15.2.12

Dulu lain sekarang dah lain

Aku rasa sekarang ni aku nak buat program satu bulan satu entry. amboi bukan main kemaih lagikan nak berprogram. bukan apa sekarang ni nak update entry sikit punya susah, lagi susah nak tahan makan nasik malam. eyh? ohh sekarang aku tengah program berdiet jangan tanya aku bagaimana aku diet. ada jugak kena cepuk kang. soalan itu begitu sensetif memandangkan sebulan hanya turun 500 gram. macam cilakakan?



setelah 2 minggu lebih di tempat kerja baru aku rasa macam orang dewasa. Ya la dulu masa kecik-kecik seronok tengok abah aku bangun pagi-pagi pakai baju kemeja, pakai setokin depan pintu rumah, bawak beg kerja letak dekat tepi tempat duduk penumpang, start kereta kemudian pergi kerja. ya sekarang aku dah alami benda tu. seronok tu ada la sikit tapi bila fikirkan tanggungjawab pada kerja tu aku jadi.....punah!! tak seronok rupanya jadi dewasa ni.



Kalau dulu penat galas beg sekolah serupa batu tapi sekarang kena galas tanggungjawab. Dulu tak buat kerja sekolah kena berdiri atas kerusi nak lagi best berdiri atas kerusi depan kelas, masa tu memang muka rasa nak campak masuk lombong punya malu. sekarang ni mana ada berdiri atas kerusi woi, memang buang tabiat la bos kau tu. habis cilake dia maki hamun kau depan rakan-rakan sekerja yang lain, tak pon dapat surat cinta (baca : warning letter).




Dulu hidup yang hanya berlandaskan pergi sekolah main, balik sekolah pon main. Kerja sekolah pon esok pagi pergi sekolah baru tiru member. itu lumrah aku. korang aku tak tau la. baik kot malam-malam buat kerja sekolah dengan mak. Paling baik aku pon buat kerja sekolah wajib depan tv. Tak tau la pasaipa aku kena buat depan tv, mungkin otak aku boleh generate dengan lebih cepat kot kalau buku dan siaran tv terpampang depan mata. baru dapat inspirasi orang tua cakap. puiiiiii




Duit belanja pon dulu mak yang bagi sehari seringgit buat beli bihun sup 5 kupang kat kantin sekolah tapi sekarang haruslah kita yang bagi duit belanja kat mak pulak. baru berkat duit gaji kita tu iya dak??



Ok sebenarnya aku tak start lagi kerja yang betol-betol kerja. maksud aku pergi kerja stress gila babi sebab banyak benda kena fikir. Lepas tu rambut dah start gugur, berat badan turun, muka nak emo ja 24 jam, gamak ada harimau depan mata pon rasa nak telan sebab stress..ya aku belom alami lagi benda tu. Dah 4 bulan dah aku dan member-member aku macam ni. umpama makan gaji buta pon ada. Honeymoon 4 bulan berserta gaji penoh poket. perghhh sapa tak nak woi. haha



Akan tetapi esok aku dah start betol-btol buat kerja. kena bersedia mental dan fizikal ni, lepas ni berkemungkinan tak balik pukul 5 dah. mungkin je la. nak tau betol ka tidak baca entry seterusnya. k bai dah ngantuk!!
 

sedikit pesanan ringkas:

"setiap kesenangan yang kita perolehi ada harga yang harus kita bayar"

maksudnya :

mana ada orang bagi gaji lepas tu nak suruh hang hidup senang lenang oii..siap la lepas ni kena latu buat kerja. hohoho

akhir kata dari saya :

"yang bulat tak datang bergolek yang pipih tak datang melayang"

ok ni betol serius mengantuk sampai aku merapu sikit punya panjang. apa kejadah aku dok taip peribahasa malam-malam buta ni mangkuk!!

2 comments:

mameramni said...

amboi..bestnya dia dapat belanja free dari bos smpai 4bulan...aku 2bulan ja...tp mmg best..hahaha...

♥CIK SHA♥ said...

gila syok 4bulan makan gaji buta ja..haha..

lepas ni jangan hang merana ngadap stress kerja sudah la..tapi aku jamin mmg boleh kurus layan stress kerja ni..kui3..

boyfriend