2.8.13

Universal Studio Singapore (USS)

Aku pergi USS ni bulan lepas lagi, masa tu gamble ja nak pi pon beli tiket flight ke Johor 2 bulan awal. Kemain kau ni first time aku naik flight pi JB tau, selama aku study 4 tahun mana penah naik flight pon. haha
 
Aku pegi dengan geng kerja, depa tidoq hotel aku tidoq rumah member. Macam biasa pegi JB mesti la jumpa member lama cuma ada gak yang tak terjumpa sebab ada hal memasing.

Aku lepak sana 4 hari 3 malam, bawak depa ni jalan-jalan tengok apa yang best kat Johor nu. Sebenarnya aku pon bukan terer sangat jalan kat johor tapi gamble gak la drive keta hanna bawak depa pi nusajaya bagai.

Ok kembali kepada tajuk asal pegi USS. Kami bertolak pagi, sesudah subuh aku dah terpacak depan tune hotel tempat bebudak ni bermalam. Dari situ kami naik shutter bas terus ke USS tapi mahai sikit nak jimat pegi naik tren sana. Jangan tanya aku mcm mana nak naik tren pi situ, sila google nah. Sampai USS dalam pukul 9.30 pagi macam tu, muka memasing excited tak yah cakap la. tak percaya tengok ni.


Abaikan muka aku yang tah apa-apa tu. Sebelum aku datang sini,aku terkantoi dengan boss amik cuti nak pi uss, haha laju ja dia teka pi singapore tu nak pi uss ke? aku iyakan je la. Lepas tu dia bagi tips nak pi sana, wah wah wah siap ada tips lagi haaa.

Kalau korang datang time weekend ka cuti sekolah ka konfem ramai umat manusia kat tempat ni kebarangkalian korang tak dapat naik game-game yang syok adalah sangat tinggi. So kat sini aku bagi tips dia.

1. Make sure sampai kat USS sebelom pintu gate dia terbukak. Cangak la kejap amik-amik gambar ke, sebab time nak masuk tu pon kena beratur tau.

2. Amik map siap-siap dan kaji ada apa benda lagi kat USS tu.

3. Ok ni part penting, dalam USS ada 4 game yang besar atau orang panggil paling best paling happening dan paling walah walah lah. hamboi. 4 game tu adalah roller coaster besar, actually ada lagi roller coaster adik-adik ni tapi yang 4 ni paling best la. Nama dia Human, Cyclon, Transfomers dengan The Mummy.

Gambar dicilok dari google.

Nampak dak map ni ada kawasan jajahan dia. Masuk-masuk ja korang akan nampak hollywood dengan new york. nasihat aku jangan singgah nak pi tangkap-tangkap gambaq bagai dengan karakter-karakter tu satgi tengahari pon boleh tangkap gambaq.

Kami berlari terus menuju ke Sci-Fi city sebab sini ada 3 roller coaster yang besaq aku habaq tadi. First game yang kami naik adalah Transformers. 

bumblebee tengah berehat.

Perasaan naik benda ni tak payah cakap la seronok baqhang. Ultimate 3D battle, comel sangat time bumblebee datang selamatkan aku tu.eceh punya seronok sampai kami naik dua kali benda ni..wohah

Lepas tu kami terus bergerak naik Human, sebenarnya aku tak pernah naik roller coaster sepanjang 24 tahun aku hidup, genting pon aku tak pernah naik lagi tau, ni la first time. Masa ni memang gamble ja berlari nak naik sebab tak mau lenggah-lenggah nanti ramai orang. sekali kau masa kat atas tu dah nak menangis pon ada. Huwaaa seriously wei tak tau nak habaq perasaan yang bercampur baur tu, seronok, takut, pening nak muntah, nak naik lagi tapi takut. ha gitu la perasaan dia. hahah bengong ayu.

Selesai naik Human kami bergegas pulak naik Cyclon, sampai-sampai kat atas tu aku dah cuak, dia punya seat bukan atas track tau tapi tergantung, gila la ni kalau seat tercabut dari roller coaster ni mau arwah terpelanting sampai malaysia terus ni. Tapi kami naik jugak, habis ja main aku dah pening gila dah. tak tahan serius nak muntah. Aku rasa sebab aku tak makan apa kot tapi depa kata kalau makan lagi la muntah. Aku rasa perut berangin gila time tu kepala dah berpinar mungkin sebab makan angin banyak sangat kot kat atas tadi tu.haha aku rest kejap before naik The Mummy. 

Sepuluh minit kemudian tadaaa sampai dah the mummy. 

besaq gila menatang dua ekoq ni.

The mummy ni roller coaster indoor sama macam transformer, gelap gila plus dia banyak main reverse tapi still laju nak mati. perasaan aku? aku pening aku lapaq aku nak makan. huwaaaaaa

Kesimpulannya kami naik 4 game utama ni tak sampai 1 jam. kalau korang lambat korang kena beratur bila beratur habis masa banyak. Second time aku naik transformer tu aku beratur dekat sejam tau main tak sampai 10 minit pon. So tak berbaloi, baik korang plan dulu naik benda alah ni lepas tu baru naik benda yang kecik-kecik tu. More worth it orang putih kata.

Dah habis dok pening-pening kepala kami pi makan! hoyeah serius lapaq gila. Kami masuk kedai dekat ancient egypt, aku yang cadangkan sebab aku lapaq nasik, lagipon aku baca review kata makanan kat sini sedap.


Set ni 15 sin dolar kalau tak silap aku, try la convert duit malaysia sepinggan berapa puluh hengget tapi memang sedap dan marvelous, mungkin sebab lapaq tapi bagi aku sedap la nasi dengan ayam dia. ayam pon besaq gabak. Jangan risau kedai ni halal yea. Kedai pon cantik. Kami order 2 pinggan ja kongsi 4 orang. Kongsi pon kenyang wei! banyak kot nasik dia.

Dah kenyang perut suka hati so boleh la suka ria pegi tengok benda lain.


Ini dekat The Lost World. Kami tengok live water show, best jugak la.

Welcome to Far far away

Kat sini boleh tengok wayang 4D shrek, sumpah best! pegi sini wajib try hokey.

yang ni tempat menunggu sebelom masuk Donkey Live show. comel sangat tempat ni plus nyaman dan sesuai untuk tidoq sebab penat. Donkey live ni untuk budak-budak sesuai la kot, kami dah tak tau so masuk ja la sekali alah untuk budak-budak rupanya.

Ini gambar sebelom nak naik roller coaster junior, time aku naik ni aku gelak ja, serius nak tergelak rasa macam ada orang dok menggeletek perot aku susuh gelak. haha mungkin sebab aku dah naik yang lagi extreme so yang ni aku rasa macam hek eleh sikit la..hehe

streets performance from Daddy O's






berlatar belakangkan cyclon dan human

masuk ni ermm tak best mana pon


Ada lagi gambar dan ada lagi game yang kami tak naik, penat nak menunggu ja buat apa. Petang tu kami tengok Parade, segala karakter-karakter tu buat perarakan, parade ni ada time weekend saja so better pi weekend kalau nak tengok. 

Lepas tu kami tengok monster rock, ni kira show last la, best jugak dah penat-penat kat outdoor lepak tengok performance hantu-hantu dok menyanyi.

Kesimpulannya best wei USS, bangunan cantik, game pon best, makan pon sodap. Aku pon kalau boleh nak pi lagi tapi pi atas orang belanja la. choiii sapa tah nak belanja aku. haha apa lagi?simpan la duit sikit-sikit, tak cukup pi mintak kat mak ayah tak pon apa guna ada boipren time ni ler nak mengkopak duit dia pon. sekian tips dan nasihat dari saya. 

Jumpa lepas raya wei,

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...



boyfriend