30.8.10

Malam Jumaat je ke yang sunat???

Tengahhari tadi kan aku lepak dengan member aku Aini..ok nah muka aini aku letak sebijik..bagi korang kenal sikit ekk..

dah macam iklan air kotak la pulak..

Biasa la kalau dah melepak tu mesti mengutuk sikit-sikit, alah stended pompuan la kalau berkumpul ja mesti bergosip..Pumpang pumpang mengutuk orang lepas tu masok la bab kahwin..

Sebenar-benarnya dia baru ja lepas pegi kursus kahwin hari sabtu lepas anjuran UTM...AKU TAK PEGI LAGI KURSUS KAHWIN OK!! capslock disitu sebab aku agak kecewa..aku cakap kat encik buncit kata nak pegi kursus kahwin tu, murah kot! RM80 ja..huh kalau kat luar sah-sah la beratus kan...hadoihh malangnya encik buncit tak bagi aku pegi lagi..dia kata tunggu la pegi dengan dia...aku pon tak paham kenapa mesti nak kena pegi sekali...bukan boleh dok menjeling-jeling tengok pasangan pon., nak berimiginasi pon kena tunggu sampai rumah jugak...pegi asing-asing la best..ustaz yang bagi ceramah lain, info lain-lain, teknik pon lain-lain...erkk teknik???

Ok sudah-sudah...berbalik kepada cerita asal..aini ni post jugak la serba sedikit tentang info-info yang diberikan oleh penceramah tu kat fesbuk diantaranya ialah...

"Kalau nak bagi suami tak hilang sayang kat kita nanti, kita kena jaga dua perkara untuk suami..PERTAMA jaga PERUT nya yakni memasak masakan yang sedap-sedap dan berkhasiat...yang KEDUA ..............." tulisan status dia yang kedua tu macam nak mintak lempang dari aku...dia boleh pulak buat malu-malu...aku ni dah la inesen, tak pegi kursus kahwin pulak tu...bagitaw je la bagi habis...kang tak memasal aku buat andaian sendiri...andaian basah pulak tu..lol


Selain dari  tips-tips untuk isteri, tips untuk lelaki pon tidak dilupakan jugak...contohnya, sebagai seorang suami, kena la tolong isterinya kat rumah, tolong memasak ke, kemas rumah ke, ape-ape ke...haaa tips yang ustaz tu bagi adalah cara-cara untuk suami mengelak dari menolong isteri memasak kat dapur...


hoh jadahnye?? tak kuasa aku nak bagitaw weii..pandai-pandai la korang cari sendiri...google ke tanya bapak-bapak atau pakcik-pakcik korang ke..Lagipon apa salahnya korang tolong bini masak kat dapur, dari dok melenggak tengok tv dengan main mafia war tu..boleh jugak korang bergurau senda merapatkan apa yang jarang...ye dak??


Ustaz tu cakap lagi..seeloknya nanti suami kena la beli baju tidur untuk si isteri 7 pasang...satu hari sepasang..baju tidur untuk malam jumaat amik yang paling jarang....

Lepas tu aku terfikir...aiikk malam jumaat je ke yang jarang?????bukan seminggu 3 kali ke???

Ok kena pergi jugak kursus kahwin ni tak boleh asyik google je..

28.8.10

Hitam itu bukan Putih tapi ia tetap cantik

Hitam itu bukan putih..nama blog aku tiada kaitan dengan manusia-manusia disekeliling aku..jangan terasa ye kawan-kawan..sape suruh korang nak jadi putih sangat??aiyooo kan dah terasa...aku suka kaler hitam putih la..tak nampak baju aku kaler hitam je banyak(cet padahal nak cover badan aku supaya tak nampak gemok)..bila aku nak letak nama blog hitam putih cam tak best la pulak kan...so jangan makan cili banyak-banyak kan dah rasa pedas...

Hoho..jadah apa aku mengarut ni??

ai sebenarnya nak join kontest...semangat berkobar-kobar taw nak join kontest ni..kontest black and white macam kena bebeno dengan ai punya blog...Ohh tak maw banyak cerita, ni ai copy paste dari tuan punya belog...wahh hensem kamu tahu..ye hensem...tak tipu...lagi hensem dari ajk-ajk kampung batang berjuntai..(dah puji melangit ni sila bagi aku menang okeh wahai tuan punya kontest)


  • Pertandingan ini bermula 26 July berakhir pada 6 September 2010...
  • Hadiah merupakan wang Ringgit... dan akan dihantar melalui akaun bank... jumlah dirahsiakan...
  • Anda hendaklah meng-Upload gmba hitan dan putih sahaja... dan untuk mengelakkan penipuan... gamba itu mesti gamba anda sendiri... kalo d orang lain menyelit2 tu takpe... janji anda mesti berada dalam gamba tu... Susahkan?? hahhaaaa... nak dapat duit memang la susah sikit...
  • Anda hendaklah menjadi salah sorang follower saya...(ok sila follow dia -kisahcreativeart- bukan follow aku ok)
  • Banner atas nie mestilah diletakkan di slidebar blog anda... ala selalu yang kat tepi tu...(haa amik kat side bar blog aku ni pon xpe)
  • Tag at least one person... banyak lagi bagus... dan pastikan orang yang anda tag tu tahu yang dia di tag.. 
 eloo nak senang pi blog dia terus la..susah bebeno nak sexplain.. 
http://kisahcreativeheart.blogspot.com






 Okeh gambar yang dipertaruhkan...jengjengjeng...


Ok masing-masing teruja tengok muka ai..rasa nak lempang pon ada...harap bersabar yeee....


oleh kerana muka ai tak syantik mane, taik hidung pon selebet nak mampos so ai takde la nak letak gambar-gambar gedik ai..ape kau nak mampos kang ade orang buat santau kat ai guna gambar ai macam mana???sape nak tak tanggung nyah sape???ok dah kelaut...

jadi ai dengan bangganya nak letak gambar peribadi ai yang ai rase syantik gila taw nyah...yuhuuu


ni kalau tak menang jugak ai tak taw la nak cakap ape...
sebab apa ai amik gambar muka sekerat je...

  • tak maw nampak sangat kegemukan diri ai..
  • mata ai tak bolat macam mata contestant lain yang join kontest ni (sumpah aku pi blog yang join ni sume letak pic stok mata bolat-bolat..rasa nak korek je bijik mata diorang..huh..<--dasar dengki kat orang)
  • lobang hidung ai kecik je..ai malu nak tunjuk pada dunia..
nak tag-tag orang yang aku lemah ni..aduyaiiii

dalam ramai-ramai blogger yang aku kenal..minah ni je yang rajin join kontest bagai ni...

nah aku tag nama hang besaq-besaq ni..sila join okeh..hehehe


ok siap...harap bersabar la encik creative art membaca entry ni ye...ai memang suka melalut sikit...ermm u dah kawin?????tinggal mana??study ke kerja??hikhikhik..

erkkk...wahai ayu sedarlah ramai yang baca entry ni dan berkata  

WADAFAK gedik nak mampos minah ni!!!!


ok bai...

27.8.10

photo shoot...ahh aku malas!

Gila malas betol aku hari ni..sepatutnya aku ada photo shoot dengan course mate (stock artis mesti la busy dengan photo shoot ye dak?) tapi aku dah set mind dah malas nak pegi...ye la kalau nak tangkap gambar mesti nak pakai syantik-syantik,mekap tebal-tebal kasi putih, baju nak kena menyerlah habis gaya datin...ahh malas la aku...sebabnya....:

1) Baju aku semua kaler suram nak mampos..tak menyerlah ok!ada 4 pasang je tak banyak sebab aku pegi kelas pakai t-shirt bodo je..

2) Kalau ada pon, aku malas nak iron..ahh tak memasal nak tgkap gambar je pon nak kena iron baju ngan tudung bagai padahal sebelom ni nak iron baju seminggu sekali pon penyegan...tak kuasa la nyah hai...

3) Bangun pagi dah pukul 10..nak mandi terkodek-kodek dalam bilik air tu lagi dah 10 minit...photo shoot pukul 10 bai!!!

4) boleh pulak dia buat photo shoot kat dewan(DSI)...hoh lagi satu hal nak suruh aku jalan pi sana lepas tu nak suruh aku panjat bukit naik fakulti...ahh sumpah malas..

5) tak de perfume..ohh macam takde kaitan..dah 2 bulan aku tak beli minyak wangi....bila-tah-bodyshop-nak-buat-sale??

6) Course mate aku ramai gila babi..maw seratus lebih, lepas tu lelaki je pakai blazer!!tak adil!!so lagi satu sebab aku takde mood nak pegi..

7) Dah la aku ni tak syantik, baju suram, muka hitam, ramai pulak tu...gambar aku for sure la kecik je...
tak artis la gambar kecik-kecik...ohh rasa cam nak sepak terajang je muka aku kan???

Sori la beb..serius aku takde mood nak tangkap gambar..memang tu semua untuk kenangan kita lepas grad nanti..tapi kenangan kita tu akan tersimpan dalam hati kan???bukan dalam gambar semata-mata...so ingat aku dalam hati bukan dalam gambar..

kalau nak gambar aku sangat pegi je kat pesbuk aku..bersepah album kat situ gambar aku sesaja...syantik-syantik pulak tu..WAKLU!

ehh jap-jap aku rasa takde orang perasan pon aku takde kat photo shoot tu..apasal aku bajet macam orang penting sangat ni...(-_-") lagi satu betol ke orang panggil tu photo shoot????adehh

ok la bai nak pegi lab buat PSM...=(

26.8.10

Huh!

Kalau bulan puasa memang tak boleh masak nasi goreng waktu tengahhari ekk????encik buncit marah pulak...tak menghormati orang lain berpuasa katanya....



Ok la ok la...I makan koko krunch dengan susu HL ja...huh baru ingat nak masak best-best...jeles la tu tak boleh makan tengahhari...

boyfriend