28.9.12

Perbezaan keluar shopping dengan perempuan dan lelaki

Semalam aku dengan cergas balik training mandi2 siap bagai semua,pija dengan miza datang amik kat rumah..heh terbaik member2 aku ni..kami menuju terus ke jusco perda dengan niat nak makan sushi uolls! Tapi sushi jusco je lah sbb tak gaji lagi uolls!hahah engineer tak kaya hokehh!!pesan sesiap kt uolls yg nk jadi engineer tu..lol

Lepas dah tawaf satu shopping mall tu kami menuju ke uptown perda..macam biasa uptown jual barang-barang murah..oleh sebab aku tak penah pi jadi macam excited lebih walaupon takdak duit..sobs

Ok kat sini terkeluar lah satu fakta iaitu Perempuan kalau keluar konfem nk window shopping..takdak duit sekalipon asal jalan pon jadi la..jalan2 tengok barang comel,tengok barang hiasan, tengok kasut, tengok jam,jumpa kedai komputer masuk kedai komputer, kedai baju tak payah cakap la memang lagi nak masuk kan..kadang-kadang tu kedai bra pon nak masuk..sebab apa?sebab nak tengok bukan nak beli sangat pon nak-nak kalau barang tu mahal nak mampos memang tak beli la john!
Tapi perempuan still jugak nak masuk tengok tanpa niat nak membeli..dan lepas tu mesti terbabas gak terbeli satu dua benda..itu normal..

macam ni..bukan nak beli tu tapi ada la dekat 4 5 kedai casing phone kami singah semalam

Masa keluaq dengan depa ni aku realise satu benda lagi iaitu bila keluaq shopping dengan kaum adam mesti tak best..serius tak best..ka korang tak setuju?bagi aku tak best la sebab sangat la berbeza kalau keluaq dengan buncit dan keluaq dengan girlfriends..

Kalau keluaq dengan lelaki bila kita jalan2 tiba2 kita jumpa satu kedai lepas tu kita mesti nak masuk tengok barang yg ada tapi mesti akan ada suara yg brkata..

"nak masuk ka?tak payah la,bukan U nak beli pon"

Tapi kalau girlfriends korang akan dengar satu perkataan saja..

"JOM"

Nampak tak kat situ??

Ok la aku bagi satu lagi situasi k..

Tengah jejalan tengok ada baju cantik, baju tu memang takdak dalam list need to buy pon tapi dah cantik dan murah haruslah beli..respon lelaki..

"lahh U bukan dah ada ka baju tu??"

"mana ada lagi baju fesyen ni.."

"dah ada dah minggu lepas U keluar dengan I pakai baju lebih kurang ni jugak kan?"

"alaaaaaaaa tu kaler hitam ni kaler pink belacan i mana ada lagi kaler ni"

"u amik belacan u calit kat baju u..setel"

Seboleh-boleh kaum adam tak bagi beli jugak..ada ja alasan dia bagi tak cantik lah..tak payah lah, dah ada kat rumah lahh..

Tapi kalau keluaq dengan girlfriends tersayang...

"serius cantik wei!!"

"U..kalau u tak beli nanti u menyesal, cantik gila kot!!beli la beli la!!"

"baik u beli..kalau U tak amik I amikkkk!!"

Ayat ketiga tu standard ayat budak SKK, hanak dengan hanna selalu la guna ayat ni..memang kejam tapi best sebab nnt member mesti beli jugak..haha

Ada pro & cons jugak situasi ni sebenarnya..ya lah pompuan ni umur 24 barang mesti banyak punyalah.. nak2 baju..sebulan sekali mesti beli baru jadi kaum adam lah yang akan tolong ingatkan kita, baju kat rumah sampai tak cukup almari ni nak beli lagi baju baru????

TAPI *amik kau capslock

Pompuan memang kena banyak baju..baju tido lain baju jalan lain baju gi kerja lain, baju dalam pon lain..

Laki tak pa la tidoq tak pakai baju, baju jalan dengan kerja sama naik ja, baju dalam takpayah langsung,haa dah jimat dah kat situ..

Pompuan nak kena masak bagai so pinggan mangkuk periuk belanga konfem la nak beli update jugak..

Laki??hisap rokok depan tv ja..

Pompuan kena beli barang2 hiasan diri..untuk sapa??cantik untuk suami jugak..*ehem

Laki??pakai macam mana pon bini sayanggggg...ewaahh

Lagi satu pompuan suka sangat masuk banyak2 kedai ni bukan apa..kami nak survey tau,survey yang murah yang cantik..jadi kami lagi puas hati..

Mana boleh beli kedai ni harga 32 tetiba pi kedai depan harga 30 ja..hoii mahal 2 rggt kot..tak boleh tak boleh!!

Survey tu penting sebab nanti akan menyesal dikemudian hari...malah ia akan menjimatkan lagi duit suami..ekekek

So begitulah yang saya dapat lihat dan conclude kan..heheh kemain lagi kau nyahhhhh..

Akhir kata semalam terbeli jugak satu dress.tekanan betol aku baru ja ingat gaji bulan ni tak mau beli apa2...hampeh hampeh

5 comments:

Shahada Fauzi said...

part yg survey tu aku setuju banyak2..hahaha..haruslah..jangankan 2 hengget..kupang2 pun berkira oke..kah3..

ain ('',) said...

yay..sangat setuju kot. hahaha

SHAHFIEQ DANIEL said...

tak semua lelaki mcm tu lahhhh

EZAN IDMA said...

amboi amboi sejak dua menjak ni

Asfan Ash said...

hahahha betul weh dialog2tu mmg kelaur kalau aku jejalan dgn kawan aku

tapi kalau aku, lg suka keluar sorg2 kot. sebab aku jenis survey dlu

boyfriend