26.12.10

Pernah jumpa buluh perindu??Mai nak tunjuk.

Orang sibuk cakap pasal bola aku sibuk nak cakap pasal buluh perindu. konfem berderet-deret entry tajuk bola kat dashboard korang kan kan kan? lantak ler sekarang aku nak story pasal buluh perindu. miahahaha...

Dulu aku ingatkan mitos je buluh perindu ni. Masa aku pergi rumah abah dengan mak angkat aku kat batu pahat hari tu tetiba abah angkat aku tunjukkan buluh perindu. Mula-mula aku macam sangsi sikit, betol ke ada buluh perindu ni. hoho

benda ni meliang lintuk tau, maybe boleh buat terjun tiruk juga.

Berdasarkan apa yang aku baca dekat google, merata aihh aku baca tak larat nak cited link satu-satu. keh keh keh boleh tak tara tu?

AMARAN: SILA TEKAN BUTANG MUTE SEWAKTU MENONTON VIDEO INI.
Tekan MUTE tau!!!aku tak reti nak edit la..haha


Buluh perindu ni banyak kegunaannya sebagai contoh ia digunakan untuk memancing sebab bila buluh ni terkena air ia akan bergerak, macam menari-nari dalam air untuk menarik perhatian ikan. Selain itu jugak buluh ni digunakan sebagai minyak senyonyong a.k.a minyak pengasih. Kalau korang berkenan kat david beckham ke johny depp ke haa try ler guna buluh perindu mana taw dapat. ehem Macam mana nak kasi pengasih tu idak ler aku tahu ye. Jangan nak buat bijak terlebih pm aku semata-mata nak buat minyak pengasih, maw kena sekehan padu dari aku.

Ada jugak aku terbaca satu forum ni,katanya buluh perindu ni dari tempat tinggal kuntilanak. jap apa beza kuntilanak dengan pontianak haa??aku try search tetiba keluar gambar hantu, terus aku tekan pangkah. hoh takut la nyah kang malam ni terbayang-bayang nyah nak pelok sapa? aku mana ada laki lagi. (amboi asal pelok je nak laki kan?pelok la mak ke kakak ipar ke, gatai betoi) ok berbalik kepada buluh tadi. Abah angkat aku cakap buluh perindu jugak boleh digunakan sebagai pelaris perniagaan. ermm tak tahu la sejauh mana kebenarannya.

Dan macam semua orang tahu buluh perindu ni, orang kaitkan untuk bagi suara jadi sedap, lunak, merdu. walawesss

Lepas ni jangan terkejut la kalau aku jadi penyanyi popular. Omaigodek-godek jadi artis nyah, boleh saing-saing Siti Nurhaliza, Yuna, Ella, Amalina ahh ahh...Ermm kena pilih nama komersial siap-siap ni. *pengsan

13 comments:

halimatul aznan said...

nama ayue la, 2 pon dah komersial. hihi

AyuE SurihanyOt said...

ayue tak komersial la..aku rasa nak letak nama ramlah ram la..

Azmira Yusoff said...

buluh wat lemang okey gak

nnti sape mkn .. sume merindui2

armie::parc::udinc said...

huu acam seram je buluh perindu ni..kuntilanak ke..pontianak ke..vampire ke..same je..sume dah keluar blakon movie ;p

Hellioz said...

buluh perindu ni ape sbenanye.

ARC™ said...

name ayuerobin. stailo weh hahahha
psst dah terkenal jgn lpe aku....nak gak jadik artis wakakkakakakak

superstitious

AyuE SurihanyOt said...

hellioz:: buluh perindu tu buluh ler..

Aujinz said...

buluh perindu nie amende?..
sejenis mamalia kah??..

maiMOONyet said...

aku just tau pasal buluh perindu ni tempat tinggal pontianak je. yg lain2 tak tau. xD

Rohayu said...

mane ayah ang dpt ayue??

Chaoi said...

macam cacing bila dalam air?kalo tak kena air macam biase ker?

HaNa HoNeY said...

pergh..pasneyh naek name baru..u la tuh
hahaha
^_^

Anonymous said...

Maaf ler...saya rasa ni bkn buluh perindu...ini adalah sejenis rumput yg berwarna kehitaman...ia byk terdapat di kawasan semak-samun...saya pernah berjumpa dan memiliki rumput yg sebegini...saya kutip di satu kawasan di Kuala Selangor....memang agak unik rumput ini apabila diletakan didalam air kerana ia boleh bergerak2 dgn sendirinya...yg pasti ia hanyalah sejenis rumput yg biasa dan bknyer buluh perindu...

boyfriend