27.11.10

Video miming pembangkit nafsu

Fenomena apakah ini dok buat video miming-miming ni?

gua tengok video tu kat facebook sambil korek hidung...

terus terbantut nafsu nak korek tau..dem betol.


tapi lantak ler kan. selagi dia tak kacau hidup gua apa gua ada hal.

ye la kan ke nak menaikkan semangat budak-budak sekolah rendah tu, motivasi dengan ceramah bagai tu macam makan nasik tengahhari berak tahi keras waktu petang. useless. budak taknak dengar tapi kalau video cikgu terloncat-loncat memang budak-budak suka tengok. apa orang kata, budak-budak sekarang ni kena pakai reverse psychology kalau tak takde la budak-budak pilih klcc kan kan kan.

gua nampak apa matlamat dia, serius gua nampak.

tapi yang gua betol-betol tak puas hati bila.....


waktu ni mula la kawan pon gua macam taknak mengaku dah. cuba la jangan nak menipu sangat, gua cukup cannot go bila orang menipu nih nak-nak kalau member sendiri. kalau orang kata muka gua macam Lisa Surihani, gua boleh gak tersipu-sipu malu. ehemmm



carutan Ayue Surihanyot,

"blogger yang hebat terletak pada penulisannya bukan paras rupanya"

22.11.10

Tipikal Final Exam

Final exam menjelma lagi actually aku ada lagi 2 paper, 1 paper dah selamat menjawab sebelom raya ari tu. Kali ni punya paper boleh kata antara hidup dan mati jugak sebab 3 jam kredit. Kalau tak study betol-betol memang masuk exam menangis tak berlagu,baik bunuh diri je dari mengadap kertas soalan tu. 

So kalau kat U ni sistem dia ada "study week" tapi aku rasa tak boleh panggil study week kena panggil "stay home week" sebab time ni la budak-budak nak balik rumah berminggu-minggu. Kononnya sebelum amik exam kena mintak restu mak ayah, kena amik berkat. ok ni bukan type aku sebab kalau aku balik rumah sama ja dengan aku duduk kat kolej kerja membuta buku tak maw bukak langsung.

Selalunya budak-budak U ni dia punya 'peel' lebih kurang sama, tips-tips yang orang dok bagi tu pon lebih kurang sama jadi hari ni aku nak tulis pasal perangai budak-budak u bila setat exam, tengah exam dan selepas exam.

1) study last minit

benda common kan?selalu sangat dah benda ni jadi nak-nak kalau subjek tu lecterur ak penah amik pusing dari setat semester sampai abih semester. taw-taw dah final exam. study last minit ni aku tengok memasing ada stail tersendiri. Ada yang pulun sungguh-sungguh sampai tak tidoq malam, ada yang kaki tak penah jejak library tetiba nampak muka diorang ja 2 3 hari before exam. benda biasa la tu.

2) fotostat soalan past year

yang ni wajib! kadang-kadang tu sampai tengah malam pon sanggup datang bilik member kat KP dari KDSE (jarak 2 kolej yang sangat jauh) semata-mata nak amik soalan past year. Lepas tu fotostat berkaton-katon, besok dah exam. tu macam mana cerita tu?bila yang nak buat? macam aku amik taktik senang, pinjam je la past year member yang bilik dekat-dekat ni. alah takde nye diorang nak buat semua paper sekaligus, kalau member tak bagi konfem kawan korang tu kedekut taik hidung masin. nak pandai sorang-sorang. kekekekek

3) Tidur awal

Tidur awal selalunya dipraktikkan oleh manusia yang dah get ready masok exam kira ilmu didada memang superb penuh, kalau baca lagi konfem kepala otak berderai sebab terlampau tepu. Kalau yang tak berapa nak ready macam aku, masa-masa ni la nak sumbat sebanyak mana ilmu yang ada kat ruang kosong kepala otak aku. Sejam lagi nak exam kalot dok menghafal lagi. tu stended aku sebab sebelom-sebelom ni memang aku tido awal. bayangkanlah aku baru letak kepala nak rehat kejap je pon sedar-sedar dah pagi. lepas tu mula la nak maki-maki dalam fesbuk. mungkin sebab terlampau senang tidur jugak la aku terpaksa study last minit. mungkin ok mungkin.


4) Tengok movie/drama

Selalunya dugaan-dugaan macam ni muncul waktu study week, haishh waktu-waktu macam ni la penuh segala cerita dalam hard disk member. Saling nak bertukar-tukar cerita, tengah study je movie depan mata dey macam mana maw fokus ni? tapi selalunya diorang akan tengok movie/drama lepas habis satu paper, exam pagi petang tu konfem cari movie kononnya nak relaxkan otak. kalau macam aku ni tengah study pon tengok movie jugak macam mana cerita haa???


5) Facebook

Menatang ni dah macam perantara hint-hint exam, asal ada hint ja post kat fesbuk. dah tu mana la orang tak bukak fesbuk 24 hours. mana la result exam tak teruk eceh alasan~ kata-kata semangat macam good luck, do your best dan lain-lain pon mesti nak wish dalam fesbuk. kalau orang tak de fesbuk tak de tenet cam ne??tak ke kecik ati tu? bukan takat tu aje kadang-kadang tu sampai buat forum bincang jawapan past year. ehem bermanfaat jugak kan menatang nih.

6) Meniru

meniru ni aku selalu buat masa sekolah menengah dulu, rajin sangat buat toyol tapi sekarang toyol ni takde pekdah pon sebab buku dah depan mata jadah apa nak buat toyol lagi. Tapi golongan meniru ni still ada jugak cuma kadang-kadang kita ja terlepas pandang, masa aku exam effective communication hari tu bersepah mat-mat foreigner meniru hoi-hoi tak beragak betol la diorang ni nak tiru pon cover la sikit. bengap!

7) Qada segala yang penting

oke bukan qada semayang ye kawan-kawan sebab kalau tengah-tengah bulan exam ni semayang konfem penuh punya. Maksud aku qada benda-benda lagha yang terpaksa di puasa kan selama exam macam tengok movie dan tidoq. tidoq tu paling wajib la kadang-kadang tu tidoq cukup ja tapi sebab dah nama exam dandan la tak cukup kan. 

*******************

oke cukup la kot takat tu kalau dok mengadap benda-benda ni mampoih tak study aku. "Kenang daku dalam doa mu" maksudnya kalau korang semayang tu doa-doa la kejayaan untuk aku sekali ekk. keh keh keh

21.11.10

Raya Diperantauan-Day 1

Setelah bersedih-sedih pada malam raya teringat ketupat,rendang,lontong serta segala juadah maka dengan ini pada hari raya kami harus lakukan sesuatu agar hari raya di UTM sangat bermakna. ecewahh jangan lah bajet tinggal diluar negara sangat setakat johor ni pergi saja mana-mana masjid mesti ada kenduri kendara punya. Oleh kerana kami tidak mahu kelihatan terlampau barat sebab kena makan mcD (ye la semua kedai melayu tutup,kedai mamak ja ada ohh not my taste lah ye) jadi kami pergi beraya ke rumah makcik hanak serta mak angkat aku kat parit kemang. hoyeah!

Bawak kereta manual = Hanak sahaja yang bawak
sebab yang lain reti drive auto saja.
aku?lagi la haram tekan pedal minyak pon tak penah.

nampak tak muka kebahagian plus-plus tu?
tu tandanya perot kenyang suka hati.
jumpa dengan makcik hanak yang sangat sempoi. siap cakap hanak gigi jongang lagi,celah mana yang jongang aku pon tak pasti.

Lepas tu kami vroom-vroom ke rumah mak angkat aku kat Parit Kemang.
Banyak betol parit kat situ parit sulong la,ponorogo la,sarang buaya la hoi-hoi takutnya ai ada buaya ka kat situ?
Dalam perjalanan tu kami terpaksa meredah hujan, langit masa tu superb gelap.
yang hitam tu awan mendung yang tengah berarak nak pegi ke mana aku tak taw tapi bila tengok langit pon dah macam kuih lapis. serius dowh tu tu macam dalam gambar. boleh bayangkan kan kan kan?

sila abaikan muka berminyak serta hitam itu.

gambar dgn zana. kena bubuh jugak kang kecik hati..kekekek padahal nak letak gambar aku banyak-banyak
Masa ni tengah tunggu ibu datang amik, hoho dah pat lima nam kali pi pon still tak ingat jalan, ye la dah dalam bas asyik membuta saja.

Dah sampai rumah ibu, ibu jamu dengan ketupat,kari ayam kampung, mi siput, lontong walawes sedap kamu tahu, gambar tak sempat nak amik sebab dah pelahap dulu dah. lapar wehh jauh perjalanan tu.hehe

Then, kami pegi rumah angkat aina pulok, satu kampung jek. Makan lagi. Orang jawa memang suka masak ekk adoih letih mulut mengunyah alhamdulillah murah betol rezeki kami. Dah makan rumah mak angkat aina pegi pulak rumah tok angkat aina (semua nak ber'angkat' aih) situ ada kenduri pulak. see kami terpaksa makan lagi sebab macam tak elok pulak tak jamah makanan bila orang dah siap hidang kan. ehh dah berapa kali kami makan ha?

kami makan nasi ambang tapi kalau beli pakej kedai takdak sup tulang tu na. harap maklom

Mula-mula tu kami cadang tak maw tido tapi sebab hanak drive sorang so kesian la kat dia nak drive balik malam-malam. Kami sampai pon dah pukul 5 lebih so mana la sempat kan. Masalahnya waktu tu kami datang sehelai sepinggang, baju salin tak bawak, barang mandi tak bawak, baju kecik ehem-ehem pon tak bawak. Tapi bila mengenangkan bahaya balik malam-malam so tido je la nyah.



jeng-jeng-jeng.. haha lantak kau lah nak maki ai ke hape janji ai dapat baju free.
murah hati betol abah angkat ai bagi baju free tu, 2 helai pulak tu. 
masa pakai baju ni mula la nak nyanyi.

"UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia" lalalalalala~ 

balik try pakai kat UTM. mampos la ai, dah la ramai para pembangkang kat sini. hahah


Ok berbalik kepada cerita tadi, setelah balik dari makan kenduri, balik pulak ke rumah ibu, tukar baju, ibu panggil makan lagi sebab ibu buat sup tulang. Makan lagi! Kat UTM jenuh nak cari makanan tapi kalau kat sini berlebih-lebih pulak makanan dia. Nak lagi best sebelom tido pon kitorang makan lagi. Makan sate perut anak ibu bakarkan. sedap tahu dengan kuah kacangnya yang pedas lagi nyam-nyam tu. hoho Lepas makan tido la apa lagi,tido tanpa berak risau betol aku. Hari kedua punya cerita sambung esok pulak. Letih la menaip. babai

17.11.10

Malam Raya Aidiladha yang sangat hapenning

Malam raya kali ni saya sekarang berada di bumi UTM, terasa sayu tau bila dengar takbir raya tadi, tapi lepas tengok cerita asmara tak terasa macam nak raya pulak. lol kedai makan pon macam banyak tak bukak malam raya ni so terpaksa la saya makan nasi ayam penyet yang bau sambal belacannya kuat gila. Basuh tangan dua tiga kali pon tangan saya masih ada bau lagi. huh tak suka tau. Takkan nak pakai febreeze kot?lawak tak lawak tak?oke tak lawak?


Tetiba saya rasa rindu kat mak,abang-abang,kakak-kakak ipar dan anak-anak sedara yang comel macam maksu depa ni.haishh syifa dengan syafiq rindu kat maksu dak??nanti maksu balik na jangan nakal-nakal taw. huwaaaaaa maksu sayang hangpa dua. oke sudah-sudah la tu melihat saya emosi. Jadi untuk menghilangkan rasa rindu pada keluarga serta ketupat rendang dikampung, saya dan rakan-rakan seperjuangan bertindak untuk melampiaskan nafsu rindu dengan bermain bunga api...walawesss


 hanak tengah membuat cobaan bunga api menjadi mercun roket. saya pon tak paham ape motif dia buat macam ni. (-_-")


hanak masih mencuba dan aina menyibuk

wajah kegembiraan disebalik kesayuan. tapi kenapa saya gemok?


Gambar guna henfon mahal tapi tetap tak cantik. kena guna dslr jugak walaumacammanapon. banyak lagi gambar menggedik kami tapi takot pulak nak expose mana tahu ada orang jerit wadafak ke?so better jangan menimbulkan fitnah di malam-malam raya ni. kan kan kan.

Oleh kerana saya dan kawan-kawan melapok dalam bilik saja siang tadi, mereka pon macam nak buat blog dan aktif berblogging balik (tak taw la semangat depa ni sampai bila). So apakata kita melihat blog mereka mana tahu ada yang berkenan buat calon menantu ka kakak ipar ka adik ipar ka sugar mummy ka. eyh?


Mereka semua ni coursemate saya, dan ramai lagi coursemate saya yang ada blog tapi tak sempat nak expose kat sini yela asyik-asyik expose zam dengan hamzah ja. menyampah betol.

p/s: macam comel je bahasakan diri 'saya'. keh keh keh

15.11.10

Trend orang bercinta zaman sekarang

Zaman sekarang ni orang bercinta bukan main lagi kan. Holamak kalau kat U saja macam-macam versi dah aku dengar, setakat mati beranak anak luar nikah pon dah kira biasa..eyh? so aku bukan nak sembang pasal orang buang anak ke ape ke tapi aku nak sembang perkara-perkara yang cannot go la bagi aku untuk pasangan kekasih ni..


1) Tak boleh cakap dengan lelaki/perempuan lain
Sumpah i tak cakap dengan dia, dia yang datang cakap dengan i taw, i sikit pon tak pandang dia..amboi mak kemain lagi kan nak kena cakap dengan u je. U ingat kerajaan ada buat universiti 1 jantina je ke? 1 Malaysia ada la.


2) Stok boifren pukul girlfren
Ini dua-dua sama-sama bengap, ewah bang sesedap ja kan nak pukul anak dara orang?mai nak pukul adik pempuan lu pulak apa lu rasa? yang pempuan pon agak-agak la. aku tahu cinta kau kat laki tu ibarat "u jump, i jump" tapi kalau kau mampos dia nak ikut mampos sekali ke? tepok dada tanya selera.


3) Bila bergaduh segala jenis makian mak nenek keluar
I tahu u all semua pandai berbahasa enggeris. ye la kalau maki dalam bahasa enggeris takde la nampak buruk sangat seperti "U are such a PIG" kalau ditranslatekan "BABI LAH KAU NI" haaa sopan kan? Ni sebelom kawin dah gaduh-gaduh sambil mulut dok terkeluaq perkataan romen-romen macam mana kira kalau hangpa bergaduh lepas kawin nanti?? tak memasal anak tanya "Bapak, bapak son of the bitch tu ape haa?haikal cari dalam kamus tak jumpa pon". Menggelabah la kau nak bagitaw kat budak kecik tu.


4) Tidak boleh ada facebook
Facebook ni laman soSial jangan nak mengada buat akaun facebook ekk I tak suka! kata encik boyfriend kepada aweknya sambil tangannya sendiri dok kelik profile facebook awek seksi mana entah. Dia boleh ada facebook tapi awek dia TAK BOLEH ADA FACEBOOK. apa kejadahnya? tak kuasa aku nak layan kalau dapat pakwe macam ni.


5)Tak boleh ada friendlist jantan/betina lain dalam FB
U nak create akaun facebook suka hati la, tapi i tak nak ada kawan pempuan/lelaki dalam facebook U. Deyy..balik dok rumah tengok tv je la kalau dalam facebook pon ngade-ngade nak kongkong.lol


Kalau ikutkan banyak lagi yang aku rasa cannot go tapi benda ni ja yang aku dengar dari orang sekeliling aku so kalau ada lagi aku sambung okeh. Dan terlatest yang paling buat aku teruja sekali bila tengok video kaple nih.


pandai-pandai la korang cari video ni sendiri lagipon dah bersepah orang share kat facebook. Saja ja aku amik part paling daring sekali, bagi nampak efek orang awam dengan kereta lalu lalang dekat sebelah depa ni baru nampak macam luar negara sikit ye dak?? Ini pon aku tengok 4 5 6 kali sebab nak ambil angle baik punya. Jenuh jugak la nak menahan gelora asmara. jadah?? habis ilmu aku satu sem!


Rasa macam nak gigit saja thesis ni

Baca betol-betol tajuk tu bukan testis tapi thesis. Bunyi dah nak dekat sama cuma aku masih ada iman lagi ya kawan-kawan. Dah lama rasanya tak update, bila dah lama tak update rasa macam sangat busy pulak tapi hakikatnya bukan busy sangat pon tapi mengenangkan wifi yang sangat lembap so terpaksa abaikan blog,fesbuk,tumblr dan segala mak nenek yang ada. tak kuasa la aku nak tunggu loading pon berejam kejadah apa pulak kan. Hari ni pon nasib la manusia-manusia kat kolej aku ni dah berambus balik beraya, takdak la lembab sangat nak bukak blog sendiri. Kadang-kadang tu punya la lembab wifi ni sampai aku nak update status fesbuk pon tak lekat. Kalau lekat tu memang alhamdulillah tapi memang tak boleh nak lawan-lawan romen komen lah kan. biar je orang komen tak berbalas. Dah rasa macam artis pun ada.

Hari ni aku puas sebab thesis aku dah print dan siap dibukukan holamak ingat senang ka aku nak siapkan kerja awal-awal. Aku ni jenis pempuan buat kerja last minit stended aku la kalau terpaksa tidur pukul 5 pagi lepas tu bangun pukul 6.30 pagi semata nak siapkan kerja yang due date nya pukul 8 pagi tu padahal lecterur dah bagi assignment tu dah sebulan lebih dah. hoho Alah thesis ni pon aku hentam buat last minit jugak. 

Seharian aku edit menatang alah tu saja. dari pukul 6.30 pagi sampai ke maghrib menatap skrin laptop tanpa rehat tanpa makan dan tanpa melakukan aktiviti-aktiviti lagha,sampai naik pinaq la bijik mata aku ni . Dan benda jadi nak maki hamun apabila nak edit format haramjadas tu, hoh menyakitkan hati kamu tahu? masa-masa ni la yang tak boleh nak insert page number la, tak boleh nak edit page number la. apa ka bangang sangat orang yang buat page number ni nak menyusahkan hidup aku. Tengok?aku dah hangin. Pasal page number tu aku keja aku terbengkalai selama SEJAM, siap maki dalam status ym lagi, bila aku maki-maki tapi still tak jadi apa-apa aku rasa macam nak menangis dan akhirnya aku menangis jugak pasal page number mangkok ayon tu tak maw keluar.TAK KA LOOSER tu?

Dan nasib la waktu tu encik buncit call, dah maki lagi depan dia sambil hidung berhingus mata berjurai dengan air. Dem sungguh yang dia pulak tak abih-abih suruh aku sabar-sabar, sabar jadahnya dah sejam kot kelebet menatang tu saja. Tapi tak sampai 5 minit cakap dengan beliau sambil tangan masih menggodek microsoft word tu tetiba dah keluar pulak page number tu. Amboi tak ka rasa nak pelok cium encik buncit waktu tu  jugak kalau aku taw sejam yang lepas aku suruh dia tepon aku. Hampeh sungguh! dan akhirnya berjaya jugak aku bawak pegi print dan bukukan aku punya thesis. Walawess rasa nak berjoget tahu?

wah teruja tau.

4 buah buku bersamaan dengan RM100 semua ni macam ada konspirasi menghabiskan duit aku saja.
-abaikan meja yang bersepah tu, meja bersepah tanda aku buat kerja-

Tapi bila aku check balik tadi ada satu benda yang mungkin bakal merubah hidup aku sebagai seorang student yang berkaliber. aku tersilap letak nama supervisor aku. Sepatutnya ada satu huruf 'd' tapi aku buat dua. tekanannya hanya tuhan saja yang tahu, aku hanya mampu menangis dan tidak mampu mencarut lagi. Dah letih dah wei. Benda ni pulak kalau nak hantaq kena mintak tandatangan supervisor due date pulak time raya haji ni bermaksud lusa ya. MATI LA AKU MACAM NI. Mintak-mintak la supervisor aku tak perasan nama dia silap. Kalau tak aku kena bukak balik buku ni. Sehelai  2 ringgit taw!! ada 3 helai yang silap kat 1 buku. Sekarang ada 4 buku makna kata 3x4x2= 24

24 ringgit tu aku boleh buat makan mekdi selama 2 hari taw tak!!!!

menyesal aku berjoget tadi!!

9.11.10

Selamat Tinggal Sayang

Bukan aku tak suka, bukan aku tak sayang tapi keadaan memaksa aku untuk berbuat demikian. Salah aku ke untuk memilih dia yang tidak sesempurna mana? aku terpaksa sayang. Harap kau mengerti perasaan aku ini, Terlalu singkat kurasakan pertemuan kita tapi aku sudah dapat membaca gerak hatimu, lenggok tubuhmu serta baik buruk perangaimu. Kau banyak membantu aku, menemaniku tatkala aku kesepian, melayan kerenah aku yang kadang-kadang mudah marah hanya kerana kau lambat. Tapi aku tahu kau tak sengaja, aku tahu kau berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk ku. Percayalah sayang engkau sangat sempurna dimata ku. Dan aku terpaksa memilih dia, demi kebahagiaan kita bersama. Sungguh aku cinta padamu, tiada lagi yang sesempurna dirimu, tapi aku tak mampu sayang. Aku tak mampu untuk berada disisimu. Tarafmu jauh lebih elok dari diriku. Pergilah dikau kepada yang selayaknya. Andai kata ada jodoh diantara kita pasti kita akan bersama kelak.












Selamat Tinggal P1 Wimax..


aku dah tak larat nak bayaq dah cukup-cukup lah untuk sem ni (ceh padahal encik buncit yg bayar.haha). Lepas ni pakai je wifi UTM yang lembab nak mampos tu. Lembab tak lembab sampai aku pegi berak pon tak habis loading lagi. gila slow. Ke aku yang berak laju sangat?

7.11.10

Viva PSM


esok adalah hari penentuan untuk segala perit jerih sepanjang semester ini

Good Luck to all final year Chemical Engineering student!


tengah cuak gila babi ni. slide pon dok perbaik tang tu tang ni. 


Doakan esok hari berjalan dengan lancar.
Amin..

6.11.10

Perihal seorang GAY

Pernah tengok kaple-kaple dok bersayang-sayang dalam pesbuk?
(selalu sangat dah)

Pernah tengok pompuan tayang lurah dendam dalam pesbuk?
(banyak je)

Pernah tengok pasangan kaple tayang gambar cium mulut, main lidah geli-geliman bagai tu?
(kadang-kadang)

tadi aku tengok profile pic pesbuk LELAKI COMOLOT LELAKI. memang sengaja nak capslock baru lah nampak hot story sikit ye dak?

ingat nak letak gambar gay search2 jumpa gambar ni, kan comel ni. 
comel la dari gambar laki cium laki, tak rasa nak muntah ke?

waktu aku tengok tu. oke dia saja kot buat-buat daring dalam gambar. manusia kan ramai yang gila sekarang tapi sekali aku baca wall dia.

betollah dia gay. siap panggil bi cayunk lagi taw so romantik yu..(damn aku pon tak dak bi sayang taw)

pas tu aku stalk blog dia pulak, ahh sudah pandai pulak cakap syukur,tuhan,puasa(tp ada gak yg kantoi tak puasa depan makcik sapu sampah)

isi-isi blog dia??mesti lah luahan rasa cinta dan sayang tahap dewa kat boyfriend dia. hadoih dah mengaku ada tuhan tapi buat jugak benda-benda songsang macam tu. kalau masa aku baca tu aku tak taw entry tu untuk lelaki tak pe la jugak. kira saing-saing la nak jerit.

"OMG..sweet gila laki ni!terharunya entry untuk awek dia"




tapi masalahnya aku dah taw awal-awal entry tu untuk lelaki. tak ke macam nak jerit...


"wadefak la woi!"


yang paling tak boleh belah tu muka diorang boleh tahan hensem taw nyah bukan muka cam longkang atau muka orang pecah rumah. muka ada la sikit-sikit iras zack zukhairi OMG zack zukhairi tu tak tahan!! tapi i tahu zack tu straight ehem~*gatal


Dah ada blog gay macam tu wajiblah ada komen-komen berapi dari anon kan, macam-macam ceramah la diorang bagi tapi takde plak mamat tu nak balas. hoho dan ada jugak komen-komen manja dari yang sama spesis dengan mamat ni.lol

Lepas tu aku pi stalk blog budak-budak yang komen tu plak hmmm sama jugak gay, dok bersayang-sayang lepas tu tayang gambar family pulak. arghhh kesian la kat mak bapak korang tu woi!!!

Pelik betol aku, benda gay ni macam benda biasa pulak bagi diorang. kot iye pon ko tu gay tak payah la ko cerita kat semua orang, tak payah la ko tayang comolot kat pesbuk tu (tetiba stim. hahah bodo). adoih first time oke jumpa spesis macam ni. nak keji pon tak eloklah takot nanti terkena pulak kat keluarga kita sendiri (nauzubillahminzalik). apa pun doa lah mereka kembali ke pangkal jalan.

firman Allah dalam surah al-Mu’minun, ayat 5-6
dan sebuah Hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang lelaki janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang lelaki di dalam sehelai kain dan seorang perempuan janganlah melepaskan nafsunya kepada seorang perempuan dalam sehelai kain (Nail al-Autar, 6:16).


Allah dah melarang sekeras-kerasnya hubungan sejenis ni. dah ada yang halal kenapa nak cari yang haram jugak?manusia tak pernah bersyukur.

haa ni nanti mesti penuh komen nak link fb dengan blog dia kan? sori no layan! haha bukan apa aku tak maw la blog dia dapat traffic tinggi hari ni. *waklu dan yang paling penting tak nak la ada fan page "I hate si Polan bin si Polan sebab dia gay" kat fesbuk nanti. *taboleblah

budak skk boleh mintak kat ANA Talib. dia yang bagi link kat aku. hahahahahahaha

oke sambung buat slide presentation. hari isnin ni nak viva oiii boleh senang hati lagi nak online. sesapa nak roger aku sila roger YM ekk. pesbuk dah tukar password tak leh nak login dua tiga hari ni.*bajet nak fokus kat thesis.lalalala~

5.11.10

Papanda Garang

Blur sekejap tak taw nak intro macam mana entry ni. hehe anyway entry ni khas untuk Ash Arc kerana kesudian beliau meneliti aku punya html blog semata nak letak button facebook like tu. Aku try banyak kali nak letak button like tu tapi tetap tak berjaya (tu la gatal sangat amik template entah datang dari mana hala) so nasib la tuan punya blog !ARC13! yang hensem lagi kacak bergaya ni sudi mencemar duli menggodek-godek design blog aku.(dan-dan nak puji hang kan ash, sebelom ni aku tak penah pulak nak puji,nak buat macam mana aku kan melayu)

Mula-mula tu aku pon bangang jugak pi email segala coding template aku. hahah malu ehh padahal kena invited dia jadi admin ja pon.huhu aku mintak maap no menyusahkan hang. nasib hang la kenai manusia yang bangang pasai coding-coding ni. basic C pon aku dapat B- tu baru basic taw belom C++ lagi, selamat kos aku tak kena amik. fiiuuu 
MySpace

di cilok dari blog encik panda. http://www.arcx13.com/

Hah hampa dok cangak apa lagi tekan la butang like baru aku ni..:p ingat senang ke orang dari obersea nak buatkan. special taw nyah. wewiittt kenyit mata sikit.

Thanks bro. hang lah lelaki yang paling kacak dan terhebat sekali di galaksi ini. (tang kacak tu jangan percaya sangat)
tetiba rasa sayang kat hang lebih.hahaha



4.11.10

Happy Anniversary yang ke-5

Memang sudah lumrah bagi setiap gadis untuk bersifat sensitif. Tidak kurang jugak aku. Semalam aku jadi emo sekejap ehh bukan sekejap hampir satu malam jugak aku merajuk. Ini semua sebab encik buncit lupa anniversary kami yang ke-5. ehemm anniversary kaple je pong tapi like i said before its all about sensitivity. 

Wanita kan makhluk yang istimewa dicipta dari tulang yang bengkok makna kata wanita ni makhluk yang lemah lembut(ehem walaupon secara luarannya aku ni kasar),makhluk yang emosi dan juga wanita ni bersifat menghalusi so no wonder la seorang wanita ni akan ingat tarikh-tarikh yang dia rasa sesuatu yang indah bagi dia. nampak tak? so bila pasangan dia tak ingat tarikh yang dirasakan keramat itu mudah lah bagi seorang wanita ini untuk merajuk(emosi). same case like me. merajuk punya pasal aku tido awal semalam, lantak dia lah nak main bowling ke hape ke dengan member-member dia malas aku nak layan.

Sebelom tido tu aku sent mesej Selamat Ulangtahun kita yang ke-5. Lepas tu aku off henset,oke tak sampai lima minit aku on balik henset, still mengharap dia wish. Bila aku nak tido tu baru la sibok mesej-mesej arjuna ni masok. 

"Sayang pa minta maap sangat2..Selamat Ulangtahun sayang" oke reda sikit dia dah wish tapi i pon tahu ego jugak ahh malas layan sambung tido lagi baik.

bunyi lagu hey soul sister-tanda mesej kedua masuk.

"Syg ingat lg x waktu kita kenal dulu(kenal masa sekolah rendah tapi tak penah bercakap)..pa sebenaqnya malu nak ngorat ma tp sbb hati pa dh memang jatuh cinta ngn ma(sabar ye korang jangan muntah darah pulak), pa beranikan diri jgk dekat dgn ma (aku dulu garang taw)..pa risau jgk ma tolak pa tp demi ma yg pa suka pa usaha jgk..Alhamdulillah hasilnya sampai hari ni kita bersama...bla bla bla" ayat last tu stended orang bercinta la i lap u ketat2 bagai tapi lepas baca tu aku sambung mengeroh krohhh krohhh krohhh~

7 minit kemudian mesej masuk lagi..

"ma ingat x lg hari yg pa nk jumpa ma sbb pa baru lepas eksiden tu..seblom jumpa ma 2 pa dh berdebar takot ma dah tak suka pa tp ikhlasnya hati ma utk terima pa,ma tak kisah dgn rupa pa..pa rasa bertambah bahgia sbb dpt kekasih mcm ma..Tuhan saja yg taw betapa untungnya pa..bla bla bla..." aha aku ingat masa eksiden tu la yang gigi depan dia patah setengah(tu sebab encik buncit tangkap gambar tak penah senyum nampak gigi..kekekek), ada ka patut dia takut aku tinggal dia sebab dia dah takdak gigi aigoo logiklah sikit sayang oii. 

10 minit kemudian mesej masuk lagi..

mesej macam mengaibkan encik buncit jadi terpaksa ditapis..

ohh waktu mesej ni masuk aku dah tido mati dah jadah ape tengah tido nak baca mesej kan..

14 minit kemudian 1 lagi mesej masuk..

"Syg pa nak makan kueyteow sup ni (omakaihh berselera lagi nak makan kan) teringat zaman kita dok makan kt kedai pak chin dulu(kueyteow sup dia serius sedap)..pa kalau makan dgn kawan2 boleh ja habis tapi bila makan dengan ma mesti tak habis(eleh u yang kontrol depan i kan)..ma ni memang boleh buat pa kenyang la..pa suka bila ngn ma..ma tak gadoh nak kontrol-kontrol..sempoi ja" buat apa nak kontrol kalau kontrol aku gak yang lapaq ni perot aku ni sapa yang nak menjawab kalau dia merengek lapaq?akuuuu jugak. apa guna kalau depan pakwe makan tak abis tapi belakang pelahap nak mampos. biar dia taw kita ni pelahap awal-awal tak dak la dia menyesal kawin dengan kita ye dak?(ni pendapat aku, tak payah ikut sangat)

15 minit kemudian mesej terakhir masuk..

mesej minta maaf dari encik buncit, macam biasa aku masih terbongkang tidoq. 

Aku terjaga pukul 4.30 pagi, baca balik semua mesej-mesej encik buncit. Teringat balik zaman kami muda remaja dulu (sekarang pon masih remaja) zaman belom matang orang kata. selalu sangat bergaduh tak boleh salah sikit mesti nak merajuk. kadang-kadang sampai letih nak memujuk. 

Bila aku pikir-pikir balik buat apa la aku nak merajuk lebih-lebih, bukannya dia cari pempuan lain pon, bukannya dia tak ingat kat aku pon siap datang johor lagi semata nak jumpa dengan aku.cuma semalam dia nak enjoy hari last dengan member-member U dia. kalau aku marah dia la yang cool down kan aku balik, kalau aku ada masalah dia la orang pertama yang tolong aku, kalau aku sedih menangis dia la yang akan buat aku ketawa balik. tapi semalam aku jadi tacing sangat pulak. mengada-ngada kan aku ni?


hehe..awak..saya taw awak baca blog saya. maafkan saya kalau saya mengada sangat semalam sampai awak tak tido pikir macam mana nak pujuk saya. padahal saya tido buat tak taw ja.hehe sori ya.. Saya happy la  dengan awak, saya harap jodoh kita berpanjangan sehingga ke akhir hayat. sayang awak ketat-ketat. comolot sikit muuahhh *lempang

Happy Anniversary yang Ke-5

bila nak kawin ni?lagi 5 tahun?erkk~

ececehh sweet tak kami..hahaha 

3.11.10

Kadang-kadang kita boleh luahkan rasa hati ini

Dah nak abis-abis semester ni, wajiblah sekiranya ada event-event yang memupuk semangat setiakawan contohnya babique,dinner yang harus pakai baju liplapliplap dan jugak event-event sempoi seperti makan nasi ayam penyet bersama-sama dan berjogging dipetang hari. Cakap pasal jogging ni kan aku tengok macam trend pulak kat utm ni, asal study week je amboi mak aihh ramai bebeno jogging petang-petang kalau waktu kuliah adalah sejemput dua yang nampak dok mengsasakan badan tu. 

Mungkin mereka memegang cogankata hidup sihat otak cergas. Bila otak cergas boleh la dapat A dalam subjek LAB PROCESS CONTROL yang hanya SATU JAM KREDIT tu. Tu la kau ayu malas jogging kan, dah la gemok otak pulak lembab, tu kot sebab kau dapat A- dalam subjek LAB PROCESS CONTROL yang hanya SATU JAM KREDIT tu.

ohh tu je yang aku nak cakap kat entry ni, ingat nak update pasal malam bbq tapi tertulis pulak pasal LAB PROCESS CONTROL. terus mood tercampak ke laut.

heh. komen kasi membina semangat sikit. gua tengah down gila babi ni. babi pon tak penah rasa down macam ni kot. Ohh lagi satu jangan komen alah 1 jam kredit ja pon tak efek lah result kau. coihh memang lah tak efek tapi kelas subjek ni dah macam 3 jam kredit taw!dah la pointer pon sejemput. 

Bila saya tulis entry ini saya berharap akan dapat makan Kenny Rogers

Orait-orait-orait hari ni nak update pasal info-info terkini yah. Makcik-makcik pakcik-pakcik yang terasa dirinya muda jelitawan trang tang tang boleh lah membaca menatang alah ni. ni aku tolong member aku punya pasal, beliau ajk publisiti tapi beliau takde blog,oke takde kaitan. Beliau ingat blog aku ni femes nak mampos(fakta yang tak relevan) jadi beliau mintak tolong aku publishkan pasal menatang ni. Kalau ikutkan hati malas je aku, tapi encik amir amni ni main hutang-hutang budi pulak.


"dengki la 2...
lupa ka budi aku masa aku jd ketua tingkatan dulu??..
aku ikhlas time 2 memimpin kelas...
pas tu boleh pulak hang senang2 lupakan suma 2...."



eleh setakat angkat buku cikgu masuk kelas pon dikira terhutang budi ke??hampeh tol, nak tak nak layan je la bekas ketua tingkatan aku ni. ehh macam lama pulak tak sebut ketua tingkatan. Ketua Tingkatan kan selalu kena buli. ekekekek oke tak maw buang masa. lets cikedout.

Dah nama pon CHALLENGE so benda ni mesti la jenis game yang berlumba-lumba. YC ni adalah pertandingan antara mahasiswa dari Universiti tempatan dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Jadi kepada korang-korang yang berminat boleh lah rujuk ke blog berbahasa omputih ni. Baru la rasa barat sikit baca bahasa amerika kan. 

http://ychallenge2010.blogspot.com/

Kalau dah malas nak baca boleh la ngorat-ngorat nombor yang tertera dibawah ni. Jangan risau takde nombor fon aku pon. korang mesti beriya-iya nak ngorat aku kan?*pengsan!

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi peserta, anda boleh menghubungi:
kantha (014-913 8861) / Desiree (012- 959 8871) / Nor (013-740 8184).


oke selesai. amer!aku nak set kenny rogers satu!!!!


ni gambar amer masa belom baligh lagi. eleh bajet comel lah kau. aku lagi comel oke.

2.11.10

Biadap dalam sopan

Oke setelah bantal ku basah semalam lalu aku pon mesej nizan, ajak dia beronggeng kat jusco kejap tapi tak jadi sebab aku dapat taw bas encik buncit pukul 6.30. Jadi aku pon meminta belas kasihan nizan untuk bawak aku teman encik buncit kat Sri Putri. Terok sangat dah aku rasa, menangis macam orang mati laki gamaknya. Padahal balik KL je pon, entah pasaipa aku tacing sangat semalam.

Sampai ja Sri Putri, bergegas aku mencari encik buncit konon-konon nak buat suprise kat beliau bahawa aku akan datang menemaninya. Dari jauh aku lihat dia sedang bersembang dengan seorang uncle india ni, wah-wah-wah aku datang pon dia buat tak taw ja kan, rasa nak balik kolej telan megi pon ada jugak waktu tu. Aku bersabar, kesian pulak tengok uncle tu rancak berbual.

Aku pon sembang-sembang la dengan nizan sementara menunggu,dalam masa yang sama aku menjeling tajam kearah encik buncit. Seolah-olah memberi signal "tak paham-paham lagi ke nak datang sembang dengan awek sendiri"..

10 minit kemudian dia datang dekat aku, sambil tersengih-sengih mintak lempang. Aku tanya la sembang apa dengan uncle tu. Dia tak maw bagitaw, dia kata nanti-nanti dia cerita. Maybe sebab uncle tu ada kat situ kot. setelah tangkap-tangkap gambar, gedik-gedik manja dengan encik buncit......


Uncle tu pon blah nek bas, aku pon senyum la kat uncle tu sebelum dia melangkah pergi. Dengan muka penyibok aku pon tanya la encik buncit sembang apa dengan uncle tu kot-kot dia bagi rahsia teknik kamasutra ke ehem mana la nak taw kan.

Padahal uncle tu bagi petua nak kempiskan perot. Adehh sangat taboleblah aku tengok perot uncle tu dengan encik buncit lebih kurang sama ja boroi..(-_-")

Lepas tu encik buncit kata uncle tu tanya dia, awek U yang mana satu? encik buncit kata la yang pakai baju lengan merah tu.






"OOo tak sesuai la dengan U, awek u tu gemok, U kurus saja"


tak ke rasa nak bunuh diri?biadap sungguh jawapan uncle tu. sabar je la aku. dem dem. gemok sangat ke aku ni?gemok ke?tolong jawab sikit!

boyfriend