18.11.11

Bercuti di Langkawi part 2

Masa part 1 tu aku tak tunjuk kan gambar permandangan pulau dayang bunting tu dr side view ha ni la rupanya.

nampak tak mcm rupa orang tengah baring pastu tu ada kepala,tetet dengan perut buncit. yang bukit paling besar tu sila abaikan.

Hari kedua kat sana kami bergegas check-out motel sebab nak pi naik cable car kat Gunung Mat Cincang, perjalanan pergi situ dari pantai cenang memakan masa setengah jam jugak kot. aku pon tak berapa perasan sebab kami berhenti sarapan dulu dekat mana tah. hehe

Harga untuk naik cable car ni sebenarnya RM30 untuk dewasa tapi kami dapat harga RM15 iaitu harga untuk kanak-kanak. Kalau nak dapat harga ni kena pi kat ejen sebab kalau hang pi kat kaunter dia memang akan di cas harga biasa.


otw nak tukar tiket kepada kad pas ala macam hang naik lrt la hendaknya

ok sempat lagi aku mengangkang amik gambaq.

view dari dalam cable car. masa nak naik ni gila gayat kot!

otw nak naik tu akan nampak air terjun yang super cantik, lepas tu siap dengaq lagi bunyi air terjun. indah betol.

gambar laut.

dah nak sampai dah ni.



ala-ala jambatan pulau pinang diangkasa raya kan. hehe aku tak tau apa nama benda ni tapi yang penting ia adalah sejenis jambatan.

sudah sampai ok mari bergambar!
ni jalan nak pi jambatan yang aku tunjuk tadi tu. mengah jugak la nak turun naik bukit bagai.

atas jambatan ni kalau hang dok diam hang akan rasa bergoyang efek dari angin. hoii gayat gila kot!!

dah blog aku mesti la ada gambaq aku takkan gambaq korang plak. gemok sial!

view dari jambatan, kat atas ni boleh la feeling nak tenangkan fikiran sebab angin sejuk dia memang masyuk


kami bersepuluh. 

 ya rabbi besaqnya muka!!

my roomate yang selalu berebut teeeeeettt dengan aku. haha


cantik bangat, kat atas ni memang asyik memuji kebesaran Illahi ja.

tadi kat bawah ni kat atas pulak


we are now at 700 meter above sea level. sila abaikan tourist guide tu.

lagi gambar pemandangan

yang putih tu bumbung


pewwiitt hai adik maniss boleh berkenalan

alololo...suwit gitu..hihik

agak-agak la nak usha awek pon sampai teleng kepala haih.

ok dah nak balik sempat snap dari luaq cable car.

babai..

Lama jugak la kami dok kat atas tu. tengok gambaq la kan. lepas tu masing-masing rushing nak pi shopping kat pekan Kuah. ala dah nama pon bujang nak shopping apa sangat setakat cekelat,rokok dengan kain batik sikit, sejam pon lepas ye dak. On the way nak pi pekan Kuah tu tetiba nampak kedai Gamat terus u turn pi beli gamat dan segala minyak yang ada kat situ. Dia ada bancuh tongkat ali pure tau. aku try rasa perghh pahit dia kemain lagi. 

Lepas tu kami bergegas pergi jeti sebab tiket pukul 4, van kena hantaq pukul 3. Dalam masa sejam tu sempat lagi la bebudak ni pergi dataran helang. gila jeles dowh sebab aku waktu tu tengah melantak Kenny Rogers yang servis macam setan. ada ka patut dah serve makanan tapi tak bagi pisau dengan garfu. hang nak suruh kami rekah pakai tangan dengan gigi ja ka? mintak 2 3 kali boleh buat tak tau ja. dah tu servis cas sampai RM5 sorang. perghh berapi. 

jeles!jeles!

smart dowh! maksud aku sayap tu smart.

ni kat mana tah diorang lepak sambil makan mekdi



Lepas tu balik membuta dalam feri sebab penat sangat. Kalau ikutkan total bajet perjalanan tidak termasuk makan dan shopping adalah RM128. kira ok la tu kan sebab banyak tempat boleh pi duit minyak kami buh RM50 ja (sorang Rm5) sempat jalan semua. apa-apa pon trip ni memang best, lepas ni nak tavel mana pulak kawan-kawan? hopefully jadi lah pergi Krabi Island pulok. hihik

3 comments:

Puan Sri said...

Sis, cmmna nk dpt price tiket murah dri ejen tu. xphm la

Puan Sri said...

Sis. cmmna nk dpt price tiket cable car murah dri ejen tu.xphm la

Nurul Ayu said...

@Puan Sri

alamak dah tak ingat la. sorrry..:(

boyfriend