11.9.12

WeekenDs

Seems my weekdays are too boring with my daily work. So all I need is to fulfill my weekend with the awesome plan. Awesome tak awesome sangatlah tapi untuk diri aku yang membosankan ni memang tahap homaiiii gila awesome weekend bak hang. (kemaih dak intro aku..hahah!)

Sejak aku terjebak dengan aktiviti beli barang online ni keja aku nak membeliiiii aja. Tension tau kejap poplook kejap zalora hamboii tak menang mata tengok baju-baju dengan maxi yang cantik-cantik, rambang kemain lagi.

Tak cukup dengan poplook tu aku gatai-gatai plak pi tengok dealmates la groupon la. Ya rabbi memang tak menahan nafsu aku tengok sale sana sini. Jenuh!jenuh! laki aku nanti.

Baidewei kepada sesiapa yang tak tau, just in case you don't know lah, those dealmates and groupon are online shopping sale. You need to buy a coupon from the website with the cheapest and lowest price (kemain), then you have to redeem it within the time frame given. It's very simple just click 'buy', fill in some information needed then wolahh your item will receive right in front your nose. amboii depan hidung kau nyah. hahah

Etceli. barang yang aku beli tu tak sampai lagi sebab dia kena tunggu sale or deal dia habih dulu baru dia akan hantar barang kita dan ini adalah salah satu disadvantages yang aku dapat tengok dari dua website ni. Ya la hang beli bulan ni bulan depan baru dapat barang, tak ke macam Wei bila barang aku nak sampai wei???bila wei??? Antara lain of course la kau tak tau barang yang kau beli tu kualiti dia baik atau tak which mean dia tak macam zalora dan poplook yang kau boleh return kalau jadi apa-apa, so nak tak nak redha ja lah..

Nampak tak folder aku kemain banyak, ni unofficial email. kalau email official bersepah email dari jobstreet. =_=

Ehh aku kelaut ka macam mana ni? haha ok bulan lepas aku dengan mijot a.k.a Miza ada beli satu groupon ni. Groupon untuk kelas Ukulele dekat Penang Island. tau tak pebenda nohorom ukulele tu? ok tak tau sila lihat gambar seterusnya.

Ukulele ni macam cekelat smarties yang kaler warna-warni comel tu.

OK. Aku rasa semua orang tau kot ukulele tu pebenda, dia macam gitar tapi dalam saiz yang kecik. Kalau gitar ada 6 tali ukulele hanya mempunyai 4 tali sahaja oleh itu jari takdak la tak terkehel sangat masa main. booooooooo tipu gila najwa latip main gitar tak terkehel ponnn..lol

Ukulele ni dari hawaii dan nama "u-ku-lay-lay" tu pon ada maksud dia tapi aku lupa. jadah apa tah pegi kelas tapi lupa!!

Ukulele ni jugak ada 4 saiz soprano, concert, tenor dan baritone. soprano paling kecik, baritone paling besaq. Kelas yang aku pi tu ada jual ukulele tapi mahai gila la..Paling murah pon RM180 homaiii mula-mula memang aku rasa nak beli tapi bila call encik buncit dia melarang keras. Main tak tara mana gigih nak beli yang mahai-mahai. Nanti abang beli yang RM40 tu. ehh bila masa aku panggil dia abang?? :P


Lepas tu kan lepas tu kan ok tengok gambar aku pulak. teheeeee ;D

comey giteww! hahah bongoknya!!

Dalam kelas tu aku baru belajar 4 chord asas. C, A, F dengan G7. Minggu depan belajar chord lain pulak. paling susah nak tekan G7 tu. amboi punya keras la jari aku ni tapi tak pa la baru beginner orang kata. 

Cikgu yang mengajar pon super duper lawak kot pastu macam terpegun tengok dia main lagu payphone guna ukulele. homaiii jatuh centa jap. Gambar dia tak sempat nak snap sebab busy belajaq main ukulele. *poyolah hang

Dulu aku penah dah nak belajar main gitar dengan encik buncit, sekali aku try pegang gila sakit jari aku. 

I tak mau la jari I jadi kematu keras U ollss I kena jaga la jari jemari I yang runcing ni.. gituuu..

Terus rejek main gitar. Main ukulele ni pon sakit jari jugak tapi layankan aja sebab nanti untung-untung boleh buat video masuk u-tube. gituuu

Nampak macam gila meroyan pulak la kalau aku masuk youtube, sila maki lelaju kalau nampak muka aku. Aku sebenarnya saja ja nak menambahkan hobi di waktu lapang. Aku boleh tiub trombone kot! setakat ukulele ni apalah sangat ye dak. 

Akhir kata gambar tak banyak sebab henfon aku hantar pegi samsung update firmware apa tah..segala gambar-gambar posing maut aku dengan encik buncit pon hilang. Takpa tu boleh maut lain. nasib baik ada backup kat instagram boleh ler buat lepas rindu update blog. lol

p/s: Abaikan english aku yang berterabur tu. BM aku pon berterabur tercirit terbirit inikan pulak english ye dak? Oh My English!. =_=

5 comments:

Shahada Fauzi said...

perhhh..hg p kelas belajaq ukulele ke wei? huiiyooo..

kat rumah aku ade sebijik ukulele..anak menakan aku yg 2 tahun tu punya..mak dia beli..aku try main tapi hampeh tak keluar pun irama lagu yg merdu..dah rupa bunyi muzik sabah ada la...hahaha..failed!

nur hidayah isa said...

teringat budak kecik main ukulele nyanyi lagu im yours tu. comel je..cpt upload masuk youtube :p

teyhah said...

ukelele comei! :D

Everything's Everythings said...

kalau guitar tu xboleh tipu org ckp reti main, tapi kalau ukulele bila petik biasa-biasa pun cantik je bunyi dia hahah xD

teringin jgak nk belajar, nnti dh reti main buat la tutorial plak eh hak2

Telor Power said...

nasib aku tak pandai main alat muzik bewrtali. kalau tak dah minta kirim dah

boyfriend