15.6.12

Benda pertama yang ingin diajar pada anak-anak

Satu malam seorang lelaki bertanya sesuatu kepada bakal isterinya.

Bakal Ayah : Sayang.. nantikan benda pertama apa yang U nak ajar kat anak-anak kita nanti?

Bakal Ibu : Mesti la I nak ajar Alif Ba Ta dulu bagi diorang cepat-cepat khatam Al-Quran.

Bakal Ayah : Baguslah..I nak ajar anak-anak kita supaya sayang U. Selalu utamakan U.

Bakal Ibu : *tersenyum terharu

Bakal Ayah : U tau kenapa?

Bakal Ibu : Sebab I ibu kot.

Bakal Ayah : Itu salah satunya. Sebab lain adalah sebab I sayang U sangat. I tak sanggup tengok kalau anak-anak kita lukakan hati U sama lah jugak macam I tak suka sakitkan hati Mak I sendiri.


Jika dia menyayangi Ibunya lebih daripada kamu janganlah kamu kecewa kerana dia pasti akan menghormati kamu seperti mana dia menghormati wanita yang satu itu.



7.4.12

Taman Negara::Kerachut Beach

Sekarang ni kalau aku cakap aku busy tu memang tipu sangat lah yang sebetolnya aku tengah busy tengok running man. Dia punya seronok tu sampai tidoq pon aku mimpi running man. Tak tau pasaipa kalau tengok running man rasa macam aku pon tengah berlari sekali. Nak-nak kalau ada Jong kook, The Commander rasa teruja tu lebih sikit sebab dia kuat sangat tau.


Amboi..intro macam tiada kena mengena pula kan. ni golongan-golongan haters kpop konfem tengah menyumpah seranah aku. rilek dulu beb variety show tak sama ok dengan kpop serius tak sama.


Ok berdasar tajuk entry pasti semua orang boleh agak kemana aku pergi hujung minggu lepas. Gaji masuk haruslah melepaskan tekanan di tempat kerja yang macam haram walaupon ada kawan-kawan yang super best tapi bila diselangi dengan manusia gila seks dan annoying pon rasa stress tu jadi macam berganda. Jadi ayuh berjimba-jimba di Penang!!

Taman Negara ni terletak di Penang Island kalau dari kulim sejam boleh sampai kot tu pon kalau takdak jem lah. ni kalau nak campuq dengan GPS buat perangai (sebenarnya diri sendiri salah masuk jalan) dengan trafik light dah macam "amboi lamanya lampu merah" boleh bawak ke 2 jam jugaklah baru sampai.

Alkisah planning bertolak dari kulim pukul 8 tapi planning tu memang ke laut lah. Dengan aku pukul 7.45 baru nak pi mandi sampai tempat berkumpul pukul 8.30 dengan ahli-ahli (lelaki) lain tunggu tak sampai-sampai, lepas tu lepak mapley pekena 3 layer tea yang langsung tak sedap tu. mau la pukul 10 baru bertolak. pftttt kelaut gila planning!!

On the way nak naik ke taman negara tu boleh lihatlah pemandangan banglo 3 tingkat, kondo bertingkat-tingkat kat tepi bukit. Kawan aku berangan nak beli sebijik, tak tau la bila boleh dapat sebab situ punya rumah Ya Rabbi cantiknya!!!!kawan aku ajak beli sebijik share 3 orang. sorang satu aras. habis nanti laki aku tersilap masuk aras jenuh dia pikir awat yang bini aku selim melim macam model ni. haa tak ka haru?

Kami sampai sana dalam pukul 12, singgah kedai makan kt area Taman Negara tu sebab nak bungkus nasi. Kawan aku cakap kena bungkus sebab nanti kat pantai kerachut takdak jual makanan dan bila sampai akan lapar gila babeng.

tapi....nasi dan lauk dok kat dalam sinki lagi......


sabo je la. tunggu pulak la kat situ dekat sejam.

nahh makcik kedai ni seboleh-boleh nak letak pasu bunga atas meja makan.

 tengah lepak-lepak tetiba nampak signboard ni. tapi kenapa kesian??

here we are. National Park Penang (nama dalam GPS)

masing-masing jakun ya la mana penah sampai tempat-tempat cenggini.


cuba cari mana aku?aku ada kat belakang tu. budak-budak ni serius merosakkan pemandangan arghhhh tertekan!


Then the journey begin. tadadaaa tengok betapa semangatnya aku jalan paling depan sekali tau. Kami sedang menuju ke Pantai Kerachut. Kalau nak senang naik bot ja tapi sebab cintai alam sekitar punya feeling lebih kami mendaki bukit dan meredah hutan untuk sampai ke sana. Perjalanan kalau berjalan adalah dalam sejam 20 minit, bak kata brader bot tu la.Mula-mula tu aku macam "Wah kalau track macam ni memang best la" tapi hakikatnya track ni sekerat ja sampai kaki bukit satgi merasalah pijak akar pokok bagai ye.

 heh kat sini sangat penat, aku lagi rela dia tak buat tangga. aku ni kalau nampak tangga ja mula nak mencarut. pulak tu gigih bebeno aku pijak satu-satu anak tangga kecik-kecik tu. nohorom lagi la penat tahu!

take 5..menggagau aku cari air. yang sekor ni pehal tah pakai sepek mata hitam dalam hutan.

Sewaktu kami mendaki bukit itu kami ternampak sebatang anak sungai. Anak sungai itu cantik sangat. Tiba-tiba ikan didalam sungai itu pun melompat kearah kami. Kami sangat terkejut sehingga terjatuh kedalam sungai. ok jangan nak karangan darjah 5 sangatlah!

haruslah tangkap gambar tengah pegang air sungai. yeay \0/

kami di celah-celah bukit yang menariknya celahan bukit ini terjadi sebab dulu orang mencangkul bukit ini untuk dijadikan jalan ke seberang sana.#fact 
 gila gagah woi cangkul bukit! first time dengaq kot.

takdak apa yg menarik kat sini.

track yang agak mencabar kat sini.eceh

yahooo akhirnya dah sampai!!mari bergembira bersama-sama..\0/

perkara pertama yang dilakukan adalah makan!!!serius sampai-sampai ja terus lapaq. Makan tepi pantai ni amboi seronok betol dengan angin sepai-sepai. ehh sepai ke sepoi ni??

 tengah tengok anak penyu berenang-renang. malangya kami tak nampak mak penyu. rindu la kt mak penyu.*tetiba


model sepender yang tengah baring mengiring, yang tengah depa tangan tu budak darjah 5 terlebih kalsium


selesai berjimba-jimba mandi pantai selama 2 jam. Lalu kami pon bertolak balik ke Taman Negara. Naik bot je lah, jadi kerja pulak nak meredah hutan tu balik. satu bot ni harga rm80. Aku maintain pose senyum yang beruk 3 ekor ni sibuk mengata aku. ahh pedulikkan!

On the way nak balik tu brader bot tu tunjuk kat kami batu bentuk arnab dengan penyu.
nampak tak depan batu besar tu ada batu macam bentuk arnab. waktu tu macam ehhhhh betollll laaaaa macam arnabbbb tu telinga arnabbbbbb. batu bentuk penyu kameraman tak amik plak sebab takut kamera kena ayaq.


Dan tamat lah sudah trip kami ke taman negara. Lepas tu kami lapaq lagi, biasa la masing-masing selera dinosour. Masa singgah kat masjid terapung kami nampak ada gerai makan kat sebelah tu. Kedai mee udang, holamak aku dah lama kot tak makan mee udang last aku makan masa aku tingkatan 2 kat Pulau Sayak. perghh lama tak lama dekat 10 tahun jgk la.

Mee udang kat situ tau berapa harga dia?? 8 hengget beb. mahal jugak la woiii tapi memandangkan sedap dan dalam pinggan tu ada 5 ekoq udang besar punya aku relakan jugak la 8 hengget tu melayang. Apa kau ingat orang bekerjaya ni tak kedekut ka????hidup kena berjimat oii..

Lepas makan konon nak pi tengok sunset la tapi ermmm haraaaaammm kami salah direction rupanya tempat kami pi untuk tengok sunrise. Mengadap ja la tengok bangunan petang tu. =.= Lalu kami pulang dengan hati yang terluka dan jem yang teruk di bandar pulau mutiara.



28.2.12

Kanak-kanak dan perangai mereka

Kadang-kadang kita dengan budak-budak ni harus bersabar banyak. Mungkin itulah sebabnya budak-budak selalunya kiut-miut. Cuba kalau muka depa macam nak mintak pelempang, agak-agak dapat makan apa ya???ya pandai pon kamu. haruslah makan pelempang ataupon nak elok sikit makan kasut la kot.

Ok bercerita pasal duduk rumah ni selalunya anak-anak sedara aku memang suka ajak bergaduh. sehari kalau tak bergaduh dengan depa memang tak sah. tak kira bergaduh gomoi-gomoi ka, depa panjat belakang aku ka, aku menempik sebab depa dok main laptop,henfon dan segala gheta aku yang depa tak patut main ka, ataupon mereka yang menjerit panggil nama aku sebab aku kunci pintu tak bagi depa masuk bilik. tu belom masuk part tembak menembak serta aksi stunt. ok tu dah menipu. Semua benda ni aku syak basic bila ada anak sedara. Kalau korang tak lalui semua benda ni korang bukanlah maksu yang sejati macam aku. ecewaaahhh

Depa ni jugak ada aura dimana bila depa takdak kita rasa rindu bila depa ada kita rasa annoying. ya aku tengah annoying sekarang ni sebab depa dok lompat-lompat atas katil sebelah aku. sabaq ja la..=.=

************************************

Tapi part paling best adalah bila depa pandai bercakap.

Dialog mak aku dengan cucu-cucunya merangkap anak-anak sedara aku kat dapur.


Mak : Tok tak mau makan lagi. Nak pi baring sat.

Syafiq : haaaa?? (saja buat-buat tak dengaq)

Mak : Tok tak mau makan lagi. Tok nak pi baring sat.

Mak aku dah berlalu masuk bilik. Bilik mak aku tu dengan dapur dekat ja, kira kalau mak aku kentut cakap dalam bilik pon orang kat dapur ni boleh dengaq lagi.

Syafiq : haaaaaaaaaaaaaa???

Syifa : Tok kata.....(diam sejenak)...........sat nak pi tanya tok. (punya beriya nak bagitau kat adik dia apa yang tok dia cakap tadi)

Syifa pon masuk bilik mak aku dan bertanya.

Syifa : Tokkk...Tok kata apa tadi..?

Mak : Tok tak mau makan lagi tok nak baring sat. (sabar menjawab benda yang sama untuk kali ketiga)

Dia keluar dari bilik seraya berkata kepada adiknya.

Syifa : Tok kata tok sakit gigi, tok tak mau makan, nanti makan gigi patah pulak.

Aku : .................................................



k bai..







25.2.12

sungguh aku cemburu

aku mencemburui mereka
sungguh aku cemburu
tapi untuk apa?
biarkanlah
biarkan masa yang menentukan

aku??
aku hanya mampu merancang.
dan sebaik-baik perancangan
adalah datang dariNya.

boyfriend