3.12.11

Filem Ombak Rindu

semalam pegi tengok filem ombak rindu. hoii ramai gila kot makwe-makwe pi tgk sampai beratur nak masuk wayang tahu. Tu tak campur dengan golongan pakwe-pakwe yang terpaksa mengikut kehendak awek, termasuk jgk la dengan encik buncit. redha ja aku nak tgk filem tu.haha 

Aku sebenarnya dari minggu lepas lagi nak tgk puss in boots tapi disebabkan Ombak Rindu keluar so gedik-gedik pulak nak tgk filem adaptasi dari novel fevret aku tu. macam biasalah kalau dah nama tengok cerita cinta dengan encik buncit ia takkan jadi cerita cinta tapi cerita lawak. memang tak boleh nak feelinglah!

Apa-apa pon bagi aku Ok la cerita tu cuma bagi aku macam apasal sikit-sikit nak cut-shot, baru nak feeling-feeling tetiba masuk scene lain dah. lepas tu kan si izzah tu, awat pakai tudung macam tu? budak kampung sekarang freehair tahu? pon tahu bergaya apa at least kemas sikit. tapi orang kalau dah cantik pakai apa pon cantik ye dak?

Lepas tu kan awat tah aku rasa nak gelak dengan dialog si izzah tu. ke aku ja yang perasan yang dialog dia sangat ................*bunyik cengkerik! yang si Dato' Sufiah tu pulak amboi tak boleh nak pelat lagi bahasa kau, rasa nak lempang pon ada dok cakap BM sleng BI. cakap elok-elok sikit tak boleh ka??Lagi satu si Mila tu ya rabbi marah dia lebih pada singa dok terjerit-jerit macam orang gila. sumpah annoying!

Ok aku pon annoying jugak dok komplen-komplen. banyak sangat cekadak hang pi jadi direktor lah ayu oii!!!

apa-apa pon baca novel lagi best dari tengok filem. hoho mungkin aku rasa diorang patut buat drama siri untuk cerita ni baru plot dia berkembang dengan baik kot, takdak la rasa macam cepat sangat. durasi masa 2 jam tu tak cukuplah untuk cover satu novel yang meletop ni.

sekian dari pengkritik filem tak bertauliah masa kini. 

k bai.

12 comments:

Liyana Aziz said...

haaaaaaaaa! apa yg kak ayu tulis sebijik mcm yg yana rasa! hahah... x yah buat review dah... kikikiki

oh, ombak rindu lara jadi ombak rindu komedi bila tengok bersama dengan Mr Yana, dia gelak je! ceittt!

shera haifa said...

aishh xsbr nk g tngok esok..

Azwan Azmi said...

ombak rindu.... berapa bintang ko bagi ayu?

AyuE SurihanyOt said...

@Liyana Aziz haha..lepas ni jgn tgk dgn bf ya..=P

AyuE SurihanyOt said...

@shera haifa tgk2..harap tidak mengecewakanlah..

AyuE SurihanyOt said...

@Azwan Azmi

ermm 3 bintang cukup kot...

♥CIK SHA♥ said...

err..aku takkan p tgk kat wayang kot..tunggu kuar kat youtube je..kih3..

DuniakuAbstrak said...

movie twilight aku telah dipaksa oleh awek aku untuk tonton bersama

Lagenda budak setan juga

dan kini Ombak rindu..sesi paksa rela menemani cik awek bakal berlangsung

serius aku tak minat cerita pesen begini...

part yang paling seronok bagi aku adalah bila tengok respon awek aku sedih happy menangis dan marah2 masa tengok wayang tu je..

sangat comel

AyuE SurihanyOt said...

@♥CIK SHA♥

haha..tggu keluar youtube yg xtahan tu..

AyuE SurihanyOt said...

@DuniakuAbstrak

sweet jgk hang ni kan..heheh pakwe aku gigih plak dok buat2 lap ayaq mata aku la apa la padahal aku tak nangis pon..saja nak menganjing aku la tu..geram betol aku..

chEntA said...

hahaha..mmg betul kalau nak adaptasi novel rsenya seelok-eloknya buat sbg satu drama rangkaian mcm nora elena..bru puas menonton dan takde la bnyk sgt cutnya..heee..=))

nn said...

aku pun banyak komplen jugak pasal ombak rindu tapi serius best gila gelak-gelak. padahal member lagi 9 orang dok nangis tengok aku berdekah. kesian diorang aku spoil mood :P

boyfriend