28.2.12

Kanak-kanak dan perangai mereka

Kadang-kadang kita dengan budak-budak ni harus bersabar banyak. Mungkin itulah sebabnya budak-budak selalunya kiut-miut. Cuba kalau muka depa macam nak mintak pelempang, agak-agak dapat makan apa ya???ya pandai pon kamu. haruslah makan pelempang ataupon nak elok sikit makan kasut la kot.

Ok bercerita pasal duduk rumah ni selalunya anak-anak sedara aku memang suka ajak bergaduh. sehari kalau tak bergaduh dengan depa memang tak sah. tak kira bergaduh gomoi-gomoi ka, depa panjat belakang aku ka, aku menempik sebab depa dok main laptop,henfon dan segala gheta aku yang depa tak patut main ka, ataupon mereka yang menjerit panggil nama aku sebab aku kunci pintu tak bagi depa masuk bilik. tu belom masuk part tembak menembak serta aksi stunt. ok tu dah menipu. Semua benda ni aku syak basic bila ada anak sedara. Kalau korang tak lalui semua benda ni korang bukanlah maksu yang sejati macam aku. ecewaaahhh

Depa ni jugak ada aura dimana bila depa takdak kita rasa rindu bila depa ada kita rasa annoying. ya aku tengah annoying sekarang ni sebab depa dok lompat-lompat atas katil sebelah aku. sabaq ja la..=.=

************************************

Tapi part paling best adalah bila depa pandai bercakap.

Dialog mak aku dengan cucu-cucunya merangkap anak-anak sedara aku kat dapur.


Mak : Tok tak mau makan lagi. Nak pi baring sat.

Syafiq : haaaa?? (saja buat-buat tak dengaq)

Mak : Tok tak mau makan lagi. Tok nak pi baring sat.

Mak aku dah berlalu masuk bilik. Bilik mak aku tu dengan dapur dekat ja, kira kalau mak aku kentut cakap dalam bilik pon orang kat dapur ni boleh dengaq lagi.

Syafiq : haaaaaaaaaaaaaa???

Syifa : Tok kata.....(diam sejenak)...........sat nak pi tanya tok. (punya beriya nak bagitau kat adik dia apa yang tok dia cakap tadi)

Syifa pon masuk bilik mak aku dan bertanya.

Syifa : Tokkk...Tok kata apa tadi..?

Mak : Tok tak mau makan lagi tok nak baring sat. (sabar menjawab benda yang sama untuk kali ketiga)

Dia keluar dari bilik seraya berkata kepada adiknya.

Syifa : Tok kata tok sakit gigi, tok tak mau makan, nanti makan gigi patah pulak.

Aku : .................................................



k bai..







4 comments:

cik kotak said...

hahaha....tersengih sorang2 aku hari ni..weh, aku rindu budak lelaki tu=p

MK Kimi said...

haha...

comel!

Telor Power said...

hahahaha comel perangai. kecik2 lagi dah pandai mengolah cerita. besar mesti boleh jadi pengarah nie

♥CIK SHA♥ said...

hahaha..memandai jek si dak syifa tu..terer twist ayat sungguh..hadoi la..

tapi annoying kan kekadang kalau depa suka tanya soklan byk2 kali..macam adik sedara aku..masa kecik suke nau tanya2..dah jawab tanya lagi..dah jawab lagi die tanya pulak..hadoi..ni dah beso ni tebiat tu tetap sama macam kecik2 tu..aduii..tapi bila depa takdak mesti rindu..;p

boyfriend