29.1.11

Review Filem HAQ

Semalam aku sampai bagan dalam pukul 7 pagi, lepas tu kak ipar aku amik dan aku pon melepak la kat ofis dia. ok bukan ofis tapi lebih kepada persekitaran ofis iaitu hospital. Haruslah aku merasa bosan pabila kena tunggu kat situ sampai pukul 5 petang kan.

Jadi lepas tengok cerita korea 1 episod aku terus mandi kat surau dan bersiap-siap untuk keluar. kira tak rugi la aku bawak balik segala mak nenek mekap dengan toiletries aku tu adaa jugak pekdahnya. Dah tu aku pon keluar la sorang-sorang. rilek ahh keluar sorang baru best baru ada orang nak pewit-pewit kat aku. ehem

So sampai ja shopping mall aku ngadap kaunter wayang dulu tengok filem apa yang best. Hasrat hati nak tengok the red eagle tapi habis pulok. amboi laju betoi kan padahal waktu tu wayang baru bukak ja kot. Tanpa menggunakan neutron-neutron yang berada diantara saraf-saraf otak (baca : berfikir) lalu aku dengan lajunya menempah tiket menonton filem HAQ..




Masuk je wayang ada la beberapa pasangan bercinta, aku dengan pompuan duduk sit belakang aku. dia pon tengok sorang-sorang. gamak takde boipren kot dok tengok wayang sorang-sorang. keh keh keh tapi aku ni lain kes la.

Filem ni berkenaan tentang seorang jejaka bernama Haq yang mempunyai kuasa misteri. (aku tak paham dia ni ada kuasa macam mana sebenarnya, kejap boleh terbangkan daun, kejap ada kuasa kaler biru). Haq jugak ada seorang kawan yang bernama Bad. Bad tersangat la irihati kat Haq yang ada kuasa misteri ni lepas tu Bad ni bengang kat bapak Haq sebab tak selamatkan bapak dia dari mati. Bad pon satu, mana dia tau bapak Haq ni ada kuasa sembuhkan orang? yang dia tunjuk cuma dia boleh terbangkan daun je. ada kena mengena ke terbangkan daun dengan selamatkan orang mati? ke aku yang tertinggal babak penting ni??

Lantas Bad pon berazam untuk membalas dendam (entah celah mana tiba-tiba bad ni ada kuasa kaler merah pulok hadoih). Lepas tu ada la scene Bad ni bercakap dengan setan ka apa tah (setan tu cakap sepatah haram aku tak paham, gamak setan siam kot) Bad ni ada bini jugak erk aku tak pasti tu bini ke awek ke atau GRO. Filem ni nak iras-iras filem omputih (kononnyalah) sebab ada adegan seks yang tidak keterlaluan. Gila nak muntah la aku, Nanu Baharuddin dengan Adiputra, adoi tak macam Nanu tu tua pulak kan. hampeh.

Hampir 10% filem ini adalah aksi. selayaknya tidak patut dipanggil filem aksi mungkin filem BERCAKAP kot. dekat lima kali jugak la aku menguap tapi takot nak tido sebab kang aku tertido dalam wayang tu sapa nak kejutkan?dah pakai syantik-syantik tetiba tido sampai keluar air liur basi. eeuuuwww~

Yang minah dok kat belakang aku ni boleh pulak dok cakap fon, babi apa cakap fon dalam wayang. First time dia angkat aku cool rilek lagi tapi dah kali kedua dia on call siap cakap sampai satu hall tu dengaq aku pon apa lagi berdehem la sikit. ecehh ingatkan nak sound ke ape kan. drama betol aku ni. haha aku takde la rasa terganggu sangat pon. saja nak tunjuk kerek suh pompuan tu show respek sikit, dalam wayang mana boleh on call ngek!! terus dia letak tepon. huh baru puas hati aku. sia-sia la aku beli tiket wayang sapot filem Malaysia kalau tak tengok betol-betol kan?

Kesimpulannya..
Filem ni SUMPAH TAK BEST LANGSUNG. baik korang tak payah susah-susah nak tengok kat wayang. tak memasal aku melayang RM6.. hoi jangan memain RM6 tu aku boleh makan 2 kali sehari tau. badigol sungguh. nyesal..nyesal..

Kalu korang kata filem ngangkung dengan aku masih dara tu tak best. cerita ni berganda-ganda tak best. 2 Alam pon lagi best mungkin. ehh aku mana tengok 2 Alam lagi.

27.1.11

Leceh betol jadi perempuan ni

Kalau readers aku sekarang ni adalah perempuan, kamu wajib setuju dengan statement aku sebabnya memang perempuan ni leceh. Korang tak rasa ka yang korang tu leceh?

Aku baru lepas mengemas beg dengan kotak nak balik rumah ni. gila awal tak aku balik? dah macam aku pulak yang nak balik raya. budak cina teammate aku pon balik esok. nak buat macam mana dah aku sembangat lebih nak balik rumah buat aktiviti kaler-kaler dengan anak sedara yang comel macam aku tu.

ok sewaktu aku nak kemas-kemas tu, kepala otak aku asyik ligat berputar serta berjoget-joget sambil bertanya dalam hati.

"Kejadah barang apa aku nak bawak balik ni??"

Aku kalau boleh nak bawak balik segala mak nenek barang yang ada kat utm ni. huh belambak nak mampos. mau jahanam jugak kereta abang aku nak mengangkut semua barang aku hujung sem ni. Jadi haruslah aku yang berjiwa kental ni bawak balik  sikit demi sikit tapi malangnya....

"Aku tengok barang-barang aku ni tak luak-luak jugak"

Sebelum ni aku dah bawak balik dah sikit baju-baju yang tak pakai kat sini, segala teddy bear (dem apasal aku bagitau?), buku-buku teks yang rasa dah tak pakai.. Itu pon penoh lagi bilik aku kat sini.

Perempuan ni (baca : aku) banyak sangat benda-benda merapu, hiasan meja la, hiasan dinding la, dah ada jam tangan nak ada jam meja la, tabung la konon saving la dan segala macam jenis benda yang boleh dikategorikan sebagai tak ada barang ni pon aku tak akan mati. itu pon ada lagi hati nak beli macam-macam. hei perempuan...

Barang yang aku bawak balik kali ni pon hah korang baca la sendiri...kotak kaler-kaler yang cantik banyak corak tu(ada laaa dalam 4 kotak). dalam kotak tu ada berpuluh keychain, sampul surat cinta, gambar, manik-manik gelang yang dah putus, jam rosak, reben rambu ramba. totally memang merapu. pening dah kepala aku tengok. barang tah pa pa ja dah penuh satu beg, baju pon aku bawak balik 2 3 helai mana yang muat kat beg aku..

tu belom masuk barang harian yang aku dok pakai (bermakna bila aku balik rumah aku kena bawak balik sini balik) seperti deodoran, bedak kompek, toner, losyen badan, losyen tangan, kapas muka, lipstick, eyeliner, maskara, pisau cukuq (takkan nak biaq berhutan), sikat, pemerah pipi...hoh ada lagi?? sumpah rasa nak mencarut "babi banyak gila barang aku". kang tak bawak balik menyesal pulak tak mekap syantik-syantik jumpa encik buncit. walaupon hakikatnya dia sikit pon tak amik pusing kat muka aku, aku ja dok perasan cantik depan dia. lantakkk janji muka nak iras lisa surihani)

Ni bila aku dah abis packing baru perasan, coli dengan sepender lupa nak bubuh. dengan tudung lagi. dah tudung kena ada anak tudung lagi. hei ape ke banyak sangat barang pompuan ni?

aku tengok encik buncit bawak satu beg galas kecik je balik rumah. semua serba sehelai, baju, seluar dengan sepende. aku 4 beg dia SEbeg.

leceh..lecehhh...

24.1.11

kalau la facebook nak kena tutup

Sekarang ni aku rasa susah sangat nak bangun tidoq pagi-pagi padahal kerja belambak kot kena buat. Bangun ja terus bukak laptop konon nak buat design bagai tapi TIBA-TIBA pulak tertekan address facebook. Binawe sungguh kalau dah bukak facebook mesti TERBUKAK blog jugak nak tengok kot ada mamat-mamat hensem jambu follow gua. dem dem dem

Hari tu kan ada cakap yang facebook nak kena tutup. aku dah bersyukur sangat-sangat dah wei sebab lepas ni boleh la aku tumpu study. kononnya laaaaa...tak de la aku main-main sangat setakat blog tu update 2 3 minggu sekali pon dah kira otai dah. *hak tuih



Tapi umpama mimpi dalam mimpi ja facebook nak tutup, macam mana aku nak jadi pelajar paling cemerlang di akhir semester ni kalau facebook tak tutup..@_@

Akan tatapi bila difikir-fikirkan balik kalau facebook tutup la kan :

1. Mesti ramai yang mengalami tekanan perasaan tahap jimbek sebab tak boleh nak luahkan apa yang terbuku dihati kat status fb, marah, benci, meluat, maki hamun. Macam mana nak update status setiap 5 minit pasai kecewa ex-boifren mintak putus. tsk tsk tsk.. hoi menyampah tahu??

2. Dah tak boleh nak bercucuk tanam serta main game merepek-repek kat fb tu. lepas tu tak boleh la nak menyemak notification aku sebab hantar hadiah bagai sedangkan hakikatnya aku dah retired sejak setahun yang lalu. dem

3. Tak boleh nak share link blog yang best gila babi macam blog aku ni. siot nanti turun la trafik blog aku. kalau abam parid sultan trafik, aku ni sultananah trafik tau. ahh pedehal..

4. Gambar-gambar nampak lurah dendam, baju ketat sanan sinin, tudung macam selimut (ni aku), pakai reben merepek-repek atas kepala padahal sumpah tak comel langsung. terpaksa la tersimpan rapi dalam laptop. jadah apa simpan dalam lappy ja?sapa yang nak tengok? muka gua cun der wajib tayang dalam fb der..ehh boleh je tayang dalam blog der. kecoh la lu der..

5. Segala kelas ganti dan kelas batal terpaksa diberitahu melalui telefon. lambat ahh guna fon kalau guna group kat fb tu cepat la sikit. ye la student kan mana ada duit nak beli topup forward mesej bagai, guna fb je senang walaupon wifi lembab nak mampos. dulik ape kalau orang tak tahu. padan muka kau sapa suruh tak bukak fb. telefon tu patut campak masuk gaung je.

6. Tak boleh nak jawab kuiz-kuiz seperti posisi yang sesuai pada malam pertama, bilakah saya akan kawin, nama lelaki saya tapi saya ni pompuan dan macam-macam lagi la. cukup tak paham kenapa orang boleh jawab soalan kuiz-kuiz macam ni. padahal jawapan dia dok berulang-ulang je pon. dan paling penting manusia jugak yang create soalan kuiz mengarut tu.

7. Tak dapat nak LIKE page Aku tak suka makan cencaluk, Aku menyampah tengok awek si polan bin polan, Benci dia yang dok perabih duit rakyat. semua page benci kalau boleh nak LIKE sebab boleh la kutuk-kutuk manusia yang sewaktunya kat situ. takpe bila kita maki hamun orang tu mesti insaf, tak pon orang tu mesti clash terus dengan pakwe dia ataupon cencaluk mesti akan dilupuskan terus di Malaysia.

Kira cincai-cincai la aku rasa facebook ni tak boleh tutup sebab macam mana aku nak stalk dr. Kacak nanti?

21.1.11

Bukan main lagi kan?

Sejak duit JPA dah masuk ni amboi bukan main keluarga bahagia lagi sampai bila aku lalu depan blok budak laki dengan yakin je diorang bukak lagu.

" Sebelum diijab kabulkan, syariat telah membatas kan....(sambung sendiri) "

Semangatkan? entah semangat nak kawin ke ape aku tak tau. tapi dari lagu pon kita boleh agak feeling dia tu lain macam sikit.

Sekarang bukan main lagi aku tengok kengkawan beli henfon baru (jeles betol aku), iphone4 la  C5 la E5 la CJ7 la. macam-macam jenis la. nak pulak kawan baik aku yang boleh dikatakan setiap semester tukar henfon baru lepas tu hilang, beli lagi henfon baru, pastu hilang lagi pastu kebas duit mak pulak beli henfon baru. tak dan nak habih sem poket dah kayap. kan aini kan??hehe jangan marah nanti kena jual..


Kalau sebelum ni pergi jusco sekadar untuk cuci mata ja, ye la tengok baju-baju baru nak beli tak mampu pandang sipi je. memang tergoda betol walaupon takde mamat hensem kat jusco. serius aku rasa jarang sangat nampak budak lelaki pergi jusco. korang pernah nampak ke segerombolan budak lelaki jalan-jalan kat jusco sesama? kalau ada bagitau aku sebab aku memang tak nampak. nak nak kalau yang hensem. huh zero kesimpulannya kalau nak cuci mata tengok mamat hensem jangan pergi jusco tapi pergi arked K9 utm. serius shit ramai jejaka pilihan mata disana, pilihan mata ye sebab pilihan hati opkos la encik buncit. wakaka *terajang perut sendiri

ceh aku melalut pulak dah. haa lepas dah dapat jpa bukan main lagi kan shopping sakan, beli baju sampai pat-lima-nam helai, beli bra berenda-renda, beli sependa berkaler-kaler, makan pulak dah tak layan dah kedai makan belakang petronas tu. masing-masing nak makan secret resipi la mekdi la kepsi la.. amboi bukan main lagi kan?

Kalau sebelum ni mana penah sebut nak pegi karoke ke tengok wayang ke main bowling ke. haram memang takde terkeluar pon dari bibir mugil ni. tapi sekarang bukan main lagi ajak member pergi karoke lah apa lah. ye la duit dah masuk kan. ehem

Ayu jangan coli eh joli sangat tau. tak baik untuk kesihatan poket. sebelum nak belanjakan duit tu tanya dulu pada hati.

"Benda ni Keperluan ke Kemahuan?"


kalau benda tu kemahuan tapi hati tetap rasa nak beli jugak. tolong pesan pada kawan suruh jerit kat lubang telinga.



"auzubillahhiminasyaitonirrojim"


semoga syaithon-syaithon tu terpelanting ke pintu neraka. amin

20.1.11

Hantaran perkahwinan tinggi dan juta-juta rupiah

oke hari ni kita bukak balik sembang pasal kawin. bila umur makin meningkat ni haruslah memikirkan masa depan yang tak tahu lagi siapa jodoh kita, entah kawin ke idak ataupun kita akan jadi bujang terlajak mahupun jadi anak dara tua yang masih dara. ohh sori la entry tiada gambar hantaran yang cantik-cantik sebab internet slow tapi nak jugak update belog. wakakaka  (tak lawak pon sebenarnya)

Betol atau tak kalau aku cakap orang sekarang ni nak kawin sikit punya susah lagi. Bukanlah ingin mengecam kita punya adat or whatsoever tapi tak ke rasa macam adat tu kadang-kadang membebankan diri sendiri. kau tengok je la dulang hantaran kita macam-macam la hai, belom masok pelamin nak bersanding bagai lagi. Aku tengok kawan aku nak bertunang pon seksa. itu baru bertunang dah macam-macam benda nak kena buat belum kawin lagi. haishhh

Bab duit hantaran pulak, haa yang ni paling kontroversi la dan kami (gadis-gadis yang belajar di Universiti ni) selalu membangkitkan isu duit hantaran. ye la student ni kadang-kadang paham krisis kewangan yang dihadapi, nak-nak pulak yang totally bergantung pada duit scholar. lagi la bagai nak rak berjimat tapi akhir sem duit tetap habis jugak. ini realiti aku dan kawan-kawan aku. korang aku tak tahu la pulak kan kot dah habis sem boleh beli avanza ke.


Selalunya hantaran kawin ni akan dibanding-bandingkan terutamanya bagi masyarakat kampung, bukan nak kata orang kampung ni tak elok, bukan! aku pun asal kampung jugak, nenek moyang kita semua orang kampung. (sapa berlagak orang bandar tu sila baca balik buku sejarah form 3) tapi kadang-kadang jadi rimas tahu rimas. hantaran sikit salah hantaran banyak pun salah, kalau sikit sibuk nak bandingkan kita dengan anak jiran sebelah yang kawin dengan Dato' walaupon hakikatnya dia jadi bini nombor dua tapi sebab duit semua orang pandang. Ohh gah nya kenduri dia.Kalau hantaran tinggi pulak, dikatanya mak bapak kita ni jual anak. Heh apekejadahnya?


oke let say kau(perempuan) kerja kilang dan bakal laki kau pun lebih kurang kau jugak la kerja kilang atau nak up sikit supervisor. Tiba-tiba mak kau letak hantaran RM10 000, hoh aku rasa agak tercekik jugak la bakal laki kau sebab hari-hari makan nasi dengan ikan bilis goreng je. Itu bagi yang tak mampu la. bagi yang mampu gaji letup-letup, kalau setakat kereta alpha romeo kau bayar cash. Itu memang tidak dapat disangkal lagi la kan. konfem-konfem la kalau kau buat kenduri kecik-kecik tu orang akan label kau sebagai kedekut nak mampos. (nampak tak mentaliti orang kita)


Hantaran tinggi ni kita baca pulak kalau anak dara tu duduk rumah ja lepas spm, aku dengar (berdasarkan cakap-cakap orang, biasa la orang kita kan suka bercakap) hantaran pun kurang-kurang 10 ribu. Hoh, ni kalau yang ada degree,master, phd bagai ni tak mampus nak letak lagi tinggi-tinggi. alamatnya konfem la dah kertu baru kawin. itu pun kalau kawin la kalau tak melapok je la kau.

Ada jugak perempuan yang jenis mengada demand tak hengat, kadang tu mak dia rilek ja tapi si pompuan ni pulak over. Nak bertunang ja pon cincin tunang wajib harga 2 ribu keatas. amboi amboi tunang je baru kak belom nikah lagi dah bersyarat-syarat pulak. baca kalau lelaki tu mampu tak pe.

Bagi aku la kan, pendapat sendiri ni, kalau kau (perempuan) pandai menjahit, pandai memasak, pandai jaga anak, urus rumah bagai its oke kau nak letak tinggi-tinggi. tapi kalau setakat masak merah jadi kuah masak lemak (aku la tu) better praktis lagi baru la ngam dengan duit hantaran. Ini dah la tak kerja dok rumah goyang kaki, tahu memperabihkan duit laki tapi kerja rumah haram satu mende pon tak boleh buat. itu memang what the penyapu betollah kan.


Kita pandang bagi perspektif lelaki pulak. bila dah sampai seru tu wajiblah diorang ni nak kawin kan ye la kalau tetiap hari main sabun je mau kesian masa depan anak-anak tu. Haruslah si lelaki ni berhutang pulak sebab tak berapa nak mampu, bakal mak mertua letak tinggi sangat harganya.  lepas kawin haa kerja bayar hutang je la gamaknya. hoi nak 30 tahun hidup sama kerja bayar hutang tak abis-abis? jenuh la hai. itu belom lagi duit rumah, duit kereta, duit motor yang memang dah beli sesiap before kawin (kalau ada). tu tu kau masuk rumah tak kena pulak beli peti ais, tv, mesin basuh sebab pemalas nak basuh pakai tangan, nak masuk astro sebab nak tengok cerita indon, masok internet lagi sebab kalau takde internet tak boleh la update belog hari-hari.

masa tu boleh la takde anak lagi,ni  bila dah ada anak sorang kena pikir pulak pampers anak, makan pakai anak, sakit demam anak. pikir tak semua tu bai? takkan lah kau nak habiskan duit untuk majlis satu hari semata-mata? padahal kau ada berpuluh tahun lagi nak hidup dengan bini kau. Memang la orang cakap duit boleh dicari, rezeki Allah bagi ada ja kat mana-mana tapi kalau dah kawin pon nak terbeban sebab kenduri dengan hantaran ja.parah jugak la kan nak belasah tulang 4 kerat kau.

So better pikir-pikirkan lah ikut mana yang termampu kalau ada duit lebih takpe nak buat meriah sikit kalau dah laki tu pun cukup-cukup makan kita rendahkan sikit. kita ni nak kawin sebab nak ramaikan umat nabi, nak ikut sunnah nabi. buat kenduri pon sebab nak rapatkan sillaturrahim sesama insan bukan semata nak tayang satu kampung yang anak kau dapat hantaran juta-juta rupiah.

ada paham ka makcik??

18.1.11

Kita kena sapot jugak filem Malaysia (part 2)

Walawes ada part 2 kau tau nyah. haa semalam aku pegi tengok cerita khurafat. Ala yang cerita seram tuuu. heh aku pon tak tau kenapa aku boleh terpedaya tengok cerita bergenre seram ni kat wayang sebab bagi aku sangat membazir lah kalau tengok cerita hantu kat wayang. membazir sebab aku bukan tengok pon hantu tu keluaq, dok kira tutup mata ja tak abis-abis. Jadah?

Mengenangkan kawan aku cakap tak takot pon cerita ni jadi aku gagahkan jugak la pegi tengok. Lagipun tengok ramai-ramaikan best ape.



First-Pelakon Lelaki (hero)

Syamsul Yusof. asal dia jadi pengarah konfem dia jugak jadi hero macam datang dengan pakej sekali. haruslah aku menyampah dengan filem-filem dia dulu dan otomatik aku akan cakap "apsal poyo sangat tah mamat ni" walaupon dia hanya berlakon tapi memang tak boleh blah der cara dia cakap tu. tapi kan tapi kan dalam cerita khurafat ni tetiba rasa dia macam

"Cool jugak mamat ni"

"Apasal tah tetiba nampak hensem ni?"

"Ohh bestnya dapat suami macam ni, protective gitu"

Heh cuma ada la dua tiga dialog dia yang agak pelik didengar. macam kayu sikit. overall lakonan dia okes sahaja (kalau nak dibandingkan dengan sebelum ni) Part-part scene seram tu memang jadik la dia buat muka takut, tak nampak macam dibuat-buat. syabas syamsul moga kau dapat awek cun lagi nanti. holaa

Second - Jalan Cerita

Menarik, tak bosan, unexpected. jenuh la dok pikiaq dalam wayang sapa yang dok buat kerja-kerja khurafat ni. tup tup orang ni. hoh memang tak jangka langsung la wa cakap lu beb.

Third - Hantu

Heh. seram la bagi aku yang penakut gila babi ni. dah la aku berusaha untuk tak tutup mata tau betapa beraninya aku. budak dua orang kat sebelah aku dah menikus dah punya takut nak tengok hantu. kalau menjerit pon dengar suara kawan-kawan aku je. Kadang-kadang aku gelak jugak sebab sound effect dia yang membuatkan budak-budak ni menjerit. hahaha yang tak boleh blah tu tengok hero punya tangan ja pon dah menjerit. kau bayangkanlah kalau kawan korang je menjerit dalam wayang tu padahal bukan scene seram pon. sabar je la aku..haha hantu dia pon unexpected nak keluar waktu bila melainkan kalau kau dah tengok the making of wakakaka...


Overall aku bagi 4/5 la. aku bukan tau sangat nak rating-rating ni. hentam saja sudah. kalau anda seorang yang penakut mungkin ini adalah filem paling seram kalau anda seorang yang berani filem ini adalah menarik kerana jalan cerita dia lain dari yang lain.

bukan lagi filem syok sendiri..itu yang penting.. keh keh keh

Dr. Separa Kacak

Sebagai seorang student yang berdedikasi serta berkarisma, haruslah aku menunjukkan rasa hormat kepada lecterur yang telah bermurah hati memberi aku A+ dalam subjek Projek Sarjana Muda. ehem Jadi bila bertembung dengan beliau di tepi jalan ke, kaki lima ke, kat mekdi ke kena la tegur kan. Tuhan marah tau orang yang bodoh sombong ni.

aku :  Assalamualaikum dr.

Dr. Separa Kacak : Walaikumsalam..(sambil pandang aku atas bawah)

Dr. Separa Kacak : makin gemok awak sekarang..

aku :  ??????????????? (pecah hati)

17.1.11

Kita kena sapot jugak filem Malaysia

Aku dah taip hampir 15 sentimeter panjang dah entry semalam tapi entah pasaipa aku rasa teruja sangat tengok muka sendiri depan cermin tetiba je terlanggar charger aku lalu laptop terpadam. dan bila bukak balik aku punya entry tu tak autosave pon. sakit hati aku tau. takkan nak salahkan muka sendiri yang cun kot? tak kuasa la mak.


Semalam aku tengok cerita aku masih dara dengan ngangkung. Konon-kononnya nak review pasal filem lah ni padahal dah berzaman dah kot keluar kat wayang. lantak ler kan lagi satu aku ni bukanlah pengkritik filem yang hebat dan gah yang kena on the spot review filem setelah filem tu mencecah panggung. So ni opinion aku blog aku jadi suka hati aku la (tipikal blogger hebat kalau blogger lain cakap macam ni amboi cukup marah kan? mencik tau) 

Based on dari apa yang aku dengar dari orang sekeliling, dua cerita ni memang tak best langsung. tak payah tengok pon takpe tak lawak pon tak sedap pon. hah ambik kau nyah ambik. Akan tetapi bagi aku kesedapan sesebuah cerita ni adalah bersifat subjektif. Macam kalau aku cakap filem 2 Alam tu best pon korang tak boleh nak salahkan aku sebab ia bersifat subjektif. sama la macam sesetengah orang kata Ayue Surihanyot tu tak cantik langsung, gemok pulak tu boleh pulak ada hati kat Johny Depp. hadoii tak realistik langsung tapi bagi aku cantik ape dia, saing-saing Lisa Surihani tu. Jadi baiklah kau tengok sendiri cerita tu dari menilai cakap-cakap orang. paham?

Oke mula-mula story pasal filem "aku masih dara" dulu. Tajuk memang la sangat tak boleh blah, apekejadah tah letak tajuk cam gini? oke la be positive. mungkin tujuan komersial kot. benda-benda macam ni kan menimbulkan kontroversi, kang letak tajuk 2 Alam kang lapan orang je tengok dalam satu panggung. jadah?

Cerita ni not bad la tapi aku rasa kena ada bimbingan ibu bapa untuk budak-budak berumur 15 tahun kebawah sebab waktu aku tengok tu pon aku dah macam.

"Ehh boleh ke macam ni?"

"betol ke macam tu?"

"Ish ada ke orang macam ni"

Aku yang dah 23 tahun sendiri pon was-was. heh tu belom lagi aku tengok the arrival, dah menggelabahkan? haha bukan apa aku pon cetek ilmu agamanya jadi haruslah aku jadi macam orang biul, aku tanya hanak pon dia tak boleh nak jawab soalan aku. 

Ayat-ayat dia dalam cerita ni pon macam bangang jugak sebenarnya. dan ada jugak scene-scene yang TAK PATUT ADA PON TAK APA. buat aku nak tergelak je bodoh betol.

salah satu scene yang dialog dia tak boleh blah. takde pon takpe. aku sampai terloncat naik katil dah tengok scene ni sebab.....(sambung sendiri)

part ni sepatutnya sedih tau tapi aku dengan hanak bantai gelak..
sengal tol hanak ni boleh pulak dia perasan yang diana amir dok bersila kat situ.  macam terus nak baca tahlil pulok..hehe

baideway, aku suka lakonan diana amir, cara dia cakap pon best, part dia pelok erat si parid kamil pon best (memang rezeki engkau la kan farid, patut la orang rebut-rebut nak jadi pelakon kan?). dan opkos la ai suka kat asyraf muslim tu ohh jatuh cinta jap. sejuk betol mata ai pandang muka U tau. hahah *gedik

****************************************************

Next..cerita "Ngangkung". bagi aku cerita ni lawak la jugak dan bagi aku lagi best dari Hantu Kak Limah Balik Rumah. ohh mamat ni pon ada review pasal ngangkung.

Aku ni penakut jadi haruslah aku tengok cerita komedi seram pon gelak campur menjerit.. hantu dia pon boleh tahan scary jugak kalau aku tengok malam-malam konfem terbayang-bayang. 

Hantu ni gila seks tau. boleh pulak dia dok ramas tetet si angah tu. haha

tak tau la aku ni buta ke rabun ke tapi macam ada SEDIKIT persamaan disini.
muka sam dalam cerita ni boleh buat aku gelak. at least oke lagi la dari muka azlee senario tu.
hoi nyampah betol aku kalau dia dok buat muka terpeleot tu. tak lawak pon derr..

Dah nak akhir cerita ni ada la part tacing-tacing sikit. dia takde la lawak je sepanjang cerita tapi kira boleh buat gelak jugak la. 

Nasihat aku kalau tahu filem tu filem komedi jangan tengok dia punya the making of sebab selalunya dia akan tayang part-part yang lawak gila babi. ye la nak suruh kita tengok kat wayang kan. korang pon paham je la kalau lawak kita tengok 2 kali, mana nak jadi lawak dah der..dah basi.. ngertik kamu?

Haa lagi satu aku kalau tengok cerita lawak ni tak boleh tengok kat wayang kena tengok kat rumah jugak mengadap lappy. so aku kena download la kan? download tu kira sapot jugak la kan kan kan?

14.1.11

Mungkin ada sebab kenapa jadi begitu

Alaf 2011 ni sebenarnya banyak benda yang aku kena buat which mean aku kena belajar bersungguh-sungguh supaya aku boleh grad. LOL padahal dah sem akhir pon patutnya dari first year dulu lagi aku kena insap kan?tapi lain ceritanya dengan aku ni yang dah semester akhir baru la nak pulun betol-betol barulah rasa macam

"Oh pointer aku rendah rupanya"

"Oh aku kena dapat 3.72 semester ni untuk dapatkan...(sambung sendiri)"

3.72 tu bukan sikit mak ye banyak tu! cpa aku nanti hanya akan naik 0.03 oh sangatlah whatthepenyapu kan? ciput sangat naiknya. tu yang rasa menyesal main-main mata dengan pak guard utm masa first year dulu. eyh?

Dah tak payah nak menyesal sangat. bukan nak kiamat pon kalau pointer aku rendah. rezeki masing-masing kan? mana tahu nanti aku jadi CEO syarikat tongkat ali ke kacip fatimah ke. hoih boleh kaya tahu.

hahah. semalam buat pertama kalinya dalam tahun 2011 ni aku rasa down sangat. orang kata putus cinta tu boleh buat orang rasa down kan kan kan? tapi bagi aku semalam adalah yang paling horror sekali. aku tak penah lagi rasa macam tu. kalau putus cinta kau boleh la nak maki segala menatang kat ex kau atau pompuan yang rampas ex kau.

kalau kau dapat result cam haram j pulak kau boleh la nak maki diri sendiri atau pon lecterur yang berat sebelah bagi markah budak cina A+++ sedangkan kau yang satu kumpulan dengan dia ni dapat markah ciput sangat, entah babi ape tah lecterur tu (oh ini sebagai contoh ye kalau ada yg terkena batang hidung sendiri memang padan dengan muka aku). tapi semalam aku terkedu, terdiam, membisu nak keluar makan dengan member pon takde mood. nak luah kat encik buncit pon macam pointless. lantas air mata jugak menjadi peneman. dah rasa down sangat kan. orang lain happy aku pulak berduka, serius shit aku benci perasaan tu.(nak-nak pulak baca status kat FB ahh macam cibai ahh)

Benda ni akan oke kalau dari awal lagi aku kecewa tapi kenapa mesti yang kedua baru aku rasa? dan semalam aku tertanya kenapa mesti ada yang kedua??kenapa dan kenapa??

11.1.11

Hidup ni kadang-kadang kita rasa berputar

5 hari cuti tanpa henti amat tidak bermakna jikalau dompet serta akaun bank kosong tiada duit. lagi rasa nak carut bila tiada assignment atau apa-apa input yang boleh disumbatkan kedalam kepala otak ni. rasa macam kosong segala-galanya. tido awal bangun lambat pon takde orang nak kisah, nak-nak pulak bagi kaum-kaum hawa yang uzur ni. Bilik pon rasa macam tak terurus sebab asyik melingkar atas katil tengok siri naruto. cuaca pulak saing-saing nak kasi mata stim setiap masa. tapi dalam hati tetap meronta-ronta jadah apa duduk dalam bilik macam binatang berhibernasi ni.

nak update blog pon jari rasa beku, ye la hujan memanjang kat UTM ni. semua jadi beku tau, otak beku, jari beku, kaki beku.

hoh lama-lama macam ni mau rosak urat saraf aku.

ada sesapa nak update belog ni untuk aku? ingat! bukan senang tau nak dapat tawaran update blog femes-nak-mati yang dah capai 500 follower ni. 500 dah bai kalau korang updatekan untuk aku, letak gambar comel korang ke dalam blog ni, syumpah memang kejap je nak kejar follower zack zukhairi. wahhh 

ok cepat roger aku!! aku serius ni bukan main-main.

10.1.11

Heh sangat tak setuju lagu ana raffali menang AJL

Tengok tajuk pon dah boleh agak content entry ni apa. hoi hoi memanglah aku tak setuju dia menang! apakejadahnya penat-penat mengadap tv 3 jam tapi last-last yang menyanyi lagu melayu tapi macam nak loghat london celup pulak yang menang.

"What the siti nurhaliza betollah!! kenapa mesti ana raffali??"

hoi-hoi aku tergamam,terkedu,terpaku kot! lol

mana lagu Selamat Malam? mana lagu Sofea Jane? mana lagu Cinta sempurna?

hoh! sangat-sangat tak puas hati oke.

ceh kalau kau tak puas hati pon macam la juara AJL tu boleh tukar ye dak??

Maybe la  kan dia punya lirik tu best, tu sebab menang kot. hoh cepat google lirik!

persembahan paling hampeh aku rasa shahir kot. sebab ada pembaca sajak yang langsung tak best tu. tak dak sajak majak tu lagi bagus kot. stended budak sekolah menengah masuk pertandingan nasyid boleh la dok sajak-sajak ni derr..

tapi nasib kau hensem shahir, perghh cair jap. berani betol nasha aziz tampar muka U kan?? nak I tampar balik tak? *pang

7.1.11

Surat untuk Kekasih

Dear Encik Buncit,

I harap U sihat sejahtera disamping rakan-rakan U, terutama Molie (baca : lelaki). Tujuan I menulis surat untuk U ni bukanlah bermaksud I rindu sangat-sangat kat U. sumpah tak rindu oke (sambil kepit 2 jari telunjuk dengan jari hantu) I langsung tak heran U tak call I, U tak hantar mesej kat I. tapi kan tapi kan U kesiankan lah kat mak U tu.


Selalukan U tido dengan mak, tido pelok mak, makan mak suap, taik telinga mak korekkan (habis kantoi anak mak) tiba-tiba minggu ni mak U kena tido sorang pulak. Dah tu U pon tak reti-reti nak call dia, kesian dia menanggung rindu dekat U tau. Lainlah I ni, tido memang konfem-konfem la pelok BANTAL saja, kalau mimpi comolot dengan U pon sedar-sedar je ciom bantal. Dem memang tak stim lah kalau cium bantal kan.


Ni semua U la punya pasal, tetiba jadi baik minggu orientasi kat universiti U tu kan kan kan? alah cakap je la U dah terpikat sambil air liur mengalir meleleh-leleh tengok akak-akak fasi yang cun tu? Padahal dekat sekolah dulu perangai sebijik hantu. Kira rank perangai keji U dengan I dah kira sama taraf dah tinggal I ni senior U jadi haruslah I lagi hantu dari U. Jadi whats the problem nya U boleh senang-senang kasik henfon kat fasi tu??ha ha ha cuba U cakap sikit.


Lain kali kalau akak fasi tu nak rampas henfon pandai-pandai la cover sikit. letak dalam stokin ke, dalam boxer ke. hadoihh U ni itu pon takkan I kena ajar jugak? ke U memang dah terjatuh cinta dekat akak fasi tu? oh pelis lah jangan cakap yang akak fasi tu lagi cantik lagi gojes dari I. kang tak memasal U kena santau fuh fuh dari I taw.


Akhir kata (walaupon banyak lagi benda nak bebel sebenarnya), U boleh tak call I tak mesej I sebab I memang TAK RINDU langsung dekat U. I cuma kesian kat mak U je, kat adik-adik U kat abang-abang U kat orang-orang kampung U. Diorang semua tu tengah rindu sangat dengan U tau. Gila apa seminggu tak dengar khabar berita dari U. Ingat ekk lain kali tak payah jadi skema sangat. kalau fasi suruh kasik henfon buruk U tu, U sebut je nama I.

"Makwe gua nama Ayue Surihanyot,lu ada berani nak rampas henfon gua?"

Konfem U konfem orang tak berani nak rampas henfon U. even jentik U pon orang tak berani apatah lagi nak suruh basuh sepender dengan boxer diorang.

Oke dah la tu I nak pergi mandi ni. sejak seminggu tak mesej U, I mandi basah lenjun, makan sampai muntah, tido sambil berdengkur. henfon I pon rapat je dengan I. ye la ramai sangat orang nak mesej I. kejap kejap DIgi kejap kejap Celcom kejap kejap Video 3gp. busy kan I? tu sebab I tak heran sangat tak dapat mesej dengan call U dalam seminggu ni.

Akhir sekali (ni baru betol-betol akhir)

Salam sayang dari awek yang langsung tak rindu kat pakwe dia,

Ayue Surihanyot.

6.1.11

Entry yang tak berapa nak ilmiah!

Sebagai seorang pelajar yang bijak lagi cantik, haruslah sifat berdedikasi tu tersemat rapi didada masing-masing-masing. Baru 2 hari masuk kelas dah rasa macam.

"OMG banyaknya input nak kena hafal!"

padahal semalam dah ponteng satu kelas, haram jadah apa la awal-awal semester sudah belajar memonteng ni. tapi tidak mengapa sebab aku serta rakan-rakan yang kurang-cantik-sikit-la-dari-aku ponteng kelas atas alasan melawat ibu nadey yang tidak sihat. kalau lecterur tanya

"Kenapa sampai 10 orang tak hadir kelas saya?"

kami akan jawab secara serentak

"Kami melawat ibu Nadiah Fatihah (nadey) prof, prof tak mahu pergi melawat ke? mana tahu dapat buat nadiah fatihah jadi menantu?"

tapi bila difikirkan balik takkan nak praktis ramai-ramai pakai dialog ni. macam susah pulak kan. Jadi biar je la anak prof tu kawin dengan siapa-siapa pon. pedulik hapa aku lagipun anak prof dijangka baru umur 10 tahun. tak berkedut pulak muka nadey kalau kawin dengan anak prof tu. huh tak sesuai.

Jadi marilah sama-sama kita doakan supaya mak nadey sihat sejahtera hendaknya. Amin

****************************************************************

Baiklah memandangkan aku berada di semester akhir (Insyallah), jadi subjek-subjek yang aku ambil haruslah yang elektif. Elektif maksudnya tak tahu. aku pon tak tahu maksud dia apa so paham-paham sendirilah ye.

  • Teknologi Fitokimia
  • Teknologi Pemisahan Gas Membrane
  • Kejuruteraan Air Sisa Buangan
  • Pencemaran Punca Tak Tetap

Perkara diatas adalah subjek elektif yang aku ambil sekarang. Dan aku baru masuk kelas Fito dan Membrane. Tahukah anda bila masuk kelas-kelas ni aku rasa macam kepala otak aku telah dibasuh dengan clorox.

Dalam kelas fito semalam Prof. Ramlan banyak membebel tentang apa yang MANUSIA makan. hoi banyak betol weh benda yang tak boleh makan sebenarnya. Beliau berkata punca manusia sekarang ni banyak penyakit adalah berpunca dari makanan. Yang kau makan megi,biskut, bebola-bebola ayam daging ikan tu sebenarnya tak bagus tau untuk kesihatan. tu tu yang kau kedarah mekdi,kepsi bagai tu lagi la tak elok. Lagi elok kalau kau belanja aku. 

Prof. Ramlan pon ada cakap sehari sepatutnya kau berak 2 kali. baru lah menepati hukum mass balance 

mass in = mass out

betol la cakap hanak. boleh pakai jugak kan cakap kau hanak. aku ingatkan kau pon kaki merapu macam aku. keh keh keh..


Waktu kelas tu, mula la pikir balik nak joging balik nak diet balik nak makan makanan yang berkhasiat and what so ever. punya la keinsafan diri tu tinggi nak mampos pasal makanan ni. Kalau nak cerita semua kat blog pon macam "banyak pulak budak ni membebel pasal makan" haruslah bosankan? tapi takpe mungkin hari-hari seterusnya blog ni jadi blog ilmiah. tiada lagi maki hamun, cinta-cinta ataupun cerita-cerita merapu. mungkin je la.

Dalam kelas Membrane tadi pulak banyak cerita pasal AIR atau dalam bahasa mudahnya water. Mula la Prof. Fauzi bercerita pasal air ni tak elok diminum dan sebagainya. Dan fakta yang mengatakan air Reverse Osmosis(RO) itu air yang tidak bagus adalah TIDAK BENAR sama sekali sebabnya memang la air RO tu dah takde mineral tapi sekurang-kurangnya ginjal kita tidak perlu bekerja dengan lebih kuat semata-mata untuk menapis TDS(jumlah pepejal terlarut) yang ada dalam air tu. in fact mineral kita boleh dapat dalam makanan lain pon kan? 

Nilai TDS yang dibenarkan dalam air minuman kita adalah dalam 100mg/L so kalau minum air mineral tu sila-sila la tengok nilai TDS yang terpampang kat ingredient tu ye. Kalau lebih dari 100 gamaknya lebih elok la kau telan air swimming pool tu ye. Ha lagi satu yang kau langgah air watercooler tu. kau pernah tengok elemen-elemen yang ada kat dalam mesin tu. hah kat situ dah berkeladak nak mampos dah dengan karat-karatnya lagi. haruslah ada raksa dengan lumut bagai. jadi say NO to WATERCOOLER. babi la penat cakap pasal fakta dalam belog ni. 

Dah aku attend kelas yang macam gitu kan. takut pulak aku rasa. ye la pegi cafe pon rasa macam nightmare tak tau nak pilih makanan apa. sambil cedok lauk pon pikir 

"Ishh ini lemak ni, ini banyak minyak ni nanti habis jantung aku tak boleh pam darah ni"

"Air ni masak ke tak ni? ada raksa ke apa tah dalam air ni,  nanti jahanam aku punya ginjal ni"

tak pasal-pasal rasa nak maki dowh. semua tak boleh makan semua tak boleh minum. macam mana aku nak lahirkan anak dengan produktif ni??oh dem.


p/s: lalu sebelah mekdi pon buat-buat macam tak nampak je. dimulut kata tak baik untuk kesihatan badan tapi dihati kata tak baik untuk kesihatan poket seluar. bila la duit JPA nak masuk ni der??


ohh sebelum terlupa, nak beli shawl yang cantik serta joges jom ke blog member aku FATIN MUNIRAH haruslah aku jeles dengan header blog dia yang cantik itu..grrrrrr 

3.1.11

Cantik ke putih ke. Syurga itu tetap dibawah telapak kaki ibu.

Dalam hidup kita ni selalunya manusia jarang nak bersyukur, kalau rendah nak jadi tinggi, kalau pendek nak dipanjangkan kalau kecik nak dibesarkan kalau besar pulak nak dikecikkan. ehh jangan memain tau kalau tak takde la slimming breast bagai tu. gila betol manusia sekarang ni orang punya nak bagi up depa nak suruh bagi kecik. aiyoo suami mana suka yang kecik-kecik ni?


Ok termasuk jugak dari segi kecantikan, kalau orang puji cantik tu amboi beriya betol cakap,

"Eh takde la biasa-biasa saja"

Alah jawapan tak daring langsung wei. orang boleh baca kita ni hipokrit ke tidak, lain kali jawab la.

"La ye ke I cantik? hari tu orang ada cakap muka I macam Lisa Surihani, sumpah I rasa nak pengsan, gila apa I ni cantik sangat? I pon tak tahu la celah mana yang orang boleh cakap I cantik. Cantik sangat ke I ni?"

kalau boleh perkataan cantik tu ulang-ulang la sikit, baru la orang kata true cantik budak ni. kalau boleh lepas orang puji tu terus tangkap gambar muka sendiri sepenuh kamera lalu buat profile picture fb, nak lagi senang orang puji kau letak je dalam belog kau muka banyak-banyak. tu dekat side bar ke kat header ke. pedulik hape kan belog kau suka hati kau la. ada aku kacau belog kau? takde kan?


Begitu juga dari segi warna kulit, sibuk betol nak bagi putih. kalau boleh nak putih macam kertas A4 tu. memang la aku akui bila kita cantik automatik orang akan kata

"Cantiknya muka dia"

ataupon orang akan kata

"Putihnya dia...."

Pernah pulak kau dengar orang cakap

"Coklat terangnya muka dia"

aku rasa takdak orang cakap macam tu melainkan ada benda yang unik, contohnya

"ehh besarnya payudara dia, jom mintak tips"

nampak tak uniknya barang dia sampai orang sungguh-sungguh mahu mintak tips. mungkin putih juga satu aset penting sampai orang sanggup habis beratus-ratus semata-mata nak beli krim pencerah muka tapi aku pernah dengar cerita tamil, dimana seorang hero ni bertanya kepada ibunya. (stended cerita tamil la kan hero mesti hitam legam tapi heroin cun takyah cakap ahh)

"Ibu,ibu kenapa saya ni berkulit hitam ya ibu, kenapa saya tak putih macam anak orang lain?"

Ibunya yang prihatin lalu menjawab,

"Kau nak putih-putih buat apa? senang kotor la kalau putih ni"

Mungkin si ibu nak sedapkan hati anaknya ataupon nak buat lawak bangang. betol la orang kata syurga itu dibawah telapak kaki ibu kan?

boyfriend