10.11.12

Istanbul Aku Datang (Review)

"Hang nk tengok cerita apa petang ni? Istanbul aku pulang?Aku nak join sekali"


Amboi rasa nak pang2 ja pija beriya nak tengok wayang dengan aku tapi nama movie pon salah sebut.haha Aku dah lama dah tak tengok wayang sebenarnya, last aku tengok cerita Step Up 4 kot, punya la malas nak pi tengok wayang. Tapi kali ni aku beriya sikit nak pi tengok sebab beberapa bulan yang lepas kat pages Lisa kot ada post gambaq-gambaq masa depa buat penggambaran kat istanbul. Perghh tak macam cantik plak kan gambaq Lisa waktu tu..



Ok berbalik kepada review,cerita ni sangat tak islamik walaupon nama dia Istanbul iaitu satu negara yang kita semua ketahui adalah negara islam. Plot utama dia pon kita dah tau,whatdehell duduk serumah dengan jantan ni?gitu hah emo.. So jangan expect yang islamik-islamik dekat movie ni sebab ia memang akan buat korang kerut dahi.wohah

Aku boleh jamin kat korang yang movie ni sangat ringan,santai,dan romantik jugak. Kebanyakan lawak dia memang korang takkan rasa macam ehh lawak ke ni?kena gelak ke macam mana? haaa tak ok tak. Lawak dia sangat santai dan nak gelak pon rasa ikhlas, tak macam kau tengok cerita komedi yang kau terpaksa gelak sebab kau dah bayar RM12 untuk movie sampah.

Cerita ni pasai seorang gadis comel aktif manja nak pegi jumpa boyfriend dia (Azad lakonan Tomok) kat Istanbul sambil dah plan baik punya untuk Azad dia propose kahwin..homaiii sanggup kau tapi boyfriend dia macam nak kena dapat terajang. Serius rasa "wei takdak boyfriend macam kau pon aku boleh hidup lah!"

Dan  Dian (lakonan Lisa) dah tunjukkan bahawa perempuan tanpa lelaki pon boleh berdikari, boleh angkat beg sendiri(eyh??) dan yang paling awesome bagi aku dia boleh lari kejaq penjahat pakai kasut tumit tinggi kau..OMG!OMG! kasut brand apalah agaknya? 


Dan cerita ni jadi kelakar sebab Dian terpaksa duduk satu rumah dengan Harris (lakonan Beto) paham-paham ja lah kalau dah lelaki dok satu rumah dengan pompuan mesti konflik ja memanjang.

Bagi aku sapa-sapa yang minat hasil karya Bernard Chauly patut tengok sebab cerita ni ala-ala comel dan gedik macam cerita Pisau Cukur, memang Diva uolls. Bernard dan lakon layar Rafidah Abdullah jugak sangat kreatif sebab dia masukkan ikon-ikon yang comel dan ayat-ayat cliche yang buat kita geli hati. Bagitau kat aku cerita melayu mana yang ada ikon awan-awan atas kepala ni?cerita jepun bersepah la kot.

Berlatar belakangkan bumi Istanbul yang cantik,plot cerita yang menarik dan efek kamera yang awesome membuatkan movie ni ada kelas dia tersendiri. Serius beb, lorong-lorong sempit pon nampak cantik kat dalam movie ni ditambah pulak dengan fesyen Lisa yang colourful membuatkan movie ni tampak ceria dan unik. amboi amboi puji macam boleh dapat tiket wayang free pulak.

rumah yang diorang duduk, nampak class sangatkan tapi kalau tengok betol-betol katil dengan dinding rumah tu buruk ja.

Lakonan Tomok pon ok la sebab dia pon baru ja masuk dunia lakonan kan.(ehh ye ke??) tapi dia hensem ok dalam cerita ni!!, Lisa Surihani dengan watak manja memang sangat win. Dan finally lakonan Beto yang cool dan OMG!OMG! saya suka dia uolss tapi sayang dah kawin rupanya...sobssss

Scene yang aku rasa tak payah ada pon tak apa. Ni aku nak bagitau kelemahan la ni.

Scene Azad pujuk Dian kat kedai makan, part tu Azad nyanyi lagu dekat Dian sambil pegang-pegang muka Dian. Masa tu macam ada sound efek bunyi cengkerik kat belakang(aku sorang ja dengaq kot). Apakah?dan scene tu berakhir dengan Dian tersengih-sengih, dah kenapa?horny ka macam mana ni?ka aku yang horny?ehh. Scene tu tak yah ada pon takpa, aku tak tau kenapa nak buat scene tu. mungkin nak tunjuk bahawa cerita ni romantik gileeeerrr la kot.

Tu je kot scene yang aku rasa annoying.

Overall cerita ni bestlah, ada part kelakar sedih dan romantik. saya tau ramai yang tak tengok cerita melayu tapi saya tengok..=D sebab saya pandai pilih movie yang saya nak tengok. kan kan kan. 


Jom Istanbul Aku Datang!!!!


6 comments:

Shahada Fauzi said...

serius ke best weh? aku ni dah lama tak tengok wyang..ade jugak terasa nak belanja diri sendiri pergi tengok wayang walaupun sendirian..eceh..:P

Nurul Ayu said...

@Shahada Fauzi

Pi tgk dgn encik tunang la apa lagi..haha

Unknown said...

ko rebiu macam best giler woiii!!k, fine.aku nk pi donlod.eh, da bole donlod ke?kahkahkah!!

Unknown said...

aku nak donlod skrg gak! hehe

Whoopz said...

bila lisa pusing belakang gwa kecewa..
Bumper da lain.. :p

Unknown said...

bahahaha, aku pon geli sial scene bawah skali tu

boyfriend