13.9.11

Institut Bunga Taik Ayam part 2

Sambungan dari Part 1.

Mesti orang akan cakap "dah tau supervisor tu tak call kau, kenapa tak call je Institut Memandu Bunga Raya tu"

(ehh aku tercakap ke nama sekolah memandu aku? opsss).

Aku dah call dah wei. Kau tau dia cakap apa?

"Supevisor kami tengah bincang dengan Bos kami tentang hal tu"

Serius shit la. 2 3 hari jugak la aku termenung mengenangkan aku punya duit tu kalau tengok aku punya entry pon ada satu pasal nak pinjam bahu tu. haa pasal menatang alah ni la.

Lepas 3 hari aku decide untuk pi ja belajar 10 jam tu. kalau tak boleh nak amik test kat sini terpaksa la aku amik test kat Kedah jugak. kena bayar lebih pon bayar ja la, kena amik 10 jam lagi sekali pon amik ja la. aku malas dah nak pikir.

So aku pon booking la belajar 10 jam tu.

Masa aku belajar tu, cikgu driving tu tanya aku.

"Ohh awak la yang bising-bising hari tu?"

Boleh tahan jugak cikgu ni. nasib la cikgu kan, tak boleh nak kutuk-kutuk kang aku eksiden keta mati katak tak memasal.

Cikgu aku ada banyak tau. sorang lagi cikgu dia cakap awak boleh buat rayuan kat JPJ tapi awak kena buat surat dan pegi jumpa Pengarah JPJ tu. Dia suruh aku bagi surat tawaran aku dengan surat rayuan rasmi kat dia nanti dia try buat kalau tak boleh dia suruh aku pi sendiri. Aku pon rasa ok la cikgu ni nak tolong. dia suruh aku habiskan cepat 10 jam ni then nanti dia akan tolong.

Aku tak mengharap mana pon sebab aku tau macam susah ja nak cepatkan test, aku pon malas nak pikir. Yang aku tau aku nak habiskan 10 jam belajar tu secepat mungkin. sebab lepas ni nak amik jubah la nak konvo la. banyak lagi benda aku kena pikir. let go je la yang satu ni, nak buat macam mana dah tak dak rezeki.

So siang tadi aku pi la nak habiskan 10 jam terakhir aku iaitu QTI. Dah nama QTI wajib la aku rasa cuak sikit kan. Aku pon duduk la kejap baca borang yang cikgu tu suruh aku baca before QTI. sekali Cikgu yang nak test QTI aku tu panggil.

"Awak nak amik test ke tak nak ni?" aku dah pelik dah kenapa nak marah aku. aku pon pegi la pastu dia tanya lagi.

"Awak nak amik test tak? apasal awak duduk situ tak bagi kad ni kat saya?"

"Sori. saya nak amik test"

"ni awak amik cepat-cepat ni awak ingat boleh amik test awal ke? awak kena tunggu jugak L awak matang sebulan. sapa yang janji kat awak nak boleh buat test awal?cikgu mana?"

Perghh! Korang paham tak perasaan aku waktu tu? mungkin tak paham. aku dah redha kot tak boleh buat test tu yang kau nak tanya-tanya macam nak marah aku ni apahal. aku nak habiskan aku punya belajar 10 jam tu cepat pon apa masalahnya? dah syarikat kau kebas duit aku takkan aku nak buat terhegeh-hegeh buat lambat lagi. aku pon letak borang tu terus pegi toilet. pegi menangis!

Lepas tu aku jumpa dia. dia tanya aku ok tak. aku cakap je la ok. lepas tu dia tanya aku kenapa nangis. aku cakap la..

"Encik cakap dengan saya tadi macam nak marah-marah, kenapa nak marah saya?" mata masih berair bongok betol tak boleh nak tahan.

"Tak saya tak marah, saya tanya. Ok2 sori sori saya minta maaf kalau apa yang saya cakap tadi buat awak terasa, saya cuma nak bagitau awak keadaan sebenar.(muka dia dah menggelabah cuak) saya pon kesian kat awak. Sepatutnya memang tak boleh nak cepatkan test JPJ ni awak kena tunggu matang sebulan jugak L awak.bla..bla..bla..tak boleh..bla bla bla cikgu tu pandai cakap ja buatnya tak..bla bla bla (aku dengar ja dia membebel sambil dok ulang sori-sori, aku paling muka tempat lain ye la malu kot menangis, geram betol aku)"

Tahu pon cikgu ni cuak tengok pompuan nangis. haaa aku ni terer berlakon tau! tapi aku bukan berlakon memang aku ni cengeng pon. sikit-sikit nak nangis.caharam pon ada.

"Macam ni lah emosi awak pon tak stabil sekarang, saya rasa awak pon mesti tak boleh nak bawak kereta dengan keadaan macam ni so saya bagi ja awak lulus. awak masuk dalam awak booking untuk test jpj pulak"

"kalau saya tak mau booking boleh tak sebab saya rasa memang tak sempat pon nak amik test kat sini, Kedah dengan Johor bukan dekat macam Skudai dengan Kangkar Pulai"

"awak kena booking jugak sebab awak dah habis bayar, nanti awak yang rugi"

Nak je aku cakap sebab kerani bodoh dalam tu la aku bayar habis, tapi aku diamkan aja malas nak bertekak dah.

"Awak booking je dulu nanti awak mintak surat dari bunga raya untuk tukar sekolah memandu kat Kedah, at least awak tak payah dah pegi teori 6 jam tu sebab awak dah hadir kat sini."

"kalau saya amik ja L saya lepas tu saya buat P kat sana ja tak boleh"

"Boleh awak nak amik L ni macam tu ja tapi awak la rugi. Tak kan nak biar diorang amik duit awak macam tu ja. Awak melayu saya melayu kita sedara seislam sama takkan saya nak biarkan awak macam tu ja. Tak pa awak mintak ja surat dari Bunga Raya ni lepas tu awak pergi Sekolah memandu dekat Kedah tunjuk surat tu"

Tak macam nak mintak surat tu jadi satu hal pulak dengan kerani kat dalam tu. banyak pulak la songeh nanti.

Aku pon masuk dalam booking test.

"Saya nak booking test 10 haribulan 10 ni boleh tak?"

"Tak boleh lagi dik, bulan 10 punya jadual kami tak arrange lagi. adik tulis ja Nama dengan No Kad pengenalan kat sini nanti adik call lain" 

lah kena call lain pulak.. Sabar je la aku...-_-" aku sampai tak larat nak mencarut dah. ni kalau aku nak mintak surat ni entah apa pulak la yang dijawabnya. sengal betol! malas aku nak cakap banyak-banyak emosi dah bercelaru gila, aku dah letih aku nak balik cepat, aku tulis lepas tu blah.


Masa aku nak balik tu cikgu QTI tu cakap lagi sorry kat aku. ye la ye la saya dah maafkan cikgu. nasib baik muka cikgu macam Ezad Exist tau, kalau tak haraaamm la saya nak senyum balik kat cikgu..

Part 3 tak tau la apa jadi kat lesen aku lepas ni. Sapa-sapa orang JPJ yang baca blog aku ni boleh tolong setle masalah aku ni tak? homaigod kemain macam JPJ nak baca sangat blog aku ni. hahah

7 comments:

DuniakuAbstrak said...

berliku benor perjalanan nak amik lesen kau ni

♥CIK SHA♥ said...

aku sian gila kat hang weh..apsal le kerani kat situ ngok ngek nak mampos..haishh..


hang menanges ka weh? apa la hang ni..tak kental..tapi kalau aku kat situasi hang tu aku pun memanges jugak..depan2 cikgu tu lagi aku nanges..takde makna nak lari tempat laen..bhahaha..

Missha said...

Dahsyatnye! sampai macam tu sekali. Paling tak tahan kenapa kerani tu macam tu?

O'gosh said...

masalah the problemnya si kerani tu la kan...geram plak ahkak ni..

AyuE SurihanyOt said...

@O'gosh

xde la supposely diorang jaga customer diorang ni tak mcam nak tak nak ja layan..mana tak sakit hati..klu ada apa2 memo melibatkn customer kena la bgtau ni tak tercongok kt kaunter tu ja..

communication fail!

EZAN IDMA said...

perjalann pengambilan lesen yg unik hahaha

JelinaJoli said...

kerani stress kira duit kuih raya org x abis bayaq

boyfriend