25.9.12

Weekend part 2

Weekend ni dating lagi sebab buncit dah habis cuti sem so amik peluang dating banyak2 kali. Kami decide nk pi sungai petani, saja tengok-tengok rumah kawasan tu. Kat area sungai petani tu bersepah sangat la rumah-rumah tapi tu la tak macam jauh pulak rumah dengan tempat kerja aku kat kulim tu...haihh susah bebeno nak decide beli rumah ni antara yang murah atau pon yang dekat dengan tempat kerja tapi mahal. Thanks jugak kat member-member utm kt twitter dan team snucoe yang banyak bagi suggestion.

Ni rumah sapa tah aku amik gambaq

rumah ni macam idaman gila cantik kot design luar dia, tapi aku takdak la tengok sampai ke dalam. aku syak dalam mesti cantik jugeeee..

Kami siap pi tengok rumah contoh kat situ, silap betol aku tak amik gambar show house tu, cantik kot dengan landskap taman dia. pergh pergh pergh rasa nak beli terus ja show house tu tahu? masa tu curik idea sket nak deco rumah nanti macam mana. Citarasa aku dengan buncit sama, kami mahukan deco rumah yang simple. Bagi aku paling utama sekali senang nak kemas sebab aku ni dah jenis pemalas memang kal ho na ho la nak kemas tiap-tiap hari kan..

Then kami pi melawat mak mertua ehh bakal mak mertua. hehe sampai aku tak sempat nak gi kelas ukulele sobs sobs tak pa..bakal mak mertua lagi penting..nak amik hati anak kena pandai amik hati ibunya dulu. kamon basic knowledge ni!

Lepas tu kami kia kahena tak tau nak pi mana, masuk la island konon nak pi makan mee udang kat batu feringgi sekali dah sampai *tepuk dahi kedai tutup la plak. perut dah lapor gila nampak ada orang jual laksa kat tepi masjid jadi apa lagi laju-laju la jalan nak isi perut.

rasa macam amik gambar pasport dah dengan background kaler biru nih.

Masa ni rasa nak debik-debik ja muka buncit dia kata laksa ni tak sedap. Sedap gila kot! dia kata masam sangat lah tak sedap lah. banyak betol cekadak suruh masak sendiri tak tau plak!

Last-last aku gak tolong perabih laksa dia. nampak tak permainan dia kat situ? memang saja nak bagi aku gemok bam bam lagi lah tu.


Lepas tu kami pi lepak padang kota. feeling-feeling dating anak mami sket! dok situ kami makan lagi, bebola ikan ayam yang jual tepi jalan tu. makan dan makan buncit macam biasa lepas makan pekena rokok.tak lengkap kataya tak pekena rokok lepas makan, apa orang putih selalu kata tu?desert?dessert?ha gitu lah hendaknya...

Sambil dia dok hisap rokok hembus kat muka aku macam nak suruh aku mati cepat. kami pon sembang-sembang la.. ada sekali tu kami tetiba sembang pasal goreng ikan. dia pon tanya aku.

Buncit : Ayu kalau goreng ikan letak kunyit banyak tak?

Aku : Letak secukup ikan la kalau banyak ikan banyak la kunyit dia.

Buncit : Ada kawan I ni marah goreng ikan letak kunyit banyak sangat sebab kuning sangat, dia kata kalau buh kunyit banyak nanti boleh dapat Cancer. I pelik betol la, kan ka kunyit tu dari halia.

Aku : *berfikir* *kecilkan mata* *kunyit dari halia???hmmm* *bunyi cengkerik*

Dah aku gelak tak ingat dunia, ape kegila kunyit dari halia?muka nak konfiden pulak tu sembang dengan aku. memang jadi bahan lah lepas tu. Bukan gelak sebab makan kunyit jadi cancer tapi gelak sebab kunyit dari halia..adeh

baidewei kunyit tu adalah bahan anti oksida ya kawan-kawan jadi dia boleh prevent kita dari kena cancer tapi bukan bermakna kau boleh telan serbuk kunyit tu sehari sebungkus sebab serbuk kunyit tu pon bahan yang telah diproses jadi ketulenan telah dicabuli. amboi ayat tak discovery channel langsung. Bak kata Prof Ramlan sangat elok makan kunyit hidup, buat macam snack gitu pagi-pagi hiris sikit pastu makan mentah-mentah tapi mak aku cakap orang pompuan tak elok makan kunyit hidup banyak-banyak sebab apa tah aku tak ingat tapi ia berkaitan dengan sistem peranakkan kita la. Alah kesimpulannya kita makan benda apa pon dalam kuantiti yang banyak ia tetap akan  menjejaskan kesihatan kita. Jadi bersederhanalah ye kawan-kawan.


Dah habis feeling-feeling anak mami dengan fakta mengenai kunyit daripada halia kami balik ke seberang feeling-feeling bulan madu tepi pantai pulak.

no caption available tapi buncit dah gemok kan??haha

ni konon tak mau letak muka sendiri lah ni.

Lepas tu kami sekali lagi kia kahena tak tau nak pi mana, maklumlah aku bukan tau sangat tempat-tempat makan best kat penang ni. Mula-mula ingat nak pi kampung pelet sekali sesat kau nyah. dalam kereta ada GPS, kat tangan ada google map, waze bagai tapi still sesat jugak. Last-last pi lepak kat de pauh garden, permatang pauh. 


 Lamb chop.

Gila ramai orang kat sini aku tunggu burger aku sampai adalah dekat sejam lebih. Tanya 3 orang waiter bila nak sampai depa kata tunggu sat ramai orang, dah buncit habih makan pon aku punya burger tak sampai lagi. tanya lagi kat pakcik waiter plak. dia check-check rupanya order aku takdak kt dalam list. Hei hangin la aku. Nasib buncit yang deal dengan pakcik tu kalau aku yang deal memang dah naik angin dah. Pakcik tu potong que orang lain suruh buat aku punya burger dulu. terbaik lah pakcik tu. harapkan waiter muda memang hampeh!!

Aku cakap kat buncit kalau aku yang tanya tadi memang dah naik suara dah. buncit boleh dok cakap baik punya lagi. lepas tu buncit cakap kat aku. Kita dengan orang tua kena cakap baik-baik,kena hormat walaupon dia kerja waiter ja, kita tak tau background dia macam mana entah-entah dia tu kaya gila atau pon orang yang berpendidikan tinggi ka. Kita cakap baik dengan orang, orang buat baik lah dengan kita.

Aku terus sentap tau..terus macam jatuh centanya aku kat encik buncit walaupon tak hensem mana. ehh haha.

ok lesson learned!



p/s: patutnya aku buh tajuk entry "Dating"?baru la tak dak orang baca..haha




3 comments:

KhaiRin : anies said...

ooo tempat kami berdating tuuuuuu

Telor Power said...

antara laksa dan burger.....aku pilih laksa.

feveret kot

nur hidayah isa said...

hehe kelakar la kunyit dari halia..aah prof ramlan selalu cite pasal kebaikan kunyit tu..

boyfriend