10.10.13

Engagement Day

Tengok tajuk pon dah tau kot, Yeay aku dah bertunang *joget-joget*. Sebenarnya esok genap 2 bulan aku jadi tunangan bapex. Aku buat majlis ringkas ja panggil sanak saudara terdekat dengan kawan-kawan rapat yang ada kat kulim ni. Takdak pelamin-pelamin, bilik pon aku tak hias. Punya pemalas la anak dara ni. haha Aku memang nak buat simple ja alasan aku: buat apa nak bazir duit buat pelamin bagai penat tau aku buat OT tiap-tiap bulan lepas tu habis kat satu majlis tunang ja, huh tak kose aku aii..

Tapi yang sedihnya aku tak dak photographer time tu sobs sobs, mengharap kan amer amni (photog time konvo) haraaaaaaammmm sampai raya ke-4 tak habis raya lagi, nak je aku cepuk bekas ketua tingkatan aku tu raya apa tah lama-lama posa bukan penuh pon ehh yang tu aku.


So hadap ja la gambaq tak seberapa aku ni.

 Ni gambaq bersama anak-anak sedara aku yang dah remaja cuma laki sorang kat belakang tu sepupu aku

ni la tunang saya
(homaiii kekok gila panggil tunang sebelom ni dok boipren boipren ja..haha)


K ni je la kot gambaq yang aku nak share, banyak je lagi dalam phone tapi malas nak menghabiskan data plan upload gambaq kat blog. haha ala posing sama ja bosan gak aku tengok.

Gambaq dengan bakal mak mertua pon tak dak yang menawan hati sebab banyak sangat kamera nak amik gambaq, aku pon dah terkonfius. Ada satu gambaq tu aku tengah gelak besaq dah buruk bebeno rupa aku macam rupa siamang nak terberak pon ada. T_T

Baju tunang aku tu aku beli kat jusco ja pon, time tu tengah jenjalan dengan pija sekali nampak baju ni homaiii terus try dan call bapex tanya ok tak ok tak? I nak beli pleaseeeeee..

Dan aku pon beli. lepas tu meraban cari tudung susah gila nak cari yang sama kaler, serius wei rasa menyesal amik kaler peach sebagai tema tunang susah gila nak cari barang kaler ni. So take note pilih basic color ja senang tak payah nak kelabu taik badak la merah darah serigala la no no no amik yang basic cukup.

Barang hantaran aku simple-simple ja cekelat dan cekelat dan sewaktu dengannya lah.Hantaran aku yang kaler purple tu, nampak macam hamper pon ada aha memang pon, aku wrap macam hamper ja. haha sebab aku tak suka bunga plastik lepas tu aku tak mau bazir duit beli bunga hidup dan aku mana pandai gubah-gubah bunga ni so aku pon amik la inisiatif buat bunga crepe kaler peach dan biru. Ikut tema bajulah kononnya. Lepas tu tepek kat hantaran macam reben. siap.

Semua aku buat sendiri dan ada sikit bantuan dari Kak Nurul (kak ipaq aku), dah la dia baru lepas eksiden tapi sempat gak nak buatkan aku kek batik dengan apam polkadot untuk hantaran. thanks kak Nurul you are the best kakak ipar ever. sobs sobs *dah kenapa tetiba touching*

Kenduri makan aku tak buat nasik aku buat bihun/keteow/mee sup. Aku order dekat abang kakak ipar aku,dia memang suka masak-masak ni so aku order kat dia ja senang. Sedap pon sedap ulang 4 5 kali gak la aku makan. :P

So habis bab kenduri. Cerita pasai sebelum kenduri pulak.

Macam mana boleh nak bertunang ni pon satu hal jugak, banyak gak dugaan yang aku terima, macam-macam lah sampai ada sekali tu gaduh sampai "Fine kita tak yah kawin terus senang!!" Haaa gitu kau aku punya dialog dah macam drama akasia dah. Aku emosi sikit time tu, mula la keluaq benda bukan-bukan. See women always like this, never think before speak. Kiasu sungguh.
Tapi nasib lah bapex tu penyabar orangnya, kalau laki lain mesti dah keluaq ayat drama dah "Kau hengat kau chantik sangat? aku nak break aku tak kira, kau bodoh,kau bodoh see you in court !" ehh lebih-lebih pulak aku ni. Kira tunang aku tu masih boleh bertahan lagi la dengan perangai bakal bini dia ni. Tapi lepas aku dah ok tu kan?mula la aku nak nangis lebih-lebih konon takot kena tinggal la apa la..pang kang baru tau. drama tau aku ni!


Orang mesti tertanya-tanya apa perasaan orang yang dah bertunang ni ekk? cehh padahal tak dak orang tanya pon, gigih tanya diri sendiri. Pada aku takdak rasa apa pon wei, rasa macam betol ka aku ni tunangan orang?betol ka?betol kaaaa???okey life must be go on takdan nak rasa teruja,dah pikir serabut nak pilih baju pengantin lah tema majlis lah apa lah. Hoii mengada betol padahal lambat je lagi nak kawin.ekekek

Sekarang ni tengah dok survey-survey segala mak nenek keperluan nak kahwin nanti. InsyaAllah ada rezeki dan jodoh bersatulah kami, ecewah ayat.

Lepas tu orang cakapkan orang bertunang ni darah manis, tapi benda ni memang aku admit ada kebenaran dia jugak sebabkan before ni kat meja ofis aku tu clear ja lepas bertunang ni kemain banyak lagi semut mai kat meja aku, naik heran dah aku then aku buat conclusion yang "Oooo ni darah aku yang manis ni tu sebab banyak semut"..dah kenapa kau ayu gila nak mampus buang tebiat buat conclusion cenggitu. haha

Ada la kot sebab musabab yang orang tua-tua boleh cakap macam tu kan. Paling common sekali bila gaduh, benda kecik pon nak gaduh rasa macam nak tampor je muka sendiri sebab aku le tu pencetus pergaduhan. Dah memang adat kot kan, berharap sangat segala urusan berjalan dengan lancar. Sesapa yang ada suggestion pasal pakej-pakej wedding dekat area Kulim/Sungai Petani/Penang bagitau lah ye mana tahu kalau best aku buat review.

So mari sama-sama wish kat aku Selamat Menghadapi Dugaan Bertunang. ecewaaahh



6 comments:

Shahada Fauzi said...

yeay! ayu dah bertunang! tahniah beb! selamat menempuh alam pertunangan..aiseh.. selamat buat persediaan nak kawen juge..

Rapunzel Cikilolo said...

thniah dh bertunang...

jaga ikatan pertunangan baik-baik...

banyakkan bersabar dengan dugaan-dugaan bertunang ye...

AyuE SurihanyOt said...

@Shahada Fauzi

terima kasih terima kasih..hehe

AyuE SurihanyOt said...

@Rapunzel Cikilolo

thanks for the advice..=D

EZAN IDMA said...

hahaha kelako gila entry, siap mcm siamang bagai. hahhaa, weh selamat mghadapi dugaan bertunang! kekeke

Munie Blushious said...

huyooooo.. kak hayuu dah nak tawennnnn..
congrats kakkk...
pasni jangan la gadok mintak putuih2 pulak..
takut ngat aih kak ni, bukan buleh harap sgt.. haha
apa-apa pong, macam kak mintak tadi..
SELAMAT MENGHADAPI DUGAAN BERTUNANG DAN DIHARAP HUBUNGAN BERKEKALAN HINGGA LURUH SEMUA GIGI-GIGI.. :D
*org len bertunang, kami pulak yang eksited.. haha

boyfriend