19.6.12

Selamat Pengantin Baru

Baru aku sedari yang blog ni adalah tempat melampiaskan nafsu kebosanan tatkala study dulu. Sekarang dah kerja blog ni hanya akan dibuka untuk melihat link-link kt sidebar ni update ke idak itu pon haraaaammm lah lama gila baru depa update. memasing dah ada anak ka apa yg malas nak update ni?
Lagi satu macam tak banyak benda nak tulis sebab rutin macam biasa sangat bangun pagi gosok gigi,start enjin kereta pergi kerja, ok aku lupa part pakai baju. =.= Jadinya memang lambat la nak update blog dari satu bulan ke bulan yang satu lagi.

Fine.

Sejak umur dah meningkat ni haruslah pikir untuk hidup berpasangan. aku berani bet la raya tahun ni mesti akan  ada sedara mara pacik macik tanya aku.

"Bila nak kenduri ayu?"

"Hang bila lagi ayu?"

waktu tu wajib aku rasa meluat gila.

jangan tanya boleh tak. nanti kad sampai korang jugak yang tak nampak rupa kat majlis aku kan. amboi ayu marah betol ni.hehe joking je pacik macik.

So kat sini aku nak ucapkan tahniah kat kawan-kawan aku yang dah berumah tangga.


First sekali Hanak.

wedding dia ni dah lama dah. bulan dua hari tu. sekarang ni dah mengandung pon tapi aku baru nak update pasal wedding dia.mana taknya aku tunggu gambar sampai bulu ketiak cecah lantai tak dapat-dapat gak gambaqnya. Dah maleh nak nunggu aku cilok je la mana yang ada.

cantik kan? ni baju time dia nikah. cantik sangat sbb dia design sendiri baju ni dan veil tu pon dia jahit sendiri

beliau sangat cantik!! kalau tak pakai baju pengantin pon cantik ni sekarang dah berbadan dua bertambah-tambah la cantik. congratz hanak!!

Terkilan sangat sebab tak dapat hadiri hari pernikahan dia tapi time kenduri aku ada. tak dak gambar aku dengan dia sebab waktu tu henfon dah kembali kepada 3310.


Lepas Hanak, Afza pulak menyusul.


Time afza nikah aku pi.First time kot jadi driver pengantin. Kemain lagi tau bawak dia pi make up bagai, seronok kot tengok Nyah tu mekap dia, body tak yah cakaplah cutting dia lagi power dari cutting aku.#ehh

 Lepas akad pas tu bawak plak dia pi masjid nak akad. Masa laki dia nak lafaz akad tu aku pulak yang brdebar-debar. =.=

 Syukur mempelai ni selamat diijabkabulkan. =)

Baju ni dia pakai masa kenduri belah perempuan sangat gojes! macam princess dah aku tengok dia tapi aku nasihatkan tak payah la pakai ni time kenduri. Seksa aku nengok si Afza ni nak duduk. Dia pon pesan kat aku tak yah pakai gaun kembang sebab dawai tu menyusahkan hang nak duduk nanti. heheh tapi tu la orang kata nak cantik kena la sakit sikit ye dak?


Next kawan aku dari matrik. Naqiah Naim....

Terkejut jugak dapat berita minah ni nak kawin sobs sobs sobs aku jugak laaaa yang tak kawin-kawin lagi. Masa ni pi dengan che ton ja sebab bapex tak leh ikut.

congratz kiah..tengok kiah pon dah kurus dari aku. ehem beliau pon sangat cantik, mekap tak terlalu tebal dan paling penting dia nampak berseri-seri dihari persandingan. Baju dia pon awesome, aku rasa nanti aku kawin pon nak buat jubah labuh ja. nampak sweet gitu.



Lepas ni tak tau la turn sapa plak. Yang bertunang pon dah ramai ni congratz jugak kepada yang dah bertunang. sori la tak leh update lagi pasal korang tunang tunggu korang kawin dulu baru boleh update k. teheeeee =D


apa-apa pon aku tumpang bahagia dengan kebahagiaan korang. semoga dapat anak yang kiut miut dan jangan lupa datang wedding aku!!!!itu yang penting!!haha


akhir sekali...


EEHHHHH....



6 comments:

♥CIK SHA♥ said...

eh? gambar yg last sekali tu tak menahan ayu oi! boleh tak aku nak kepochi macam makcik2 sket? HANG BILA LAGI AYU? hahaha..larikkkkk~~~

nur hidayah isa said...

hehehe yg bawah tu amboi2. tak lama dah tu...tunggu kad je ni. acewah..jgn lupa jemput yee :)

Telor Power said...

seronok betul la majlis kawen2 ni

Cik Ca'ah said...

amboi gambaq bawah tu macam dah langsung haih
kehkeh :D

E'in said...

ehem.. nak tanye gak.. tuan blog bile lg? kihkihkih

effa anis said...

salam sis, mcmna sy nk contact kwn u, hanak? sy suka la tudung n veil nikah dia...help me please

boyfriend