11.9.12

WeekenDs

Seems my weekdays are too boring with my daily work. So all I need is to fulfill my weekend with the awesome plan. Awesome tak awesome sangatlah tapi untuk diri aku yang membosankan ni memang tahap homaiiii gila awesome weekend bak hang. (kemaih dak intro aku..hahah!)

Sejak aku terjebak dengan aktiviti beli barang online ni keja aku nak membeliiiii aja. Tension tau kejap poplook kejap zalora hamboii tak menang mata tengok baju-baju dengan maxi yang cantik-cantik, rambang kemain lagi.

Tak cukup dengan poplook tu aku gatai-gatai plak pi tengok dealmates la groupon la. Ya rabbi memang tak menahan nafsu aku tengok sale sana sini. Jenuh!jenuh! laki aku nanti.

Baidewei kepada sesiapa yang tak tau, just in case you don't know lah, those dealmates and groupon are online shopping sale. You need to buy a coupon from the website with the cheapest and lowest price (kemain), then you have to redeem it within the time frame given. It's very simple just click 'buy', fill in some information needed then wolahh your item will receive right in front your nose. amboii depan hidung kau nyah. hahah

Etceli. barang yang aku beli tu tak sampai lagi sebab dia kena tunggu sale or deal dia habih dulu baru dia akan hantar barang kita dan ini adalah salah satu disadvantages yang aku dapat tengok dari dua website ni. Ya la hang beli bulan ni bulan depan baru dapat barang, tak ke macam Wei bila barang aku nak sampai wei???bila wei??? Antara lain of course la kau tak tau barang yang kau beli tu kualiti dia baik atau tak which mean dia tak macam zalora dan poplook yang kau boleh return kalau jadi apa-apa, so nak tak nak redha ja lah..

Nampak tak folder aku kemain banyak, ni unofficial email. kalau email official bersepah email dari jobstreet. =_=

Ehh aku kelaut ka macam mana ni? haha ok bulan lepas aku dengan mijot a.k.a Miza ada beli satu groupon ni. Groupon untuk kelas Ukulele dekat Penang Island. tau tak pebenda nohorom ukulele tu? ok tak tau sila lihat gambar seterusnya.

Ukulele ni macam cekelat smarties yang kaler warna-warni comel tu.

OK. Aku rasa semua orang tau kot ukulele tu pebenda, dia macam gitar tapi dalam saiz yang kecik. Kalau gitar ada 6 tali ukulele hanya mempunyai 4 tali sahaja oleh itu jari takdak la tak terkehel sangat masa main. booooooooo tipu gila najwa latip main gitar tak terkehel ponnn..lol

Ukulele ni dari hawaii dan nama "u-ku-lay-lay" tu pon ada maksud dia tapi aku lupa. jadah apa tah pegi kelas tapi lupa!!

Ukulele ni jugak ada 4 saiz soprano, concert, tenor dan baritone. soprano paling kecik, baritone paling besaq. Kelas yang aku pi tu ada jual ukulele tapi mahai gila la..Paling murah pon RM180 homaiii mula-mula memang aku rasa nak beli tapi bila call encik buncit dia melarang keras. Main tak tara mana gigih nak beli yang mahai-mahai. Nanti abang beli yang RM40 tu. ehh bila masa aku panggil dia abang?? :P


Lepas tu kan lepas tu kan ok tengok gambar aku pulak. teheeeee ;D

comey giteww! hahah bongoknya!!

Dalam kelas tu aku baru belajar 4 chord asas. C, A, F dengan G7. Minggu depan belajar chord lain pulak. paling susah nak tekan G7 tu. amboi punya keras la jari aku ni tapi tak pa la baru beginner orang kata. 

Cikgu yang mengajar pon super duper lawak kot pastu macam terpegun tengok dia main lagu payphone guna ukulele. homaiii jatuh centa jap. Gambar dia tak sempat nak snap sebab busy belajaq main ukulele. *poyolah hang

Dulu aku penah dah nak belajar main gitar dengan encik buncit, sekali aku try pegang gila sakit jari aku. 

I tak mau la jari I jadi kematu keras U ollss I kena jaga la jari jemari I yang runcing ni.. gituuu..

Terus rejek main gitar. Main ukulele ni pon sakit jari jugak tapi layankan aja sebab nanti untung-untung boleh buat video masuk u-tube. gituuu

Nampak macam gila meroyan pulak la kalau aku masuk youtube, sila maki lelaju kalau nampak muka aku. Aku sebenarnya saja ja nak menambahkan hobi di waktu lapang. Aku boleh tiub trombone kot! setakat ukulele ni apalah sangat ye dak. 

Akhir kata gambar tak banyak sebab henfon aku hantar pegi samsung update firmware apa tah..segala gambar-gambar posing maut aku dengan encik buncit pon hilang. Takpa tu boleh maut lain. nasib baik ada backup kat instagram boleh ler buat lepas rindu update blog. lol

p/s: Abaikan english aku yang berterabur tu. BM aku pon berterabur tercirit terbirit inikan pulak english ye dak? Oh My English!. =_=

27.8.12

Hari Raya sebagai seorang yang bekerjaya

Selamat Hari Raya u olls. agak belom terlambat la kot aku wish ni kan. maklumlah busy beraya busy puasa dan busy menurunkan berat badan. ehh? haha Bila start beraya berat dah start naik balik. hampeh betol! puasa hari tu aku turun 5 kilo kot! satu pencapaian besar bagi aku tapi ni dah seminggu raya aku rasa berat naik 10 kilo balik *nangis =_=

Ok biarlah lemak tepu membiak sekarang kita nak cerita pasal hari raya. Hari raya orang ramai bergembira tak kira miskin kaya tua muda. ewahhh tapi aku agak nak menangis jugak raya ni maklumlah first time beraya pakai duit sendiri maka bajet pon banyak la lari. Ya la dulu tak pa la ada orang nak sponsor baju raya kasut raya bagai ni bila dah kerja memang makan kaki la kalau nak orang sponsor lagi, melainkan kau dah berlaki ye dak?

Raya ni aku beli la perkakas raya kat mak aku pastu beli kasut raya kat syifa dengan syafiq. Kasut je yang maksu mampu beli tahun ni tahun depan kalau dapat bonus maksu up sikit. kalau dapat bonus laaaaaaaaaaaaaaaaa..

Kat situ bajet dah memang ada dah sebab aku beli sesiap guna gaji sebelum posa tapi tah macam mana tak cukup jugak untuk raya ni. tah pebenda aku buat dengan duit aku pon tak tau la, memang dasar tak reti nak menguruskan kewangan langsung aku ni. pftttt

Tapi bersyukurlah sebab aku boleh bagi duit raya tahun ni. seronok jugak feel bagi duit raya kat budak-budak ni sebab mesti diorang cakap

 "ehh akak ni muda-muda dah bagi duit raya, comel betol"

ok tu aku yang kata sebenarnya. haha

Sampul raya pon aku bagi yang gong xi fat choi punya tau punya tak sempat nak beli sampul raya pon. ehh ada ka orang beli sampul raya? tapi aku memang tak dapat langsung sampul raya tahun ni.harap kak ipar aku ja sedekah sampul ni kat aku.

 orang kata sampul tak penting yang penting isinya..gong xi fat choi!!


Raya pertama pi melawat kubur tok wan dgn mak tok, lepas tu terus shoot pi rumah pak ngah aku. Kat sini la sedara mara aku banyak dok berkumpul sebab paling dekat dengan kubur arwah dan kat sini jugak la duit raya aku terbakar. hangus!!

suasana rumah pak ngah. dia punya cucu ada 30 orang. memang kena prepare fizikal dan mental bila mai beraya rumah dia.lol

 budak kecik ni kira nak cubit aku ja. tu tangan dia tengah cubit aku la tu. geram!heee

Lepas tu ada la pi beraya sakan rumah makcik,pakcik,abang semua ada. ala standard la raya pertama kedua konfem beraya rumah sedara. Mai raya ketiga dan seterusnya baru kita nak konvoi ke rumah rakan-rakan seperjuangan masa sekolah dulu. Kalau dulu terbatas sikit pergerakan aku sebab aku dok jauh dari rumah kawan-kawan sekolah lepas tu transport pon takdak, kesudahannya memang tak pi la beraya rumah member. Tahun ni Alhamdulillah dah ada kereta so nakpi mana-mana pon senang cuma hang kena sedia duit minyak dengan tol. yaaaa money is everything you know!

Gambar cik azi kita dah bertunang dengan encik bohpi


Alkisahnya aku tak tau pon kata cik azi kita ni nak bertunang. Aku mati-mati la ingat dia buat open house sekali bila aku telefon tanya rumah dia cakap sampai terus masuk bilik. Aku syak dah ni mesti kes nak bertunang ni. hampagas punya member dah sampai depan rumah baru nak habaq kata tu majlis tunang. baidewei tahniah buat hang azi. =D




Raya kelima rumah aku buat makan-makan sikit, ada la jemput rakan-rakan terdekat mai beraya rumah. Tak sangka ada jugak member-member nak mai rumah aku. hehe buat bihun sup ja pon tapi bersilat kat dapoq amboi penat kemain lagi. =_=

Yang bestnya orang mai beraya tapi aku pakai t-shirt free company aku. hahah gila malas nak pakai baju raya sebab dah penat dok kat dapoq jadi belasah ja la pakai t-shirt busuk masam pon. *ciumketiak

Kesimpulannya takdak apa yang best pon kisah hari raya aku ni tapi sesaje nak update jugak. haha

Dengan ini saya budak comel (refer gambar diatas) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca blog Hitam itu Bukan Putih.


 





31.7.12

Matlamat

Perjalanan hidup yang berbeza akan menjanjikan matlamat hidup yang berbeza.
Melihat keindahan kehidupan makhluk lain tidak bermakna itu yang terbaik untuk kita.
Nyata berbeza dan nyata tidak sama.
Kehidupan memerlukan pengorbanan yang tidak terkira.
Jika dunia yang dikejar pasti tidak kekal lama.
Moga tabah dan merancang apa baik untuk diri sendiri.
Demi masa depan.
Ya demi masa depan diri ini.





madah pujangga apa tah..aku tak tau nak update apa sebenarnya..lol

27.7.12

Blogspot for android

Testing2 kemain haa nak test post entry pakai menatang ni..mohon cewi sebentar noo..haha

boyfriend