31.10.10

Pertemuan dua hati menjadi satu bukan dua tubuh menjadi satu ya.

Hujung minggu yang sangat heaven, heaven disini bermakna tidak perlu duduk dibilik mengadap thesis tapi dating dengan kekasih hati yang datang dari kuala lumpur ke skudai. Port kami tak lain dan tak bukan di pondok depan blok M21,paling hebat pon dating di cafe kolej lain. Sampai semua orang nak bertanya.

"Tak keluar ke?tak kan dating bawah pondok je?"

Letih tahu nak menjawab soalan tu? bukan tak nak keluar tapi encik buncit malas nak jalan, dalam masa yang singkat tu beliau nak menatap muka aku saja katanya,kalau berjalan kena pandang depan sahaja,tengok wayang pon kena mengadap skrin sahaja walaupon tangan tu merayap tah kemana hala ehh tak tak tangan kena statik sahaja.

Ceh..Apa dia ingat aku tak tahu yang dalam dompet dia ada 60 hengget ja, mana nak beli tiket balik KL, nak beli rokok dunhill, mana la nak cukup layan perot aku sorang ni. Kurang-kurang nak kena makan spaghetti, abih lekeh pon  kepsi ataupon mekdi. Aku bagitahu perotku supaya bersabar, nanti beliau dapat gaji praktikal kita kikis sampai nipis ok.

Dalam masa yang sama ada jugak manusia yang bertanya.

"Tak bosan ke duduk je kat situ?"

Haishh tak bosan langsung beb, mana boleh bosan, setiap satu jam aku ajak beliau masuk bilik aku yang kononnya takdak jiran tetangga. Haa tu mula la korang pikir pelik-pelik kan, ingat aku ni perempuan tak senonoh sangat ka?memang la aku gila sikit tapi iman tu kurang-kurang boleh la panjang sejengkal ehemm. Jenuh jugak encik buncit menegah dalam iman. Siap suruh aku labuhkan tudung lagi, motif betol la awak ni sayang. keh keh keh...

Soalan lain yang menerpa gegendang telinga.

"Tak mengantuk ke duduk kat pondok tu?"

Memang mengantuk la dah asyik bersembang macam tiada agenda lain. Kalau nak diikutkan kepala otak encik buncit yang gila tu, kalau boleh nak ja dia bentang tikar dibawah pohon yang rimbun berhampiran pondok tu, boleh juga baring-baring sambil ditiup angin sepoi kira macam berpiknik dibawah pohon sambil diperhatikan oleh manusia yang lalu lalang pergi solat jemaah disurau. Lantas aku pon bergegas ingin mengambil tikar supaya boleh baring-baring bersama, cepat saja encik buncit menarik tanganku supaya jangan bertindak gila. Tengok siapa yang gila sebenarnya?aku ka dia?

Kalau kami bergaduh lite-lite, mula la nak menyanyi "Tak perlu bertengkar tak perlu bermasam muka" sambil berjoget keliling pokok. Lepas tu gelak ketawa balik. Simple. Tak payah gaduh lama-lama kan. Bersyukurlah ada pokok disitu.

Hakikatnya duduk bersembang saja sudah penat kalau berjalan-jalan lagi la penat. Jadi lebih baik luangkan masa bersembang menatap wajah pasangan, bergelak ketawa, berkongsi umpatan dan gosip-gosip liar serta menyanyi lagu duet OST 8 bulan bersama, bagi aku itupon dah cukup gembira,sudah cukup untuk buat aku sisipkan sebagai kenangan yang terindah. ececehh *muntah


nampak tak muka aku tengah happy tu?
encik buncit dah warning awal-awal
 "jangan letak gambar apex yang tak senonoh tadi tu, memang apex patah balik pi johor shoot perut ayu"
oke buat-buat takut je la..


Setelah 3 hari 2 malam encik buncit di UTM, beliau pon pulang lah ke KL pukul 3.30 petang tadi, depan beliau aku buat muka steady sahaja buat muka keras kong, lambai tangan pelok erat-erat comolot bagai eehh nak mampos kena terajang dengan abang-abang aku, aku hanya melambaikan tanganku keudara. Hilang sahaja beliau dipandangan mata, aku terasa pipiku basah, balik bilik terjun atas katil, bantal pula yang basah.

Sedih betol jumpa dalam masa yang singkat...bye yayang..=(

28.10.10

kereta BMW

Nak pegi beli barang kot masa tu gua dah lupa tapi bersama gadis tercantik SKK(nizan), merempit naik motor sampai depan kedai parking baik punya. Beli barang kembali semula ke motor. Ada sorang pak cik tua ni pandang.

"Motor adik ke ni?"

"ahha"

"Tak tahu ke sini parking kereta, suka hati ja kan nak parking sana sini"

pakcik tua membebel lagi, dan lagi dan membebel lagi.haram betol bebel sikit-sikit dah la.

gua malas nak layan, muka nizan dah bengang.
bodoh ape pakcik oii ada pulak parking motor kat taman U ni?

pak cik tu buat muka cam kimak pergi kat keta BMW dia, masok parking sambil mulut terkumat-kamit.(bebel lagi la tu)
driver je pon pakcik! nak kerek lebih-lebih pesal?macam tak boleh cari parking lain. sial betol.

27.10.10

Siapa Hamzah Ian sebenarnya?

Siapa la yang tak kenal Hamzah Ian kan raja konec semalaya. Gua pon heran follower dia boleh jadi ribu riban, kalau dulu dia letak nama kahak cair sumpah gua geli dowh, sekarang beliau dah glemer dah femes. Sampai blog gua pon beliau tak sudi nak jenguk dah, ye la gua ni pipit (tidak merujuk kepada saiz badan) hamzah tu enggang, nak-nak pulak dah ada awek cun melecun sekarang ni kan. betol tak hamzah. Gua kenal hamzah ni before dia ada blog terbang tinggi-tinggi tu tapi gua kenal dalam fesbuk je entah celah mana gua boleh friend dengan dia pon tak taw la. Yang gua taw dia kawan dengan zamenolarip seorang junior gua yang mukanakmacamkoreatapihatiselembutkapas.

Gua paling suka baca baca status dia dulu-dulu. Dulu-dulu tu sebelom dia jadi hamzah la.(aiyak!) status yang selalunya sengal dan panjang. Dah jadi hamzah ni status pon comel-comel je tak cita pasal konec cita pasal tetek . hakhakhak bongek*

Apekejadahnya gua sembang pasal budak gay ni? ni ha mangkuk ayun ni suruh LIKE gambar dia, nak menang RM150 ja pon chatting ngan aku semata-mata nak suruh like muka gay dia tu haram sungguh, bukan nak tanya aku dah makan ka belom ka, sihat ka tak ka, ini tak! beriya suruh aku like gambar dia lepas tu suruh 100 orang kawan aku pulak LIKE. Diktator betol la ko ni hamzah!

Nah meh like gambar dia ni, 

step 1 "LIKE page ni"

step 2 "LIKE gambar gay dia ni"

kalau dia menang korang tuntut la kepsi ke mekdi ke kenny rogers ke kat page dia

tak memasal kena babi dengan aku tadi, kacau lagi aku tengah buat thesis. grrrr


26.10.10

Ada aku kisah sapa Fida Aisyah?

walawess..melebih-lebih pulak aku ni, tajuk macam nak cari gaduh. haha tak de betol la aku tak amik port sangat pasal sape fida aisyah tu, aku follow dia pun sebab dia ada kontroversi dengan zack dulu,woha gila jujur aku ni. haha tapi sedikit sebanyak aku mengagumi lukisan dan gambar yang di claim sebagai dia punya. tulisan kat blog dia aku tak into sangat sebab terlampau melankolik terbelit-belit lidah mak nak baca taw nyah. aku pernah baca 1 atau 2 entri ja dalam blog dia so takde la rasa tertipu ke jadahnya. apa-apa pon sabar je la ekk kepada yang rasa tertipu lagipon sapa suruh korang percaya bulat-bulat. ayat-ayat dekat entry aku pon kadang-kadang ada ja menipu, semua tu kan sekadar nak menyedapkan cerita.lol

Then bila aku baca entry dari blog joe ni memang best, haram aku pon terkena prank sekali. pandai betol mamat ni buat cerita. hahah kalau nak baca entry konspirasi fida aisyah boleh baca kat blog izuarimamat ni yang setat dulu, kalau tak aku tak taw pon pasal segala gambar-gambar edit fida tu, macam yang aku kata la ada aku kisah. ngeh3

Tapi kalau ada sesapa nak buat konspirasi siapa J.Love dengan plumpy tootsie sebenarnya? aku berminat nak taw. keh keh keh takde la aku just suka baca entry diorang. apa-apa pon hormati mereka yang nak rahsiakan identiti sebenar daripada dunia blogger. korang baca blog orang sebab nak kenal lebih-lebih dengan blogger tu ke?gile stalker weh,haha aku baca blog orang hanya untuk buat aku gelak dan happy, itu sebab aku suka baca entry yang lawak-lawak yang ringan-ringan. just enjoy your reading okey don't be too damn serious. 

Wah wah wah tengok dah setat speaking british pulak. haha ok yang bawah ni dah lari dari tajuk sebenar entry ni. gua nak ucapkan terima kasih kat alvin sebab gua cilok story dia buat public speaking. hoho jangan marah ekk bro, gua dah cuak  tak taw nak cakap apa tetiba masok blog lu dapat idea pulak(berguna jugak taw blog lu tu). terima kasih juga kepada encik buncit tercinta sebab naikkan semangat gua dengan bagi video lagu hindustan yang ada 2 ekor gajah beromen(motif?), mak dan family serta rakan-rakan yang banyak menyokong gua tak kira di fesbuk mahupon di alam realiti.*waklu

Ohh lagi satu semalam kan gua punya gelabah mak enon sampai masok dewan kuliah tadi pon gua boleh buat refreshment dam dam dada lagi (refreshment untuk hilangkan ngantuk tapi gua buat untuk hilangkan gelabah care tak?). Last-last gua dapat fullmark! keh keh keh sila tepok tangan depan laptop masing-masing oke.
MySpace tepuuuk-tepuuuk semaaaangat!!(dengan gaya pengakap sekolah) oke gua dah setat annoying.(-_-")

 celah mana boleh dapat fullmark pon gua heran. grammar dah la tunggang langgang terbalik terkangkang, gua syak sebab gua pakai cantik sangat kot tadi.*pengsan . Best speaker dapat kat orang lain la, kalau dapat kat gua maw buat kenduri 7 hari 7 malam tanpa henti tu.

oke lepas ni aku akan busy dengan thesis pulak, lepas tu encik buncit nak datang utm, lepas tu viva project  final year, lepas tu raya, lepas tu final exam. hoh time table aku dah bersusun ni tapi study nanti terbarai jugak. hampeh!

entry berterabur harap maaf~

25.10.10

cuak

gua tengah cuak nak mampos ni..doakan public speaking gua esok oke-oke sahaja. jangan terbelit lidah jangan terlupa point gua nak cakap. gua gelabah macam gua nak kena lafaz akad nikah pulak padahal bukan gua yang kena lafaz tapi bakal suami gua. tengok gua dah kelaut.

doakan yang good-good dan cute-cute je untuk gua oke. gua sayang lu lebih. muaxx..xoxo


MySpace

Excuse Me

Excuse Me..adalah salah satu magic word diantara 4 magic word, cuba anda try cakap pasti akan keluar bunga api yang liplap-liplap dari mulut anda. Ok jangan senang terpedaya. Selalunya perkataan excuse me akan disebut sekiranya kita mengalami kesukaran semasa berjalan ditempat yang ramai orang dan juga semasa kita melampiaskan cecair halus berserta angin dari hidung dan mulut atau dalam bahasa saintifiknya bersin.

9 tahun lalu, sewaktu aku menunggu bas untuk keluar bersama-sama rakan-rakan tercinta. Aku terpaksa merempuh keadaan yang begitu ramai orang, sangat ramai sehingga aku terpaksa meng-cover dada ku dengan beg sandang (walaupun tiada benjolan lagi tatkala itu). 

Setelah hampir 15 minit berjuang menaiki bas akhirnya aku berjaya jua membolosi keramaian itu, sangat sesak, sangat 'sardin' mahu menyumpah juga pada driver tu sebab bas dah penuh pon masih lagi nak sumbat. Aku pulak terpaksa berdiri, marah betol aku dengan jejaka dihadapan ku. Ada ka patut dia biar aku berdiri, gentleman la sikit bagi golongan awek yang belom ada dada ni duduk. Aku merenung jejaka itu, dia pulak buat muka tak paham ceh dasar lelaki! bisik hati kecilku.

Tiba-tiba aku terdengar dia berkata "EXCUSE ME". aku menoleh ke arahnya, dia tersenyum, aku pelik, dia masih lagi tersenyum. Jadah ape cakap excuse me ni?nak kata nak lalu depan aku dia dok senyap atas kerusi tu je bersin pon aku tak dengar. Dengan tiba-tiba ada sesuatu bau menyinggah ke hidungku. pekat, likat dan sangat ketat bau nya.




Haram jadas. kentut rupanya, jejaka itu masih tersenyum dan buat muka rilek minta lempang!serius aku nak lempang muka dia.

22.10.10

Apa aku nak mencarut ni?

Darah gemuruh betol aku ni, lepas lecterur panggil nama aku utk public speaking minggu depan aku dah gabra gilababi tau sampai setiap 5 minit aku terpikir nak sembang pasal tajuk apa. Sekarang ni mula la nak sakit jiwa cari tajuk, nak menghafal lagi satu hal, tu tak masok lagi dengan grammar tunggang langgang terbalik terkangkang.

Kawan-kawan aku ni pulak suruh cakap pasal entry2 aku kat blog ni. Lepas aku belek-belek entry lama aku. Huh haram satu pon tak boleh pakai. Entry banyak mencarut je kalau aku buat public speaking maw kena penyepak padu.  Korang boleh bagi idea tak??hoho tolong la aku dah sakit otak dah ni memikir...

21.10.10

Bukan mengecam tapi nak suruh kita sama-sama berfikir

Apa motif dia??


aku tahu aku tak sempurna mana dalam menutup aurat ni tapi takkan la tak taw nak bezakan fashion islamik dengan yahudi.




Boleh pikir tak kenapa rakyat dah tak hormatkan pemimpin?

Walaupon kita berada diatas, mahu mengejar nama tapi nilai sensitiviti tu jaga la beb jangan main taram je. Ni satu dunia tengok taw. 

Geram bodo

Printer aku buat perangai macam haram jadah hari ni..mangkok ayun betol!

19.10.10

2 kali sehari

Dear Diary,

Aku rasa sihat hari ni, 2 kali taw 2 kali. Hanak cakap kalau 2 kali sehari bermakna kita sihat. Sebelum ni 4 hari sekali pon cam susah gila. Seronok sangat taw hari ni rasa hidupku telah disinari cahaya bergemerlapan.












Semoga esok pon aku akan berak 2 kali. Pastikan ia keluar jua walaupon perit!

Fuhhh...Dapat jua kuluahkan disini...

Terima kasih diary kerana sudi mendengar luahan jiwa batinku yang terseksa ini.

18.10.10

Istana Garden dan Hutan Bandar

Semalam aku ada baca komen kat blog seorang gadis ni, pasal anon yang kacau blog dia so aku baca la komen-komen beliau. Memang agak kurang ajar sebenarnya komen-komen yang dilemparkan oleh anon tersebut, entah ape motif anon tu sebok stalk blog dia aku tak pasti. Selama aku blogging ni tak penah pulak ada anon kacau hidup aku..lalala~..ahh dulik kan aje..

Tapi aku ada terbaca komen sorang makcik ni ecehh mana taw makcik ni. haha dia kata sekarang ni ramai anak muda buat blog cerita pasal diri sendiri, semua hal peribadi nak letak dalam blog. aigoo makcik ai very terasa you know. Tapi betol jugak la makcik tu cakap, semua gambar gedik-gedik nak letak, dah tu mana la orang tak mengata. Bila google nak cari something tetiba keluar entry blog kita yang entah apa-apa wajiblah tukang google rasa nak maki..<--sedang merujuk kepada blog sendiri(Hitam itu bukan Putih)

So dengan sedikit keinsafan yang tersemat di dada ini aku nak post entry ilmiah. Oke jangan percaya, aku just nak share tempat-tempat yang aku pegi hangout kat Johor ni..(dah Final Year baru sebok nak explore tempat-tempat best). So kepada yang masih berada di UTM ni ayuhlah kita berjalan-jalan kerna mungkin kita tak jejak dah negeri johor ni..lol (dinasihatkan supaya tidak melihat gambar-gambar ini dengan ghairah)

Istana Garden

Tempat ni terletak di Johor Bharu(ayat nak skema), kalau dari UTM ke tempat ni hanya 15 minit itupon kalau tak jem. So better pegi hujung minggu sebab takde la busy sangat. Kami bangun pukul 6.15pagi (gila awal bangun semata nak pegi photoshoot) tapi bertolak pukul 7++ jugak. Almaklumlah keluar bersama nadey dan hanak wajiblah diorang dressing macam artis.

gambar pertama yang ingin dipertaruhkan

Sini kawasan orang jogging, sangat ramai orang jogging oke! dan semuanya pakai tracksuit, t-shirt dan sport shoes. Hanya hanak saja yang pakai kemeja taw, diulangi dia sorang ja pakai kemeja dan bawak handbag pagi-pagi buta. Haha walau apa pon hanak hang memang gojes!


model-Miss Nadey,
 photographer-Miss Ayue
 tolong jangan cakap gambar ni cantik sebab model!

Kawasan ni sangat cantik,kalau jogging pagi-pagi sangatlah heaven,cantik dowh! ape ingat Malaysia takde tempat gojes-gojes ke??Kalau datang petang-petang boleh buat picnic,tak semestinya picnic kena ada pantai kan. Makan mekdi kat sini pon boley dikira picnic gak pe. Selain taman, tempat ni jugak ada zoo tapi kami tak masok kawasan zoo tu pon, hanak yang beriya nak tengok babi. Entah ape la hang ni hanak babi pon tak pernah tengok..;p


Model-Miss Hanak
  Oke model seterusnya adalah hanak, oleh kerana beliau ni suka masok hutan jadi beliau sangat suka pada pokok. Asal nampak pokok je nak tangkap gambar, asal nampak kulit pokok je nak gigit menyandar. Aku pon tak paham.(-_-")




masih lagi dikawasan hutan taman

WOW...dah boleh jadi cover majalah mangga ni..

snap by hanak
dah berangan dah nak beli DSLR.

Aigoo..sudah-sudah la gambar pokok!

Jom kita ke bangunan lama pulak..jeng3


kasi effect sephia sikit lah..

Kat kawasan ni selalunya tempat-tempat wedding photographer amik gambar, kira nak bagi nampak effect zaman dolu-dolu la ni.



sibuk setting nak snap gambar bertiga

Bertiga..=)

Ada rumah jepon kecik kat taman tu

Kawasan kolam, ada ninja turtle kat dalam,tipu je jangan la percaya.

Dah nak balik tu kami jumpa pokok yang agak rare. Macam geli-geli pon ada gak. Hoho cikedout


Woha..ade buah jugak taw pokok ni.


Oke dah pukul 8.30 perut dah lapar sambil meraung mintak diisi so kitorang pon bertolak pegi...............

Hutan Bandar

gambar cilok berdasarkan blog yang tertera

Hutan Bandar ni dekat je dengan Istana Garden tu, ada la 5 minit kalau naik kereta.

Sebelom nak masok kedai makan, atas kedai makan bawah kedai cenderamata

Kat sini pon ada tempat-tempat menarik jugak, tapi oleh kerana kami dah lapar so kami hanya lepak-lepak, sembang-sembang dan bergosip pasal budak course ..opssss 

mee sedap ehh mee kari la, superb sedap!

nasi lemak ayam + teh o ais + ais kosong

Melantak time!ho yeah. pepagi ramai orang kat sini.
ehem ehem, boleh cuci mata jugak taw..lalala~

Tempat ni menarik la sebab dalam bandar dia wujudkan konsep hutan. Tu sebab nama dia Hutan Bandar kot. Haha (bukan fakta ye). Kami lepak situ sampai pukul 11++ gak la, gila lama bergosip, orang yang dok kat sebelah meja kami pon dah 4 kali tukar orang. lol

Apa-apa pon sesapa yang mai JB ni singgah la sini, nak-nak pulak budak UTM kan daripada dok post kat FB tu tension la tekanan la baik pi tenangkan fikiran. Alah masok bukan gadoh dok kena bayaq pon.Free of charge oke. 

salam sayang dari ayu..muahx muahx muahx!sayang you all taw

sumpah gedik*

ohh haa kalau nak pi boleh la google map. Apa guna ada berokband yang pantas kalau tak pandai nak guna kan.

16.10.10

'Foreigner'

Sebut 'foreigner' je konfem kepala otak akan ingat oooo pak arab, ooo pak sudan, ooo pak iran...ini untuk 'foreigner' yang dekat U aku la...kalau mat bangla,indon atau vietnam kita tak panggil foreigner tapi pendatang asing nak lagi cool tambah "tanpa izin" kat belakang..oke benda common macam ni takkan la korang tak taw kan..

'Foreigner' jugak selalu sinonim dengan busuk, maksud aku bau badan mereka yang busuk..aku bukan nak mengata oke tapi sebenarnya bersyukur sebab tidak berlakunya pembaziran air di negara kita..lantak diorang la tak maw mandi pon peduli apa aku..janji tak dok sebelah aku sudah..

Tapi pagi tadi masa aku habis kelas, tergodek-godek jalan nak balik kolej aku ternampak...




Minah arab ni selamber bodo ja dia berhenti kereta tengah jalan, lepas tu keluar kereta pi berpeluk cium dengan rakan senegara, agak-agak la nak jumpa member lama pon berhenti la kereta kat tepi dulu..ni dengan signal tak bagi, ko boleh buat rilek lagi kan...aiyooo ini punya orang pon ada ka...
.
Kalau aku naik kereta dengan member aku selalu sangat nampak mat-mat serta minah-minah foreigner buat jalan raya tu macam bapak diorang yang punya...kita pulak yang kena hati-hati kalau drive dekat dengan kereta diorang...demm betol..macam mana boleh bagi lesen kat diorang entah...menyusahkan rakyat jelata sahaja dah la rakyat jelata Malaysia pon bawak kereta macam haram jadah lajunya...

MySpace

aku yang jalan kaki ni pulak yang berdebar-debar...

13.10.10

Anak mak tak balik kampung raya ni

Kalau aku tak balik raya haji ni boley tak??

nak siapkan kerja..lagipon cuti seminggu je kan...

Boleh la siapkan thesis lepas tu study untuk final (konon la nak study)...
MySpace

Tapi aku tak bagitaw lagi kat mak aku...

kalau bagitaw ni agak-agak mak aku meraung tak????

rilek oke mak, ayue kat sini sihat-sihat saja, takde la sejuk mana pon sini, panas pon suam-suam..kaktus yang kita beli sama-sama kat cameron highland tu pon hidup lagi...(comel betol beli kaktus dengan mak)

"Mak sabarlah menunggu kepulangan anakmu yang berada diperantauan ini"


Dari bumi KOREA,
Ayue SurihanyOt
MySpace

Aku sebenarnya takdak duit nak balik (berharap sangat abang-abang aku baca)..arghhh apasal la tak cuti sem je terus..ini dah balik kampung berjoget-joget tetiba nak datang UTM balik...walawesss ingat dekat ke Penang dengan Johor..jauh taw tak!!Dah la kena naik bas express gilababipunyalaju...Dah tu tempah tiket bas selayaknya tempah batu nisan sekali...betoltakbetoltak?

Berfikir-fikir nak balik ka tak dan berfikir-fikir kalau aku balik dapat duit raya tak?

Gila tak best la dah besaq ni haram tak dapat duit raya pon....

MySpace

Raya Haji bila haa???bilik aku takdak kalendar la..

yakin ja tulis entry nak balik raya...

untuk mak dan makcik-makcik yang merindui ayu..
salji tak turun lagi kat korea ni..

gaya bergambar macam haram saja tapi aku tetap nak upload...dulik ape aku..hahaha

12.10.10

Entry Comel dari Saya

Telah menjadi lumrah bagi seorang gadis, bila beliau terjumpa barang-barang comel seperti baju comel, henset comel, laki-laki comel (ehh laki-laki bukan barang ye kawan-kawan) pasti akan rasa teruja..Tak terkecuali jugak bagi diri saya..

Bagi memeriahkan lagi suasana blog ini saya pon meng"google" la image dengan menaip perkataan "comel" dan memang ternyata image-image serta figura yang keluar tersangat la comel..

comel kan comel kan?

Dan saya rasa bukan pipi yang gebu serta badan yang tembam sahaja di ambil kira dalam kategori comel tetapi tetek comel pon boleh jua..tak percaya??boleh la google image 'comel', jangan la pulak anda buat-buat tersilap taip 'bogel' sah-sah la keluar maria ozawa bersama colinya...(gambar tidak boleh di upload dalam blogspot kerana dikhuatiri menerima gangguan seksual)

Dan bila ternampak lelaki comel juga saya rasa teruja tapi takde la sampai mahu picit-picit pipi lelaki tersebut, nampak macam kurang manis pulak bila gadis sopan macam saya pegi picit pipi laki-laki..

saya pon tak paham celah mana yang comel, mungkin antena tu..hmmm misteri tak terungkai lah..

Ok berbalik kepada tujuan asal saya menulis entry comel ni..saya rasa mahu guna ikon-ikon comel begini..sudah setahun lebih blogging tetapi baru tahu bagaimana mahu menggunakannya..terima kasih kepada google kerana anda saya tulis entry lari dari tujuan asal...


MySpace ehh saya tersilap tulis entry...


MySpacemaafkan saya...

comel kan..lepas ni saya akan setat pakai ikon-ikon ini..manusia berubah kita pon kenalah berubah..ye dak??

oke dah-dah la tu..aku tengah mamai ni tu yang boleh ter"update" entry..woh kemain lagi ha.. oke bai nak tido mimpi brader pakai henfon ada antena signal...comel sangat taw..marvelous~

11.10.10

Hujung minggu yang KONONnya busy

Dah lama rasanya tak update entry, you all you all rindu i tak? okey cam gedik nak mampos ini minah..aku tengah sakit kepala ni..nak kata tak cukup tidoq rasanya dah terlebih-lebih pulak aku tidoq kan..Kalau minggu lepas aku tersangatlah bersenang lenang lenggang kangkung tapi minggu ni macam haram pulak busynya...hujung minggu aku dok resah gelisah saja pasal kerja-kerja ni, resah-resah pon tetap tak siap jugak kerja aku.....


Sepertimana yang kita ketahui makan juga dikira sebagai kerja ya..dan kerja makan adalah sesuatu yang kita tak boleh tangguh-tangguh...

Jom pi makan sebelom kepala otak aku ni biul buat assignment yang tak siap-siap...cari enthalpy pon berejam dem sungguh!!!..

7.10.10

Jenayah Fesyen Tudung

Bila zaman dah bertambah maju, macam-macam fesyen kita boleh jumpa..nak nak pulak fesyen tudung..dah macam henset dah aku tengok..setiap 2 bulan ada ja keluaran terbaru..

Bagi aku...

Ada yang cantik tu oke la..

kalau yang buruk tu..

omaigodek-godek sumpah buruk macam badut..

kadang-kadang aku tak paham kenapa perlu dressing sebegitu rupa..

kalau pergi parti costume takpe la jugak nak pakai manik besau-besau, ikat reben minnie mouse atas kepala, tudung ade lampu kat tepi telinga...dengan kaler wanawani sumpah buruk gila...


memang la banyak jenayah fesyen sekarang ni..

encik polis tolong ambil tindakan dengan segera!!

tak lambat lagi kami pon bakal menjadi penjenayah fesyen...ooo lalala~

tudung dah setat rambu-ramba dah tu..
lepas ni pakai tudung yang ada lampu-lampu pulak la kot..
lepas tu letak reben besaq atas kepala..
sangat la comel haktuih-haktuih kan?

(-_-")

6.10.10

Sedang mencari sugar daddy

Hari ni tekanan melampau-lampau, projek final year(PSM) aku tak menjadi-jadi, aku rasa sangat la menyampah-nyampah dan rasa ingin menyumpah-nyumpah..tengok marah sampai semua perkataan mahu digandakan...memang marah-marah sungguh-sungguh ni..

Masalah

Due projek aku bulan depan, lagi sebulan cek mek molek au au oii mana nak buat experimen? mana nak buat thesis?..grrr ni semua sebab barang untuk projek aku tak sampai-sampai lagi..dah tu, nak pi tanya kat stor fakulti memanjang orang takde...Pegi sarapan la pegi jamuan raya la, setiap kali jamuan raya stor tu tutup..jadahnye???(dah la sebulan raya sebulan ada jamuan raya, sebulan ada rumah terbuka,gila la banyak duit admin depa)..aku yg student ni pon tak kalot nak pi jamuan raya bagai tu...kot iye pon nak pegi, take turn la sorang pegi makan sorang jaga stor ini tak! nak jugak dua-dua pegi..haishh tak paham aii aku..sudahnya kat blog ni jugak la aku mengamuk...dem betol

Lepas tu datang pulak satu bala..Fakulti aku buat case study jadah ape entah, nak kena spent masa untuk menatang tu pulak...Buat je la benda tu kat budak 1st year!!yang nak buat eksperimen kat budak final year jugak pehal???dah la kepala sorang-sorang tengah bengong dengan psm lepas tu dengan lab proses control lagi dengan assignment sepah-sepah(ni budak course mate aku je paham)..lepas tu nak kena study pasal case study pulak!!wadahel??

Penyelesaiannya

Oke korang dah nampak kan tekanan yang aku alami...so penyelesaian sementara adalah beli burger king yang tengah buat promosi!beli air je dapat percuma 1 burger dengan harga singgit...murah kan murah kan??lalala so tension punya pasal ai beli 2 biji burger king yang besargedabaktu...

tadi kat burger king terasa macam nampak blogger cun melecun si peti suara...omaigod teruja jap tapi cam segan nak tegur(aku kan pemalu)..kah kah kah..oke tak lawak pon sebenarnya..

sesudah beli burger king sampai 2 bijik kan...(nak jugak bold kan) aku pon balik membawa perut yang besar ini...

balik je hanak ingatkan pasal hostel fee la pulak...(INI ADALAH MASALAH) hanak pon bijak jugak dikala aku tengah kusut masai ni la dia nak ingatkan aku...grrrr


nampak tak status berhutang aku..siap letak kaler merah lagi ala ala warna amaran gitu..duit dalam bank dah macam hidup segan mati tak maw dah..so penyelesaiannya 

aku perlukan sugar daddy tanpa perlu menggadaikan apa-apa yang ada pada diri ini...sekian

harap maklombalas..

4.10.10

Hantu-hantu Di Malaysia

Waktu sekolah-sekolah dulu kan wajib timbul cerita hantu kan. Nak-nak pulak kalau dok asrama perghh macam-macam story kita dengaq sampai boleh buat buku aku syak. Story tu pulak lebih kurang sama. Dah macam tak dak modai pon ada aku rasa. Benda-benda ni akan melarat sampai ke merata ceruk negeri lepas tu wajib ada tokok tambah yang melampau-lampau..

1. Hantu Pontianak

Ni stended hantu Malaysia la, rambut panjang 'guna jari pon boleh', muka nak buruk ja. Kadang-kadang aku terpikir jugak apasal tak ikut je hantu pontianak mat saleh tu, cun-cun dowh stok kacak pon ramai. Tapi aku akui mungkin sebab genetik berlainan mungkin je taw aku tak kaji pon.

pontianak Malaysia
siap bawak anak bagai..

pontianak luar negara
OMAIGOD..pontianak hensem cenggini?hari-hari jumpa pon tak pa..
picture credit to The Vampire Diaries

2. Hantu Makcik Jual Karipap

Hantu ni femes dekat matrikulasi, aku syak setiap matrik ada hantu ni. Makcik ni akan datang jual karipap malam-malam tapi bukan ikut pintu dia jual ikut tingkap. Memang rare sebab dia akan pegi kat tingkat2 atas dah tu lalu kat tepi tingkap yang takdak koridor. Hantu ni memang wujud kat matrik ja kat U dengan sekolah aku tak penah dengaq pulak. Kadang-kadang ada versi yang bawak anak pon ada. heh macam-macam..



3. Hantu Sebelah

Ho yeahh..masa aku dengar cerita pasal hantu ni maw meremang jugak segala bulu aku. tapi kalau aku cerita kat korang pon mesti korang tak rasa feel sebab aku tak pandai nak story ikut blog. korang tanya la sapa-sapa penah dengaq cita pasal hantu sebelah mesti ada orang taw punya...kekkekkek 

4. Toyol

Sapa tak taw pasal hantu budak kecik kaler ijau ni, beliau cukup femes oke. Kira kalau buat fan page tu dah beribu orang like..oke merapu.. Kalau dulu toyol ni akan main kacang hijau atau ikan puyu bila kita letak depan/dalam rumah tapi sekarang dia dah tak layan dah menda-menda bodo tu. Toyol zaman sekarang nak main PS3 je, apa korang ingat korang je boleh main PS3 bagai tu..Mereka pon tahu erti kemajuan jugak taw. heheheh ni junior aku yang cita kat aku sebab kakak dia penah try letak benda2 alah tu tapi tak menjadik, barang still hilang jugak. Oyeah...dah tu sah-sah la manusia yang buat dajal, dok salahkan toyol jugak nape??



5. Hantu Pak Tikong

Hahaha..hantu ni ada kat rumah arwah tokwan(lelaki) aku ja kot, masa kecik-kecik dulu aku selalu jugak tidoq rumah depa. Rumah arwah tokwan aku ni jenis rumah kedai so ada 2 tingkat, tingkat atas tu dah macam nak reban(runtuh) kira kalau hang jejak ja papan tingkat atas tu dia akan bunyi kruk-krak huh memang tak berani la nak naik kan. Kami yang budak-budak ni akan tidoq kat bawah ja dengan tok(perempuan) , tok wan aku tidoq atas. Dah nama budak-budak kecik kan sebelom nak tidoq tu mesti la main-main dengan sepupu dulu pas tu dok hingaq. Cara tok aku nak bagi kami semua tidoq dia cerita la pasai hantu pak tikong tu..Mata merah la, gigi panjang la...blablablabla "Pak tikong... mai amik depa ni" arwah tok aku suka sakat kami macam ni..dah kami yang penakot ni pon selamat la tidoq sampai ke pagi. 

6. Hantu hempap

Ni kes bila tidoq ja kena hempap so panggil hantu hempap la kot kan kan kan? First time aku kena hempap masa kat UTM ni la. Mula-mula aku kena tu aku ingat aku kena kancing gigi sebab aku tak boleh nak bukak mulut dengan gerakkan badan padahal aku dah terjaga. Lepas tu bila dengar cerita orang kena hempap bagai so aku assume aku pon kena hempap jugak kot..lalalaala~ Banyak kali jugak aku kena tak kira siang ke malam, kalau aku kena waktu malam aku tak kan bukak mata..ye la kang bukak-bukak mata dia dok standby baek punya depan muka kita, konon nak main acucak la tu..tak ka macam haram jadah namanya..


Macam-macam cerita hantu la kita boleh dengaq sekarang ni, yang terbaru aku baca kat fesbuk tadi... kawan aku dengaq ada orang dok tekan-tekan keyboard laptop dia semalam sebelom dia nak tidoq. Laptop pulak dok hujung kepala ja..nice...lepas ni jangan biarkan laptop anda terbukak sebelom masok tidoq...

klik bagi besaq

hantu pon dah pandai main laptop kan..agak-agak dia pandai main fesbuk tak??tetiba dia hantaq mesej fesbuk pukul 2 pagi..

 "awak asyik main fesbuk je saya kat tepi tingkap ni awak tak perasan pon" 

oke scary bodo..malam ni nak tidoq bilik sapa haaa???

3.10.10

teka-teki orang dewasa #2

Oke boring punya pasal aku kasik teka-teki ekk..

"Apa perbezaan menara kuala lumpur dengan stadium shah alam"


aku tak dapat jawab teka-teki ni, bila diorang bagi jawapan pon aku masih lagi blur-blur sampai la aku teka kat ana. Bila aku kasik jawapan dia kata ooo paham-paham, aku tanya la dia balik sebab aku pon tak berapa nak paham kenapa jawapan dia macam tu ye la aku mana penah tengok stadium shah alam tu macam mana..hakhakhak

ana cakap.. ala hang bayang stadium ja tak payah bayang stadium shah alam pon tak pa...ooo oke aku dah paham, haram jadah sungguh sapa yang reka teka-teki ni..ehh bayangkan stadium terbuka taw bukan stadium tertutup...ngeh-ngeh-ngeh

2.10.10

Wajib Tayang Production

Semalam aku belek majalah dengan member aku..majalah remaja yang aku beli beberapa minggu lepas tapi tak baca-baca sampai sekarang..aku beli pon sebab blog zack zukhairi masok dalam tu..sedikit teruja taw bila ai dapat taw pakwe ai yang entah keberapa puluh tu masok dalam majalah remaja...ohh hai zack...bila nak dating ni ai rindu taw?? (uweekk muntah darah cepat zack!!)

Kalau aku baca majalahkan tak kira la majalah mangga ka dara ka teruna ka permata yang hilang ka mesti ada ruangan "Jom Berkenalan" ataupon "Jom Tayang Gambar Nampak Lurah"...nampak tak nampak tak apa yang aku cuba sampaikan???

alaa yang orang pos gambar kat majalah tu..lepas tu buat peace ala-ala comel, buat mata bolat-bolat macam guli paling lekeh pon tayang gambar lurah dendam..kalau kaum lelaki pulak...perghh lelaki pon ada buat kerja macam ni jugak..serius aku tak paham...(-_-") muka pandang straight kearah kamera sambil tahan lubang hidung kembang kempis...Nak lagi nampak manja dan cool tulis kat caption macam ni..

"Haii jom berkenalan dengan saya,0172886***" itu kalau budak zaman bodo piang la letak nombor telefon kalau zaman yang tak berapa cerdik dia akan letak email ataupon suruh add facebook..motif sangat taw???* sound effect mak nyah...

Lagi satu ruangan untuk gambar berkumpulan...ohh so sweet kan kawan-kawan letak gambar kita ramai-ramai...lepas tu bangga sorang-sorang muka kita masok majalah...kat caption tulis pulak "korang tak dapat masok majalah macam kitew"...ohh wadafak...

oke fine gambar korang kan apasal aku pulak nak sibuk-sibuk lantak la kan??sibuk lah kau ayue...go dai pleaseeee...lalalalala~~

p/s:: zack dah bertunang..walaupon hatiku pecah tapi tetap gembira untuk kak itah...walawesss hahahahah

1.10.10

“DiGi iPhone 4 Life”

dengan ini saya dengan rasminya menamatkan ke empat-empat entry kontest iphone saya dengan serangkap pantun...

pergi ke kedai membeli roti,
singgah sebentar di warung kopi,
iphone 4 pujaan hati,
sehingga tidur termimpi-mimpi.

bijak jugak aku tulis pantun kan kan kan???mesti cikgu bm aku bangga kalau tengok ni...lalalala~ oke sudah saksikanlah kehebatan gambar aku kat skrin iphone..

masing-masing sila teruja cepat... tepuk tangan dengan gemuruhnya..clap clap clap~~ *sound effect

jangan kutuk gambar ni..aku taw aku tak pandai edit gambar...(-_-") apa-apa pon wish me luck!!! I love you iphone and DIGI...sayang lu ketat-ketat..

boyfriend