29.5.10

Trend Zaman Sekarang!

Babi la...ok seawal entry ni aku dah mencarut...ohh aku tak mencarut tapi hanya memanggil nama binatang...tidak mengapa kan??


Korang perasan tak dunia kita ni akan ada satu kecenderungan dimana kita memanggilnya sebagai trend...Tak kira la trend pakaian ka, stail rambut ka,ekseseri ka dan lain-lain jugak lah...Trend yang paling tidak boleh belah dan tidak boleh diterima pakai tetapi masih boleh diterima hakikat adalah trend BUANG BAYI...

Makin menjadi-jadi pulak sekarang ni...merata negeri ada ja kes buang bayi...

"Ahh..ahh..uhh..uhh" "sedap la bang" "best la sayang" tapi bila dapat hasil perot dah boyot mula la "buang la bang" "malu la sayang"...Ehh anda tahu malu pulak..Kepala hotak anda la...



Kenapa nak malu pulak?masa sedap tak pernah kenal erti malu pon...Derr kalau tak nak sangat bayi tu jangan la buang, jangan la jadi manusia yang berakal kan haiwan...Banyak ja tempat perlindungan dekat Malaysia ni..tempat menutup aib dan tempat untuk ko kembali ke pangkal jalan...

Kata maklumat di hujung jari..laman web lucah boleh pulak ko cari sampai ke lubang cacing, maria ozawa boleh pulak ko kenal, tiba-tiba nak google pasal tempat perlindungan jadi buta IT pulak..tu bukan buta it tu namanya butababi...

Ada dua tempat yang aku taw sebagai tempat perlindungan untuk gadis-gadis yang terlanjur dan mangsa rogol...satu dekat Selangor satu lagi dekat Perak..

Aku penah lepak kat pusat perlindungan kat perak ni..Nama tempat tu Taman Sri Puteri..Ok aku bukan ahli kat situ tapi aku pernah pegi sebab emak saudara aku jadi pengetua kat tempat perlindungan wanita tu.. Cantik-cantik comel-comel taw perempuan yang masok situ, at least lagi cantik dari aku ni..(dem sejak bila aku pandai merendah diri ni?)..

Bagi aku mereka berani..Berani untuk tampil mengubah diri dan masa depan masing-masing tapi keluar masok balik pon ada (-_-") erkk ni no komen...Lepas diorang beranak terpulang la diorang nak jaga bayi tu ataupon nak bagi kat keluarga angkat...ha kan ke elok tu tidak la engkau sepahkan dosa-dosa engkau di tepi jalan...

Ni aku nak cerita sikit pasal member tempat aku kerja dulu...Masa tu aku baru lepas abis matrik keja jadi cashier..member-member pon datang dari latar belakang yang berbeza dan banyak jugak la story yang aku dapat dari kisah hidup diorang sendiri..

Salah satu nya adalah member aku ni terlanjur dengan boifren dia lepas tu memboyot, laki tu pulak tak maw terima anak dalam kandungan tu..Hell memang dayus laki durjana bernafsu menatang tu...Mungkin Allah nak tolong dia Wallahualam perut dia tu tak nampak sangat so dia selamat mengandung 9 bulan tanpa pengetahuan keluarga...

Tiba-tiba masa dia sakit perut nak beranak, dia masok toilet dan terberanak dalam tu jugak...Baby tu dah termasuk dalam lubang jamban taw tak..Dia cakap kat aku dia dah nak flush dah jamban tu tapi tiba-tiba hati dia terdetik untuk amik baby tu dan dia keluar cerita kat family dia..Nasib naluri keibuan dia masih menebal kalau tak confem dah masok paper, pas tu aku pon mesti tak jadi kawan dia sebab dia kena masuk penjara..kan..kan..kan..

Baby tu dia bagi kat pasangan yang tak dak anak untuk dijadikan keluarga angkat..masa tu dia muda lagi tak pandai nak uruskan semua-semua tu...

Sekarang dia dah kawin dengan lelaki yang sanggup terima dia seadanya..Lepas tu setiap minggu dia akan melawat anak dia tu...Alhamdulillah...anak dia selamat mengenal dunia..

So kalau ada-ada yang dah terlanjur...boleh la kembali kepangkal jalan...kalau ada yang termengandung boleh la pegi dapatkan perlindungan kat tempat yang aku cakap tadi nih..kalau ada yang nak jolok korang punya dengan lidi sebab nak gugurkan kandungan korang tu..erkk tak payah la wehh tak sedap pon sakit lagi ada...

ehh macam aku penah buat pulak..haha babi la ko bayangkan pon boleh taw la sakit ka tak...

p/s:: tak dak niat pon nak aibkan kawan aku hanya nak kongsi cerita...lagipon aku tak sebut nama kan..kan..kan...

27.5.10

Penangan Blogger Hebat

Semalam...aku tulis entry sebab bosan gila layan facebook yang seperti hidup tak maw mati segan tu, formspring aku pon dah kekontangan soalan, blog yang aku follow mollow  pon dah abis baca...so apa lagi merapu la tulis belog...

Hasil dari entry semalam sasa itu sedap buncit itu seksi...

Nampak tak perbezaan ketara unique visitor aku berbanding hari-hari yang lain..Ni semua sebab Hencik Zack link kan entry aku kat fan page facebook dia la...Kalau dah dia post kat page dia confem-confem la ramai yang baca blog aku nih tambah-tambah peminat dia yang beribu tu...perghh penangan blogger hebat la..


Aku tak bajet pulak yang hencik zack baca entry ni...entry suka-suka,menggedik nak letak muka dia gak walaupon tak dak kena mengena...sekali dia baca daaaaaa kalau aku taw dia nak baca aku buat bagi touching-touching sikit biar dia rasa nak balik Malaysia malam ni jugak..hakhak

Sesudah aku post entry ni..Bila aku tengok balik belog aku tiba-tiba dunia bagaikan terhenti,segala jenis binatang yang melintas depan laptop aku pon seakan-akan tergamam,barangan letrik rumah aku pon seakan kehabisan tenaga,lemah segala urat-urat sendi apabila melihat hencik zack........................................................................................................................

 Jadi pengomen yang pertama...hah tak ka meroyan sekejap!!!!

Mimpi indah aku semalam..aku taw aku agak sewel tu belum lagi Lisa Surihani dengan Remy Ishak komen...Maw aku tak tido dok menatap komen tu ja makan pon tak, seronok punya pasal la katakann...

p/s:: mesti ramai yang kata "alah zack selalu ja komen belog aku"...ya la dah belog korang hebat, belog aku ni belog jalanan ja......

p/s/l:: Bila la Hanis Zalikha, Razman dengan Fatul nak komen belog aku pulak???hehe

25.5.10

sasa itu sedap buncit itu seksi

Setiap gadis-gadis yang jelita ataupon BAJET cantik,comel,seksi macam aku pasti suka melihat atau menonton lelaki yang berbadan mantap dan sasa...jangan tipu la wehh paling kurang mesti nak ada pakwe yang badan macam ni...




Aaron Aziz 
apakata kalau bukak je semua butang baju tu bang..




Remy Ishak
huuuuuuuuuuuuuuuu....tengok badan dia..huuuuuuuuuuuu




Fahrin Ahmad
Ohh buah hati aku sebelom dia menangis bagai.. 
tapi tetap suka kat badan dia..




EHH..EHH..EHH tetiba plak..haha
Happy Birthday..=p




mempersembahkan...
Ok tak nampak sasa pon hencik buncit!!
jangan nak bajet mantap perut tu cover sikit!!
SEKSI?????


p/s:: muka terpaksa di love-love kan untuk menutup aib hencik buncit..

p/s/l:: Happy Birthday encik ZACK...berharap dia baca entry aku...(-_-")

p/s/l/l:: Kak Itah(bakal bini hencik zack)..tetiba I nak jadi adik angkat U..boleh tak agak2???

p/s/l/l/l:: Gua dah terngiang-ngiang cacian dan makian dari member gua sebab wish birthday zack dalam entry ni...haha lantak...


macam harem.. banyak betol p/s hang ayu!!!

23.5.10

Masuk toilet laki-laki!! Ingat best ka????

Peristiwa ni berlaku masa aku adik-adik,hidung masih berhingus, tudung pun bulat sebab pakai plastik, muka tak yah cakap la comot gila, pegi sekolah pon kekadang tak gosok gigi..Cerita ni aku tak penah bagitaw kat sapa-sapa sebab malu punya pasai sampai la aku masuk U baru berani nak cerita kat orang...Cerita 10 tahun lepas masih segar di ingatan...cewwaaahhh


Begini.....


Masa tu aku kena pegi kelas tambahan atau lebih glemer dipanggil tuisyen..Cikgu aku rajin sangat nak buat ala tuisyen budak darjah 6 untuk amik UPSR, aku layan ja sebab kalau nak pergi tuisyen kat luar tak mampu lagipun macam membazir ja...Baik suruh mak aku beli mekdi lagi sedap..

Selalunya tuisyen akan dibuat pada hari Sabtu, berapa haribulan aku dah tak ingat sebab aku tak tulis dalam diari..gila kalau abang aku baca tak ka kena gelak kaw-kaw punya!!

Sedang aku fokus dalam aktiviti pembelajaran aku..tetiba perut rasa memulas, teruk-teruk punya memulas! pas tu aku cakap kat cikgu nak pegi tandas, cikgu aku relax je bagi sebab masa tu bebudak tengah sibuk tanya soalan kat dia..ehh bukan mungkin bergosip..

Aku pun bergegas la pegi toilet dekat hujung blok, sampai ja situ aku tengok toilet tu berkunci!!aduhh macam mana ni dah nak terbarai dah ni...apa benda yang aku makan semalam pun aku tak taw sampai teruk sangat dia merodok perut aku...


Aku tahan lagi, cari toilet kat blok murid-murid tahap satu pulak...cilaka!sama jugak toilet tu berkunci, masa tu aku tak pandai lagi mencarut setakat BODOH ja la terkeluar dari mulut aku...Lepas tu aku try cari toilet guru pulak , sepanjang perjalanan tu aku dok carut bodoh je, bodoh la perut ni, makanan bodoh apa aku makan semalam, mana toilet ni bodoh!, bodoh la tahi ni, "tahi hang jangan keluaq lagi"(dialog aku dengan tahi)...Keputusannya tetap sama, toilet tu berkunci! arrghhh dah tak tahan...


Waktu tu aku pandang sepi ja kat toilet lelaki!!mangkok ayon apasal toilet laki ko tak kunci pulak???siot betol padahal laki boleh je nak melepas kat mana-mana...Aku syak tukang kebun ni nak aniaya aku..taw la aku tak layan anak teruna dia pon..ok aku mengarut..Aku dah tak tahan,benda ni pun dah ada kat hujung-hujung ja...aku pandang kiri kanan depan belakang tengok tak dak orang aku terus masok dalam toilet laki tu...


WADAFAk..ok aku tak carut cam ni tapi hampir mencarut sebab toilet tu busuk gila!kotor tak yah cakap la..Jenuh pulak aku nak mencari jamban mana yang elok...Ok dah dapat satu jamban yang nice, port cantek punya, aku terus masuk akan tetapi ku sangkakan panas hingga ke malam rupanya hujan di pagi hari...PINTU TAK BOLEH KUNCI pulak!!ahhh redah je..tutup ala kadar...dah keluar sikit dah ni...


toilet tu lagi teruk dari yang ni..
super duper teruk!!!

Keadaan aku masa kat dalam tu, takot syial!!aku kira nak cepat ja melepas...


Tiba-tiba ribut datang...ok bukan..Aku ada dengar suara lelaki sayup-sayup datang...MAMPOS aku!!gelabah gila waktu tu..Aku kenal suara tak baligh tu, budak kembar kelas aku..cilaka nak pi toilet pon berdua ka..aku terus tahan pintu..

Bla..bla..bla..diorang sembang tapi aku tak amik taw sangat sebab tengah berjuang antara hidup dan mati...aku usha sikit tengok apa yang diorang kelebek sampai lama sangat..ohh tengah kencing..berdiri pulak tu..ok tak patut diceritakan kat sini...diorang tak nampak aku sebab diorang mengadap dinding..aku pon tak nampak diorang punya kira aku masih suci lagi...


Aku sabar, ok dengar diorang macam nak blah dah..


tiba-tiba.....






DAMMMMMMMMM....



Diorang tendang pintu jamban aku...Macam haram...dada aku dah tersentap,terkejut punya pasai, cuak macam nampak babi hutan pon ada...aku tak expect pon diorang nak tendang pintu tu serius aku menggeletar takut kantoi...Nasib la kudrat aku ni masih kuat, pintu tu tak terbukak...aku saspek diorang ingat hantu..ye la masa tu kelas kami ja yang ada kelas tambahan sapa lagi yang nak masok toilet...Pas tu diorang blah...

Fuhhh...selamat!!aku usha line tengok clear terus pecut keluar buat muka steady...masuk je kelas, member aku tanya apasal lambat...aku dengan yakin menjawab...

"Aku balik berak kat rumah mak long aku"..

Diorang pon buat muka percaya...Aku balik tempat duduk aku rilex je,selak buku, pas tu tengok jam 15 minit lagi nak balik..awat la hang tak tunggu sampai rumah ja tahi..memang tahi la hang ni...


p/s:: Itu Pengalaman pahit aku masa darjah 6.. pengalaman manis dapat 5A...nasib la aku tak terkena badi bodoh masa tu..


p/s/l::Terbongkar jua kisah ni setelah 10 tahun berlalu..kalau ada kawan sekolah rendah aku yang baca ni korang jangan bagitaw kat AFIQ dan AIZAT taw...malu syiaalll...

22.5.10

Orga yang hensem dan sasa

Masa aku mandi tadi aku terfikir nak buat contest...contest teka berat badan aku...hakhak siot je!!! aku dapat rasakan badan aku bagaikan di pam-pam, ye la pagi makan nasi lemak, tengahhari melantak nasi jugak, malam pon aku sedut nasi sampai 2 pinggan lagi...nafsu durjana betol la!!!

Konon nak bersenam tapi hari-hari lepas balik keja mengadap laptop jugak...ni pon lagi satu nafsu, nafsu nak surfing tenet je..lol tinggal lagi 7 nafsu..shopping,karaoke,tido,menyembang dan melepak ok lagi 2 simpan untuk kawin...satu untuk malam pertama satu untuk selamanya...Ohmaigod lucoh-lucoh...



Hokeh, tadi sifat jakun/perak/dll timbul dalam sanubari aku..aku pegi tengok wayang 3D, first time pakai spek tu memang la jakun sikit...my bro belanja tengok cerita SHREK, terasa keluar sikit dari kepompong keboringan.. Best!!one word to describe this story...

Aku suka tengok orga selain shrek dan fiona tu...Terasa hensem la pulak, badan pon sasa..apasal la diorang tak buat muka shrek macam tu baru la feel sikit nak tengok..lagi satu kucing kaler kuning tu..waahhh sudah gemok!!masa tu aku terfikir "kurus tak semestinya cantik tapi gemok sudah semestinya comel"...lalala fahaman kiri betol..

Ending cerita tu pon happy je..tapi ada part shrek ngan fiona tu aku boleh dok touching-touching pulak...macam haram lagi aku nangis!!nasib baik pakai spek boleh la cover sikit..

cis tak rempit langsung!!

p/s: sunway carnival mall dah ada wayang 3D...ahhh tak sia-sia dok kat seberang jaya happening macam KL jugak..erkk tapi lg selamat dr KL..kot

Engineer

Cis..aku ni asyik ketinggalan je..isu-isu panas pon aku boleh terlepas, nama ja online tetiap hari tapi xpe aku dah update dah pasal kes tu...agak menarik!!hakhak macam-macam betol la dunia blogging nih...nasib ler aku tak amik port sangat tapi ada la komen sikit-sikit...saja nak memeriahkan majlis...Ohh daku yang sangat keji...lantak~

Masuk minggu ni cukup sebulan aku buat praktikal..pengalaman yang aku dapat tu macam suam-suam kuku je..tak banyak sangat aku taw pasal keja engineer ni, YANG AKU TAW KEJA ENGINEER KAT KILANG SANGAT SUSAH DAN GAJI CIPUT...ok sengaja di capslock kan disitu...

Aku tengok engineer kat tempat aku tu dah macam orang keja operator pengeluaran pon ada..haishhh sadis betol!!pikir-pikir balik betol ke aku nak jadi engineer ni??ke nak jadi BINI orang kaya ja...ohh sedar diri sikit muka dah la tak komersial badan pon kecik sikit je dari Adibah Nor ada hati nak kawin orang kaya...

Aku rasa nak jadi blogger sepenuh masa ja boleh tak??tak pon jadi SURIRUMAH sepenuh masa untuk bakal laki aku...ahhh dem sumpah bosan kot dok umah je...cepat pikir nak jadi apa bila dah grad nanti!!!!

p/s::berkira-kira mahu jadi isteri perdana menteri...Sapa lelaki yang nak jadi perdana menteri??can I be your wife??cis nampak sangat terdesak...

21.5.10

“Contest UnguPurple Crazy”

Tetiba rasa nak join contest..memandangkan contest pertama yang aku join kurang bernasib baik(gua nangis 3 hari 3 malam taw macam orang mati laki dah lagaknya)..tuptup jumpa ini belog buat contest pasal kaler ungu..ok bukan fevret kaler aku tapi ada banyak gak la gambar aku pakai baju kaler ungu(gmbar tu di snap dlm 1 hari je,ada lebih kurang 70++..ohh sgt gila gambar)

ok ni gambar terencat aku ngn member-member rempit...aku pilih gambar ni sebab nampak ketidak matangan yang terlampau(bukan aksi terlampau ye)..






ok tema gambar ni superhero..jangan tanya kenapa budak pakai baju kuning tu buat gaya cam tu..aku pon tak paham superhero yang dia cuba gambarkan..(terlampau banyak sgt tengok cita tamil kot)

gambar ni di snap masa kitorang pegi SINGAPORE...ni kat pulau SILOSO..kat depan kitorang tu ada pantai...ramai yang dok bersidai!!diorang pakai bikini, memang seksi habis..kalau lelaki yang imannya ibarat pokok kelapa yang hampir tumbang memang beliau akan terus jatuh menyembah bumi ..hakhak aku pon silap banyak tak tamgkap gambar dengan awek-awek bikini kat situ kalau tak mesti aku dah menang contest nih...teeeeeettttttt..

ni banner tuan punya contest... mari join ramai-ramai!!


ok abg purple ni suh buat slogan la pulak...ok ni slogan berani mati aku...

"Purple atau Ungu adalah warna yang gila cantik!kalau takdak kaler ni tak lengkaplah warna pelangi..kalau takdak kaler ni tak meriah la hidup..kalau takdak kaler ni takdak la gambar yang terencat ni,kalau takdak kaler ni takdak la contest ni...kalau takdak contest ni takdak la aku sebagai peserta contest ni..pendek kata UNGU is Band,Purple is Colour.."

wahh giler panjang slogan...hakhak merapu itu penting..

p/s: aku nak tukar tajuk entry bg dengar superb sikit tapi dah bro ni suh letak tajuk ni layan je la..kang tak menang pulak..hehe

20.5.10

Kerana INI...merapu itu penting!

Hidup ni tak seindah yang kita harapkan...macam kalau kita nak GITAR kita mungkin akan dapat talinya sahaja, kalau kita nak orang  puji kita cantik mungkin kita akan dapat makian dari orang sahaja, kalau kita nak Fahrin Ahmad suka kita mungkin dalam mimpi sahaja, jika kita mahu jawab tag dengan sekreatif mungkin kita kena hangguk-hangguk kepala layan lagu rock dulu...oohhh apasal aku jadi begini??rasa mahu hentak saja kepala ni ke dinding!!

aku nak jawab tag dari SErol ngan Suhailah(susuk) je pon..banyak sangat dah tag tertangguh ni(saja bgtaw konon ppopular habis..ciss) so hari ni jawab yang ni dulu sebab tag ni macam lebih susah dari soklan Process Control jek..
 
rules :

it's harder than it looks
copy to your own notes

erase my answer

enter yours and tag twenty (20) people

use the first letter of your name to answer each of the following questions..

they have to be real

nothing made up

if the person before you had the same first initial, you must use different answer

you cannot use any words twice

and

you can't use ur name for the boy / girl name question.

ok aku saja ja kecikkan rules kat atas ni ye la takot korang tak paham kan so aku dah kacukkan ke bahasa ibunda kita.. tengok betapa CENTA nya aku kepada anda semua...lalala


Peraturan:

lebih sukar dari yang terlihat
salinan untuk nota anda sendiri
memadam jawapan saya
masukkan anda dan tag dua puluh (20) orang
menggunakan huruf pertama nama anda untuk menjawab setiap soalan-soalan berikut ..
mereka harus menjadi nyata
tidak dibuat
jika orang yang sebelum anda mempunyai awal pertama yang sama, anda perlu menggunakan jawapan yang berbeza
Anda tidak boleh menggunakan kata-kata dua kali
dan
Anda tidak boleh menggunakan nama anda untuk anak / soalan nama gadis.
ok ada paham tak??hehe jangan salahkan aku k salahkan incik google yang sangat terer bahasa penjajah tu.. 

uuu cak!!xde motif sebenarnya aku upload gambar ni...
cuma inginkan pujian bahawa anak sedara aku ni comel..lalala

What is your name : Ayue
A four letter word : ok aku stuck kat sini...AYAM je la..=p
A boy's name : Asyraf Muslim [bakal nama anak aku sila jangan cilok]
A girl's name : Ayumi Hamasaki [aku nak letak Lisa Surihani..sob-sob..='( ]

An occupation : Angkasawan [lalalalala...]
A colour : Apple Green [green apple ke apple green entah aku belasah je]
Something ur wear : anting-anting 
A food : Aisukei cikebom-cikebom [makanan ciptaan aku kalau tak taw google]
Something found in the bathroom : Air lorrhh
A place : Atlantik
A reason to being late : Aku pegi jamban, sakit perot kot mana boleh tahan
Something u shout : Apex, sayang awak sangat!
A movie title : American pie [hehe...ni je yang terlintas..=p]
Something u drink : Air kosong [glemer sikit *SKY JUICE please...]
A musical group : Avenge sevenfold [ntah sapa-sapa la]
An animal : Angsa
A street name : Jalan Abang [tak percaya tengok sini]
A type of car : Alpha Romeo
Ha, lepas ni kena tag 20 orang? adooii ramai sangat la..huhu tak mo tag boleh tak sebab dah ramai dah dapat tag ni...xpe kan..alalala(sambil buat muka gedik....serius gedik!!)

ok dapat award jugak dari miss susuk nih..

aku sendirik tak paham dengan award ni btw tenkiu miss susuk yang comel!

p/s: syukur kerana aku berjaya membuat tag ini TANPA CARUTAN mungkin HAMPIR memaki

p/s/l: setinggi penghargaan kepada encik google dan encik Buncit kerana menjayakan tag ini...=)

Kemana Arah Tuju Artis penyanyi Realiti TV

Bila baca tajuk ni aku rasa macam kena buat ayat karangan SPM pulak..

*Karangan anda hendaklah lebih dari 250 patah perkataan*

Aahh sengal aku nak reka sepotong ayat pon dah terkebil-kebil, nak cari isi pon dah macam cari anak hilang kt shopping complex, member sebelah pulak kedekot nak mampos! tanya nak letak penandawacana apa pon dah berkira suruh belanja kfc..tak ke rasa nak menyumpah tu..cis gua emo pulak..

Sepertimana yang kita ketahui [ayat skema habis], sekarang ni bersepah sangat dah rancangan realiti tv, paling banyak penyanyi la..Akedemi Fantaghiro Fantasia, Mentor, One in the Million, Malaysian idol dan paling tak boleh belah IDOLA KECIL (aku download siri ni pas tu tiap-tiap hari aku tengok budak-budak kecik ni nyanyi,tiap-tiap hari taw!.. macam syial tak?)

budak AZZAM nih bagi aku angau je bila dengar suara dia..
oohh sangat adik-adik minat budak kecik!!

Ok lagi satu membuktikan gua macam adik-adik!!
dem lagu dia best-best kot..

Tapi kita tengok la sapa yang boleh mengekalkan tahap pencapaian diorang, masa rancangan tu tengah tip top memang la pemes giler kan tapi bila rancangan tu dah habis ko akan pemes dalam beberapa tahun atau bulan atau hari je.(erkkk!! gila panjang sebot rancangan)

Aku tengok ramai penyanyi realiti ni bila tak laku confem jadi PELAKON..pas tu mula la drama melayu macam hampeh tengok pon dah tak masok dengan jiwa macam cita H***L M**IA...ahh paham-paham sendiri ja la, lagu tak masok langsung dengan jalan cita..(-_-'')

Kalau tak jadi pelakon mesti jadi PENGACARA....hmm not bad la,jadi pengacara biasa-biasa saja ok tapi kalau nak jadi pengacara majalah 3 tak lepas kot....=p

Kalau tak dak bakat jadi pengacara, diorang akan di offer jadi PENYAMPAI RADIO...lalalala~~pas tu aku tak bukak langsung dah channel radio tu..hehe

Tapi kalau diorang tak pandai nak berceloteh pon tak guna gak so apa lagi bukak BISNES la...tu pon kalau modal cekang, jual nama artis yang dah suam tu, mesti la laku sikit at least boleh la hidup kan, dari tak dak langsung...

Ok la tu, dah rezeki diorang bukan untuk jadi penyanyi....

Bagi aku la kan..kurangkan lah rancangan realiti tv nih..banyak melahirkan penyanyi muka hensem/cantik tapi bakat..ZERO.. Pas tu banyak pulak gosip sana sini ye la dah menyanyi tak laku mula la cari publisiti murahan...dowhh menambahkan dosa aku je..satu sebab kutuk ko tak pandai nyanyi..dua sebab kutuk perangai ko macam bagus....

Sapa yang untung????

cerita MELODI la..setiap minggu rating naik kebabom tambah-tambah kalau ada gosip artis tak pakai bra..teeeeettttt

diorang saja ja bagi trademark KURANGKAN KONTROVERSI TINGKATKAN PRESTASI..padahal kalau kurang kontroversi diorang gak yang tak dapat cari makan...teeeeetttttt lagi sekali..

p/s: ahh mengata orang macam aku bagus sangat!!!lantak...

p/s/l: ada gak penyanyi yg superb macam FAIZAL TAHIR dan AIZAT...ohh mereka terbaik!!

18.5.10

AIR ASIA bagi tiket percuma

Tak percaya??percaya la....meh tengok sini aku dah print screen bg kat korang...

abang-abang aku dah book dah..pukul 1 semalam abang aku dapat info nih..ceh lambat la aku...

aku tak bernasib baik sebab kena keja duit pon takdak so xyah mimpi nak berbulan madu...cinabeng betol!!

haa korang tak kan nak duduk depan PC mengadap belog tiap-tiap hari kot????

jom-jom pi terjah sini TIKET FREE ...

p/s:sumber dr kak nurul..kakak ipar aku daa..

Susulan entry malam tadi..

Susulan entry malam tadi...

Ramai gak jerkah-jerkah aku sebab cakap gampang..okey bukan jerkah aku tipu je, diorang drop komen dgn jerit shout-box nasihat supaya jangan cakap gampang...hakhak

derr...gua ni cakap benda-benda comel je, gadis ayu,sopan, cantik dan menawan mana cakap kata-kata kesat begitu..(macam ada ja!!)

ok gua mengaku gua teringin jadi mat rempit berkaliber sampai dressing pegi dinner pon nak ala-ala mat rempit tapi gua kena terima kenyataan yang gua memang tak layak untuk jadi mat rempit sebab gua tak pandai pon nak start motor melainkan kalau ada starter...gua tak pandai pon nak menunggang motor melainkan member gua pegang rotan jadi cikgu kat sit belakang...dan yang paling teruk gua tak tahu pon klash tu ape..(ok gua tak taw nak eja benda tu cam ne, buat-buat paham sudah)

Nak jadi minah rempit pon gua tak layak jugak...sebab badan gua tak slim, cuma sedap itu mungkin..
derr minah rempit tak de nye badan meggelebeh macam gua....nak interview pon tak lepas ni...

Kesimpulannya gua tak rase jadi mat rempit ngn minah rempit ni ada masa depan...dan gua pon mintak simpang ler jadi kutu-kutu macam tu...

ok gua dah confius ni, mat-mat rempit cakap gampang ke???gua rasa elok la diorang baca entry gua, baru diorang taw maksud sebenar gampang tu ape...

p/s:agak-agak kalau kaum rempit baca belog gua diorang rasa nak terajang gua tak???sori la gua pon tak taw kenape gua relatekan gampang dengan rempit...Yang penting gua mintak maap dr hujung dahi sampai hujung ibu jari kaki...(-_-")


p/s/l: Jangan lupa garu kepala tanda korang tak paham baca entry ni!!!


MENGGARU UNTUK HIDUP BUKAN HIDUP UNTUK MENGGARU...

macam GAMPANG la lu ni

Berniat tak nak tulis belog malam ni tapi bosan pulak nak menunggu hingga ke pagi so tulis je la bukan susah mana pon merapu sikit-sikit dah siap entry..lalalala~

GAMPANG..Dulu aku selalu gak sebut gampang ni, dengar cam sedap je...

contoh ayat yang macam sedap dipakai..

"Macam gampang la lu ni, lu ingat gua ni sangap sangat ke nak minum air teh tarik yang lu beli tu"

Sesedap mulut je cakap gampang sampai formspring aku pon nak letak trademark gampang.(sila tanya)

Aku ingatkan bahasa melayu kuno, saje la nak memartabatkan bahasa jiwa bangsa...

Rupa-rupanya....


ceh mana la aku taw...gampang tu senang maksudnya, lepas member aku cakap baru la terkebil-kebil cari google translater..

p/s: mula-mula gua ingat gampang tu adik-beradik rempang tapi rempang pon gua tak taw maksud apa..google translate cakap "ECCENTRIC"...hah sudah..kejadah apa plak la hencik google ni mencarot..

16.5.10

Kerana Dia aku jadi Manusia

Sempena Hari Guru...sebenarnya aku lupa yang hari ni hari guru lihatlah betapa kejinya aku..Aku teringat pon sebab member sembang letop-letop kat pesbuk...bukan bermaksud aku ni kacang lupakan kulit tapi daya ingatan aku ni lemah macam aku ingat peha tu adalah betis...

Teringat aku masa muda-muda, zaman masih bergetah slim, muka selebet gila,tambah pulak dengan hitam melegam..tu pon buncit boleh suka kat aku, tak paham betol!..Aku nakal dulu..biasa la dah dok asrama kan, kira kat asrama tu aku la paling otai sekali...dahi aku ni memang ada cop JAHAT punya...

Tido waktu study, lambat turun prep, ponteng pegi surau lagi-lagi waktu subuh, bangun pon pukul 6.59 pg ada hati lagi nak semayang jemaah,sound budak-budak junior dan paling best lompat pagar dengan budak aspura...

Haaa korang jangan ingat aku buat pape plak dengan budak aspura, kitorang pegi makan je ramai-ramai pulak tu.. ada la dalam 10 orang...masa tu dewan makan tak bukak, perut dah sangap mintak diisi, kitorang keluar ikut gate belakang,terpaksa la redah ikut landasan keretapi..masa tu zaman makan KFC, sedikit jakun la sampai member aku curik botol sos bawak balik..cis buat malu kat aspura ja.. balik tu ikut landasan julak tiba-tiba ada ketapi lalu...gelabah biawak masing-masing, Bila ingat-ingat balik sumpah berani aku ni, nasib tak kantoi kalau tak confem kena gantung sekolah..tu la first and last aku lompat pagar...tobat-tobat..lagi satu aku bersyukur sebab xde pape jadi kat aku, zaman sekarang budak form 2 pon dah pandai nak rogol member..macam bangang je aku rasa..


Ehh terpanjang pulak kisah zaman rempang aku dulu..hehe nasib la ada CIKGU ROSNAH, warden aku masa tu...garang gila cikgu nih, tengok muka pon dah gerun tapi aku taw hati dia baik..kalau tak sebab dia pukul aku dengan penyangkut baju (tido kat dorm waktu prep),memang aku tak jejak kot menara gading sekarang...terima kasih cikgu, jasa cikgu amat saya kenang..saya sayang cikgu walaupon cikgu penah pukul saya...=p

sekarang saya dah baik cikgu, mulut dah tak macam puaka, sopan santun, muka dah putih sikit, nak buat jahat pon dah pandai pikir dulu baik buruk..hehe terima kasih cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku tentang erti sebuah kehidupan...

cikgu rosnah..=)
aku yang dok sebelah cikgu pakai kain labuh, baju singkat, tudung singkat, lengan baju singkat pastu pakai gelang banyak-banyak bajet rock gila..huh selebet betoi!!

p/s: "don't judge me by my past, I am not in the past anymore, accept who I am today"....wow gua dah terer speaking...cepat tepok tangan kuat-kuat..hakhak

15.5.10

Virus menyerang FACEBOOK...apakah????

aku godek-godek kat pesbuk tadi..tiba-tiba tengok kat home keluar kawan aku post video kat profile member aku yang lain..banyak pulak tu, nak tekan play takot pulak...takot keluar benda pelik-pelik..hakhak otak aku suci lagi beb walaupon ayat selalu melucah..teeeetttt

ni aku yang kena..sumpah tak berani nak picit button play tu..

kawan aku pon dapat gak...

apakah??
lantak la janji gua tak kacau lu sudeh..

14.5.10

Kisah Tempat Kerja! part 2 (Engineer tidak sama dengan Cleaner!!)

Aku mintak maaf pasal semalam entry nak mencarot..bukan nak tapi sudah mencarut sebenarnya..seperti yang kita sedia maklum kalau seseorang itu sedang marah, beliau akan menunjukkan sifat yang sebenar tetapi dalam konteks diri aku agak berbeza kerana bila aku marah aku akan bertukar jadi manusia lain. DNA aku ada sikit persamaan dengan Increadible Hulk...

Bila aku biasa-biasa saja aku sangat lemah lembut, sopan santun, bercakap benda-benda yang comel saja dan kelihatan sangat jelita tapi bila aku dah naik angin tiba-tiba aku jadi orang lain,bahasa-bahasa makian kian terserlah seperti vavi, vodoh,syial dan sebagai-bagainya..(ok ayat cover takut calon suami baca entry sebelum ni terus-menerus reject aku)

Abaikan pasal semalam, aku malas nak pikir, lagi pikir lagi aku jadi muda..apa barang jadi adik-adik..

Horait story untuk hari ni..

Hari ni hari jumaat, sepatutnya aku pakai baju kurung sebagai tanda menghormati penghulu sekalian hari...Tapi aku agak seksi hari ni, pakai seluar jeans dengan blaus coklat je pon tapi aku dah perasan seksi habis...

Biasanya kat tempat kerja aku, hari jumaat orang pakai sempoi-sempoi je tapi tidak bagi seorang makcik cleaner ni..bila tiba hari raya jumaat je confem dia punya baju vogue giler kalah aku...Ok aku mengaku sebagai seorang anak dara yang masih sunti aku rasa sedikit tercabar!! umur makcik tu dah 50 lebih kot, tapi badan still solid-molid,mantap serta sedap..(jangan bayangkan)..dengar kata pakai korset,aku dengar akak tempat keja aku kata la BUKAN aku kata..badan aku pon tak solid macam tu taw, sedap mungkin ada tapi menggelebeh tu banyak..teeeetttttttt

Tu cita pasal makcik cleaner..lepas aku masok ofis,gosip-gosip sikit dengan afza, akak ENGINEER (kak su) pulak sampai dengan pakai t-shirt lusuh dengan seluar bunga-bunga...perghh sempoi habis la, lagak macam nak bagi laki tido pon ada..aii kak semalam pakai baju tu je ke tido??????????????????????hakhak akak memang idola saya la kak..rock habis!!

So pilih la nak pakai giler sempoi ke nak pakai shantik-shantik?nak jadi engineer ke cleaner??bunyik dah lebih kurang sama..Jangan pandang remeh kat cleaner taw, akak vogue tu(dia bahasakan diri dia kat aku akak) pakai kereta ALZA lagi...

Tapi aku lagi hebat...tiap-tiap hari naik MERCEDES BENZ,driver tukar-tukar, sampai ke destinasi tekan loceng...amacam kaya tak aku??


aku search kat google seluar bunga-bunga, yang ni je la keluar elok sikit, yang len merapu..
keluar seluar dalam pon ada..motif betol..(-_-")

p/s: Jangan lupa klik nuff aku sebab aku tengah kumpul duit nak beli korset kat cosway...mahal betol sikit xde diskaun..CIS...

12.5.10

Darah bersifat Homoseksual

Baru lepas tengok cita "Isteri-isteri yang TERDESAK"...
kalau kepala otak lucah mungkin akan jadi lucah...ahh tak kisah janji intro macam bangang ja hari ni..aku baru lepas tengok cita desperate housewives je pon..dah nak merapu lebih-lebih...


hokeh apa story hari nih???



AKU PERGI DERMA DARAH.....aku memang dah tergedik-gedik sangat nak pi derma darah, ya la badan aku pon memang best kalau pi derma darah ni...confem dapat ber liter-liter aahhh...


giler macho ahh hencik darah ni..ala mat-mat sempit gitu..

tapi masalahnya "Saya takut jarum"..betul tak tipu bukan macam kat iklan radio tu..jarum pon takot apa ka bodoh sangat..dem adakah aku sedang mencaci diri sendiri..abaikan~

Aku semangat nak derma sebab aku tengok akak kat tempat keja aku tu dapat macam-macam kot..beg la, air mineral la, dan paling best TUALA cop company aku..Ohh sangat adik-adik bukan?? ehh lantak la barang FREE kot sape tak nak...

ok lepas tu aku pi la kat tempat kejadian..ramai la nurse-nurse yang cun melecun, aku pon heran kenapa la xde mamat hensem jadi nurse, baru la ada point kedua aku nak pi derma darah...teeettttttttt

Nak derma darah kena isi borang dulu..sebelum nak isi borang tu takyah cakap la aku macam mana kan..kalau aku jadi orang kat sekitar tu pon maw aku maki je..dok terhegeh-hegeh kejap nak pi,kejap takut,kejap nak pi toilet,kejap hentak-hentak kaki bajet aku comel giler kat situ..ahhh meluatnya aku melihat diri sendiri berada di situasi itu..Nak tak nak aku pi jugak sebab aku nak taw darah aku jenis apa..kesian pulak kat afza dok melayan kerenah aku..

Masa nurse tu pegang tangan aku dia tanya "Eehh lembutnya tangan,pakai losyen apa ekk??" ok aku tipu... Dia tanya pasaipa tangan aku sejuk..adoii kak mesti la I takut!!

Dia cucuk jari aku ngan jarum kecik sebab nak amik sample darah...Sakit bodoh benda tu sampai sekarang kot terasa lagi sakit dia..Nasib aku tak tercarot kat nurse tu..

Dah kena jarum kecik tu pon sakit, jarum nak sedut darah aku nanti pulak macam mana?perghh dalam kepala otak aku ingat nak larik je masa tu.. Aku tak berani tanggung risiko bai kang tertumpah pulak air mata gadis aku nih...

Nurse tu check pas tu dia kata aku tak leh derma sebab BERAT BADAN AKU KURANG...ehh bukan-bukan dia cakap HEMOGLOBIN dalam badan aku berkurang...pejadah pulak la hemoglobin tu?dah la aku tak belajar biologik, lagi maw sembang dokter-dokter dengan aku..

AKU DENGAN SEMANGAT JITU NAK DERMA tiba-tiba tak boleh derma pulak...hak-hak seronok aku tak leh derma atas alasan yang munasabah..nanti kalau orang kata kat aku...

"Hang ni harap badan ja besaq,jarum kecik tu pon penakut"

aku akan jawab dengan bangganya...

"Aku bukan takut jarum weehh tapi HOMOSEKSUAL aku kurang"

sambil berlalu buat muka comel mintak lempang..

p/s: hemoglobin kurang tu maksudnya kandungan oksigen dalam darah aku kurang...hahaha

11.5.10

Aku tahu aku Tak FAMOUS mana pon..

Wahh tiap2 hari aku hupdate belog nih..satu kemajuan yang tak terhingga..cis blah la hang ayu..

ok kalau nak diikutkan kepala otak aku nih, aku nak letak tajuk entry macam ni..

"Aku tahu aku tak sepemes Hanis Zalikha"...

tapi aku takot kena maki pulak, sebab entry aku tak de kena mengena dengan Hanis Zalikha pon..(beliau sangat cantik..idola2..hehe)

Ok lagi satu selingan pasal semalam...aku tak puas hati MAN U kalah...cis buat malu aku kat pesbuk je, tu la tangan ni gatal sangat nak post status kontroversi, tak pepasal Chelsea yang menang..dem betol! padahal aku bukan taw sangat pon pasal bola nih saje je nak memanaskan MUSUH MAN U...sapa nama pemain man u tu??guni??runi?rumijuli??ahh lantak la bukan hebat pon..tteeeeeettttttttt...

 hensem kan pakwe aku..name betol dia rumi..

ok berbalik kepada tajuk entry, 
Hari ni lain sikit dari hari-hari biasa sebab tempat aku praktikal tu ada trainee baru nak masok..sebelum ni aku dangan afza dipahamkan ada DUA ORANG BUDAK LELAKI(sengaja di capslock kan) nak masok praktikal kat sini..Mula la aku ngn afza menggedik, mintak-mintak yang hensem la, peramah la, comel macam zack zukhairi la,tak suke korek taik idung la dan macam-macam lagi la harapan kitorang..

tup tup hari ni yang datang cuma sorang ja, haa jenuh berebut la aku dengan afza..tu pon harapan yang kami impi-impikan hanya tinggal harapan, mungkin laaa dia tak suke korek taik idung tapi baru sehari kenal kan, takk kaaaan lah nak tunjuk tabiat buruk lagi..taaakk kaan lah yeeee...


Then, Supervisor dia nak kenalkan aku kat dia..ala-ala temu jodoh gitu tapi yang tak syoknya supervisor dia boleh tak ingat nama aku...adoii kak saya dah dekat 3 minggu kot dok kat sini, tiap-tiap hari saya lalu tepi meja akak,senyum-senyum kat akak, tegur akak pagi,tengahhari dan petang nak balik keja pon saya tegur,..tak kan lah sebab saya picit jerawat depan akak terus akak tak ingat nama saya..

Tak pe la aku sedar aku tak glemer mane pon...yang akak tepi meja aku lagi best, dia kata sorang nama ALZA(afza) sorang nama EXORA(aku) senang nak ingat katanya...

Terpinga-pinga aku kat situ..dah la aku ni bengap sikit pasal nama-nama kereta ni.. kalau dia cakap bmw ke, ALPHA ROMEO ke, mercedes benz ke,bumblebee ke ke ke ke tahu la jugak aku..

haishhh sedih betol aku..akak, apa nama saya tak cukup famous ke?????

tapi xpe lah aku tak kisah sangat pon...cuma terkilan je...nasib emosi aku masih stabil...




p/s: dalam firasat aku kan mesti dalam hati budak baru tu cakap...


"Alaah macam ni je ke muka budak praktikal kat sini?tak macam Hanis Zalikha pon..dem betol"

pas tu aku kata..

"Kalau muka aku macam Hanis Zalikha tak de nye aku pandang kau"...ok sungguh keji ayue sudah-sudah la tu berillusi..



p/s/l: SALAM SATU BELIA...=) lagi bertambah serabai entry hari ni...bengong betool..

10.5.10

Dia tak tahu ke yang dia sedang tunjuk dia punya?

Panjang bebeno tajuk entry ni haaa...ahh lantak

kalau nak diikutkan hati aku ni aku nak terus tido je sebab esok kerja tapi pikir-pikir balik, tak bergetah la tido awal...apa maksud bergetah tu tak payah tanya sebab aku ikut sedap jari je menaip hokeh..

Bercerita pasal ikut sedap jari ni kan aku teringat masa aku keluar beronggeng dengan member-member aku, masa tu study week kitorang hentam pi karaoke kat PLAZA TASEK, johor..sangat best kot karok kat situ...bilik karok besar,kerusi empuk plus panjang, pas tu kalau nak pilih lagu pakai TOUCH SKRIN taw, kemain lagi haa rasa macam pakai iphone lak...

lampu plak boleh edjas(adjust), agak-agak kalau kau nak geli-geli kat dalam tu,boleh la kau kasik redup sikit... kalau kau rasa nak bagi satu dunia tengok kau meneran nyanyi lagu ziana zain boleh la kau cerahkan je bilik tu..(TU PUN KALAU KAU TAK tahu MALU LA)

Ok lepas tu kitorang bla bla bla bla bla bla bla bla blah la ko..-malas nak cita kejadian yang xda kena mengena dengan tajuk entry...-

Bila kitorang nak balik, ingat nak singgah la jusco sebab kawan aku si nizan ni mengidam sushi la plak...siap je parking moto, langkah je kaki nak kuar dari parking tu ada kereta menuju kearah kami, pas tu nak hon-hon, dalam hati aku dah mencarot.. kepala hotak lu gua tak lintas jalan lagi kot yang ko apasal plak nak menyempit kat tempat pejalan kaki??agak KURANG DIDIKAN disitu..kalau kereta ko BMW ke BM-eX ke aku heran la jugak ni setakat kereta kaler kuning minyak kereta pon mak ayah bayar boleh buat GOOD-GOOD pulak depan aku..

 ni bukan kereta dia..


aku sempat tengok pemandu tapi tak cam muka...aku dengan member-member aku pandang je keta tu....sesudah dia lepas je dari kitorang,dia boleh ANGKAT JARI HANTU merangkap bayangan dia punya tutttt...hei agak tersentap la jugak kan kat situ...Dia tak tahu ke yang dia sedang tunjuk dia punya?agak-agak korang la kan, sebagai gadis yang tak berapa nak sopan macam aku ni buat apa????

kalau diikutkan hati aku ni nak je....
-angkat balik jari bertuah aku ni tapi aku tak nak malukan kawan-kawan aku...
-Aku rasa macam nak maki haktuih-haktuih ja kat mamat tu tapi aku tak nak orang sekeliling cop aku perempuan "jalangnang"...


So aku angkat penumbuk je...sangat gadis-gadis kan?? nak buat macam mana tatasusila sebagai rakyat 1 Malaysia kena jaga, panas je rasa hati aku nih...

panas-panas jugak tapi kalau aku angkat balik tak ke aku dah jadi macam dia jugak "anak yang KURANG DIDIKAN"...kira tahap kesabaran aku tinggi gak la...kawan aku cakap kat sebelah mamat tu ada cikaro..huh patutlah macam kerek syialll...

Masok je jusco aku perasan satu benda.....

Orang dah tak tengok aku macam selalu...kalau selalu aku masok jusco mesti orang terpegun dengan ke-cun-an aku...



ok aku tipu...

aku masok jusco beli sushi balik UTM terus lupa nak update belog pasal mamat yang tunjuk JARI KECIK dia tu...tiba-tiba hari ni teringat pulak...dem betol


p/s: kejadian berlaku dah sebulan lebih dah..agak-agak kalau baru jadi petang tadi macam mana la kan entry aku...

p/s/l: kalau mamat tu tulis belog jugak lagi sempoi boleh baca entry aku nih, lagi cun kalau dia join geng blogger jugak..hah siap kau!

9.5.10

Sori takkan Melucah lagi

Lima minit gak aku mengadap page create post ni semata-mata nak tulis introduction entry ni(dah mcm karangan adik-adik la pulak)... ingat senang ke nak tulis permulaan belog, ok mungkin aku boleh tulis macam selalu...

"Hari ni aku pegi kedai runcit depan rumah, ada sorang mamat tu nak berkenalan dengan aku tapi aku tak layan sebab mamat tu suke korek taik hidung"

ok lagi la adik-adik..ayat macam orang baru nak berblogging ciss padahal baru je 2 hari lepas aku post entry macam tu..

sangat keji bukan..

semalam aku ditegur oleh Buncit...

"Kenapa awak panggil TAG sebagai TEK dekat blog awak?"....ok ayat dia tak seskema itu..

aku menjawab..

"Saja ja awat??"

Buncit cakap...

"Tak dak la nanti orang len baca,ntah apa depa kata kt awak nanti..bunyi dah len macam dah"


perbualan tamat disitu sebab aku tukar topik..

adoi la musnah teros harapan aku untuk menukar genre belog aku ni kepada belog lucah...
mungkin buncit takot bila orang baca belog aku akan rasa steam-boat..

Xpe lah aku rasa aku harus mengekalkan status belog adik-adik supaya kelihatan lebih comel...

nak lebih comel aku mungkin akan tulis begini dekat belog aku...


"Kowunk tawu tak ari I giew main jengket-jengket...tapi I main dewpan rumah jew..xpew sebab I dapat jumpe cuyunk I.. I sukew cangat-cangat"



hak-haks agaknye genre ni boleh diterima pakai tak???penat kot aku nak reka ayat ni, DeM betol...nasib baik ada group nih...

p/s: perkataan belog tu aku bru dapat masa blogwalking belog orang....rasa macam otai la plak taip belog..hehe i like..

p/s/l: entry semak lg kali ni..aku taw org xsuke tapi pedulik hape aku..

8.5.10

Kasih Ibu Membawa Ke Syurga~mEnjELang HaRi Ibu~



"Nurse,boleh saya tengok bayi saya?"

ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

"Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

"Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

"Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.

"Tak mungkin," balas si ayah.

"Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba."

"Bila?" tanya si anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya.

"Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya...tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."



SELAMAT HARI IBU BUAT IBUKU..

Kredit to my friend *LINA MARIANA*

7.5.10

Kisah Tempat Kerja! part 1 (BIADAP)

OHH hentry macam nak menimbulkan kontroversi...ok just amik yang jernih buang yg keruh hokeh..

Hari ni aku pegi keja dan rutin harian aku kat tempat kerja hari ni lain sikit dr hari2 yang sebelom nih. Busy...ya aku sgt sebok bukan macam "hengineer yang kelihatan sungguh busy" hokeh..Ini realiti..dari pagi sampai petang ada ja keja kena buat sampai xsedar jam dah pukul 5..baguslah xde la aku melangut je tak abis2..

Petang tadi sedang aku buat kerja dengan penoh dedikasi, ada sorang jejaka masok ofis aku..pakai baju sempoi je seluar jeans dgn baju t-shirt berkolar, aku tny la akak kat situ sape mamat hensem tu..Rupa-rupanya dia adalah PLANT MANAGER kat situ kira bos yang boleh tahan 'besar' laa...Chinese hokeh!biasa la selalunya kaum itu yang memonopoli sesebuah syarikat..Pasal hensem tu aku tipu je jgn terpedaya hokeh.. aku dengar dia sembang dengan akak engineer (kak Maryana) kat tempat keja aku tu..ayat yang aku dengar paling jelas kat mulut dia...

"I bukan jenis suka2 nak scold people haa...U taw tak apa itu BIADAP masok UNIVERSITI belajar tinggi2 tapi NO MANNER buat apa??"(ckp dgn sleng cina)...tersirap gak la darah aku dengar ingatkan dia nak kata kat aku tapi bila dengar2 balik, dia marah kat worker dia yang berlagak sombong!!masok kerja tak tegur sapa ngn orang..katanya lagi...

"Even I pon boleh tegur worker I, hello Maryana lagi, tak guna la kalau kita xdak manner mcm tu, I marah dia bla..bla..bla..bla...blaa..."..(ada point lain yg dia marah tapi aku tak dpt tangkap sebab speed carotan dia lebih 110km/h)
marah bebenor aku tgk dia..aku apa lagi,senyum tipis je la..ye la, aku ni budak praktikal je mana boleh buat2 pandai kang tak pepasal aku plak kena sound..



"U haaa!! I tengok U kecik besar kecik besar je" ....


hak-hak...So pandai2 la korang nilainya sendiri..Ingat belajar setinggi mana pon kalau ADAB xde tak yah sembang kencang-kencang hokeh!!!

p/s; nasib baik masa boss datang tu aku tengah wat keje kalau aku tengah korek hidung tak ke KANTOI...



~selesai~

Pesanan untuk kaum wanita yang belom kawin..

Pesanan untuk kaum wanita yang belom kawin...

nanti bila nak kawin jangan lupa putihkan tangan korang ye, sebab nanti akan nampak ketara perbezaan wajah dan tangan..biasa la dah mekap..

gua bagi pesanan ni sebab ada member2 gua yang tengok tangan ngn muka dulu..hak2 bukan nak tengok baju pengantin ke barang hantaran ke...

gua dengar je diorang dok mengutuk..haha gua dengar je taw..tu sebab gua bg pesanan kat sini..hahaha

sebok nak bg muka ngn tangan putih..badan putih tak???
xpe la tu namenye berlaku jujur kat suami..suami tengok yang natural, yang palsu tu biar la orang lain yang tengok ye tak...hehe lantak la....

p/s:aku sedang berusaha memutihkan tangan walaupon aku tahu hitam itu bukan putih...DEM

6.5.10

Suami Maya

Selamat Malam..
aku nak tidor dah ni..
tapi laki aku gi men futsal..
so aku tidor sorg2 lagi malam nih..
laki aku ntah bila nk balik tak taw la..
tu balik confem gi lepak mapley dulu..
bini kedua dia ada kat situ kot.. rajin sgt pi..
mintak2 aku tidor dgn nyenyaknya..
sebab esok aku nak keje..
kena kejut laki aku nak pegi keje jugak..
pas tu buat sarapan..

laki aku ni mengade xmaw breakfast ala barat..
kalau ikutkan hati aku letak koko krunch dgn susu HL je..
pi keje plak nk tapaw air milo..ciss cam budak2 kot!!
pi keja sebok antar mesej kat aku..
"Lalink (darling)...I miss U already"
nak je aku balas..
"yayang salah antar mesej ke ni?"
tapi nanti dia mengamuk plak...
teros tido mapley..
aku lak tido pelok bantal je mane best..

balik keja mesti nak gi makan lai chi kang dulu..
pas tu balik umah..
mula la nk geli-geli ngn aku..
u urut i nanti i urut u plak..
padan muke gi la men lg futsal tu..
perut buncit tu xleh nk kempis dah..
jangan nak berangan ye bang...
abis aku membebel..
aku terus tido..
laki aku ckp tggu la jap...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Derr story dalam kelambu mana bleh cite kat orang...
hah!pedulik hape aku...
aku mana kawin lagi..
imiginasi aku semata-mata..
hak2 mula2 malas nak taip..tiba2 melalut plak..
layan je la..

p/s: tajuk hentry patutnya SUAMI DI ALAM MAYA...tapi dah aku suka adam aku tulis je SUAMI MAYA..kira ok la tu kan..

5.5.10

tek-tek dan Anugerah bintang paling fofular


Wow!!gua dapat AWARD hokeh ni kali kedua..gagagaga baru td ja remove award dr Serol tiba2 dapat lak award dari KAZIRINKATO (ceritasekupang)..thanks ye nnt boleh la blanja Mekdi plak..hehe


Comel bukan award nih...

Ni ada amanah dr pemberi award..ingat ni amanah ye..

Copy award nie kat blog korank
aku jawab jangan tiru
-ermm awak salah eja "korank" patut eja macam ni "korang"..dah buat pembetulan baru masok exam ye...-
-ok aku dah copy-

wat ucapan korang kpd pmberi award dan perasaan korank
aku jawab jangan tiru
-sangat terharu tapi aku tak tahu pemberi award ni laki ke pempuan kalau pempuan boleh gak aku pelok cium..teeettttt-

jawab soalan2 tag nie
aku jawab jangan tiru
-tak rox la panggil tag..panggil la "tek"-
baru kali ketiga kena tek..

1. Ape yang bermain di fikiran anda sekarang
aku jawab jangan tiru
-bila Lisa Surihani nak datang jumpa aku?-

2. Apakah nama samaran korang
aku jawab jangan tiru
-ayue,ayu,lisa,lisa surihani,aaron aziz-

3. Berikan 3 orang yang anda sayang
aku jawab jangan tiru
-mak
-mak mertua
-bapex

4. Panggilan untuk si dia
aku jawab jangan tiru
-ahakhak...sayang jgn marah k..
i panggil dia "YAYANG"
uwekk geli2..aku panggil APEX ja..


5. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yang istimewa
aku jawab jangan tiru
-banyak kot, boleh tengok kat WISHLIST blog aku nih..-


6. Blog mana yang korang suke visit n yang leh aku follow gak




7. Tag TEK kan kepada 15 orang rakan blogger anda
semua di atas dan yang pernah sekupang komen nice blog...I mean it!!!
aku jawab jangan tiru
-sumpah tak paham soklan ni nak apa...sejam aku pikir nak bg kat sape award ni taw..last2 aku decide nak bg kat diorang ni yang sangat ROX-



ada 2 orang laki yang kena tek dalam ni..aku taw laki tak suke kena tek (erkk ye ke?lucah sejenak)..tapi pedulik hape aku...lantak~

p/s: lama gila buat hentry ni, time nak copy paste link tu meraban cari sapa nak kena tek..huh

boyfriend