31.3.10

sampai hati mereka..

bila manusia tak tahu menggunakan akal dan fikiran dengan sempurna inilah hasilnya..






kategori apakah mereka ni?????sanggup membuang darah daging sendiri...
pandai buat tapi tak berani tanggung...
semoga aku dijauhi dari perkara-perkara seperti ini...amin

30.3.10

bila Dinner dan Family Day bersatu...

wahh entry kedua dalam satu hari..ermmm banyak dah entry yang terlepas nak ditulis..maklum lah bila wifi kt bilik xdak so xleh nak layari pesbuk ataupon laman2 lucah berilmu..sejak 2 3 minggu ni banyak perkara yg berlaku keatas diriku..aku rasa sedih,pilu,kosong saja hati ini....teeeeeeeeettttttttt dah la ayu cukup2 la berdrama...

life aku agak kucar kacir sejak akhir2 ni...ye la mana nak siapkan assgnment, nak study, nak buat psm, nak meronggeng...haissshhhh hidup ni tak seindah yang kita harapkan..

tapi didalam kucar-kacir ni sempat gak la aku pi dinner SKK dan family day Karisma...
kira kepala otak aku ni xde la jem sgt mengadap process control kan...
ni di antara rentetan gambar aku semasa ditempat kejadian..


Dinner SKK (new york Hotel)
 hanna sibuk bermekap..aina plak sibuk ngn bulu mata palsu..haha


bersama cik nadey..

dah namanya perempuan mesti tangkap gambar kt toilet punya..

bersama presiden PPKK..pejadahnya ppkk tu?erkkk xyah taw k..

with the hottest guy

senior sengal hasrol

deng cantik!!

tema baju aku masa ni adalah rempit!!
amacam ada stail rempit x??haha 
boleh ganti lisa surihani dlm rempit V3 ni..
tapi masalahnya aku xreti bawak moto!!


now family day KARISMA turn...(desaru)

ohhh sangat la rilex..

kelab terbaik aku pernah join..



nampak tak tanduk setan ada atas kepala aku tu...haha pic ni diamik dari hasrol

upacara baling telur..haha

kesian beliau...manusia paling trok kena..


walaupon kami pi tepi pantai tapi kami mandi kolam...menjaga keselamatan la kononnya...

masa ni tgah lawan men bola baling..tapi bola entah kemana..orang plak berselerak abih..

balik tu semua penat nak mampos...bau belacan,kopi,pasir,air laut semua dah bercampur..tapi apa2 pon memang best...peace!!!

aku penat!!!

serius penat dengan orang sekarang ni...
makin besar makin banyak kerenah..

mana nak jaga hati, nak layan kerenah mengada2 dan satu perkara yang lebih mengjengkelkan ORANG BAJET BAGUS...puffff sgt menyampah kot stail mcm ni..

dalam pesbuk beriya nasihat orang..k fine bagus la nasihat orang tu tapi perwatakan ko tu tak menggambarkan langsung attitude ko..

relationship ngn member kena jaga gak weh..laki ke pempuan ke tak kisah la,ini tak!! kt luar selisih tepi jalan pon ko tak nak tegur orang pas tu ko nak tegur orang kt pesbuk bajet ko bagus sangat!!!
(oohhh sangat la FAKE ok)
nak kata ko alim????ok member aku laki ramai je yang alim tapi ok je ngan aku..
xde pon istilah ANTI PEREMPUAN..
dah2 la tu tak payah nak poyo sangat...

lagi satu stail ni lagi best...
nak suruh orang jaga hati lu...tapi lu ada jaga hati member ke???????
pandai cakap hati lu umpama tisu,tarik sikit dah boleh terkoyak..
habis hati orang lain ni???????
agak2 la weh kalau tak tahan dengan bisa mulut orang lu jangan nak laser2 ngan orang lain..

fikir-fikir kan lah...hidup ni kena bermasyarakat..
bukan sekadar dok bilik tulis blog, baca sorang2..
ok dah sesi meluahkan perasaan...
entry ni ditujukan khas untuk sesapa yang terasa dan juga diri aku sendiri!!!!

25.3.10

Hidup ni Tak Seindah Yang Kita Harapkan


Kadang-kadang hidup kita ni tak seindah yang kita harapkan…
Ye la…

“harapkan pagar, pagar makan padi”


Aku rasa mcm nak cita pasal pagar hari ni walaupon bg aku pagar tu tak hot mana pon..
Takat posing depan rumah, cukup jam orang kunci..
Nak advance sket pakai yg otomatik pny..guna remote je senang..
Tak payah ko nak turun keta, terhegeh-hegeh gi bukak pagar tu…
Tak pon ko tggu dalam keta smbil tekan hon, mengharapkan pencacai kt umah ko tolong bukak..
Ahhh nice…

Tapi……
Ya hidup ni tak seindah yang kita harapkan…
Sebelom ko nak pakai pintu pagar otomatik ko kena terrer dulu subjek PROCESS CONROL setakat terer subjek PROJECT MANAGEMENT hang tak payah nak sembang kt sini la….
klu ko fail subjek ni confem ko xleh pakai pintu pagar macam tu melainkan ko terrer subjek “mengorat anak orang kaya” ..
ataupon ko kena amik subject “ MEKAP TEBAL COVER MUKA HODOH”
subjek ni pon kena lulus sebab apa kalau muka dah hitam mcm aku ni at least boleh cover sikit dengan mekap tebal..xdak la orang kaya tu berkata begini..
“oohh jijik sekali mukamu itu”……
Lepas tu ko pulak menangis bagai mengharapkan ada mamat hensem tapi poket kering memujuk..
Lelaki itu mungkin seorang hipokrit kerna jarang sekali mamat hensem nak pujuk pempuan hodoh menangis…
Abis kuat dia akan berkata..
“dah la tu jangan la nangis” dalam hati dia dah menyumpah…
“kalau cun xpe gak!!ni muka elok sikit je dari  longkang”
Aiii brader ni mmg nak kena hentak…
Patut la ada pepatah…
“Mulut kau dengan longkang sama bau ja kan”

Ya kita tahu pagar dengan longkang memang xdapat nak dipisahkan…

"Dimana ada pagar disitu ada longkang…"

Tapi kita tak boleh terbalik kan pepatah ni seperti:

"Dimana ada longkang disitu ada pagar.."

Tak semestinya ada longkang ja akan ada pagar..
Sebab longkang sebenarnya sangat benci pada pagar ..
Kerna pagar boleh ada sensor otomatik tapi longkang?????
Kesian longkang dah la bau busuk sering dicaci pulak..
Ye la pernah ke korang dengar orang berkata,

“wahhhh wanginya longkang itu”

jarang sekali ataupon boleh dikatakan xpernah..
orang hanya mampu mengata tapi mereka tak tahu yang longkang tu sendiri memang xmaw jadi longkang…
pahit getir mengharungi hidup sebagai seorang longkang tak siapa yang tahu…
aku sendiri pon tak sanggup utk membayangkannya…

itu belom lagi sembang pasal kehidupan seorang jamban..

setiap hari kena menahan diri menerima makanan dan minuman yang telah di hadam..
bau nya memang azab..sehari xde bau sambal belacan dengan budu tak sah..
tu belom lagi masok part lepas “keluar hajat” tak reti nak tarik pump…
oohhh memang macam ‘tahi’
sanggup orang tu membiarkan tahinya bergelumang disitu…
ya jamban tu tahu ko terer subjek EKONOMI..
nak jimat air punya pasal ko dah xmaw tarik pump..ishhh
dimana tatasusila mu sebagai seorang manusia????
Sedangkan kucing pon taw tarik pasir tutup tahinya inikan pula manusia…
Menangis jamban tu mengenangkan diri yang tak belajar SEPARATION..
Ye la dia pon terfikir gak macam mana nak separate(pisah)  kan jamban dengan tahi..
mungkin dengan menukar nama sebagai beg duit ataupon handset,
Sebab  barang2 ini yang selalu diberi nama dan disyangi oleh manusia..
Ada ka orang bg nama kat jamban???
Jamban sony Ericson ataupon BB jamban..ohhhh
Nak sedap lagi jamban Gucci and Prada..
Maaf jamban!!!
Hidup ni tak seindah yang kita harapkan….

19.3.10

Lelaki Idaman Malaya part 2

Tengahari tadi aku makan nasi beriani+ayam masak rendang+timun+salad....apa pny campor ni????aahhh janji sedap..

balik je dari makan aku lepak2 jap atas katil ngn member gay baik aku...
biasa la kalau dah nama nya pempuan kalau tak kutuk2 orang mesti sembang pasal BOIPREN..
tak pon pasal study..erkkk yang tu tggu exam kot..

tengah syok2 sembang tu aku tanya la dia...

"hang suka laki yang macam mana??"


ok pas tu dia dengan sopan santun nya menjawab....

"aku suka laki yang bersungguh-sungguh suka kt aku, kira aku boleh nampak la dia sayang kt aku, kalau setakat 2 3 bulan ngorat aku pastu stop, aku reject"

see pempuan ni senang je...
asal si lelaki ni sayang dan tahu menghargai perempuan dah boleh kira aset besar dah...
tak payah muka kerek bajet hensem tapi tak pandai nak amik hati...

********************************selesaipart2************************************

18.3.10

Lelaki Idaman Malaya

petang tadi sedang aku jalan2 makan eskrim(aiskrim) aku terfikir nak buat entry ni...

LELAKI IDAMAN MALAYA...
tapi xkisah la idaman malaya ka boliwood ka holiwood ka, korang layan ja k...

ok agak-agak korang la kan lelaki yang macam mana korang rasa nak buat jadi suami????
ok aku dah taw:

laki tu mesti la ensem, baik, solat tak tinggal, kaya, berkerjaya....
kira cun la tu...nak2 pulak mak bapak dia sporting nak mampos!!mintak je hantaran berapa ribu sanggup keluar demi anak tercinta...(ok laki mcm ni jgn terima sebab nampak sgt makan harta mak ayah lg)

aku xmaw cita pasal nak cari calon suami tapi nak cita pasal perwatakan lelaki yang perempuan suka tengok...
berdasarkan dari pemerhatian dan kajian aku terhadap kawan-kawanku serta diriku sendiri,
pempuan ni dia punya taste kt laki tak jauh beza sangat, cuma kalau bab hensem,macho tu tak yah cita la sebab benda tu subjektif..
kadang-kadang muka macam orang pecah rumah pon boleh kata hensem kan..

ok dah!!!!!
first skali pempuan ni suka tengok lelaki yang bersukan...
tak kisah la main bola ka hoki ka futsal ka..
yang penting bersukan...
kadang-kadang tengok laki tu berpeluh pon jadi tarikan...ok aku tipu..
teorinya senang ja...pempuan ni suka laki yang badan fit (bukan ramping ok) kira kalau nak pelok tu mmg best la...mana ada pempuan yang suka tengok badan laki yang lembik, kena jentik getah sikit dah nangis ohhh sangat la nyah...

kedua:
tengok lelaki jalan @ merempit naik motor pegi masjid...
part ni selalu best tengok masa hari Jumaat, masa tu berpusu2 kaum adam nak pegi solat jumaat...
sejuk mata memandang, haa pas tu akan terkeluar ayat ni
"boleh buat calon suami ni"

walaupon solat 5 waktu dia belum tentu lagi penoh...teeeeeeeetttttttttt


ketiga:
andai kata sorang gadis ni gi jalan2 naik keta dan tiba2 tayar keta pulak pancit...
ok dah nama pon pempuan abis kuat dia akan maki diri sendiri sebab tak reti ganti tayar..
kalau ada mamat yang berhenti tolong tukar tayar tu...ahhhh nice!!!
baik hati betol mamat ni...
ish xdak motif!!

keempat:
lelaki yang pandai main gitar...
jeng3 ini tak pasti sgt tapi ada la member2 aku yang suka laki pandai main gitar..
alasannya....nanti kalau kapel boleh dia mainkan lagu tak pon buat lagu edisi khas untuk si awek..
contoh tajuk lagu....
"aku sayang AYUE sorang"
ohhh sangat sweet...haha

 ok dah la...nanti aku buat survey lagi mana taw kot ada yang suka mamat pakai sepender kt luar ka?????ishhh betol ni tak tipu sebab aku suka superman...
p/s: gitar dan sepender superman tidak dapat dipisahkan


17.3.10

semua nak dibenci, apa nak jadi!!!


xpaham betoi aku dengan orang sekarang nih...
asyik2 nak benci orang..
ya aku paham, aku pon ada perasaan benci tu..

aku akui kadang2 kita akan rasa macam nak sepak terajang ja muka orang yang kita benci tu..
tapi relex la der...kita kena sabar kalau tak, tak dak nya kata2 yang macam ni :

"sabar itu separuh daripada iman"

tengok korang nampak tak perwatakan aku ni seorang yang berfikiran positif...
 

haahhhh wadafak aku tak sepositif yang disangka ok..
kalau tak masakan keta lecterur aku kena calar dengan kunci bilik..
tayar keta mereka aku pancitkan dan setiap petang aku akan menunggu masa untuk calitkan tahi kucing juga ke kereta mereka...aaahhh nice!!
tapi ini semua adalah angan-angan ku semata-mata
aku tak sebodoh itu dan aku tak sehina ini..
haha
daripada korang jadi FAN pada benda yang tak berfaedah tu baik korang jadi fan LINK ni..

haaa amacam ok tak???nampak sangat tak macam promote diri???
wakaka what ever!!!

15.3.10

pertemuan dan perpisahan

terharu, sedih, gembira, penat semua menjadi satu...
seronokkan bila org yg kita sayang berada dekat dgn kita...
tapi rasa sedih bila dia akan tinggalkan kita...
itulah lumrah dunia...
setiap pertemuan pasti ada perpisahan...
terima kasih kepada beliau..

entry hari ni jiwang sikit sbb baru lepas dating dan melepaskan rindu...
alaaahh aku bukan pernah post entry jiwang2 ni tapi hari ni jiwa kacau sikit..
ok DALAM HATI ADA TAMAN...

dah ayue sila tamatkan entry nih sebelom orang mencarot meluat bila baca..sekian

7.3.10

belajar tinggi-tinggi akhirnya kedapur jugak..

bila time cuti sekolah je kita mesti balik kampung kan, pas tu akan stay rumah nenek tolong buat keja apa yang patut.. masa tu sangat best, tapi yang tak bestnya kena dengar datuk aku mencarot membebel..hahh azab!!!
tahan ja la telinga dengar dia bukak khutbah, nak buat macam mana kan... orang tua memang macam tu..

lepas tu kita akan dengar makcik2 tengah menyembang dekat dapur sambil  kutuk orang, nak sedap lagi ada sireh pinang...
 sireh dan tepak sireh(betol kot eja 'tepak' tu..=p

kalau geng pakcik2 depa akan bukak port depan rumah pas tu sembang pasal hal politik tak pon hal semasa, nak sedap lagi ada kopi O panas atas meja..perrghhh masyukk...

 lagi pekat lagi kaw..

ok korang nampak tak pro dan kontra nya kat situ...
tak pe kalau tak nampak sebab aku bukan nak cita pasal benda tu pon..
aku just nak cakap betapa lelaki dan perempuan ni berbeza...

ya seperti yang kita tau orang tua-tua akan kata macam ni kat anak dara cute macam aku..
"hang belajaq tinggi-tinggi pon nanti ke dapoq jugak keja hang"
teeeeettttttt
sikit pon aku tak nafikan, betol apa yang mereka cakap tu... ye la tak kan lelaki nak ke dapoq sedangkan halia dengan kunyit pon diorang tak tau nak bezakan..ceh benda senang ja pon..

 nah sebesar-besar alam aku bubuh gambaq
(kunyit kaler nak oren merah2 sikit)

halia kaler putih kuning..pas tu bau dia lagi best la..

zaman sekarang ni apa yang lelaki buat semua perempuan nak buat..
betol tak...
dan selalunya perempuan pasti berjaya jugak buat benda tu...(kaum adam harap bersabar)

TETAPI...(wah besarnya) ada ja benda yang pempuan tak pernah buat lagi..
contohnya: 
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan jadi buruh kasar kat tempat pembinaan
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan jadi nelayan
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan hasilkan sperma..teeeeeeeetttt agak lucah disitu
                      - aku tak pernah lagi tengok perempuan jadi imam kalau ada lelaki

kira banyak la lagi yang tak pernah..
kalau perempuan yang tak pernah basuh pinggan, lipat baju, masak nasik(tak pon abis cikai masak air la), kemas rumah..hhhaaaa tu memang nak kena maki la...
belajar tinggi-tinggi lepas tu bajet orang nak buat semua keja rumah kt hang..pale ot lu...

kalau hang belajar tinggi mana sekali pon hang kena la blajaq semua keja rumah tu...
tak kan dah kawin nanti hang nak suruh laki hang buat..
ataupon hang nak biar je rumah tu berselerak..
ha jenoh la..
cukup bulan dia kawin lain...
laki apa kesah depa simple ja...

perempuan ni kalau pandai buat keja rumah, sopan satun (bukan kategori aku), bijak, solehah, pandai layan suami(ni paling penting)...
dah cukup buat suami sayang tapi kalau setakat bebekalkan muka cantik, badan solid molid macam megan fox, lepas tu CINTA semata-mata...hmmmmmm itu semua hidangan mata ja...
tak boleh nak kenyangkan perot pon...
wow!!sexy back

eeehhh aku ni asyik nak lebihkan laki ni pehal, lu tu laki ka...
ok la ni aku berikan kelebihan wanita..
betapa istimewanya perempuan di mata ISLAM...

* Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki

* Apabila seseorang perempuan mengandung janin di rahimnya, maka malaikat beristighfar untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan

* Apabila seseorang wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalanNya.

* Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya

* Apabila lahir anak dan disusukan, maka setiap satu tegukan susunya diberi satu kebajikan

* Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah memberikannya pahala sedekah seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah

* Barangsiapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yangs entiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

* Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa menggembirakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail

* Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh

* Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dulu

* Syurga di bawah tapak kaki ibu

tengok...ha yang ni laki memang tak boleh nak tandingi..=p

6.3.10

setapak lagi untuk jadi artis..

balik dari shopping tadi aku terus bukak pesbuk tersayang...
dan aku ternampak ada benda ni kt notification aku...

wah kemain lagi ha....cuba teka mana satu aku??

ok aku bukan nak adakan contest..
sebab otak aku ni tak kreatif lagi nak buat contest bagai ni..
entah macam mana aku boleh terjoin contest ni pon tak taw la...

mungkin suara aku sedap..hmmmm

mungkin diorang ingat aku tak dak keja lain...pale ot lu..(bahasa kasar)

mungkin kerana aku ni tergolong dalam golongan artis...(no komen)

ataupon mungkin kerana sayang...(wadafak)

hadiah untuk contest ni..
my Vi hijau...
hmmm aku antara percaya atau tak je..
kalau aku menang memang aku tuntut...

korang boleh la vote untuk aku nanti ek...
erkk jangan lupa lirik ada men vote2 ke????
aahhh belasah je la...

dia punya game lain sikit taw...
kita kena sambung lirik tapi guna lirik kita sendiri dan lirik yang kita sambung tu kena masuk dgn intonasi lagu...(serius merapu)

entah la senior aku ni suka sangat buat contest meraban..
lepas tu suka pedajal orang..
boleh pulak dia masuk bilik orang pas tu cucuh mercun bola...

memang kena maki la kan..
nasib hang tu senior kalau tak...
slamat dah masuk longkang...

senior aku ni kira otak paling SYAITAN sekali..
kalau bab nak pedajal orang boleh contact dia..
dia takde marah punye..

eehhh apasal aku promote senior aku ni...ahhhh delete2..

masa baru....., tapi bila dah......

masa baru keluar dari perut mak...
merengek mintak susu, mak bagi jugak walaupon mak belom abis penat..
tapi bila dah besar...
mak mintak tolong ambilkan air pon dah merungut dari ruang tamu sampai ke dapur..


masa baru belajar berjalan..
mak pimpin tangan takut jatuh...
bila dah besar..
mak jalan lambat sikit dah maki-maki tak puas hati...


masa baru masuk tadika...
cakap kt mak "adik besar nanti nak jadi doktor..."
tapi bila dah besar...
siap mengata kat mak "apasal mak ni makin lama makin pengotor???"
saya seorang doktor

masa baru naik sekolah rendah..
merengek sampai hentak2 kaki mintak mak belikan kereta dashing , mak ikutkan je walaupun duit cukup2 utk belanja bulan ni..
bila dah besar..
mak mintak duit nak beli Al-Quran je pon..
dah berkira suruh ganti balik duit tu..


masa baru naik sekolah menengah,
mak cakap jangan bercinta dulu, belajar bagi pandai2..
tapi sikit pon tak ikut cakap, siap boleh dapat anak "free" lagi...
bila dah besar...
sibok pulak nak ikut cakap bini...


masa baru nak kawin...
cakap kat mak "tak pa mak boleh tinggal dengan kitorang"
tapi bila dah kawin...
muka mak pon dah tak cam, siap boleh tinggalkn kt stesen bas lagi...

leteran: tak patut kan...semoga kita tak kan jadi anak yang macam tu...ingatlah esok2 kita pon akan jadi tua dan mungkin anak2 kita pun akan jadi macam kita...

saya sangat rindukan mak...

3.3.10

stress

ok tajuk pon stress..
aku bukan nk sembang mcm mana nak tangani stress, sebab apa???
aku pon xpandai nak release kan tension aku ni...
adoooiiiii nak taw pasai apa aku stress ni??
3 hari 3 malam pon aku xabis cita..
so aku malas nak amik port cita panjang2..
aku nak pi karaoke...perghhh nice..=)

leteran: walawessss aku xmencarot pnjang2 la entry kali ni...satu peningkatan bg aku..tahniah...lalalaaa~~

1.3.10

pengemis pon boleh jadi kaya


Semalam aku tido awal, awal xawal sangat la dalam pukul 2 pagi…
lepas balik discussion..teros tido sbb penat gila..
Mula2 aku bajet mcm nak tido sejam je pas tu bangun study, sedar2 je dah pukul 9.40 pagi…
Apa lagi bangun dengan muka yang mcm cencalok basi pas tu sumpah seranah, mencarot bagai dalam hati sebab tak terjaga..subuh pon melayang macam tu ja…cettt tak boleh buat bini langsung..

Dah bangun aku mandi pas tu buat milo panas, mengadap depan laptop.. bajet mula2 nak buat entry utk hari ni tetiba je wifi disconnect..teeeeeettttttttttttt..hampeh!!
Xpe la nak buat cam ne benda free kan..cuba kalau berbayar, lagi la mencarot kan tetiba ja jadi orang melaka, lahabau,cilake suma kuar….huh sabar yu carot2 ni tambah dosa ja..


Tadi tetengah syok mandi aku teringat masa aku keluar dengan beliau kat penang cuti ritu..
Story nya begin like this…(broken gila)
Waktu tu kitorang nak balik dah, setelah bercerengkarama selama 4 jam di shopping complex…(tempat besa dating)
 
tempat wajib pergi...

Kami pon tggu la bas yang lambat cam siput tu..
Pas tu ada la sorang pak long datang mintak sedekah kt bus stop..
Mak long2 kat situ suma cam wat dono(buat tak tahu) je…dia ada la tunjuk kaki dia yang sakit tu…jalan pon terjengket2…kesian gak aku tengok pas tu aku pon hulur la singgit dua..ehh singgit je,..hehe
Pas tu pak long tu bleh dok bwt ramah plak ngn kitorang..hehe maybe kat bus stop tu kitorang je yang bg duit kt dia…
Xpa layan ja..orang tua kan…lagipon pakwe aku ada, kalau dia nak bwt apa2 memang kena hempok la kan

Topic yang dia sembang tu agak tidak boleh difahami la.. yang aku paham dia kata dapat duit sikit2 ni dia nak buat bisnes..waaahh bagus betol pak long ni, ada wawasan dan cita-cita… rezeki dia hari ni pon banyak, katanya la…

Pas tu hujan turun renyai2 dan bas pon sampai…dalam hati aku “huh selamat”..
Dalam bas tu kitorang dok kt sebelah sit dia..
Bas pon jalan~~~
Dalam bas tu aku tengok dia tengah kira duit hasil kerja dia (mintak sedekah)
Terbeliak bijik mata aku…uihhhh banyak ooo duit dia dapat,berkepoi jgk la…
Mintak sedekah je bleh dapat banyak tu…perghhh masyuk~~
Masa tu terpikir la satu idea bodoh..
Nak berenti belajar pas tu keja mintak sedekah..

Ok dari pemerhatian aku la kan..
Kalau sehari pak long tu dapat dalam RM100..
Tu kira abis cikai la..
Sebulan boleh dapat RM3000..
Ok pas tu tolak tambah duit makan dgn tambang bas RM200…
Dapat la dalam RM2800…nehhh keja kilang pon gaji xbanyak macam tu taw..

Mula la aku berangan nak beli kereta HONDA CIVIC..
 
kereta idaman ni...

Pas tu rumah ala kadar sudah…



Hanset pon maw ada...

3310 pon ok what..

Jadi pengemis pon boleh kaya, tak payah ko susah2 nak belajar calculus, mass balance, process control dan segala bagai tu..xpayah ko nak pening kepala pasai assgnment, projek sana sini, PBL dan segala mak nenek yang kena taw dekat U ni...

Ok dah... berhenti cakap macam orang xdak wawasan…
bila aku pikir-pikir balik la kan...
Tangan yang memberi tu kan lagi baik dari tangan yang menerima…
Xpa lah kalau kita susah2 sket tapi keja yang kita buat tu halal dan hasil usaha kita bukan meminta-minta..
Mungkin pak long tu dah sakit so dia xde keja lain yang boleh dibuat then dia amik keputusan untuk meminta sedekah…
Sapa tau??? Biar la tu urusan dia dengan tuhan..kita yang cukup makan pakai ni hulur-hulurkan lah, tak banyak sikit pon jadi la…

Leteran: tapi masa aku nampak duit dia tu…aku rasa mcm nak mintak balik ja duit singgit yang aku bg kt dia tadi…aci x???


boyfriend