30.8.10

Malam Jumaat je ke yang sunat???

Tengahhari tadi kan aku lepak dengan member aku Aini..ok nah muka aini aku letak sebijik..bagi korang kenal sikit ekk..

dah macam iklan air kotak la pulak..

Biasa la kalau dah melepak tu mesti mengutuk sikit-sikit, alah stended pompuan la kalau berkumpul ja mesti bergosip..Pumpang pumpang mengutuk orang lepas tu masok la bab kahwin..

Sebenar-benarnya dia baru ja lepas pegi kursus kahwin hari sabtu lepas anjuran UTM...AKU TAK PEGI LAGI KURSUS KAHWIN OK!! capslock disitu sebab aku agak kecewa..aku cakap kat encik buncit kata nak pegi kursus kahwin tu, murah kot! RM80 ja..huh kalau kat luar sah-sah la beratus kan...hadoihh malangnya encik buncit tak bagi aku pegi lagi..dia kata tunggu la pegi dengan dia...aku pon tak paham kenapa mesti nak kena pegi sekali...bukan boleh dok menjeling-jeling tengok pasangan pon., nak berimiginasi pon kena tunggu sampai rumah jugak...pegi asing-asing la best..ustaz yang bagi ceramah lain, info lain-lain, teknik pon lain-lain...erkk teknik???

Ok sudah-sudah...berbalik kepada cerita asal..aini ni post jugak la serba sedikit tentang info-info yang diberikan oleh penceramah tu kat fesbuk diantaranya ialah...

"Kalau nak bagi suami tak hilang sayang kat kita nanti, kita kena jaga dua perkara untuk suami..PERTAMA jaga PERUT nya yakni memasak masakan yang sedap-sedap dan berkhasiat...yang KEDUA ..............." tulisan status dia yang kedua tu macam nak mintak lempang dari aku...dia boleh pulak buat malu-malu...aku ni dah la inesen, tak pegi kursus kahwin pulak tu...bagitaw je la bagi habis...kang tak memasal aku buat andaian sendiri...andaian basah pulak tu..lol


Selain dari  tips-tips untuk isteri, tips untuk lelaki pon tidak dilupakan jugak...contohnya, sebagai seorang suami, kena la tolong isterinya kat rumah, tolong memasak ke, kemas rumah ke, ape-ape ke...haaa tips yang ustaz tu bagi adalah cara-cara untuk suami mengelak dari menolong isteri memasak kat dapur...


hoh jadahnye?? tak kuasa aku nak bagitaw weii..pandai-pandai la korang cari sendiri...google ke tanya bapak-bapak atau pakcik-pakcik korang ke..Lagipon apa salahnya korang tolong bini masak kat dapur, dari dok melenggak tengok tv dengan main mafia war tu..boleh jugak korang bergurau senda merapatkan apa yang jarang...ye dak??


Ustaz tu cakap lagi..seeloknya nanti suami kena la beli baju tidur untuk si isteri 7 pasang...satu hari sepasang..baju tidur untuk malam jumaat amik yang paling jarang....

Lepas tu aku terfikir...aiikk malam jumaat je ke yang jarang?????bukan seminggu 3 kali ke???

Ok kena pergi jugak kursus kahwin ni tak boleh asyik google je..

28.8.10

Hitam itu bukan Putih tapi ia tetap cantik

Hitam itu bukan putih..nama blog aku tiada kaitan dengan manusia-manusia disekeliling aku..jangan terasa ye kawan-kawan..sape suruh korang nak jadi putih sangat??aiyooo kan dah terasa...aku suka kaler hitam putih la..tak nampak baju aku kaler hitam je banyak(cet padahal nak cover badan aku supaya tak nampak gemok)..bila aku nak letak nama blog hitam putih cam tak best la pulak kan...so jangan makan cili banyak-banyak kan dah rasa pedas...

Hoho..jadah apa aku mengarut ni??

ai sebenarnya nak join kontest...semangat berkobar-kobar taw nak join kontest ni..kontest black and white macam kena bebeno dengan ai punya blog...Ohh tak maw banyak cerita, ni ai copy paste dari tuan punya belog...wahh hensem kamu tahu..ye hensem...tak tipu...lagi hensem dari ajk-ajk kampung batang berjuntai..(dah puji melangit ni sila bagi aku menang okeh wahai tuan punya kontest)


  • Pertandingan ini bermula 26 July berakhir pada 6 September 2010...
  • Hadiah merupakan wang Ringgit... dan akan dihantar melalui akaun bank... jumlah dirahsiakan...
  • Anda hendaklah meng-Upload gmba hitan dan putih sahaja... dan untuk mengelakkan penipuan... gamba itu mesti gamba anda sendiri... kalo d orang lain menyelit2 tu takpe... janji anda mesti berada dalam gamba tu... Susahkan?? hahhaaaa... nak dapat duit memang la susah sikit...
  • Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya...(ok sila follow dia -kisahcreativeart- bukan follow aku ok)
  • Banner atas nie mestilah diletakkan di slidebar blog anda... ala selalu yang kat tepi tu...(haa amik kat side bar blog aku ni pon xpe)
  • Tag at least one person... banyak lagi bagus... dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag.. 
 eloo nak senang pi blog dia terus la..susah bebeno nak sexplain.. 
http://kisahcreativeheart.blogspot.com






 Okeh gambar yang dipertaruhkan...jengjengjeng...


Ok masing-masing teruja tengok muka ai..rasa nak lempang pon ada...harap bersabar yeee....


oleh kerana muka ai tak syantik mane, taik hidung pon selebet nak mampos so ai takde la nak letak gambar-gambar gedik ai..ape kau nak mampos kang ade orang buat santau kat ai guna gambar ai macam mana???sape nak tak tanggung nyah sape???ok dah kelaut...

jadi ai dengan bangganya nak letak gambar peribadi ai yang ai rase syantik gila taw nyah...yuhuuu


ni kalau tak menang jugak ai tak taw la nak cakap ape...
sebab apa ai amik gambar muka sekerat je...

  • tak maw nampak sangat kegemukan diri ai..
  • mata ai tak bolat macam mata contestant lain yang join kontest ni (sumpah aku pi blog yang join ni sume letak pic stok mata bolat-bolat..rasa nak korek je bijik mata diorang..huh..<--dasar dengki kat orang)
  • lobang hidung ai kecik je..ai malu nak tunjuk pada dunia..
nak tag-tag orang yang aku lemah ni..aduyaiiii

dalam ramai-ramai blogger yang aku kenal..minah ni je yang rajin join kontest bagai ni...

nah aku tag nama hang besaq-besaq ni..sila join okeh..hehehe


ok siap...harap bersabar la encik creative art membaca entry ni ye...ai memang suka melalut sikit...ermm u dah kawin?????tinggal mana??study ke kerja??hikhikhik..

erkkk...wahai ayu sedarlah ramai yang baca entry ni dan berkata  

WADAFAK gedik nak mampos minah ni!!!!


ok bai...

27.8.10

photo shoot...ahh aku malas!

Gila malas betol aku hari ni..sepatutnya aku ada photo shoot dengan course mate (stock artis mesti la busy dengan photo shoot ye dak?) tapi aku dah set mind dah malas nak pegi...ye la kalau nak tangkap gambar mesti nak pakai syantik-syantik,mekap tebal-tebal kasi putih, baju nak kena menyerlah habis gaya datin...ahh malas la aku...sebabnya....:

1) Baju aku semua kaler suram nak mampos..tak menyerlah ok!ada 4 pasang je tak banyak sebab aku pegi kelas pakai t-shirt bodo je..

2) Kalau ada pon, aku malas nak iron..ahh tak memasal nak tgkap gambar je pon nak kena iron baju ngan tudung bagai padahal sebelom ni nak iron baju seminggu sekali pon penyegan...tak kuasa la nyah hai...

3) Bangun pagi dah pukul 10..nak mandi terkodek-kodek dalam bilik air tu lagi dah 10 minit...photo shoot pukul 10 bai!!!

4) boleh pulak dia buat photo shoot kat dewan(DSI)...hoh lagi satu hal nak suruh aku jalan pi sana lepas tu nak suruh aku panjat bukit naik fakulti...ahh sumpah malas..

5) tak de perfume..ohh macam takde kaitan..dah 2 bulan aku tak beli minyak wangi....bila-tah-bodyshop-nak-buat-sale??

6) Course mate aku ramai gila babi..maw seratus lebih, lepas tu lelaki je pakai blazer!!tak adil!!so lagi satu sebab aku takde mood nak pegi..

7) Dah la aku ni tak syantik, baju suram, muka hitam, ramai pulak tu...gambar aku for sure la kecik je...
tak artis la gambar kecik-kecik...ohh rasa cam nak sepak terajang je muka aku kan???

Sori la beb..serius aku takde mood nak tangkap gambar..memang tu semua untuk kenangan kita lepas grad nanti..tapi kenangan kita tu akan tersimpan dalam hati kan???bukan dalam gambar semata-mata...so ingat aku dalam hati bukan dalam gambar..

kalau nak gambar aku sangat pegi je kat pesbuk aku..bersepah album kat situ gambar aku sesaja...syantik-syantik pulak tu..WAKLU!

ehh jap-jap aku rasa takde orang perasan pon aku takde kat photo shoot tu..apasal aku bajet macam orang penting sangat ni...(-_-") lagi satu betol ke orang panggil tu photo shoot????adehh

ok la bai nak pegi lab buat PSM...=(

26.8.10

Huh!

Kalau bulan puasa memang tak boleh masak nasi goreng waktu tengahhari ekk????encik buncit marah pulak...tak menghormati orang lain berpuasa katanya....



Ok la ok la...I makan koko krunch dengan susu HL ja...huh baru ingat nak masak best-best...jeles la tu tak boleh makan tengahhari...

25.8.10

Dugaan bulan puasa selain makanan #2

Aku baru bangun tidur ditengah-tengah malam ni...selalunya aku akan tidur awal kalau penat sangat atau tension ataupon sedih gila babi...dalam kes ni aku tengah tension, kepala otak serabut dengan assignment,projek dan jugak eksperimen PSM yang tak menjadi...Yang paling aku menyampah henset aku buat perangai!!!dua-dua pulak tu...memang tahap nak menguji kesabaran aku dah ni...


Ni bukan zaman orang hantar mesej pakai burung merpati, kalau tak dak henfon mcm mana aku nak contact kawan-kawan, MAK aku (sekurang-kurangnya aku pakai henfon dua pon aku talipon mak aku taw..ni pakai henfon dah kerja gaji ribu-ribu nak talipon mak pon kedekut!!aku harap sangat ada mangkok ayon yang terasa) dan yang paling penting macam mana aku nak bangun pagi kalau takdak henset sebagai jam loceng????????


Ahhh satu hal pulak nak pi baiki henfon bagai,kedai cina ni bukan boleh harap sangat....rosak dia sikit ja tapi cas mahal nak mampos...contohnya speaker henset mak aku problem hari tu, babi sial cina tu cas sampai 80 hengget padahal mak aku pakai henfon bodo je bukan boleh letak 3gp pon...lepas 2 3 hari dah rosak balik...last-last bagi abang aku gak tengokkan, tak sampai 5 minit abang aku godek-godek dah boleh guna...


Ni henset aku boleh la bagi kat abang aku suruh pebaik kan?????ahhhaaa boleh sesangat tapi sebelom tu wajib la kena tazkirah ceramah bagai...pos kat fb tadi pon dah kena macam-macam...rasa nak maki haramjadah kat diri sendiri pon ada...demmm it!!!!

23.8.10

tidoq la mangkok!

Aku suka buat kerja last minit...memang rasa nak maki sebab tak boleh tidoq dengan nyenyaknya...tak boleh bayang tidoq pelok encik buncit, tak boleh mimpi romen-romen indah-indah...

dem betol!!bila nak siap assignment aku nih!!!

22.8.10

Jatuh Cinta Lagi

Petang itu aku ke bazar ramadhan UTM seorang diri, meredah alam manusia yang penuh dengan hiruk pikuk...jika wanita pasti hanya memandang ke arah makanan tapi kaum adam pasti menundukkan pandangan mereka, aku sendiri tidak pasti mengapa?mungkin mahu menjaga pandangan dari melihat aurat wanita...

Selera aku seperti mati, tiada juadah yang enak dimata aku..Kuih muih, nasi beriani ayam masak merah, murtabak ,laksa ahh semua tu tidak mampu untuk mengoyahkan keimanan aku dibulan puasa ini. Betapa aku tidak mahu menurut kata hati dan nafsu..Lantas aku beli bubur ayam sebagai santapan untuk berbuka nanti, "cukuplah'' kata hati aku, masih ada kurma sebagai pencuci mulut.

Kaki aku ingin melangkah pergi...tiba-tiba badan aku menjadi lemah, dunia aku seakan berputar, pandangan aku kabur lalu aku terasa badan ku diawang-awangan..aku dapat merasakan seseorang memapah aku, lembut sekali pegangannya, sedaya upaya aku membuka mata...

Alangkah terkejutnya aku apabila seorang lelaki memapah aku..."awak tak apa-apa?" aku menjadi malu dalam masa yang sama aku masih sempat melihat wajah lelaki itu yang rapat dengan wajahku...Tenang sungguh air mukanya, wajahnya tidaklah sekacak mana, jauh sekali seperti Aaron Aziz tetapi itu sudah cukup untuk menyejukkan hati aku..Bagi aku lelaki kacak hanya mampu melayan nafsu mata tetapi ketenangan riak mukanya membuat aku sangat terpegun...Badannya..ahh badannya sedap ehh bukan badannya sasa persis pelakon idaman aku remy ishak, tinggi lampai serta tegap..idaman setiap gadis malaya...

Ohh lupa pula yang aku masih didalam dakapan lelaki itu, "saya tak apa-apa" jawabku ringkas tapi masih mengharap lelaki itu tidak pergi jauh dariku.."awak jalan sorang ka ni?ermm saya temankan awak balik lah..lagipon bahaya awak jalan dengan keadaan macam ni" katanya ikhlas...aku tersenyum manja...Omaigod!Omaigod! ehh tergedik pulak..hati aku berbunga-bunga..sepanjang perjalanan ke kolej kami bersembang..salam perkenalan kami sama hulurkan...


Setibanya kami dikolej aku, "ehh awak dah la sampai kat sini, tak manis pulak kalau orang lain tengok awak kat sini"..cukuplah sampai disitu..aku tidak mahu mulut-mulut manusia mengata, hasad dengki caci maki memang tak pernah lari dari masyarakat ini..Hati aku..ya hati aku berat ingin meluahkan perpisahan, mungkinkah kami akan bersua lagi????hanya tuhan yang akan menentukan...."ermm awak boleh bagi no fon?boleh saya contact awak nanti..email yahoo ke?"...soal beliau...Omaigod!Omaigod!hati ini menggedik lagi..sumpah rasa nak lempang..." boleh ja..013744....."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Ayu..ayu..."

seperti yang aku jangkakan pasti ada manusia yang cemburukan aku..pantang melihat kebahagiaan orang lain...
.
.
.
.
.

.
.

"Ayu..bangun sahur..hajar dah siap masak nasik goreng"

Oh dem...nora lain kali kejut la bila aku dah dapat no fon dia....aduuhhh melepas remy ishak aku...lantas aku berlalu ke bilik air dengan seribu satu perasaan...

hampeh betol!

aku tengah layan cita sebenaqnya...

21.8.10

3 hari yang lepas

3 hari yang lepas..genap setahun aku blogging..kalau korang baca entry aku dari start blogging memang tah pape, aku nasihatkan jangan baca sebab dikhuatiri akan muntah darah...

motif blogging??suka-suka nak tulis walaupon bahasa melayu aku dapat B3 je masa SPM...bahasa inggeris lagi hebat aku rasa, bukan nak riak tapi kenyataan..(bahasa inggeris tahap sekolah rendah sahaja jangan tertipu ye)...ahh sekarang ni aku nak belajar bahasa korea pulak..mungkin nanti boleh jumpa Lee Min Ho mana tahu...Maria Ozawa pon boleh... eyh??tu jepon kan...



Sekarang ni pon cam malas dah nak pi jenguk blog-blog orang, kekangan masa la katakan..aku singgah baca entry blog-blog yang aku follow je..tu pon dah banyak!!!tak larat nak baca ok, kena pulak blogger yang update 20 entry sehari...masak gak la nak pi blog dia ja 24 hours...lol


Aku nak baca pon tengok mood jugak, kalau blogger tu update panjang berjela aku akan amik masa buat air teh dulu, sediakan biskut jacob atas meja..hoh lepas tu baru baca...baru la ada feel..kalau aku tengah study aku akan baca entry yang ringan-ringan ja..aku gelak ketawa riang gembira dulu baru sambung study balik...


Setahun blogging ni jugak aku rasa aku dah mula dapat member-member blogger yang sengal...mungkin member blogger aku bukan dikalangan blogger yang terkenal dan kebanyakannya hanya picisan..dah la picisan suka cakap lucah pulak tu...ok sila terasa wahai bloggers...


Aku seronok nak blogging sebab aku tahu ada orang baca entry aku, cukuplah sekadar ada kawan yang menyedari kewujudan aku..boleh berkongsi suka dan duka kisah hidup aku, boleh melihat kawan-kawan yang ketawa membaca entry aku...walaupon pada hakikatnya aku tak nampak pon korang..tapi komen-komen korang tu dah buat aku rasa dihargai...=) ohh serius gua tacing ngan lu orang...


Tidak dilupakan kepada SILENT READERS blog aku, wohaa thanks weh...member-member kos aku, member sekolah, member matrik, member facebook, member-member encik buncit dan encik buncit juga...Thanks sebab sudi singgah blog picisan ni..blog ni takde manfaat pon kalau baca..suka-suka hati aku ja nak merapu...disclaimer kat atas tu pon dah tertulis so kalau tak suka tak pa boleh pegi blog-blog comel letak gambar sendiri banyak-banyak..aku tak comel pon biasa-biasa ja..tengok muka aku pon rasa nak lempang laju-laju...


Macam haramjadah jugak entry kali ni, mungkin terasa nak mati dah...tak pe kawan-kawan mengingati mati tu kan sunat...ok gua nak bagi serangkap pantun untuk member-member gua...

kalau ada sumur diladang 
boleh kita menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang 
boleh kita melucah lagi


aku tak pandai bersastera-sastera nih...jadah ape wei budak engineer nak bersastera...malas ahh aku!!

20.8.10

Orang Melayu Kita

Orang Melayu kita...



tidak perlu dihuraikan...
sudah pasti tahu apa isi nya...

tepuk dada tanya selera...
aku juga melayu...


hati aku terkilan dengan sesetengah manusia, bukan kisah semalam tetapi hari ini..

19.8.10

Dugaan bulan puasa selain makanan

Aku dah setat rasa annoying dengan blog aku sendiri sebab asyik entry pasal bulan puasa...sebulan puasa sebulan nak story pasal puasa..kalau sebulan raya sebulan jugak la story pasal raya...Setat dari hari raya pertama sampai hari raya yang ke-30 post entry semata-mata nak cakap hari tu pakai baju raya apa dengan attend rumah terbuka dato'-dato' mana..jadahnya???saja la tu nak bagi orang lain jeles..tahu tak tu dah timbul rasa riak dan takbur dalam diri...astrafirullahal'azim....istifar kawan-kawan banyak kan beristifar...


Aku sebenarnya tengah geram kat semut yang bertandang kat bilik aku ni...boleh pulak dia tibai hurung makanan-makanan aku, ape kau tak puasa ke semut!!!dah la hurung makanan aku..atas laptop aku pon kau nak merayap,aku tido atas katil pon kau nak ikut sekali, aku punya ubat batuk pon kau nak tibai!!!tu tak masok lagi bab merayap atas badan aku..grrrrr...hangin-hangin..dah sebotol ridsect dah aku semboq tapi dok ada jugak semut tu..nak mencarut pon bukan dia paham..marah saja tak guna kan, kita kena bertindak mengikut akal fikiran so dah tension punya pasal aku pon google la..


"Cara-cara hilangkan semut"








aku pon taip la "cara-cara"
ermm...ok aku taip lagi...

okeh..banyak betol dugaan bulan puasa ni..
ishh tak boleh jadi..risau jugak aku siang-siang ni..
errr malam ni la google lain..
boleh luaskan sikit pengetahuan am...


ok bai..aku nak pi mandi...

18.8.10

Adik Kak Long

17/8/2010


Aku dengan member-member satu kelas Process Control semester lepas nak buat la acara berbuka puasa bersama-sama, ala stended bulan puasa, mesti banyak jemputan berbuka cuma aku punya jemputan berbuka sendiri bayar ye bukan percuma...

Kami decide nak makan nasi ayam penyet, ok bukan decide sama-sama pon...Group aku yang decide orang lain ikut ja...Dah seramai 30 orang yang pegi kan, wajiblah tempah awal-awal sebab takot tempat full, aku pon call la berdasarkan iklan kedai tu..(nama kedai terpaksa dirahsiakan takot bankrap plak, tak kuasa nyah nak menjawab kat court nanti..JADAH NI AYU!)


Member aku Aini call pulak kali kedua untuk konfemkan balik bilangan orang dan jugak jenis lauk. Prung prang prung prang ok dah pukul 6.30 boleh bertolak ke destinasi...

Sampai je kat kedai tu, tempat duduk baik punya tengah-tengah alam kedai tu dia bagi..Ok setat sesi menunggu para jejaka yang main-bola-sepak-tak-reti-nak-balik-awal-untuk-bukak-posa...Sementara tunggu datang sorang akak ni amik order air..tu pon jenuh aku menghayun tangan ke udara macam beruk dah... ahh tak leh salahkan diorang sebab ramai customer kat situ...

Dah amik order, tetiba dia tanya nak makan nasik penyet apa?ada ayam,puyuh dengan lele...aikk aku dah pelik, dengan sopan aku tanya la akak tu..

"Kak tadi tengahhari saya dah tempah"

"ehh yang tu kamu tempah meja ja" kata akak tu sambil buat muka TAK-BOLEH-BELAH(cantik gak la muka dia)

"ehh kawan saya dah call tempah makanan sekali tadi" kata aku sambil menoleh wajahku ke arah Aini

lalu Aini mengangguk laju

"Kamu call no mana??yang no 1 ke no 2??patut kamu call no saya"
(mana la saya taw tu no no sapa kak!)

"Kat sini ada kak long dengan saya,no fon yang first tu kak long saya, dia ada kat rumah sepatutnya kamu call nombor saya kalau nak tempah makanan bukan nombor dia"...petah sekali akak tu berkata kepada aku..bukan takat petah je muka pon nak kerek abis macam aku pulak yang bersalah...cuba korang cakap kat aku..aku ke yang salah????


Dalam hati aku ni dah sumpah seranah dah..jadah ape kau letak nombor fon kak long kau kalau kena bagitaw order kat orang lain..tak ke memang nak bagi aku mencarut tu...lain kali letak nombor kau yang besar-besar kat iklan tu..ini tak!! yang kau letak no fon kak long kau first tu pehal??konfem-konfem la customer call nombor yang first dia nampak kat iklan tu adoiii tak belajar saikologi ke kak!!!


"Ok, sekarang ni 29 ayam 1 je puyuh"...kata aku dengan nada masih sopan, memang cun sebab aku pakai baju kurung...penyabar jugak aku ni kan..waklu!!padahal tak nak sendiri malu, ye la kang aku bising-bising kat situ apa pulak reaksi pelanggan lain..




Kalau akak ada blog, mintak-mintak akak baca entry ni...pesanan ikhlas dari saya untuk akak...



Lain kali letak no macam ni..


adik kak long: 012-673572*
kak long: 019-273695* 
(sila talipon nombor adik kaklong sebab kaklong ada kat rumah jaga anak, dia tak jaga kedai)


boleh tak akak??saya cadangkan je sebab kesian saya tengok akak asyik kena maki nanti...boleh ehh akak? boleh la...lagipon bukan semua orang tau akak ni ada kak long ke kak ngah ke abang hensem badan ketak-ketak ke...akak bukan artis pon, jangan bajet femes sangat!!menyampah tahu menyampah!!

16.8.10

Berakhirnya satu penyeksaan

Tajuk macam familiar kan??aku pon tak pasti mana aku dengar, samaada tajuk novel, lirik lagu ataupun tajuk drama..yang pasti kepala otak aku terpikir nak buat tajuk tu...takkan bulan puasa nak letak tajuk lucah jugak??macam nak menempah tiket ke neraka pon ada..






Aku baru balik dari jumpa doktor tadi, setelah seminggu aku sakit yang tak keruan, kejap sakit kepala, kejap demam, kejap batuk..perghh mengada-ngada taw tak tapi nasib baik time bukak puasa aku boleh makan, kebah la sikit aku punya demam tu...bila dah lepas makan ja ohh setat dah pening kepala rasa nak muntah-muntah...cilake kan gua, cakap je la tak nak pegi tarawih banyak pulak alasan gua...(-_-")



Ok berbalik kepada cerita aku jumpa doktor tadi...LAMA GILA AKU TUNGGU NAK MASUK BILIK DOKTER TU!!!!ok paham tak bila aku dah capslock kan kat ayat tu..bermakna aku tak perlulah nak mencarut sebagai tanda yang aku tengah bengang nak mampos!entah kejadah apa yang dia buat kat dalam tu pon aku tak taw..padahal pesakit yang sebelum tu dah keluar 15 minit yang lalu..hoh sabar ayu sabar..benda haramjadah-haramjadah ni tak baik keluar waktu bulan pose...


Bila aku masok je dalam bilik tu..macam biasa la dokter tu akan tanya, adik sakit apa?berapa lama? ok aku pon jawab la...Dia pon taip la jenis ubat yang dia nak kasik kat aku...pungpangpungpang dia dok sebut nama ubat-ubat tu kat aku...macam aku nak hafal pulak huh tak kuasa la aku haii...


Ok adik boleh pi amik ubat kat kaunter sana...kata dokter tersebut kepada aku...ok tak sampai 10 minit pon dia cek aku...







dalam hati aku dah berkata....










"Aik Dokter MC puasa takdak ka???"


lantas aku berlalu dengan muka hampa dan kecewa...

15.8.10

Selamat Pengantin Baru semua...

Dah final year ni perasaan ingin kahwin tu berkobar-kobar sungguh...kalau aku pergi lepak sembang dengan member-member aku memang tak sah kalau tak cakap pasal kahwin..semangat dia tu lain macam..yang membujang dari first year tetiba dah ada pakwe...gayut setiap malam tepi tingkap, tak pon dok dalam bilik cakap bawah bantal, sembang pon slow-slow je takut orang dengar...masih malu-malu mungkin...nadey sila terasa..


Tidak kurang jugak sembang pasal benda-benda dewasa nih (sila paham)...masing-masing takut cetek pengetahuan pasal malam pertama lepas tu suruh aku buat kelas bagai..waklu korang ingat aku expert sangat ke? aku ni dah la inesen, muka baik je, jalan tunduk, tak pandang dada lelaki(motif?)..nak-nak waktu bulan puasa nih..dok bilik hanya melakukan amal ibadat ibarat esok aku akan mati...


ok cukup meriakkan diri serta jadi pembohong besaq..


Semalam aku berbuka puasa dengan member-member blok sebelah..Mood semalam nak masak beramai-ramai,ye la dah nak kahwin kan, kena pandai masak.. aku request nak makan tomyam..hehe tak sangka diorang buat tomyam gak..hoh aku mengaku aku tak pandai masak tomyam tapi aku rasa nak makan benda alah tu so ini bermakna bukan aku la yang memasak..jengjengjeng..

ok ni nak pi beli barang-barang dapur..
masalah anak-anak dara apabila tak kenal jenis ikan..

nak pilih ikan ja pon berejam!!
kitorang confius mana satu ikan selar dengan ikan kembung..(0_o)
kan ke lebih kurang je tu...

Last-last amik je la mana satu pon janji masok perut kenyang sudah..(ni aku yg cakap)
 Mak Cik Hanak sedang sibuk memilih ikan, adoi mulut pot pet pot pet betol..
ikan tak segar la, perut terkeluar la, mata merah la...
macam-macam hal..

Mak Cik Aina ni tengah pilih sayur..
Tapi kejadahnya hang pegang mee aina oiiii...

Kitorang cari benda-benda ni kat Giant tapi banyak betol yang tak dak, halia, daun limau purut, daun kunyit huh macam-macam la tak dak..susah jugak rupanya nak cari barang-barang dapoq nih..Lepas tu kitorang singgah kedai runcit je..hoh lagi meriah kot barang-barang dia..ikan pon fresh-fresh..kalau taw beli kat situ je pon tak pe..

Dah siap membeli-belah, masa untuk memasak...

ni sesi menyediakan raw material..
tak dapat nak tayang muka sebab masing-masing pakai baju tido..
kang ada pulak yang batal posa..
tak boleh belah ada sorang makcik tak reti potong tomato!!!
sabor je la..tak pe beliau nak kahwin lambat so ada banyak masa lagi nak belajar...

Ok ni ikan yang bakal dibakar..
disediakan oleh Mak cik Hanak..
bakal pengantin baru insyallah tahun depan..
ohh dem..nanti dia lagi advance lah..

Sesi memasak tomyam sangat la kecoh,macam-macam bunyik..maklum la masing-masing ada cara yang tersendiri..adoi aku dok tepi je la..riuh rendah ok kat aras tu...sorang cakap perencah kena letak dulu, sorang cakap letak air dulu, orang ni pulak cakap tumis cabai dulu...perghhh dah ada 5 chef, nak masak 1 masakan ja, mana tak riuh???sumpah macam makcik-makcik beli barang dekat pasar...

Last-last nasib jadik jugak tomyam aku..ececeh aku kira makan ja..

Haa tolong lah tanya sapa masak sayur tu....
hehe aku la masak, aku dengan zana..
2 orang masak tak dak la bising sangat..hoho
nampak sedapkan masakan kami???

Tengok..kami dah boleh kawin betol tak??kira pas la tu untuk ujian memasak...ilmu malam pertama tunggu korang pergi kursus kahwin la..tak kuasa aku nak melayan soalan-soalan lucah korang aihh...

p/s:: keja nak kawin...study entah kemana ni...adoii..dah 5 minggu dok sini tapi macam tak taw apa yang belajaq kat kuliah..pi kelas pon blur-blur ja..dengan PSM tak start kejadah apa lagi...mampos aku mampos!!

14.8.10

santapan mata di bazar pon sodap aihh

Aku baru lepas melantak ayam percik dengan keteow goreng ni..melantak ok melantak bukan makan..serius pelahap nak mampos..kalau mak mertua tengok confem

"REJECT"

Nafsu makan kuat sungguh..geram betol aku..berbuka tadi aku makan bubur nasik dengan kuih koci..perghh marvelous beb...macam yang aku kata la senang makan bubur ni masa berbuka..suap telan suap telan tak gaduh dok kunyah-kunyah..sumpah heaven..(dasar anak dara pemalas)

Satgi aku tak sahur dah kot..kira sahur sekarang la..insyallah tak pengsan esok..2 hari punya puasa banyak betol dugaan..kepala aku ni mengada-ngada taw tak..siang dia sakit bagai nak rak tapi bila malam pulak tetiba jadi ok boleh loncat-loncat men zeropoint lagi..dem betol...lagi satu time nak berbuka tu sakit kepala tu slow-slow je dia hilang, tambah-tambah tengok makanan banyak kat bazar, belom lagi bab cuci mata tengok anak ikan..waklu*

haa..sapa yang dok kat UTM skudai nih boleh la pi bazar kat Taman U...serius best wehh..banyak pilihan makanan boleh korang sapu...

Yang semalam aku pi bazar kat Pulai, tak best langsung,dah la jalan berhimpit-himpit...jenuh la jaga dada tak bagi berlaga dengan manusia bernama adam..huh diorang pon saja ja kan jalan nak himpit-himpit pas tu mula la nak marah-marah kaum hawa pakai ketat nampak kejadah ape entah...yang sibuk tengok dada orang pasaipa..tengok makanan ja tak boleh???makanan tu kan sedap...korang kira nak sedap yang tu ja kan...lempang maw lempang?????


ok emo!!bai

12.8.10

1 Ramadhan...90 peratus hanya tidur

1 Ramadhan

Sebelom tidor melantak buah-buahan tempatan, masa tu tekak dah rasa sakit-sakit tapi still nak makan jugak sebab esok puasa tak leh makan dah..

     Bangun sahur pergi cafe cp makan nasi lemak, erkkk sangat tak boleh diterima tekak ok!!tapi nak buat macam mana dah makanan tu je yang tinggal..hampeh betol! ramai gila orang dan yang paling ramai kaum adam, oleh kerana esok puasa, mata aku pon stop meliar daripada biasa..itu pon ada gak jeling-jeling tengok mamat hensem..dem susah betol nak kawal nafsu dowh!!

tekak aku dah rasa lain macam so aku hisap strepsils bagi hilang rasa tak selesa tu sementara tunggu waktu imsak..tapi aku tertidor sedar-sedar dah pukul 10..owhh dem lagi aku terlepas subuh!



Masa aku bangun tu, kepala aku berat gila, badan aku rasa lemah sangat, aku pegang dahi arghh panas..sah aku nak demam nih..aku tak larat nak bangun so aku tido balik..

12.30 tengahhari aku bangun balik, bukak blog dulu kot ada skendel-skendel update..baca entry yang pendek-pendek je dulu sebab kepala tak sanggup nak menerima entry panjang berjela...Dah la berjela, cerita pulak pasal kucing dia beranak..kejadah!!!

Aku mandi bagi hilang rasa panas...Balik bilik, tidur balik...sampai pukul 4 baru bangun solat zohor..keji sungguh melewatkan waktu solat!!

Solat pun tak berapa nak kusyuk sebab kepala buat hal, tension betol aku! nak makan ubat tak boleh sebab puasa..Petang tu serius kepala aku makin menjadi-jadi sakitnya..

Aku duduk tak kena, baring tak kena, berdiri tak kena...Ya Allah dugaan apa lah yang Kau bagi kat aku ni...Aku menangis sebab tak tahan sangat sakit tu, rasa nak hempok kepala kat dinding pon ada..muka ganas tapi sakit menangis cam bongok je kan..ahh aku kan manja..comel kan gua manja...mungkin sebab aku jarang demam so bila sekali sakit tu mood mengada-ngada tambah kesakitan luar biasa tu agak menyerlah...

Mulut aku pon tak henti-henti beristifar, (dah sakit baru nak ingat tuhan)!Kalau dulu sakit je mesti mulut ni keluar carutan..tapi sekarang tidak lagi..nampak tak aku dah insaf??

     Juadah berbuka pon aku suruh member yang beli, padahal member-member dah ajak berbuka kat luar..sori la kawan lain kali je la aku tak mampu nak bangun pon nih..Berbuka aku makan bubur nasik, agak heaven sebenarnya sebab tak yah kunyah...masok je telan masok je telan..huh dasar pemalas kan..

Gambar tiada kaitan..

Lepas tu aku cepat-cepat telan ubat demam yang member aku kasik..ubat mahal dari farmasi bukan ubat cikai macam panadol tu..dah telan aku terus baring lagi dan aku tertidor...(tidor lagi minah ni).

      Terjaga ja dari lena sewaktu azan isya'...ok aku terlepas waktu maghrib pulak...dush..dush..dush hadoi la terlepas lagi..bila aku bangun tu satu keajaiban berlaku...kepala aku dah tak pening, badan aku dah rasa lega sikit, dan dahi aku dah tak panas dah...Alhamdulillah..aku dah sihat sikit...hoho syukur Allah mendengar doa aku...mungkin jugak sebab aku bersabar tak bukak puasa..kalau orang lain aku rasa dah burn dah puasa tu...betoltakbetoltak??

Tapi aku tak pegi solat tarawih pon...ngeeeeee aku kena konfem kan betol-betol yang aku dah sihat kalau tak kang terpengsan kat surau tu sapa yang nak ngangkat pompuan bersaiz gajah macam aku ni...

erkk..renungkan dan selamat beramal..
sumber dari encik google..

Sekarang dah boleh tulis entry maksudnya aku dah ok la tu...hehe cuma tekak la rasa payau sikit..

First time aku rasa demam selama satu hari..sebelom ni maw seminggu gak aku demam..hoho tak maw la demam waktu bulan puasa ni..aku nak berbuka dengan nikmatnya...takkan tetiap hari nak berbuka makan bubur nasik je kot..(-_-")


P/S:: satgi punya berbuka, kawan aku dah ajak pi bazar kat pulai...heheh ayam percik...nak ayam percik gak...murtabak pon nak...urmm keteow goreng pon best nih...ok dah ayu pi solat sekarang kang terlepas lagi...

11.8.10

Ponteng Puasa..tak kan la tak biasa..

Dah nama pon bulan puasa so mesti la cerita pasal bulan puasa ye dak...kalau malam jumaat kita akan cerita pasal malam jumaat dan juga malam-malam sunat yang lain...tak paham??tak pe abaikan..bulan puasa ni tak elok sangat berterus terang takut terbatal puasa...


Aku tak pasti bila kali terakhir aku puasa penoh, form 1 mungkin...itu pon aku tak pasti..walaupon aku belom cukup matang,tak baligh, masih adik-adik, tak tahu pon pad tu apa masa tu tapi aku memang tak puasa penuh..biasalah mana kenal dosa pahala lagi masa tu, ponteng puasa, ponteng solat,ponteng sekolah, buang sampah merata-rata..ahh itu dah jadi kebiasaan..nak-nak pulak kalau dok asrama, memang muka akulah budak putri paling nakal sekali..senior dengan warden tak sah kalau tak sebut nama aku time roll call..(femes dowh aku...lalalala~~)


teka-teki lagi..
mana satu aku??
aku kurus je dulu, kurus sikit la tapi tu pon orang label aku gemok..
tension betol!!

Masa sekolah menengah dulu, ada puasa kat rumah kan, selalunya kat rumah la yang selalu terkantoi puasa..hehe tak tahan kot sebab makanan depan mata...Iman pulak masa tu senipis kulit bawang so paham-paham je la..

Ada satu hari tu, aku dok rumah sorang-sorang, tengok tv ja pon tetiba nafsu melonjak-lonjak..nafsu makan ok bukan nafsu lain..Nak kata syaiton yang menghasut tak boleh sebab bulan ramadhan kan syaiton-syaiton kena ikat...


aku pon pegi la masak megi..megi tambah telor pulak tu..siap tumis bawang merah dengan putih lagi (sila terliur)

Dah siap masak, aku pon makan sambil layan rancangan chef wan buat kuih raya...nikmat sungguh masa tu, macam layan cerita blue pulak...kejadah!!


Tiba-tiba aku dengar ada orang bukak pintu gate rumah aku..hah!menggelabah gila aku masa tu, cuak nak mampos pon ye jugak, rupa-rupanya abang aku yang balik dari kelas..hoh kelam kabut aku masok toilet dengan mangkok megi tadi, nak basuh kat sinki takot kantoi...aku pon basuh la dalam toilet kononnya nanti boleh la sorok mangkuk tu dalam baju masa nak keluar...

Akan tetapi, abang aku macam dapat menghidu kejahatan yang aku lakukan, aku pon bengap sangat nak sorok-sorok basuh mangkok tapi dok bunyi keletang keletung..mana la abang aku tak saspek macam-macam..Abang aku jerit dari luar...



" Ayu, hang tak posa ehh???dok basuh mangkok dalam toilet buat apa..pi buat megi kat iwan satu"


Ceh..abang aku pon dua kali lima, tapi reason abang aku kuat sikit la, dia berjalan pegi kelas tengahhari rembang, dugaan tu besar gak la..aku ni dok melapok kat rumah je pon..=p


hehe...sori lah iwan...terkantoi lak hang ponteng posa...eceh macam abang aku baca ja blog aku nih..

moral of the story:: jangan ponteng puasa dan jangan tengok cerita blue siang-siang!!Aku sekarang dah insaf ya..tolong lah paham..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

9.8.10

bila mandi otak pon akan ligat berfikirkan??

Sejak 2 3 4 minggu ni aku rasa aku lebih banyak menghabiskan masa aku didepan laptop, kadang-kadang mandi pon 2 3 minit ja..alasan? paham-paham je la dah nama pon ada tenet..sikit hari lagi berkemungkinan besar encik buncit tarik balik berok band nih...hohoho


Sebagai blogger yang merapu...ecehh aku la tu...selalunya aku akan dapat idea nak tulis blog masa aku mandi, ya mandi ya kawan-kawan..bila aku mandi tu la aku akan teringat balik kisah-kisah lama aku, samaada sukaria, dukacita ataupon benda paling memalukan...Kadang-kadang otak aku akan mula berfungsi masa tengah syok-syok gosok daki kat badan...

Dan tadi aku tertanya-tanya di dalam hati sewaktu mencuci rambut dikepala...







"Kenapa kat ketiak tak dak kelemumur haa??padahal sama ja ada rambut..."



korang penah terpikir tak???
penahtakpenahtak???
tolong la cakap penah!!dem tak kan aku sorang je penah terpikir macam tu!!aku tak belajar biologi nih..

Hujung minggu lepak dengan anak bini kat rumah?Ohh tidak..

Sekarang ni kalau aku pi jalan-jalan semua orang nak pegang DSLR..waahh macam pegang henfon ja aku tengok..kehulu kehilir bawak menantang tu..korang ada lebih tak??bagi la aku satu....eceeehh cam menatang tu harga 2 3 ringgit pulak kan..aku teringin kot nak benda tu...huhu

Ok aku taw aku tak kan dapat menatang tu selagi aku tak kerja beli sendiri, baik hati betol kalau ada manusia nak bagi hadiah bezday kat aku kan..(masih mengharap ada orang nak bagi kat aku)..

arrghhhhh!!!!!!Intro entah apa-apa!!



ermm..malam sabtu tu lepas aku pegi makan besar..

nampak tak aku tengah masak sambil berdiri..
tu sebab aku seksaited nak masak daging kat atas tu..
Ok aku tipu aku tengah lapar nak mampos waktu tu k..

Tahan perot dari tengahhari, aku kedarah megi je sebab nak melantak steamboat dengan makanan bakar banyak-banyak malam ni...aku punya la lapar siang tu sampai aku tak sedar aku terDELETE aku punya folder DOWNLOAD..memang &*@#^)@)!*#?>7wy$ (sedang mencarut dengan super duper lucah dan kurang hajar,sejak bila aku menapis carutan kat blog ni pon aku tak tahu..insaf barangkali)..aku dah download banyak movie kot..aku pon boleh relax je 'empty' kan aku punya recycle bin..bangang tak bangang la aku kan...perot dah la lapar pas tu hati pulak sakit..tension sungguh!!malam tu memang sesi balas dendam laa..

Menu utama makanan kat situ steamboat dengan bbq..udang, sotong, ikan, ayam, daging, ketam dan pelbagai jenis bebola dan sayuran serta buah-buahan, tak dilupakan juga pelbagai aneka sos..heaven betol bayar RM18 boleh makan sampai pecah perot!siap ada nasik, mee, bihun, aiskrim(nak amik sepuloh batang pon boley) dan macam-macam lagi la...


Dah siap masak ape lagi melantak laaa..Laju je aku makan, aku tak pedulik dah orang sekeliling..lantak la nak cakap aku pelahap nak mampos ke, pompuan takde adab ke yang penting aku lapar waktu tu..lapar..lapar...lapar...

setelah 2 jam makan tanpa henti..
macam anak-anak jin yang makan kan??


Hoh..dah datang jauh-jauh tak kan nak makan je ye dak???mesti la nak ronggeng-ronggeng pegi karok ke jenjalan amik angin ke...Then, kitorang decide nak gi Danga Bay....

Grrrr...jem kot!ramai betol orang keluar hujung-hujung minggu nih...deyy dok rumah je la layan anak bini..

cet..Rupa-rupanya kat situ ada show...

ni show nak tunjuk eksoz letop-letop..motif??
kejadah apa entah, dok perabih minyak ja aku rasa..
minyak naik harga bang oiiii sedaq sikit..

bunyik pon dah macam haram dah..kuat nak mampos..
orang sakit jantung tak digalakkan pi sini...
gambar tak berapa nak cantik hokeh sebab i pakai kamera henfon je..

Lepas tu kat satu lagi port ada audio show..yang ni aku suka sebab boley layan lagu kuat-kuat...
wohooo..soalan cepumas!
berapa bijik speaker yang ada??

ni biasa-biasa ja..orang pon tak ramai...

haa...yang ni dari jauh pon jantung aku dah sentap...
muzik bass dia power habis..
Ramai gila orang kat kereta ni..aku jenuh menyelit nak tengok..
dah susah sangat nak ke depan, aku amik gambar dari atas je..
padan muka sapa yang cium ketiak aku...lalalala~~



Kitorang tak jadi nak karok sebab ramai pulak nak melalak malam tu..bilik semua full..jalan-jalan situ jap cuci mata tengok mamat-mamat hensem(kategori berkereta)..lepas tu balik kolej terus tidur sampai ke pagi...



carutan dalam hati:: intro dengan ending sumpah bosan!!dem...

8.8.10

Untukmu sayang

Anak sedara aku sakit...
Doakan dia cepat sembuh ya kawan-kawan..


macam budak besar dah aku tengok..hehe
budak kecik ni nama dia SYAFIQ..=)

bersama kakak tercinta..
ecehh selalu buli kakak dia ni..kecik-kecik dah pandai buli..

ooo cak...

hoho...comel betol dia tidoq..
 
 
Maksu sayang syafiq taw..
syafiq cepat sembuh ya..maksu dah belikan kasut untuk syafiq..
boleh pakai pi jalan-jalan..

 
cepat sembuh ya sayang..
kalau syafiq sakit nanti maksu balik maksu nak main dengan sapa??
='(

7.8.10

sungguh aku tak tahu nak letak tajuk apa, entry pon macam hampeh saja

Hujung minggu yang lepas kan aku pergi program, so encik buncit tak dak sapa nak layan..ye la dah awek sorang ni busy ya amat, padahal dia dok berchatting dengan kawan-kawan pompuan aku..kamu sungguh keji taw encik buncit..

Masa aku tengah busy tu jugaklah dia baca isi dalam blog aku nih dari mula sampai habis...wah bersemangat waja betol tercangak 5 jam depan lappy semata-mata nak baca blog cik awek kan..Aku tanya la pendapat dia pasal blog aku...




"Apex rasa Ayu ni GILA taw tak!"



Nahhh sokongan padu lagi jitu ok, boleh pulak dia kata aku gila...sobsobsob ada ka balak sendiri kata awek dia gila??tak pa lah sayang janji awak sayang saya sudah...


Aku suruh jugak dia buat blog..kononnya nak buat satu blog 2 penulis la ni ..ececehhh..ataupon dia buat la blog sorang-sorang..lepas tu taw apa dia jawab kat aku..




"TAK MAW LA NANTI APEX LAGI FEMES PULAK DARI AYU..BILA FOLLOWER APEX BERJUTA-JUTA MESTI AYU NAK TUMPANG POPULARITI APEX KAN??"



Waklu* bajet best betol la kau sayang...menyampah betol cakap dengan orang perasan best nih...huh


ahh perasan best tu pon pakwe kau jugak ayu...terima je la dengan hati yang redha...(-_-") lagi satu awek kamu ni tak femes pon..jangan dok perasan sangat...

hehe actually dia malas nak merapu macam aku tengah merapu sekarang, kalau dia merapu ada ka orang paham??macam tak paham je...tak yah la buat blog sayang bukan ada faedah pon merapu ni...merapu dengan ayu sudah..nanti ayu pos jugak ayat-ayat power sayang tu kat blog ni...:p


Ok bersayang-sayang dalam blog pulak dah...terajang maw terajang?muntah hijau sekarang sapa yang baca entry nih..grrrrr

6.8.10

kecewa kemudian gembira berjimba-jimba

Petang pegi tengok bola sepak tapi hampa sebab KTDI kalah..

Bila malam menjelma, tengok sepak takraw pulak..lawan dengan musuh agak ketat K10..diorang ni main saiko habis..naik menyampah pon ada nasib baik kalah..ok diulangi KTDI menang yeeee....


diantara penyokong K10...sampai basah seluar haa nak sokong punya pasal..
ok aku tak sengaja ok..tertengok!bukan saja-saja tengok...

barisan terkuat team KTDI..
team last, lagi 2 team tak sempat  nak amik gambar..
bila dah abis, nak balik kolej, member-member aku pakat cop yang pakai kie tu..
errmmm adik nama apa ek??(0_o)

Tahniah kepada pengurus sebab pandai atur strategi..
budak-budak ni main sampai menari-nari..punya la nak saiko pemain KTDI..
alah....Yang hebat tetap hebat ok...lalala~
Rasa puas hati sangat menang walaupon bukan aku yang main..haha
puas sebab K10 kalah..ngeh3

apa-apa pon encik buncit dah mengamuk dah..mampos aku..
ye la malam jumaat kot...
nak pi pujuk jap nih...(-_-")

Majulah Sukan Untuk Negara

*K10 dan KTDI adalah nama kolej di UTM skudai*

5.8.10

Bukan senang nak jadi Isteri yang baik

"What makes a good wife"


Kalau tajuk macam ni selalunya lelaki la expert kan?? Dalam kepala dah ada check list untuk calon isteri idaman..Nak cantik la, putih gebu apam la, lemah lembut, sopan santun, eset pulak nak letop-letop...wahh gila demand...

Ni sebenarnya tajuk untuk presentation group aku..ada banyak choice dan tajuk ni adalah pilihan kedua..budak kuliah aku berebut-rebut pilih tajuk..tapi nasib baik dapat gak tajuk ni..hehe ok mesti korang dah dapat agak kan, aku la orang paling beriya nak tajuk ni..Tajuk yang lain macam bosan je contohnya  "Effective Interpersonal Skills" kejadah apa nak goreng dalam report ni????sumpah tak de semangat..at least kalau aku cari bahan untuk tajuk jadi bini yang baik ni boleh la meningkatkan keyakinan diri sebelom nak kawin...WAKLU**


Nak dijadikan cerita, group aku buat la discussion..pas tu mula la bagi pandangan masing-masing..yang paling tak boleh belah ada point...

"MULTITASK"

bila aku tanya balik multitask tu macam mana??

Diorang kata isteri yang baik kena pandai buat semua kerja, tak kira la memasak ka, kemas rumah ka,jaga anak-anak,lepas tu kalau ada apa-apa yang rosak pandai repair sendiri....lelaki boleh goyang kaki dok rumah...


ewah ewah ewah...banyak hensem...huh aku cukup tak setuju dengan point tu..nak jadi isteri yang baik tak semestinya kena MULTITASK...kalau memang kerja orang pompuan tak pe la..ni kalau mesin basuh rosak pon kena pandai repair sendiri..aiii dah parah ni...


Mengada betol lelaki zaman sekarang ni kan...masak nak kena sedap, baju nak kena bersih-bersih, badan nak kena solid, dah tu nak kena jadi multitask pulak...lepas ni aku kena belajar repair kereta, tv, ekon, peti ais dan lain-lain lagi la...Lelaki senang je duduk rumah kerja cuci pusat sendiri...bahagia betol kan..ermmm sangat la bahagia...bahagia habis la dapat bini baik macam tu..bahagia-bahagia...



Ada satu point ni yang aku tak berani nak cakap kat budak group aku...

Keep him happy in Bed 
Sexual intimacy is one of the most essential things in any marriage. Please your man in bed. If you cannot keep your man happy in Bed he would go where he can get it. After all, a Man is a man!

Aku ni pemalu jugak kan??ingatkan tak taw malu dah...(0_o)...nasib baik member aku cakap gak..hehe



Apabila kita mahu jadi isteri yang baik, kita kena buat suami gembira di atas katil...atas katil ye..ermmmmm motif sangat....


Nak buat apa atas Katil ni??????

4.8.10

Budak Sekolah sangat Jujur

Wow..aku dengar entry aku yang lepas cam banyak kontroversi..hehe ke aku yang perasan sendiri, okeh aku dah bagitaw kan blog aku ni untuk 18 tahun keatas..sesapa yang bawah umur serta berfikiran bawah umur sila jangan baca blog aku...Aku tidak akan bertanggungjawab diatas segala pemikiran anda hokeh!!


Hujung minggu lepas aku menguruskan program kelab dangdut..lenguh habis badan-badan, hari isnin aku qada' tido dari pukul 10 malam sampai pukul 2 petang..yang aku pelik tu tak sakit pulak kepala ni..sedap ja membuta sampai ke petang..

Overall program memang best, cikgu-cikgu dengan bebudak kat situ memang baik...budak-budak tu pon sangat jujur..serius aku cakap sangat jujur...

lalalala~~


ok nampak tak apa yang aku cuba sampaikan????

aku paham perasaan korang, rasa nak lempang je kan  muka aku ni..
kadang-kadang hidup ni kena belajar terima kenyataan..(>_____<)


Ok yang depan sekali tu, yang mulut ternganga macam nak telan raksasa tu Zam Enol Arip
sepatutnya dia yang tangkap gambar sebab dia K.U Multimedia, tetiba aku yang ketua fasi ni pulak yang kena snap...hampeh tol!!

Blogger lain yang pegi ialah Cik Kotak, tapi beliau adalah Ketua Fasi SMK. Keratong...Tahniah kepada semua fasilitator kerana berjaya mengharungi program ini!!Kelab Dangdut the BEST!!


P/S:: Jawapan bagi teka-teki entry lepas adalah LADIES CHOICE...hikhikhik

2.8.10

teka-teki orang dewasa

ok aku nak bagi teka-teki nih...


apa persamaan Mayonis dengan Air Mani??



aku pikir 4 5 6 kali gak nak post nih..hehehehe

boyfriend