Selayaknya aku rasa macam nak tutup ja blog ni sebab dah macam hidup segan mati tak mahu. Malas update satu, mood pon kurang. lepas tu macam apa jadah aku post entry takdak orang komen pon ni? syok sendiri ka apa? haha
apa-apa ja la. macam aku heran sangat kalau orang tak komen. Ohh hari ni cuti dan aku update ni pon sebab dah tak tau nak buat apa dah. Lagipon semalam kan Malaysia menang jadi haruslah kena update baru orang kata mengikut perkembangan semasa gitu. Ini tak, orang tengah sembang pasal bola tetiba kat timeline muncul status orang putus cinta. wadafak?
Sebenarnya entry ni ditujukan khas kepada team bola sepak Malaysia. Ni kalau player Harimau Muda baca blog aku la kan. terima kasih sebab sudi baca blog saya. uhukhukhuk Kalau baca la. KALAU ok KALAU.
Ayue nak ucap Terima Kasih la sebab bagi menang semalam tambah-tambah gol penalti Baddrol Bakhtiar perghh nak menangis tahu waktu tu? tak sia-sia penantian selama 120 minit dan akhirnya kita menang jugak ke atas Garudada. Tahniah jugak kat Khairul Fahmi sebab berjaya menampan bola penalti dari Indonesia walaupon ayue tak suka sangat gosip-gosip awak dengan Dahlia tek tu, tapi pedulik apa kan janji awak main best. woha! Lepas tu kan lepas tu kan ayue nak cakap yang ayue suka la dekat Muslim tu. hihik awak tau tak awak comel sangat tau! ayue suke la kat awak. Sampai tidoq semalam pon mimpi awak. Ya rabbi sweet kan ayue? ermm Tidak dilupakan jugak pada Asra yang menjaringkan gol seri. kalau bukan sebab awak mesti team kita takdak semangat untuk bertahan dan berjuang sehingga ke saat akhir. Terima Kasih awak. =P
Ok sudah-sudah la tu menggedik, siap bahasakan diri dengan nama lagi, tak macam orang baca nak muntah kelabu pulak kan. Tahniah lagi sekali Malaysia, next game dengan syria pulak harap dapat lakukan dengan baik untuk kelayakan olimpik.
moment terindah untuk skuad Malaysia dan penyokong Harimau Muda.
Masuk kali ni dah 27 kali kot aku tengok highlight game semalam. serius tak jemu weh. Lepas tu paling best tengok bila skuad kita berlari sambil peluk team sendiri dengan Ong Kim Swee. Rasa tacing pon ada (jangan tanya kenapa aku rasa tacing, aku pon pelik. haha)
menangis air mata darah sekalipon tidak dapat menukar yang Malaysia adalah juara di Asia Tenggara
comel pulak aku tengok si nazmi ni dari tepi. jadah?
Apa-apa pon aku tetap sokong malaysia hatta kalau kita kalah sekalipon. >___< last sekali memetik kata-kata dari facebook.
"Malaysia Hebat..kerana MALAYSIA ada seorang MUSLIM, ada seorang TAMIL,
ada seorang GURU & yg penting Team MALAYSIA ada...khairul fahmi CHE
MAT yg sentiasa CERMAT menangkap bola, & MALAYSIA juga ada Baddrol
BAHTIAR yg sentiasa BERIKHTIAR menjaringkan gol dari jarak jauh dan yg
paling Hebat ialah kerana MALAYSIA ada ONG ( Ong Kim Swee ) sebagai Jurulatih yang tidak pernah jemu untuk melatih Harimau kita."
Inilah yang dikatakan satu Malaysia, kita melakar nama dengan keringat anak-anak bangsa kita sendiri bukan Ferdinan bukan Bonai dan bukan Alexander. itulah Malaysia.
6 comments:
HM: you're simply the BEST!
walaupun aku ada tak komen..aku senantiasa membaca entry kau
performance team sepak bola Malaysia semakin meningkat bagus sejak 3 tahun lepas hingga saat ini
kita harap terus meningkat sehingga ke masa yang seterusnya
bukan merudum jatuh
sy nk komen
nama saya Ayu jugak! :)
harimau muda best!
roza: kak ayue kitew pun minat la kat muslim tu.tapi takleh gitau bf nanti dia jeles.so bermonolog dalam gitew.hehe.kalau kak ayu perasan dia sangat motivated ok.panggil kawan2 dia buat sorak2 dulu before main, masa nak amik penalti dia la yang ajak kawan2 di tepuk2 sama sama bagi semangat.teringat zaman kegemilangan weolls kan.

Post a Comment