30.11.15

Review: Akar Lima (Homestay Cafe) - Kulim


Hari ni nak update pasal tempat makanlah so every month aku akan cari masa untuk hang out dengan kengkawan kat Kulim ni. Maklomlah dah kawin ni tanggungjawab terhadap suami tu lagi penting. ecewah ayat tak boleh belah kau. Selalunya kami akan cari tarikh time gaji supaya rasa kaya sikit nak berbelanja. hahaha

Bulan lepas kami decide untuk pergi ke kedai yang telah diberi nama Akar Lima, usah ditanya mengapa nama dia begitu sebab aku pon tak tau. Kedai ni terletak di kawasan perumahan dan berkonsepkan cafe homestay. Not bad sebab aku sangat suka dia punya konsep lain dari yang lain. Cantik la bagi aku dan sesuai untuk lepak-lepak sembang.

Cafe ni kalau nak gi try ja google map, InshaAllah sampai kalau sapa-sapa yang dok Kulim tu cafe ni berdekatan dengan Pejabat Pos Pekan Kulim, ada satu simpang tepi tu kan then masuk situ.Signboard pon depa letak, pandai la kome cari ye.


So here we are,



Tulisan kat papan hitam tu dia punya new dish, kalau tak silap aku menu kat papan hitam tu akan berubah-ubah. Kertas gulung tergantung kat pintu tu dia punya main menu. So sampai-sampai ja hang boleh perati la benda apa hang nak ngap. Cuma tak banyak choice untuk hang makan kat situ tpi ok la konsep cafe ni nak lepak-lepak main phone kan. eh


kat atas tu ada ayaq kosong dalam botol kaca dan ada cawan kosong.
 Feel free to take and enjoy your ayaq k.

Aku pi lepas balik kerja pukul 5.30 dan kebetulan time tu hujan so aku tak sempat nak snap pic kawasan laman cafe tu cantik tau ada pokok-pokok herba. Syok la nak lepak dengan suasana dalam taman macam ni. Pi siang lagi syok kot, malam dah tak nampak dah suasana laman tu.

Another decoration

Nindia makanan kami, masing-masing order spageti sebab tengahari aku dah melantak Nasi Kambing so agak kekenyangan disitu. Aii order spageti oglio, aku tak penah makan benda oglio lio lio ni so tak tau rasa sebenarnya macam mana, bagi aku nice jugak la tapi aku suka Miza punya spageti Tomato Margherita sedapppppp maybe sebab aku suka tomato, Pija punya spageti creamy carbonara kureng sikit bagi aku(aku buat lagi sedap kot.ekekekek). Yang menariknya hiasan dia banyak guna ulam-ulam melayu, aii dah la suka ulam-ulam ni. 

 hot milo



So sesapa yang dari jauh tu kalau nak sewa homestay boleh la try kat sini. Dekat dengan Pekan Kulim dan tak jauh pon nak pi Kulim Hi-tech, Politeknik, Matrik Mara Kulim,Unikl. Mana la tau kot nak hantaq adik/anak mai belajaq ka kan.


Ok see you next month kita makan benda baru lagi okeh. belanje gambaq aweks sikit..=P

2 comments:

E'in said...

menarik kot cafe nie... kalau pegi kedah, boleh singgah sini laa.. hihi

muhammad amiruddien said...

Assalamualikum...

Saya nak tumpang promote website...

http://felda.ml

http://bit.ly/17lBrz5


Terima kasih...

boyfriend