgit.

Mak cik : ok. jap ye dik.

Kawan : (sambil belek-belek pisang) ala semua pisang keras ke, saya nak pisang yang lembik-lembik sikit baru sedap.

Mamat : Aihh orang semua nak yang keras, dia nak yang lembik plak.

Habis makcik sekali dengan mamat-mamat kat situ gelak macam nak makan penampar. kemain lagi nak bergurau kan bang. nasib aku tunggu dalam kereta kalau aku ada kat situ konfem aku buat kerut-kerut dahi tanda tak paham.

korang paham tak? tak paham sudah.

Kerja atau sambung belajar?phd atau ptd?

Perjalanan hidup aku senang ja kalau aku yang boleh aturkan. Aku mahu yang biasa-biasa.. Sekolah rendah belajar ABC 123 lepas tu masuk sekolah menengah banyak main dari study lepas tu terus masuk U pilih kos memasak. Kawin dengan orang biasa-biasa, muka biasa-biasa harta biasa-biasa, tak banyak songeh, hati gembira dan bahgia. Lepas geli-geli, dapat anak sepasang sorang laki sorang perempuan. comel tak yah cakap lah sebab ikut muka aku kan. Lepas tu didik anak aku sampai diorang tahu cari duit sendiri. aku cukupkan amal ibadat, masuk ustazah pilihan,  taat pada suami, puasa penuh, solat 5 waktu sehari semalam. kalau dia nak kawin lagi satu izinkan aja, janji aku mati dulu dari dia. dah cukup tak mau lebih-lebih.

Masalahnya hidup macam tu kau boleh dapat dalam mimpi atau pon dalam drama ja, itu pon belom tentu lagi kau mimpi sampai kau mati. mesti akan ada konflik-konflik sikit dalam hidup kau lepas tu kau akan terjaga dari lena yang panjang.

Ya aku sedang bermimpi untuk hidup macam tu yang mana Allah tidak akan biarkan umatnya untuk tidak diuji.


Macam aku sekarang ni terbongkang depan mata 2 pilihan ni. nak sambung belajar atau nak kerja. hoihh susah tahu nak buat keputusan ni. letih aku memikirkan masa depan yang tak pasti. kalau sebelum ni aku hanya ikut saja flow kehidupan aku. Lepas sekolah rendah aku dapat tawaran masuk sekolah Ibrahim dengan Sultanah Asma. pilih antara dua, dan yang pasti aku masuk yang murah sikit kosnya sebab aku pon bukannya dari golongan yang ada-ada. Lepas tu masa form 3 kena decide nak masuk aliran sains, kejuruteraan ataupun sains sosial. Cita-cita aku dari tadika terpaksa terkubur begitu saja sebab result pmr cukup-cukup makan (5A) untuk masuk aliran kejuruteraan. Cikgu yang aturkan so aku ikut ja. org lain merayu-rayu mintak masuk sains hayat. aku redha dengan apa yang ada.

Masuk matrik, yes masa tu aku takyah pilih dah memang aku hanya boleh amik aliran sains fizikal sahaja. lagi sekali aku ikut ja flow kehidupan aku tapi aku ok ja sebab aku boleh terima cara pembelajaran kat matrik. next nak masuk U plak. masa tu kena pilih 8 kos tau! untuk pengetahuan korang lapan2 kos yang aku pilih tu adalah berlainan, universiti pon lain-lain. chemical la electrical la ukur bahan la perancangan bandar la.. memang hentam koromo ja aku pilih. masa aku isi borang tu abang aku kat sebelah, dia tanya aku minat apa? kau ingat aku tau sangat aku minat apa. masa tu aku hebat (hebat ke?) sikit kimia. ok abang aku terus pilih chemical engineering sebagai first choice aku. padahal aku bukan tau sangat macam mana kerja engineer tu. Bila sampai result..... ya aku dapat first choice punya kos. arghhhh jauh kot UTM johor, gatai sangat kan konon nak keluar sikit dari Kedah haa amik kau memang merana la dok jauh dari kampung. kos sara hidup dah lain waktu tu tapi tak pa aku cuba survive. Dan ternyata chemical engineer bukan "minat" aku sangat pon, first year pon aku dah tunggang langgang, nasib boleh maintain pointer kalau tak nahas aku. so lagi sekali aku ikut saja flow selama 4 tahun, agak terseksa jugak la tapi nasib ada member-member yang happening. so terseksa tu tang belajar ja la. bila dah balik bilik enjoy je keja. haha

Dan sekarang ni. dah habis degree so aku nak buat apa? awal-awal dulu aku ikut lagi rentak macam selalu tapi sampai 2 bulan macam ni, tak macam kena gantung tak bertali pulak kan. haha memang mulanya aku nak kerja dan hati aku nak sangat kerja. dah tak larat sangat nak belajar, letih, penat, fedap dan macam-macam lagi la. tapi bila aku pikir-pikir balik, belajar dengan research adalah dua benda yang berbeza (bila aku sambung belajar means aku kena buat research) ia masih lagi dalam proses belajar sebenarnya ye la research kan? benda baru jugak so kita kena belajar jugak. Okeh bayangkan kalau aku sambung belajar aku still lagi boleh dapat duit bulan-bulan dalam RM2000, boleh saving sebab aku masih dalam title student, lepas 3 tahun aku dah boleh dapat title Dr. huwaaaaaaaaa kau takmau ka? lepas tu boleh jadi lecturer yang amat sesuai untuk isteri dan ibu yang bekerjaya sebab masa seorang lecturer adalah sangat flexible (busy tu still ada la dah nama golongan profesional kan). tapi ada jugak sebab kenapa aku kena kerja. -.-"

Tertekan tahu tak jadi aku, peluang nak sambung belajar fast track (betol ke aku eja ni?) bukan senang nak dapat. sekali aku lepaskan peluang ni, mungkin takdak peluang kedua untuk aku. Ni aku dapat pergi exam ptd plak, aku tak mengharap sangat boleh dapat sebab susah gila kot orang nak lulus exam ni yang mintak berpuluh ribu plak kan tapi kalau boleh lepas memang alhamdulillah la. takdak la serabut sangat otak aku nak amik phd ke nak tunggu kerja jatuh keriba..haha bukan aku tak usaha beb tapi mungkin usaha aku tu belom cukup. Allah nak uji aku kalau aku berputus asa setelah aku hantar resume ke seratus maybe resume aku yang ke seratus satu tu baru orang nak offer aku kerja kan?


So macam mana ni? nak sambung belajar ke nak kerja? pening ahhhhhh!!





*Apa-apapon aku nak amik exam minggu depan. doakan aku berjaya lepas k. orang kat utm ni memang nak aku sambung belajar je takdenye nak doa bagi aku lepas ptd tu..hahahah #justkidding

4.7.11

Happy Birthday kepada Diri Sendiri

ya tarikh keramat ni 4 July 19-- aku dilahirkan tak berapa nak comel (bak kata abang aku la) bila dah besar nasib comel tu lekat sikit. ermm maksud aku badan ni mungkin comel. Bila dah besar jugak kebarangkalian untuk dapat kek birthday dan jugak parti-parti buih sangat sedikit. Maka aku pon tidur awal semalam, buncit call pon aku dah marah-marah sebab aku tengah tido kot! tido tu lagi penting dari birthday tau! Hanak yang dok jauh nun di terengganu pon call, ehem sedikit terharu, kalau aku memang wish pakai fb ja sudah..haha keji.

Tengah sesedap tido datang la sorang hamba Allah ni mintak IDM, nak je aku sound "kau ambik esok je tak boleh ke nad?" tapi member punya pasal aku bangun jugak la bagi IDM kat dia. sikit lagi nak terbagi video lubuk tupah kat minah ni. nasib mamai aku tak teruk sangat.

Lepas tu boleh pulak tanya folder ape la, kena tekan-tekan nak install macam mana laa, heii sabor ayu sabor..dah tu baru dia nak blah tetiba datang lagi 3 orang hamba Allah datang bawak kek birthday lepas tu menyanyi lagu hepi birthday ya rabbi punya kuat, aku syak budak-budak aras aku ni memang dah menyumpah dah. aku da macam nak nangis dah masa tu terharu punya pasal tapi tak keluar pulak aduhh slack sungguh,kalau tak boleh nampak lagi dramatik ye dak? haha

**maaf gambar tidak dpt disertakan kerana Hanna tak upload gambar aku seksi pakai baju tido. woha**

thanks you alls (Aina, Ana, Hanna, Nad)  for the cake!!terharu tau ada member macam korang..mula tu aku dah berangan dah korang mesti akan beli punya kek secret recipe satu slice untuk aku. (nampak tak ayat aku tu "mesti akan beli punya") memang yakin habis la, dasar pompuan tak tau malu aku nih.. tapi tengok-tengok nah sebijik bagi tengah-tengah malam buta ni. punah terus diet aku. keh keh keh walaupon aku tak makan sangat kek (KECUALI KEK SECRET RECIPE) serius terharu kot! dah 3 tahun takdak orang nak sambut birthday aku, ye la masa undergraduate dulu birthday aku jatuh masa cuti sem. masa first year dulu ja la satu kolej sambut birthday aku (#retis tau).

Thanks jugak pada member-member facebook aku yang wish, ada la cecah ratus jugak jenuh aku nak membalasnya. 25% daripada hidup aku hari ni adalah duduk depan lappy sambil balas wall post. kemain lagi kan. Ayat stended aku guna masa nak komen kat wall post tu.....

"thanks..=)" ringkas,padu serta jitu..smiley tu kena letak baru nampak macam peramah sikit. (ehh iye ke?)

cara orang wish birthday pon pelbagai jugak.

ada yang wish

"HB"    <--- ok la dari aku memang tak wish langsung kalau orang yang aku tak rapat. haha

"HBTY" <---- konon nak memanjangkan benda yang sedia pendek tapi tetap pendek jugak. -_-"

"Happy Birthday ayu" <---- standard

ada jugak before wish tu mesti diorang puji-puji dulu.

"kak ayu yang gojes, hepi birthday" <-----contoh

"ayu semakin cantik sekarang...hepi birthday" <---- juga sebagai contoh

alah senang cakap kalau ada puji-pujian sikit depan tu mesti aku akan komen

"haha" <---yang ni permulaan komen lepas tu baru "thanks...=)"

ahaa gitu le hendaknya. bukan apa. efek "haha" di depan komen tu adalah untuk menutup kemaluan dan jugak menghindari perasaan riak menguasai diri. padahal aku tahu je muka aku macam lisa surihani ye dak? *lempang laju-laju


errmmm tapi kan time birthday jugak la yang banyak mengingatkan aku:

kita ni semakin tua dan bila semakin tua kedut-kedut dimuka semakin terserlah,lemak-lemak kian mengembang, terfikir jugak la bila aku nak kawin dapat anak dapat cucu yang comel(kelaut).


dan yang paling penting adalah.


dah cukup ke bekalan untuk bertemu yang Maha Esa??

boyfriend