26.2.13

Nusajaya Johor Wedding

Bukak-bukak blog ni rasa macam nak ucap Hello world!!how are u today? ha gitu kekdahnya sebab apa nak ucap macam tu sebab blog ni macam duduk bawah tempurung, hidup segan mati tak mahu dah aku tengok.

Beberapa minggu yang lepas, I pegi Johor uols tahulah betapa aku merindui Johor and super duper like kalau pegi sana sebab dapat jumpa BFF.wihuuuuu Aku pi sana pon sebab ada kenduri kahwin Wanie. Wanie ni jiran bilik aku masa tahun 4 a.k.a my coursemate jugak cuma lain geng (kemain kau ada geng) kira rajin jugak la melepak bilik dia, aku ni muka tak tau malu bilik entah sapa-sapa pon aku bedal ja melepak lepas tu bersembang pakat lawan mengutuk sambil minum teh O buatan Hajar dengan Nora, memang heaven lah time degree. hahahah

Ok nak dijadikan cerita tetengah nak update entry ni gambar-gambar yang kami amik semua dalam pendrive bapex. Ya Allah marahnya aku kat diri sendiri so terpaksa cilok gambar yang dah di upload oleh bebudak ni kat facebook. haishhh la ayu.


Wanie dan Yun semoga berbahagia sampai syurga..ewaaahhh

Haa yang time adegan nak baling bunga rampai dengan jirus air mawar, amboi dah macam makcik-makcik dah aku rasa. Sebenarnya ni first time aku menepung tawar ni sebab kalau kat Kedah memang jarang buat sanding, jarang sesangat sampai ni first time aku buat sepanjang aku hidup 21 tahun ni ehh 24 tahun. haha

 wajib amik gambar sesama coursemate, ni hanya 1/5 kot dari batch aku, punya ramai kalau nak sumbat sekali pon tak nampak rupa.


Keesokan paginya kami pi Nusajaya/Legoland yewhuuuu kemain la padahal tak masuk main pon, pi tangkap gambar depan gate masuk ja..haha

 Oleh sebab hari hujan maka amik gambar pon dari jauh, haram tak cantik langsung gambaq amik time hujan, dah tu muka aku macam nak bagi penumbuk.

 Ni dekat nusajaya, ada satu kedai hello kitty, semua barang nak hello kitty.
Paling tak munasabah harga hanger hello kitty sampai RM79. hanger ja kot balut dengan kain gambaq hello kitty. gila apa harga lebih kurang sama dengan baju kurung. pftttt

bawah ni ada cafe hello kitty.

Ingat tak katon Lat?? haa kat sini ada macam kedai makan yang bilamana kita dok sedap menjamu selera ada watak-watak dalam cerita Lat ni akan entertain kita,suasana pon dia buat macam dalam cerita tu kira macam makan sambil tengok teater gitu. sound nice kan tapi harga dia.ermm tak payah cakap lah.

pintu masuk

Kanak-kanak yang teruja

makcik-makcik yang meneman terima kasih sebab sapot duit minyak. hehe


Ada lagi gambar kat nusajaya ala-ala model gitu tangkap gambar berlatar belakangkan bot-bot mewah. haha tapi scene macam tu kat penang boleh dapat dah. Sebijik macam street quay dah aku tengok. 

Lepas ni nak pi lagi sana sebab time aku pi ni macam tak dak apa sangat, banyak yang tak siap lagi. Alang-alang boleh pi legoland (kalau berduit). Ok next week nak pi Escape Penang pulak, tengok ler kalau rajin update la aku kat blog ni. Btw tiket beli kat Groupon. Murah uolss apa lagi pergi serbu cepat. =P





No comments:

boyfriend