13.11.11

Bercuti di Pulau Langkawi yeay!

Hoyeah! setelah sekian lama menetap di bumi kedah, inilah kali kedua aku pi Langkawi, first time aku pi perasaan aku macam "apakejadah semua orang nak pi Langkawi ni?" masa tu aku tingkatan berapa tah tak ingat. Aku pi rumah sepupu aku, dia hanya bawak aku pi Lima ja tengok jet-jet pejuang kapal terbang tu. sangat la boring ok.

Tapi weekend lepas aku pergi langkawi dengan member-member berbekalkan duit gaji pertama yang tak seberapa tapi masih boleh bersyukur maka kami decide nak pi Langkawi. Dari duduk bilik main game tidoq, main game tidoq baik pergi berjalan sambil menikmati ciptaan tuhan yang maha indah ni ye dak?*note to pakdin.haha

Walaupon dah bekerja sambil makan gaji buta, kami pon harus berjimat jugak jadi percutian ini boleh dikatakan percutian baaaajet. ayuh kita lihat apa yang bajetnya. kaching!


Ok first sekali tiket feri bagi seorang dewasa dari kuala perlis ke langkawi hanya RM18 sahaja klu kanak-kanak Rm13. Perjalanan makan masa sejam sambil tengok cerita Libas dalam feri. zzzzz bosan.

dah naik feri. sebelum ni menempuh lautan orang.gila ramai nak pi langkawi.

beg pakaian kaum wanita untuk 2 hari 1 malam. =.=

Jejak ja kaki di Langkawi perkara pertama yang harus dilakukan adalah bergambar dengan feri.jadah?

muka nak ceria aje!

Kat sana kami sewa van, condition dia not bad la. kami sewa sebab senang sikit nak pi mana-mana bila ada transport lagi pon aku tak nampak plak bas kehulu hilir dalam langkawi tu kecuali bas pelancong. Van tu satu hari sewa RM130, tambah RM40 sebab tambah jam. sepatutnya boleh dapat murah lagi tapi kami tak tau nak korek mana dah terima ja la yang ni pon. Sorang kena cas sebanyak RM17. Ohh ia tidak didatangkan sekali dengan driver ya. tu driver kami sendiri walaupon nampak ala-ala macam tourist guide gitu. heheh kemain lagi pakai baju hawaii!!

rare! hanya terdapat di Langkawi.

Kemudian kami menuju terus ke tempat penginapan. tak perlu la snap gambar bilik yang tak semenggah tu kan. Boleh la takat kami nak tidoq 1 malam harga 1 bilik RM85, bilik tu untuk 3 orang tapi kami sumbat 5 orang. alah kata bujang ye dak?berhimpit le sikit baru remaja. so sorang kena bayaq RM17. kaching!

sila abaikan kondisi bangang kami tu. dah macam menari mak yong pon ada. ni sementara nak tunggu geng laki bersiap. kemain lambat lagi entah apa yang dibelek lama sangat tu pon tak tau la. keluaq bilik tengok dok macam tu jugak rupanya kot nak macam Brad Pitt best gak nengoknya.

Aktiviti pertama kami adalah Island Hopping bermaksud melompat dari satu pulau ke satu pulau. jangan nak lurus sangat pi percaya kena melompat-lompat tu. Island hopping ni kena naik bot mengelilingi pulau-pulau di Langkawi.

Otw nak pi Island Hopping. teruja tengok laut biru ohh.

 bersiap sedia naik bot. hoyeah

Pi island hopping ni kena pakai sempoi-sempoi ja sebab nanti hang basah lokoih. Harga dia hanya RM30 per head, mula-mula tu kami dapat harga RM35, bila kami pi beli tiket feri brader tu cakap boleh dapat RM30 kami pon apa lagi rembat la. sekali ada pakej lain kat Langkawi amik RM25 ja satu kepala. celaka terkena jugak rupanya. =.= tapi takpa la hasil yang kami dapat tu berbaloi-baloi.

 feel masa naik bot ni aku tak tau nak habaq macam mana tapi memang best la, tengok pulau-pulau yang super cantik, rasa percikan air laut lepas tu angin laut sepai-sepai kat muka perghh memang terbaik. satu je aku tak puas hati. takdak pon ikan lompat-lompat tepi bot macam dalam tv tu. huh!


gambaq arep ja ada percikan air. jeles!

Island hopping ni kami cover 3 pulau-pulau kecik kat sekitar Langkawi. Pulau first kami pi adalah Pulau Dayang Bunting takdak dayang kat sini tapi kera banyak. sampai ada sekoq nak curik beg kawan aku. how dare you kera!!

Dayang Bunting Marble

salah sekor kera yang kera. aku pon tak pasti sebenaqnya ni kera ka babun ka monyet ka.konpius dah aku.



ni bukan kolam renang ehh ni adalah tasik dayang bunting

 yang korang nampak dok berenang-renang tu nama dia ikan keli. ya dalam tasik ni ada ikan keli dan tasik ni la yang orang dok mandi-mandi tu. hamagad~mandi dgn ikan geli kot.

ni sejarah tentang tasik dayang bunting ni. aku dengar kalau ada orang mandi kat sini nanti senang nak mengandung, kalau dah tak kawin lagi celah mana yang nak mengandungnya?


masing-masing pakat rendam kaki ja sebab kalau nak mandi kena pakai life jacket, tasik ni dalam dia 40 meter. dalammmmmm tuuuuuuu..

yang ni adalah sejarah sebenar macam mana tasik boleh terbentuk di tengah-tengah pulau tu. dulu tasik ni adalah gua tapi dinding dan atap gua tu runtuh maka jadilah tasik di tengah-tengah pulau.menarik kan? kawan aku yang mula cerita pasai ni. aku dah berkerut-kerut dahi sebab ingat dia menipu.

ok nak jugak upload gambaq tak ready ni. haha

Lepas sejam dok kat Pulau Dayang Bunting kitorang pergi Pulau Singa. kat situ kitorang bagi singa makan ehh bukan kat situ banyak burung helang. brader tu berhenti kat pulau tu lepas tu dia campak roti ka apa tah kat tepi bot, datanglah burung helang, hering dan segala burung besaq yang ada kat pulau tu. Ternganga jugak la mulut masing-masing tengok burung-burung tu dok terbang sekitar bot.


next pulau adalah Pulau Beras Basah. nampak kaler laut tu. hamagaadd teruja ok!!


motif?


mana tajui?awat aku nampak gigi ja ni??

lizz melayan perasaan nampak

alolooohhh suwit gitu.

dia ni gila



Dekat pulau ni pon kitorang lepak sejam sampai tak tau nak buat apa dah. budak laki boleh gak dok mandi-mandi lepas tu cuci mata tengok awek mat salleh pakai bikini. ni kami yang pompuan tak kan nak tengok lelaki pakai boxer kot? ermmm aaaa ermmmm..


Lepas round pulau kami balik solat dan makan. gila lapaq ohh. makanan kat sana ok la sedap dan harga pon standard tempat perlancongan la mahal sikit. Perut sudah kenyang apa lagi lepak pantai la, kebetulan motel yang kami duduk tu dekat ja dengan pantai chenang. Sepetang kami dok situ naik banana boat dengan harga RM10. heheh kena pandai-pandai kawtim ler kalau tak harga satu kepala RM25. memang tak naik la sebab mahal. Pesanan aku jangan naik satu boat tu 10 orang, memang hang rasa macam naik basikal makan angin. 5 orang ok kot baru rasa laju sikit. lepas tu pastikan korang reti berenang sebab nanti dia akan terbalikkan banana boat tu kt tengah laut (takdak la tengah sangat) waktu tu sangat cuak ok dah tak reti berenang, nak apungkan badan pon terhegeh-hegeh, jenuh dok kayuh kaki bagi badan pi ke tepi pantai. hampeh betoi. kalau ada encik buncit syok gak boleh feel-feel lemas pelok bagai. ehh ehh tetiba!


Malam tu kitorang jalan-jalan sekitar pantai chenang sebab situ ada kedai-kedai jual cenderahati, hidup la suasana kat situ tapi The zone tutup awal,pukul 8.30 kami pi dah gelap dah cet baru ingat nak window shopping. Haa lagi satu pantai chenang ni pon dekat sangat dengan underwater world, kami tak masuk pon sebab mahal. heheh sekitar ni jugak memang banyak gila spa. hang nak buat apa? massage? mandi lulur? mandi bunga? semua ada beb tinggal pitih dalam dompet ada dengan tak dak ja.
 
Lepas kami jalan-jalan cari makan, lepak pulak tepi pantai, saja la amik angin pantai malam-malam bukan selalu kan nak feeling romantik cenggitu. sambil tu dok cerita hantu. apa jadah tah cerita hantu, takdak aktiviti nak buat sangat la tu. Tapi time sembang-sembang tu tetiba keluaq cerita masa sekolah rendah. rupanya aku dengan arep sekolah rendah sama! hamagad jejak kasih gila. padahal dok satu fakulti selama 4 tahun kot. time kerja ni baru tau sebenarnya dulu classmate. o_O dia kenai kawan-kawan aku tapi aku tak kenai dia dan dia pon tak kenai aku, nice!

ni habih takdak keja dah la ni.

Pukul 1 macam tu, masing-masing balik bilik sebab nyamuk bagi hint suruh tidoq. tamat sudah hari pertama pegi Langkawi. Hari kedua punya cerita lain hari cerita pulak. rasa annoying pon ada letak gambaq orang banyak-banyak lepas tu tak macam panjang gila plak entry aku ni. haha sapa suruh baca kan.

8 comments:

Anonymous said...

grrrrr~ tak ajak pon! xD

miranasib said...

xpa aih panjang2 pun..aku tetap baca sampai perkataan terakhir..gagaga

Shahada Fauzi said...

panjang pun aku baca jugak..


bestnye woi p cuti2 kat pulau dgn kawan2..jeles!

Nurul Ayu said...

@myMOONyet

hihik..pegi sendiri la nnt..=p

Nurul Ayu said...

@cik kotak

hehe..terima kasih mira..=)

Nurul Ayu said...

@♥CIK SHA♥

best2..ala nnt hang pi la..bukan jauh mana pong..

Anonymous said...

tip: jgn pegang beg plastik dekat pulau dayang buting nanti kera tu kejar. kalau bawak pon simpan dalam beg.

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



boyfriend