25.6.12

Petua senang melahirkan anak

Yeay, semangat nak update blog tu macam berkobar-kobar pulak hari ni. Tak tau pasaipa padahal mata dah ngantuk ni tapi paksa jugak letak pencungkil gigi kat kelopak mata bagi tak tertutup..ok tipu gila apa nak letak pencungkil gigi hoi!


So hari ni saya nak bagi tip atau bahasa melayu kampungnya petua senang melahirkan anak. Ni dah baca jangan la kata aku ni tahyul la karut la apa la sebab petua ni pon aku dengar dari mak aku yang ada anak 6 orang dan kak ipar sulong aku yang ada 3 orang anak yang dikira dah boleh kawin saing-saing maksu diorang jugak. Jadi terpulanglah nak percaya ka idak.

Sebelom ni aku ada jugak lah terbaca petua senang beranak ni kat blog saffiyah, jangan ingat aku sesaja nak google pulak ehh aku tak dak la meroyan sampai nak google tara tu. Tapi sebab dah aku memang baca blog dia so entry tu pon aku baca jugak la. Yang aku paling ingat sekali tips dia adalah "make love" dengan suami before due bersalin, jangan pi komen tanya aku make love tu macam mana pulak memang nak kena lempang lah tu, kalau tak tau pegi google. Dan yang keduanya minta ampun kat suami kalau ada buat salah silap. Ni kau sebelum bersalin kemain lagi baling pinggan la mangkuk periuk belanga semua terbang ha memang merasa la azab lepas tu. *peringatan untuk diri sendiri jugak walaupun belom kawin.lol

Hujung minggu hari tu aku pi rumah abang sulong aku jadinya bersembang lah dengan kak ipar dgn mak aku kat dapuq sambil kupas durian. Lepas tu macam mana tah boleh terkeluar isu beranak ni, Kak ipar aku cakap dulu masa dia mengandung dia minum air bekas kucing jilat. *ting satu point disitu, aku dah macam biar betol kak ipar aku ni relevan apakah minum air belas kucing jilat dengan senang beranak. Aku tanya la kak ipar aku senang tak beranak lepas minum tu??pastu dia cakap Alhamdulillah la senang, sebab dia memang penakut pon sampai beranak pon takut (sapa tak takut woii!!) tu sebab dia sanggup minum tapi dia cakap cari la kucing yang elok yang bersih jilat air tu janganlah kau cari yang berkurap memang la tak lalu. =.=

 

Aku try la google jugak kebaikan air yang dijilat kucing ni dan aku jumpa entry ni Kucing haiwan yang Bersih. Jadi janganlah rasa jijik sangat nak minum kalau kita dah tahu kebaikan dia.

Lepas tu mak aku pulak cakap. 

"Mak dulu minum ayaq hujung rambut"



tu point yang kedua. Lepas hang shampoo rambut tu hang rendam la sat hujung rambut tu kat dalam besen pas tu minum. Macam tu la kot gayanya. hehe Tu petua mak aku dan Alhamdulillah lah jugak senang dapat aku ni ha sampai dah besaq lebih pada gajah.


Itulah dia segmen petua orang lama dari saya Ayuerobin. Orang cakap petua orang tua-tua ni eloklah kita ikut jugak sebab ya lah depa dah merasa dulu pada kita. Selebihnya kita berserah pada Yang Esa kerna dengan hanya izinNya saja baby tu boleh selamat lahir didunia yang penuh pancaroba ini.


ewaaaaahhhh....haha

10 comments:

Asyiqin Haulisah said...

hehe. mak saya pun pernah share dgn saya, minum air jilat kucing. :)

Telor Power said...

erk....betul ke ni
?

DuniakuAbstrak said...

yg make love ngam2 before due date tu mmg popular punya petua..org panggil 'bukak laluan' utk baby keluar

armouris said...

terjumpa info ni, pasal berpantang selepas bersalin … sharing is caring :) - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

Gua terpikir kalau minum air bekas kucing boleh mudahkan proses bersalin, boleh apply x kat org2 yg ada msalah sembelit yakni payah nak berak?xpun yg jenis kencing xlawas ke..kot2 boleh melawaskan ke scara xlgsg?...lu ada pglaman x tntg lawas melawas ni?haha

[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ said...

Ala..xkan komen gua pun kene approve dl br bleh kuar...ayu, gua dah lama duk BM ni..tp xjmpa lg tmpt mnarik..apa mnarik kt sini slain dr amoi2 sexy?cite skit

AyuE SurihanyOt said...

@[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ

beb gua pon tak lawas tau..haha

AyuE SurihanyOt said...

@[ - ] xtionkamen / ﺈﻴﻛﺸﻦ ﮐﺂﻤﻳﻦ

hang dok bukit mertajam ka??mmg xdak apa la stakat summit yg dipenuhi mat2 bangla..haha kampung pelet pny restoren dah try??hehe

Anonymous said...

kakak saya 3 anak..semua time bersalin rsa cam nk berak je..yg no 2 ti siap nyaris nk tberanak dlm toilet lg..coz xtau nk bsalin..nurse pun smua pelik dia ni nk bsalin pun sembang sakan lagi..huhu.. petua dia>> dr mula mengandung suami dia akan buat solat hajat dan buat air yasin sekerap mungkin..bg kakak minum..org kata mcm air selusuh la.. alhmdulillah rzeki dia mudah bsalin.. dan yg bakal bsalin bole cuba petua ni.. =)

syafira isma said...

bila start minum air bekas kucing 2? da sakit2 ke tyme da masuk 9bulan?

boyfriend