5.11.12

Makin tua makin pelupa

Siang tadi masa aku nak balik kerja, aku terlupa aku letak badge aku kat mana, dah menggagau aku cari satu ofis. surau,toilet,meja orang semua aku cari tapi tak jumpa jugak badge aku tu. menangis la aku kalau tak jumpa jugak sebab kena bayaq RM50..huhu benci tau..

Ni tadi buncit call, masa tu aku tengah sedap tengok drama Dalam Hati Ada Taman kat astro prima. Dah line celcom pon macam haram jadah jugak dari semalam sampai ke hari ni buat perangai tak boleh send mesej dengan call. Buncit call aku tak dengaq, aku mula la nak naik angin, dah line terok pon nak telepon lagi buat apa?buat habih kredit ja telefon letak telefon letak. dah tu kacau pulak aku tengah tengok randy pangalila jejaka idaman indonesia tu memang hangin ler satu badan.

Lepas tu Buncit send mesej..

"Sori ingat nak tanya satu benda"

"Nak tanya apa??"

"Semalam berapa haribulan??"

Semalam berapa haribulan ya kawan-kawan?

Pebenda tetiba tanya aku tarikh ni??


5 saat kemudian....

shoot!!semalam 4 haribulan 11, annivesary aku dengan dia yang ke-7

dan aku boleh lupa, serius tak ingat langsung..=_=

padan la semalam aku rasa macam something wrong.

Lepas tu buncit hantar mesej lagi.

"Hehe..macam mana ni yang?tarikh penting buat awak pon awak boleh lupa?"

"tarikh penting I?bukan tarikh penting kita ka??"

"Ya la tarikh penting kita la, tapi U tak ingat ka yang tahun lepas U merajuk bagai nak rak lagi sebab I lupa..hehe"

"Itu sebab U lupa birthday I ok!!birthday I!!memang la I mengamuk!!"

Sampai hati dia lupa birthday aku, dah tu siap boleh pi main snooker dengan kawan-kawan dia malam tu dah tu sampai esok tu pon dah petang aku ingatkan dia baru dia teringat nak wish..heii membara ja aku..

Buncit patut bersyukur masa annivesary ni dia terlupa aku pon terlupa tapi aku terlupa bukan sebab main snooker tapi sebab kerja kt ofis belambak-lambak sampai tak sempat nak pikir mana satu.

Amacam boleh terima tak alasan tu?rasional la sket takdak rasa nak mengamuk lupa sebab pi main snooker ye dak?

 Zaman muda mudi..gitewww doakan kami ke jinjang pelamin..
7 tahun dah bercinta sampai terlupa..tu belom kahwin lagi tu..=_=



p/s: Macam mana la aku boleh lupa,rasa nak marah sangat kat diri sendiri. selalunya aku ingat tau, aku ni dah makin pelupa la sekarang sampai kekadang tu henfon pon aku lupa letak mana..=(

5 comments:

Shahada Fauzi said...

itu sindrom umur dah meningkat namanye..kih3..:P

Rapunzeel Cikilolo said...

same la. aku pun pelupa gak...

Sab Buenoo said...

lecturer sy cakap. kalau lupa tu salah satu sebab lepas bersalin, urat memori putus. kiki

tapi awak kawen pun belum.

saya pun belum. tapi lupa jugak. selalu. >.<

Wan Perlis said...

tu la hang

Eiffel Kawaii said...

hai orang tua.kehkehkeh

boyfriend