13.10.14

B2B-Bride to Be kononnya.

Aku sebenarnya takdak la nak buat entry B2B sangat kan, tak rajin sangat pon nak update pasal bride to be ni tapi memandangkan aku tengah dok survey-survey ni belasah ja la tulis entry sekali ye dak.

So dah lama tak update blog, sebab malas berganda-ganda tapi hari ni macam rajin pulak nak mengomel. Tarikh aku nak kawin sebenarnya lambat lagi pon tapi aku dah gelabah mak enon nak cari bridal dengan katering. Dua benda paling penting aku rasa dalam majlis perkahwinan ni. Konsep aku tak mau membazir, kami dah decide nak buat satu majlis ja laki dan perempuan dalam satu majlis. Tak mau pening kepala majlis banyak-banyak sebab tujuan satu ja nak bagi orang makan dan nak bagitau kata kami dah menikah. Ha gitu kekdahnye.

Banyak jugak aku survey kat blog-blog, cari template untuk bajet perkahwinan cari vendor dan cari fesyen busana perkahwinan amboi busana kau tak menahan.

Benda yang aku dah buat 

1) Booking dewan tapi duit booking tak bayar lagi

Aku tempah dewan ni 2 bulan yang lepas, cadangnya nak buat time raya cina tahun depan. Sekali full dek non oii tak sangka pulak aku yang dewan kat kulim ni cepat beno penohnya. Lepas tu nak booking time 2 Mei sebab 1 Mei tu kan cuti so feeling nak nikah tarikh cantik sikit 1-5-15. Pon penoh jugak, menangis tak berlagulah aku. Last-last sekali booking bulan... ehem nantilah bagitau. lol konon seprais ok!

2) Beli kain pasang untuk akad nikah.

Kain pasang aku beli kat Jakel ja, bayangkan aku nak beli kain lace ni pon dok wassap group tanya pendapat member. Punya la tak boleh nak decide sendiri actually dalam hati dah decide dah nak amik yang mana satu tapi still nak tanya pendapat orang jugak. Tanya bapex memang harapanlah semua benda pon OK bagi dia.huh! Aku beli kain pasang (laki-satin dan perempuan-satin+lace) rm330 sahaja. Patutnya rm260 tapi akak tu suruh lebihkan beli kain lace sebab takut tak cukup. Aku jeling padu ja akak tu dalam diam dia nak kata aku gemok la tu. Ingat aku tak tau ka?? Then pegi gulatis pulak beli kain chiffon(georgette silk apa bala tah nama dia) dengan kain net untuk tudung dan veil.total harga RM 99.25. *pengsan* lepas tu rasa menyesal beli!jadah

3) Beli rantai tangan untuk akad nikah.

Time ni paling best, dulu kan aku tak dak la suka sangat dengan emas ni tetiba time beli rantai tangan ni macam excited terlebih pulak siap cakap kat Bapex lepas kahwin nak rantai leher pulak ehh. hahaha Dia dah sakit jantung dah.:p Harga emas tengah murah sekarang RM128 segram so apa lagi pergi serbu cepat!

4) Beli barang hantaran.

Yang ni tak habis beli lagi, ada 12 dulang total kami berdua baru beli 2 jenis. Kami decide sebulan beli 2 atau 3 barang so tak dak la rasa terbeban sangat tapi benda ni boleh jadi terapi jugak sebab shopping untuk diri sendiri jugak kan!

5) Survey Bridal

Benda ni paling rasa macam adoii sesak nafas sebab kalau boleh nak yang cantik dan murah. Dan paling penting rasa berbaloi dengan apa yang kita bayar.Bulan lepas pegi survey bridal area sungai petani menangis jugak la tengok harga.jadah pulak aku nak amik bridal kemain jauh kan sekarang tengah survey area kulim sahaja, lepas tu nak kena survey jugak makeup cantik tak. Aku kalau boleh tak mau la muka macam opera cina time majlis nanti. Bapex cakap mai dia ja la yang tonyoh muka aku bukan susah mana pon. Banyak la dia punya tonyoh ingat muka aku ni bontot kuali nak main tonyoh-tonyoh?grrrr

Tu je la yang aku dah buat sekarang, google-google apa yang patut tengok review, tanya member yang dah kawin. Banyak lagi benda nak kena survey so kena kuatkan iman. haha lepas ni update lagi apa yang patut mungkin 2 bulan lagi kot update itu pon kalau aku rajin. muahahaha

2 comments:

Cik Kumbang said...

Gud luck awak (^__^)
bab-bab survey ni mau bikin pengsan & termuntah hehe

ck hari tu pun duk survey2 jga,kalau online cari kat kahwinmall

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

boyfriend