8.6.14

Rumah Baru

Actually aku dah beli rumah dekat area Kulim ni, sebab macam nak stay sini so aku beli la sebijik rumah buat aset, mahai bak hang rumah sekarang ni aku beli harga sekian-sekian dapat rumah teres bodo 3 bilik, abang aku beli beli rumah semi-D 5 bilik harga sama dengan rumah aku. Perghh menyirap jugak la bila pikir balik apehal harga rumah naik melambung-lambung serupa orang kena darah tinggi ni.

Mula-mula aku nak beli ni banyak benda aku pikir, first sekali duit sebab aku baru kerja(padahal nak masuk 3 tahun dah pon), tak kawin lagi, komitmen perasan tinggi dan macam-macam lagi lah. Serabut jugaklah aku pikir pasal rumah ni, last-last sekali aku buat keputusan tak pa beli ja dulu, duit boleh dicari ye dak?


So ini lah rumah aku nanti,

Acah-acah ja, ni show house untuk jenis rumah aku kalau aku berduit nanti InsyaAllah macam ni la rupa ID rumah aku. haha

Master bedroom.
*gambar cilok kat http://www.belleview.com.my/ *

Aku amik full loan dan duit peguam aku free sebab pemaju yang bayarkan. Aku beli masa pemaju baru nak perata tanah dalam bulan 10 tahun lepas, sekarang ni 60% dari rumah aku dah siap depa estimate rumah aku siap dalam awal tahun depan, sempat la kot aku nak kahwin dulu lepas tu renovate rumah baru masuk rumah baru. Alhamdulillah moga dipermudahkan dalam segala urusan.

Semput sebenarnya bila pikir balik macam mana la generasi akan datang nak survive dengan kos sara hidup yang tinggi macam sekarang ni, harga rumah naik melambung, harga barang naik, minyak naik semua benda nak naik, dan paling perit gaji tak naik-naik.

Ada orang cakap, dari kau merungut kos hidup tinggi baik kau cari alternatif lain untuk buat duit. 

Aku tengah buat duit la ni tulis blog, lagi banyak korang share makin bertambah lah duit dalam akaun nuffnang aku. So mintak jasa baik tolong like atau share ye. hahaha

Feel free to ask anything about housing loan or etc.

Adios amigos.


3 comments:

smbotak said...

oh, beli rumah masa tengah construction. bagus tu. tengok la bila dah siap karang, harga memang tak mau ingat punya. silap2 kalau jual balik boleh untung!

tapi kalau boleh jangan jual. tu serupa menaya orang namanya...

Khai♥Rin : anies said...

Kalu kt kulim pn da juling bijik mata spatah lg umah kt kl ni...

Sy mmg nk beli umah tp rumah yg da sedia ada.. sy suka rumah tu tp ada ckp rugi...dgn harga yg d tawar better cr rumah dlm pembinaan,..waduuuhhh pening sy...tlgggg

AyuE SurihanyOt said...

@Khai♥Rin : anies

rumah yang dah siap mmg mahal, mcm rumah saya skrg ni walaupon bru 60% siap harga pasaran dah naik 30% dr harga yg saya beli time zero construction.Bayangkan bila dah 100% siap.memang naya la mahal dia..

tp ada risiko jugak beli rumah yang under construction ni sbb takot rumah tu tak siap dan loan kita tetap jln mcm biasa..rugi ooo. so kena survey dulu pemaju tu mcm mna ada rekod buruk ka tak dan mcm2 lagi.

Berkenaan rumah yg awak suka tu, awak kena amik kira byk faktor cthnya environment, jauh tak dari tempat kerja, jalan jem dan tengok balik berbaloi tak awak beli dgn harga tu..

boyfriend